Minit Mesyuarat Program Kitar Semula

You might also like

You are on page 1of 2

SK TUNKU MAHMOOD 1, KLUANG JOHOR.

MINIT MESYUARAT PROGRAM KITAR SEMULA / 2013


Tarikh
Masa
Tempat
Pengerusi
Kehadiran

: 4 Julai 2013 (Khamis)


: 9:30 pagi- 11:30 pagi (2 jam)
: Bengkel Kemahiran Hidup SK Tunku Mahmood 1
: Nur Aisyah Adnan
: 16/16 orang

PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Ucapan salam sejahtera kepada semua hadirin yang menghadirkan diri.
1.2 Pengerusi memaklumkan mesyuarat kali ini merupakan mesyuarat pertama
bagi Program Kitar Semula yang akan dijalankan di SK Tunku Mahmood 1.
Harapan beliau agar semua ahli jawatankuasa dapat memberi kerjasama bagi
menjayakan Program Kitar Semula.

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada

PERBENTANGAN PROGRAM KITAR SEMULA


4.1

PERTANDINGAN SEMPENA PROGRAM KITAR SEMULA


Pengerusi memaklumkan Program Kitar Semula akan dilaksanakan
selama seminggu, di mana semua pertandingan akan diberi keputusan
akhir pada 12 Julai 2013 (Jumaat), jam 11:30 petang.
Pengerusi menyenaraikan 4 jenis pertandingan yang akan
dilaksanakan sempena Program Kitar Semula, iaitu Pertandingan Buku
Skrap, Pertandingan Mewarna Poster, Pertandingan Pembinaan Model
dengan Bahan Terpakai, Pertandingan Pengumpulan Surat Khabar Lama.

Tindakan: Jawatankuasa Publisiti

4.2

PERATURAN PERTANDINGAN
Pengerusi menerangkan peraturan pertandingan yang akan dijalankan dan
meminta persetujuan daripada ahli mesyuarat. Ahli mesyuarat sebulat suara
bersetuju untuk mengadakan pertandingan berdasarkan peraturan tersebut.
Peraturan pertandingan rujuk Lampiran A.

Tindakan: Jawatankuasa Penilaian

HAL-HAL LAIN
5.1 Cik Norazura Mohamad Foat dan Pn. Wan Zaiumi mengharapkan
kerjasama daripada semua jawatankuasa agar pertandingan-pertandingan yang
dianjurkan ini dapat dijalankan dengan lancar. Segala pemasalahan sebelum,
semasa dan selepas pertandingan hendaklah dimaklumkan kepada semua ahli
jawatankuasa.
Tindakan: Jawatankuasa Cenderahati

PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh
mesyuarat yang berikutnya.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi

Disediakan oleh,

..................................
(Norazura Mohamad Foat)
Setiausaha
Tarikh : 5 Julai 2013

Disemak oleh,

................................
(Nur Aisyah Adnan)
Pengerusi

You might also like