You are on page 1of 27

ebak bankaiKesihatan Di Sekolah Pengenalan

Program

Program Kesihatan Sekolah adalah satu program yang diwujudkan oleh pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia kepada murid-murid yang berada di sekolah bagi memastikan usaha pihak
kerajaan dalam memastikan penjagaan kesihatan yang optima dalam kalangan murid-murid
sekolah khususnya dan warga sekolah amnya. Keutamaan diberi kepada murid-murid sekolah
bantuan Kerajaan di seluruh Malaysia. Kumpulan sasar bagi program ini adalah murid-murid
yang terdiri darip

Pra-sekolah

Tahun 1

Tahun6

Tujuan dan Matlamat


Program kesihatan ini dirangka oleh kementerian bagi mencapai tujuan berikut:

Tingaktan 3

Mengekalkan tahap kesihatan murid-murid di sekolah diparas paling optima melalui


tindakan dan perancangan promosi kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan dan
rujukan.

Melakukan pengesanan awal terhadap masalah-masalah kesihatan yang boleh


menghalang pencapaian akademik murid di sekolah dan seterusnya dapat membuat
rawatan dan rujukan awal bagi membolehkan intervensi awal dan penempatan murid
dalam sistem pendidikan khas.

Menggalakkan penglibatan sepenuhnya masyarakat bagi membentuk sebuah ^sekolah


sebagai institusi yang sihat dan selamat bagi membolehkan
ribelajaran kesihatan yang berkesan.

Memastikan murid peka terhadap isu-isu kesihatan dan menjaga kesihatan masingmasing dengan cara yang betul.

Memberi kesedaran kepada murid tentang bahaya penyakit seperti AIDS, Hepatitis B dan
penyakit berbahaya yang lain.

ebak bankai
Merancang

dan melaksanakan program kesihatan seperti lawatan, ceramah dan

pameran dan menjayakan sebarang kempen kesihatan.

3rian b

Mewujudkan sistem maklumat kesihatan yang lengkap dan terkini.

ebak bankai

Tindakan pihak kementerian melaksanakan program ini adalah berlandaskan rasional- rasional
berikut :

Mengurangkan masalah kesihatan di kalangan murid sekolah.

Dapat mengawal penyakit bawaan vektor.

Memantau tahap kebersihan di sekitar sekolah khususnya di kantin sekol

Memastikan dan membuat tanda aras kebersihan dan keselamatan di sekitar sekolah.

Terdapat 6 Teras Utama dalam melaksanakan Program Kesihatan ini. Keenam-enam teras ini
merupakan satu kaedah pendekatan pihak kementerian untuk menjayakan program ini.
1. Polisi Kesihatan Sekolah
2. Persekitaran fizikal sekolah yang sihat dan selamat
3. Persekitaran sosial sekolah yang
4. Penglibatan komuniti
5. Emahiran kesihatan diri

selamat

6. Perkhidmatan kesihatan
Di samping 6 Teras Utama di atas, pihak kementerian menerusi program ini turut mengambil kira
beberapa kriteria berikut bagi menjayakan program ini dan agar program ini sesuai dengan
persekitaran dan iklim sekolah tersebut:

Kurikulum Sekolah

Keadaan Fizikal dan sosial sekolah

Perkhidmatan kesihatan sekolah

Peraturan dan garis panduan yang memberi impak kepada kesihatan.

Sebarang program sekolah sihat, yang seharusnya dapat meningkatkan pendidikan dan
kesihatan seluruh warga sekolah.

ebak bankai
Dasar
Sekolah

Dasar sekolah merujuk kepada polisi sesebuah sekolah itu dalam melaksanakan sesuatu
piagam. Hal ini termasuklah kesihatan murid. Berikut merupakan dasar sekolah berkenaan
kesihatan murid.
Sekolah akan memastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa
baik melalui program-program yang dirancang seperti :
>

Pemeriksaan Gigi dan Mata

>

Pemeriksaan Kesihatan

>

Program RMT

>

Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani & in Jasmani &

Kesihatan

> Ceramah dan Kempen


Mendapatkan maklumat tahap kesihatan pelajar
penjaga.

Penjaga akan dihubungi sekiranya pelajar didapati tidak sihat semasa berada di sekolah.

Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital, tanpa menghubungi penjaga

daripada ibu bapa /

terlebih dahulu terhadap kes-kes yang kronik.

Pihak sekolah akan berusaha membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah


Kesihatan .

Kepentingan Program Kesihatan Sekolah

Mempergunakan model kesihatan untuk memperkembangkan individu dari segi JERIS

Menggalakkan penglibatan keluarga dalam perkembangan pengetahuan dan kemahiran


kesihatan kanak-kanak.

Memberi penekanan kepada pentingnya aspek persekitaran fizikal kepada kesihatan.

Mengenal pasti kepentingan iklim sosial sekolah untuk membentuk suasana


pembelajaran yang kondusif.

Membentuk hubungan antara sekolah dengan perkhidmatan kesihatan daerah dan


kawasan.

ebak bankai
Memberi

penekanan kepada kepentingan penglibatan pelajar secara aktif dalam

kurikulum.

Membentuk keseimbangan antara pendidikan dan kesihatan.

Membentuk persekitaran kerja yang positif dalam kalangan warga sekolah.

Memberi kesempatan kepada sekolah dan masyarakat setempat untuk


bekerjasama.

Program Kesihatan Mulut


Kesihatan mulut adalah berkaitan dengan penjagaan gigi dan mulut yang sangat
penting. Program kesihatan mulut ini seharusnya dibuat bagi memberikan kesedaran
kepada murid-murid di sekolah betapa pentingnya penjagaan mulut dan gigi. Program
ini mendedahkan kepada murid-murid mengenai penjagaan gigi yang lebih baik dan
bukan hanya dengan memberus gigi dua atau tiga kali sehari malahan banyak lagi
perkara yang perlu dititikberatkan sebagai langkah penjagaan gigi. Program sedemikian
bukan sahaja mengenai penjagaan gigi tetapi juga merangkumi kesihatan mulut yang
tanpa disedari boleh membawa gejala penyakit mulut yang kronik. Hal ini kerana,
masyarakat sekarang terdedah dengan makanan yang mengandungi kandungan kimia
yang tinggi dan tanpa kita sedari penjagaan gigi tidak terurus boleh mendatangkan
^ avmvj

masalah sakit gigi atau di bahagian mulut yang berpanjangan. Dengan adanya kempen seperti ini
di setiap sekolah, kanak-kanak akan lebih peka dengan memulakan
penjagaan gigi sejak kecil.
Rawatan pergigian biasanya dibuat setahun sekali di sekolah. Perkhidmatan pergigian
sekolah ini telah diperkenalkan pada tahun 1985. Penjagaan kesihatan pergigian yang
komprehensif dan sistematik ini diberikan untuk memastikan agar murid- murid sekolah
mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman persekolahan. Jururawat
pergigian akan merawat dan memeriksa murid-murid tersebut di bawah penyeliaan dan
pengawasan doktor pergigian. Manakala rawatan pergigian ini dilaksanakan secara percuma
tanpa dikenakan sebarang bayaran kepada murid-murid.

Figure 1 Rawatan pergigian kepada murid sekolah

Figure 2 Penerangan langkah penjagaan gigi

Perkhidmatan ini dijalankan dengan tiga cara iaitu Klinik Pergigian Sekolah. Klinik-klinik
pergigian sekolah ini terletak dalam bilik khas di sekolah-sekolah rendah dan menengah tajaan
kerajaan yang terpilih. Kebanyakan sekolah yang mempunyai perkhidmatan ini adalah sekolah
yang berada di kawasan bandar dan sekolah-sekolah khas. Oleh itu, ini memudahkan bagi muridmurid yang menghadapi masalah gigi atau ingin mencabut gigi mereka. perkhidmatan ini sekali
gus dapat mengurangkan masalah kerosakan gigi dalam kalangan murid-murid sekolah lebihlebih lagi kanak-kanak sekolah rendah.
Selain itu, perkhidmatan pergigian juga dijalankan melalui Pasukan Pergigian Bergerak.
Pasukan ini memberikan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada murid- murid sekolah
termasuk yang tinggal di kawasan pedalaman. Biasanya mereka akan datang setahun sekali.
Klinik pergigian sementara akan diadakan di tempat yang sesuai di sekolah dengan
menggunakan peralatan mudah alih. Kemudian setiap rekod kesihatan ini akan disimpan oleh
guru kelas atau guru kesihatan setiap sekolah. Oleh itu, murid-murid di luar bandar juga tidak
terkecuali daripada menjaga gigi dan mulut mereka. tambahan lagi, rawatan pergigian ini juga
dijalankan melalui Klinik Pergigian Bergerak. Klinik ini merupakan sebuah kenderaan yang
diubahsuai serta dilengkapi dengan kerusi dan peralatan pergigian. Klinik ini memberikan
perkhidmatan kepada murid-murid di sekolah yang mempunyai ruang terhad. Klinik bergerak ini
memudahkan

sekolah yang kecil dan memiliki bilik yang terhad memberi perkhidmatan pergigian. Oleh itu,
melalui tiga cara perkhidmatan pergigian ini disampaikan menunjukkan tidak ada sekolah
yang tidak diberikan rawatan pergigian dan tidak ada alasan untuk kanak- kanak memiliki gigi
yang cantik serta mempunyai gigi yang cantik dan bersih ketika mencecah usia dewasa kelak.

Perkhidmatan yang disediakan di sekolah adalah penjagaan pergigian asas termasuk


pendidikan kesihatan pergigian, pemeriksaan tampalan, penskaleran dan penggilapan gigi. Jika
rawatan yang kompleks diperlukan, murid-murid sekolah tersebut akan dirujuk kepada pegawai
pergigian atau pakar pergigian. Di samping itu, semua murid sekolah rendah dan menengah
tajaan kerajaan yang diberi keizinan oleh ibu bapa atau penjaga layak menerima rawatan.

Di samping itu, Program Senyuman Ceria, Masa Depan Gemilang yang dijalankan oleh
Colgate adalah usaha kesihatan membabitkan penjagaan gigi dan mulut dijalankan secara global.
Pada tahun 2010, program berkenaan membabitkan 100 peratus sekolah rendah kerajaan di
Malaysia iaitu sebanyak 7500 sekolah. Matlamat program ini adalah berkongsi maklumat kepada
kanak-kanak dan keluarga merekayang membabitkan usaha penjagaan gigi dan mulut. Program
ini juga selaras dengan objektif Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi membantu mengurangkan
masalah gigi di kalangan kanak-kanak. Masalah yang sering berlaku adalah masalah kaviti yang
menjadi masalah kesihatan mulut yang paling utama di dunia. Program ini mengajar mereka
prinsip asas penjagaan gigi. Oleh itu, murid-murid, ibu bapa dan guru-guru dapat menyedari
kepentingan kebersihan mulut yang baik. Tambahan pula, di negara ini, Colgate menyokong
program berkenan di sekolah rendah kerajaan sejak 1965. Program terbabit kini meliputi lebih
daripada 630 000 kanak-kanak di 7500 sekolah rendah kerajaan di seluruh negara dengan
sokongan Kementerian Pelajaran dan Kementerian

Kesihatan.

Sasaran

adalah kanak-kanak berusia antara enam hingga

lapan

tahun,

di

memberikan risalah interaktif untuk ibu bapa yang

dibawa

pulang

oleh

program
samping
kanak-

kanak berkenaan. Oleh itu, program ini dapat disampaikan terus ke rumah bagi memudahkan
mereka mengamalkan cara penjagaan gigi dengan betul.
Hasil program ini memberi kesan yang positif kepada kanak-kanak. Penjagaan gigi
tersebut memang baik dan memberikan faedah kepada kanak-kanak. Kanak-kanak akan belajar
untuk menjaga gigi mereka terutama apabila mengetahui manfaatnya untuk jangka panjang.
Program ini juga menjadi sumber pengetahuan untuk ibu bapa termasuk ibu bapa muda yang
mahu mengajar anak mereka memberus gigi dengan betul. Akhir sekali, program ini memberi
implikasi dalam keyakinan kanak-kanak. Mereka akan yakin untuk bergaul dengan rakan mereka
apabila mereka mempunyai gigi yang cantik dan senyuman yang cerai.

Rancangan Makanan Tambahan (RMT)


Program Rancangan Makanan Tambahan dilaksanakan bertujuan membantu seseorang
murid sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang miskin. Hal ini bermaksud RMT adalah
untuk memberikan makanan tambahan secara imbuhan sebanyak 25% hingga 30% daripada
keperluan hariannya. Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan
usaha-usaha lain yang dengan kesihatan dan pemakanan murid tersebut.
Kebelakangan ini RMT dilaksanakan sebagai satu program yang bertujuan membantu
meningkatkan taraf pemakanan serta kesihatan murid-murid sekolah rendah. Program ini pada
asalnya dikendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri diperluaskan pelaksanaan menurut
pengesyoran dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Menteri mengkaji Pelaksanaan Dasar
Pelajaran pada tahun 1979.

RMT ini layak untuk murid yang berstatus warganegara Malaysia dan daripada keluarga
berpendapatan di bawah paras RM400.00 atau pendapatan per kapita RM80.00 adalah layak
untuk menyertai program ini. Kemudian program ini di sekolah di bawah pengurusan guru RMT
dan Penolong Kanak Hal Ehwal Murid.

. ________...r-WT

Figure 4 Rancangan Makanan Tambahan

Peruntukan pada tahun 2011 yang diberikan oleh kerajaan adalah sebanyak RM247 juta
bagi melaksanakan skim RMT kepada 691000 pelajar sekolah rendah di seluruh negara pada
tahun ini. Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi peruntukan tersebut adalah
melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM194 juta berbanding bajet asal RM53 juta. Hal ini
berlaku kerana, pada mulanya RMT ini akan dilaksanakan berdasarkan statistik yang diperoleh
daripada pendaftaran e-Kasih yang membabitkan 54000 murid miskin sahaja. Namun, terdapat
pelbagai masalah berhubung dengan pemilihan e-Kasih yang mendakwa ramai murid-murid yang
layak telah tercicir daripada senarai menerima bantuan. Oleh itu, bantuan RMT ini diberikan
mengikut Sistem Maklumat Murid yang dibekalkan pihak sekolah bagi memilih pelajar yang layak
menerima bantuan.
Kementerian telah menetapkan 20 menu makanan untuk RMT. Semua menu ini
adalah menu berkhasiat dan sesuai untuk perkembangan kanak-kanak serta kesihatam mereka.
Seterusnya, kontraktor atau biasanya pemilik kantin perlu menyediakan lima menu makanan
sehari yang disenaraikan oleh pihak sekolah mengikut makanan yang digemari oleh murid-murid
dan dimasak secara bergilir-gilir daripada 20 menu yang ditentukan.

Objektif RMT ini dilaksanakan adalah untuk memberi makanan tambahan kepada muridmurid sekolah rendah, terutama dari luar bandar dan dari golongan berpendapatan rendah,
secara imbuhan dan buat sementara waktu, memperbaiki kesihatan sebagai satu usaha yang
selaras dengan Dasar Pembangunan Negara. Selain itu, RMT juga adalah untuk memberikan
makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang berkenaan untuk
membantu mereka mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga.
Tambahan lagi, untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara langsung
dan secara tidak langsung. Di samping itu, juga bagi mengendalikan tabiat sopan santun, timbang
rasa serta amalan yang diingini berkaitan dengan kebersiha

din,

keb

srsihan makanan dan

kebersihan alam sekitar. Akhir sekali, RMT berobjektifkan untuk menggalakkan penglibatan dan
penyertaan masyarakat dale ' ha sekolah mengelolakan
RMT.
Kesimpulannya, RMT ini memberikan kanak-kanak peluang untuk mendapatkan sumber
pemakanan yang sihat dan seimbang serta mendapatkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh
badan. Dengan adanya RMT ini pertumbuhan fizikal kanak-kanak juga akan mencapai tahap
normal. Kemudian, melalui pemakanan juga dapat memberikan tubuh badan yang cergas dan
minda yang cerdas. Sehubungan dengan itu, tahap kognitif, emosi dan sosial pelajar juga akan
meningkatkan dan sekolah akan
yang seimbang dari aspek jasmani , emosi, rohani, sosial

Program Susu Sekolah


Program Susu Sekolah (PSS) dilaksanakan serentak dengan Rancangan Makanan Tambahan
(RMT). Program ini dilaksanakan untuk murid daripada keluarga miskin yang berpendapatan isi
keluarga di paras status sosio-ekonomi yang rendah agar mendapat makanan seimbang semasa
berada di sekolah. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan
pemakanan murid sekolah rendah bagi memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan
kesihatan umum murid sekolah bertambah baik. PSS juga bertujuan menggalakkan murid
meminum susu di peringkat awal. Kriteria pemilihan murid adalah terdiri daripada murid sekolah
rendah terutama dari luar bandar dan keluarga yang berpendapatan bulanan RM 400 dan kurang,
iaitu RM 800 per kapita.
PSS juga merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia bersama syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep Pensyarikatan Malaysia.
Program ini yang dilancarkan pada tahun 1983 telah diperluaskan ke seluruh negara mulai tahun
1995 kecuali Sabah yang mempunyai program susu yang tersendiri. Program ini mengandungi
dua skim iaitu Skim Susu Bayaran. Skim ini melibatkan penyertaan murid sekolah secara
sukarela, sama ada secara subsidi atau tanpa subsidi kerajaan. Skim kedua adalah Skim Susu
Percuma.
Skim ini melibatkan bekalan susu percuma kepada murid sekolah yang dipilih di bawah anjuran
syarikat susu yang menyertai Kementerian Pelajaran Malaysia dan atau pertubuhan masyarakat
yang lain sama ada berbentuk persendirian atau sukarela.

Figure 6 Program minum susu di sekolah

Objektif program ini adalah meningkatkan tabiat meminum susu di kalangan murid
sekolah rendah. Selain itu, program ini juga membekalkan susu kepada murid- murid terpilih
daripada golongan taraf sosio-ekonomi yang rendah dan mengalami kekurangan zat melalui Skim
Susu Percuma. Tambahan pula, meningkatkan perancangan, pelaksanaan dan penilaian program
melalui penglibatan bersama agensi kerajaan di bawah konsep pensyarikatan Malaysia. Di
samping itu, program ini juga berobjektif bagi mengembangkan pengetahuan, sikap dan amalan
yang diingini khususnya berhubung dengan makanan, pemakanan dan kesihatan serta aspek
pelajaran. Akhir sekali, program ini meningkatkan usaha pembangunan masyarakat dan
perindustrian yang melibatkan pengeluaran, pemprosesan dan

bekalan susu.
........

Walau bagaimanapun, pernah terjadi satu kekangan sehinggakan program PSS ini
dibekukan. Hal ini kerana berhubung dengan kes keracunan ratusan murid di seluruh negara
yang membawa pembekuan PSS pada tahun 2008. Namun demikian, setelah dibuat mesyuarat
dengan Kementerian Kesihatan akhirnya PSS dimulakan semua.
Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri juga telah melancarkan Program Susu Sekolah
1Malaysia. Tujuan program ini sebagai usaha melahirkan generasi muda yang sihat dan cerdas.
Program ini melibatkan semua murid di sekolah rendah. Menurut Perdana Menteri, program ini
merupakan cita-cita bagi generasi baru Malaysia yang lebih besar tubuh badan dan cergas otak.
Peruntukan untuk program ini adalah sama dengan peruntukan dengan PSS namun peruntukan
ini akan ditambah dari semasa ke semasa agar semua murid sekolah rendah terlibat.
a Menteri jug

Figure 7 Program Susu Sekolah 1Malaysia

PROSTAR
AIDS merupakan satu penyakit berbahaya yang melanda umat manusia. Ketiadaan vaksin
dan ubat untuk menghapuskan penyakit ini menyukarkan lagi usaha mengawal wabak AIDS di
negara ini. Kes pertama HIV dilaporkan di negara ini pada tahun 1986. Sejak itu jumlah kes HIV
yang dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertambah setiap tahun.
Sehingga Disember 2004 sebanyak 64,439 kes HIV dilaporkan di Malaysia.

Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, lebih 40% daripada mereka yang
dijangkiti HIV terdiri daripada golongan remaja yang berumur di bawah 29 tahun. Jangkitan HIV
yang dilaporkan berkait rapat dengan tingkah laku dan cara hidup individu. Dua cara jangkitan
utama yang dikenal pasti adalah melalui hubungan seks dan perkongsian jarum suntikan dadah.
Masalah gejala sosial akibat keruntuhan akhlak di kalangan remaja yang boleh menjurus kepada
merebaknya HIV semakin ketara dan membimbangkan. Kajian tingkah laku lepak di kalangan
remaja yang dijalankan pada tahun 1994, mendapati 18% daripada 6,110 responden remaja
mempunyai pengalaman melakukan seks bebas, 14% menyalahgunakan dadah. Kajian Remaja
dan AIDS yang dijalankan pada tahun 1996 ke atas 4,347 orang remaja awam yang berumur 1325 tahun pula mendapati 6% pernah melakukan seks bebas, 5% pernah terlibat dengan
penagihan dadah dan 31% pula merokok.
Perkembangan negatif di atas, sekiranya tidak dibendung dengan segera akan menjadi
lebih
langkahV

buruk dan seterusnya akan memburukkan lagi masalah AIDS. Oleh itu,
langkah pencegahan yang khusus untuk golongan remaja perlu dijalankan.

PROSTAR adalah singkatan kepada "Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja". Program
ini diperkenalkan oleh KKM dalam usaha menangani masalah HIV/AIDS di kalangan remaja. Idea
penubuhan PROSTAR telah dicetuskan pada tahun 1995 hasil perbincangan KKM dengan
pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh
Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 24 November 1996 di Dataran
Merdeka, Kuala Lumpur. Ini diikuti denganpenerbitan dan penggunaan manual
latihan PROSTAR pada tahun yang sama. PROSTAR berkonsepkan "Oleh
Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja". Program ini menggerakkan remaja
Malaysia yang berumur 13 hingga 25 tahun sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah
Hidup Sihat Tanpa AIDS. Sebagai PRS mereka dilatih untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang
melibatkan pendidikan HIV/AIDS kepada remaja yang lain.
Sekolah perlu mengadakan kelab ini bagi membendung gejala

, la

berleluasa. Hal ini kerana, murid-murid masa kini perlu dididik, dibimbing dan didorong ke arah
remaja bermaklumat, berketerampilan dari segi ketahanan diri dan mental bagi menghadapi
tekanan persekitaran serta prihatin dan bertanggungjawab dalam menghadapi masalah sosial
yang melanda remaja. Dengan adanya PRS yang juga merupakan rakan sebaya kepada muridmurid yang bermasalah ini mereka akan mudah didekati melalui teman. Perkongsian masalah
dengan rakan mungkin dapat membantu murid-murid tersebut meningg " ' ' i negatif tersebut.
PROSTAR ditubuhkan dengan beberapa objektif khusus dan jelas. Ini penting untuk
menjamin PROSTAR sentiasa bergerak di atas satu landasan dan satu matlamat untuk
melahirkan satu generasi yang sihat dan produktif. Objektif PROSTAR adalah meningkatkan
kesedaran serta pengetahuan remaja akan bahaya jangkitan HIV, cara pencegahan dan
pengawalannya. Selain itu, menyemai sikap positif di kalangan remaja agar prihatin akan
masalah HIV yang dikaitkan dengan gejala sosial yang melanda remaja masa ini. Tambahan lagi,
menggalakkan remaja mengamalkan cara hidup yang sihat, serta menghindari tingkah laku
berisiko tinggi kepada jangkitan HIV. Di samping itu membentuk golongan PRS bagi
mempengaruhi remaja ke arah cara
menggerakkan remaja agar turut serta dalam usaha menentang
ancaman AIDS serta melahirkan golongan PRS yang berperanan sebagai
sukarelawan khidmat sosial dalam memberi khidmat sokongan kepada
remaja.

Sehubungan dengan itu, bagi mencapai objektif program, pelbagai kaedah telah
digunakan seperti pengukuhan jaringan kerjasama pelbagai agensi. Kerjasama ini melibatkan
hubungan dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan termasuk badankorporat, badan
profesional dan lain-lain dalam melaksanakan program PROSTAR ini. Selain itu, pendekatan
komunikasi secara intensif juga digunakan melalui komunikasi interpersonal dan bantuan media
massa yang bersesuaian di setiap peringkat. Contohnya promosi menggunakan media massa
bagi menyebarkan maklumat secara meluas. Seterusnya, latihan PROSTAR adalah remaja akan
menjalani latihan secara intensif menggunakan modul latihan khas mengikut kumpulan sasar.
Latihan PROSTAR ini dijalankan di peringkat sekolah, daerah dan negeri serta diawasi oleh
Pegawai AIDS Negeri dan Pegawai Pendidikan Kesihatan Negeri. Terdapat empat manual latihan
telah dihasilkan iaitu sebagai fasilitator, untuk remaja, untuk sekolah dan sebagai remaja harapan.
Di samping itu, kaedah penyampaian PROSTAR juga melalui kelab PROSTAR. Kelab ini
ditubuhkan pada 30 Jun 1997. Kelab PROSTAR merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan
yang mempunyai rangkaian seluruh Malaysia di peringkat negeri, daerah dan sekolah. Selain itu,
pengurusan kelab ini pula dikendalikan oleh ahli jawatankuasa yang di pilih menerusi mesyuarat
agung. Kelab ini akan menguruskan pendaftaran, merancang dan melaksanakan aktiviti.
Seterusnya, kelab ini merupakan satu premis yang diwujudkan sebagai tempat pertemuan ahliahli PROSTAR untuk merancang dan berbincang serta menggerakkan aktiviti pendidikan
HIV/AIDS.
Aktiviti yang dilaksanakan oleh Kelab PROSTAR termasuklah aktiviti-aktiviti pendidikan
AIDS seperti ceramah, pameran, kempen kesedaran AIDS dan kem-kem motivasi di sekolah dan
kilang. Selain itu, sesi kaunseling remaja dan latihan PRS PROSTAR. Seterusnya, menerbitkan
dan mengedarkan newsletter. PROSTAR juga membuat promosi di Laman Web PROSTAR, kedai
PROSTAR seperti salun, keropok dan cenderahati.

peluang dan ruang kepada ahli-ahli PROSTAR untuk bertukar-tukar pengetahuan dan
pengalaman. Konvensyen ini diadakan setiap tahun dan aktiviti yang dilakukan adalah
meningkatkan pengetahuan, motivasi dan minat PRS agar terus aktif dalam kelab ini.
Kesimpulannya, setiap sekolah perlu mempunyai kelab PROSTAR kerana program ini
sesuai untuk membentuk sahsiah dan moral murid-murid. PROSTAR
dibentuk khas oleh Kementerian Kesihatan dengan sokongan serta
agensi berkaita

kerjasama agensi- tan dalam


ilam usaha menangani masalah HIV/AIDS di kalangan remaja

Malaysia. Kelab PROSTAR merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan dengan pelbagai
rangkaian atau cawangan di seluruh Malaysia. Semua remaja Malaysia layak untuk menyertai
kelab ini.

Program ADHOC
Pengenalan dan Konsep program ADHOC
Program Ad-Hoc ialah program sementara yang dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk tujuan
sementara sahaja. Program ini pada kebiasaannya diadakan secara tiba-tiba mengikut isu/
keadaan semasa terutamanya yang melibatkan sekolah. Secara umumnya, program ADHOC ini
boleh dilaksanakan sekali gus dengan program yang telah dirancang atau aktiviti-aktiviti yang
terdapat di dalam takwim sekolah
ADHOC juga digunakan untuk menggambarkan jenis tertentu jawatankuasa yang dilantik.
Jawatankuasa yang ditubuhkan ini adalah bertujuan untuk berurusan dengan isu tertentu dan
jawatankuasa ini akan dibubarkan setelah masalah atau isu telah di atasi atau diselesaikan.
Jawatankuasa bertindak

Sni akan memberikan tindakan sementara untuk menyelesaikan

masalah yang tidak dapat diselesaikan menerusi proses biasa dari organisasi milik panitia.

Pada kebiasaannya, jawatankuasa ini digunakan secara sementara seperti kawalan sementara
isu atau penelaahan terhadap peraturan berdiri atau perlembagaan organisasi tersebut.
Organisasi ADHOC mungkin memiliki beberapa kes, tempoh masa yang cukup panjang atau
mungkin tidak terhad kewujudannya. Dalam kes seperti ini, sebuah kumpulan kerja awal atau
perbincangan dapat memberikan kedudukan yang kekal sebuah organisasi.
Sebagai kesimpulannya, program ADHOC merupakan satu program oleh pihak sekolah bagi
menangani sebarang isu yang timbul
menubuhkan satu pasukan jawatankuasa yang ________________
______________________________________________________
mengatasi isu atau masalah yang timbul.

dengan
sepenuhnya

Contoh-contoh pelaksanaan Program ADHOC


Program ADHOC Program Mencegah H1N1

Menampal bahan bacaan mengenai H1N1 di setiap kelas

Memastikan setiap tandas bersih Menekankan penggunaan sabun


antiseptik semasa mencuci tangai

Kempen memakai topeng muka Mengelakkan berkongsi barangan seperti


tuala, minuman.

H1N1
Preparedness

^ PROTECT OTHERS
stay home if you have flulike symptom
WASH your hands with soap and
water or use an alcohol-based hand
sanitize*
COVER couahs and sneezes with
tissues or coogn or sneeze into your

m DON'T
| W share cups or

Wash your hands for


2 minutes\hM
No washing 30 seconds 1 minute 2 minutes

H1N1
g'tuineFlu and
you

"Flu virus "Makes you SI'CK

fijfii Spreads quicKiy


"Can be prevented
Doesn't come from pigs

Menampal poster-poster yang berkaitan H1N1 merupakan salah satu program


ADHOC oleh pihak sekolah.

p>*)j

'Cover
your cough
"Avoid touching your
eyes, nose, and mouth
"Avoid SI'CK people

Matlamat dalam sesuatu program ADHOC mengenai sesuatu isu yang melibatkan kesihatan
atau keselamatan biasanya adalah seperti berikut:
Memberi kesedaran kepada semua warga sekolah tentang bahaya wabak penyakit
yang sedang menular.
Memberi pendedahan semua warga tentang cara-cara mencegah wabak sesuatu
penyakit itu daripada merebak.
Mengamalkan langkah mencegah penyakit yang merebak daripada berjangkit.

/ASvJ

Memberi pengetahuan mengenai amalan kebersihan dan kesihatan persekitaran dan


impak kepada diri.

Memberi pengetahuan tentang aspek kesihatan yang perlu diambil kira semasa
bencana alam berlaku seperti banjir, kemarau, tsunami atau musim tengkujuh.

PROGRAM 3K
Program 3K merupakan gabungan antara program-program yang terdapat di dalam
Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) . Antara program-program itu ialah Program
Sekolah Bersih , Kempen Cara Hidup Sihat dan Keselamatan. Hasil kombinasi dari kempenkempen tersebut maka terhasil Program 3K yang membawa maksud kebersihan, kesihatan dan
keselamatan. Program ini merupakan satu kaedah untuk menyebarkan informasi terkini
mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah. Program ini juga membawa kepada
amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang
prihatin dan mengambil berat akan kesihatan.
Murid-murid menjadi golongan sasaran kerana g

larapkan dapat

menyebarkan maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya


menjadikan amalan yang boleh diteladani oleh semua orang. Melalui program ini juga,

dan keselamatan.
Antara program yang boleh dilakukan bagi menjayakan amalan ini adalah Program
Sekolah Bersih. Program 3K ingin menerapkan amalan kebersihan bagi memastikan
persekitaran sekolah selamat, bersih dan ceria. Keadaan sekolah yang kondusif adalah penting
bagi memberikan persekitaran yang baik dan sempurna kepada murid-murid. Sekolah Selamat
merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran yang mula dilaksanakan pada tahun
2002. Tujuannya mewujudkan satu suasana persekitaran sekolah yang bersih, ceria serta
tenteram kepada murid-murid agar murid dapat belajar dengan suasana yang kondusif sesuai
dengan tuntutan ilmu dan kehendak proses pengajaran dan pembelajaran.. Oleh itu, program
ini dipilih bagi mempertingkatkan lagi tahap kebersihan dan keceriaan sekolah. Murid-murid
akan lebih bersemangat dan merasa lebih yakin ketika berada di sekolah. Suasana sekolah
yang bersih, ceria dan selamat amat sesuai dengan perkembangan fizikal dan mental pelajar.

Selain itu, gaya hidup sihat menjamin insan dan masyarakat hidup lebih sejahtera.
Amalan gaya hidup sihat menjurus kepada kebersihan diri, pemakanan yang seimbang,
senaman yang konsisten, kemampuan menghadapi stress dan konflik serta menjauhi
penyalahgunaan bahan bagi meningkatkan kualiti hidup. Oleh itu, Kempen Cara Hidup Sihat
boleh dilakukan. Pelbagai program boleh dilakukan sepanjang ini dijalankan.
Aspek keselamatan sangat penting bagi setiap sekolah dan perkara ini perlu ditekankan
oleh pihak pengurusan sekolah. Sekolah Selamat membawa bermaksud persekitaran sekolah
yang tidak membahayakan semua warga sekolah. Konsep selamat ialah dari semua aspek
seperti kawasan sekolah yang mesra pengguna, kawalan lalu lintas yang baik, bebas dari
denggi dan makanan yang selamat,
serf infrastruktur yang lengkap dan tidak membahayakan serta sikap keprihatinan setiap warga
tentang aspek-aspek keselamatan. Ia amat penting dalam mewujudkan suasana sekolah yang
aman, tenteram dan meyakinkan, sesuai dengan matlamat negara iaitu murid belajar dalam
suasana yang penuh kondusif. Sekolah Selamat merupakan jaminan bagi membentuk insan
seimbang dan harmonis sesuai dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaar
Tujuan program 3K ini dilaksanakan adalah bagi menyokong hasrat Program Bersepadu
Sekolah Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan "Generasi Berilmu, Sihat dan Progresif"
melalui amalan gaya Hidup sihat. Di samping itu, bertujuan memberi pengetahuan dan
pendedahan mengenai aspek-aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan kepada muridmurid serta masyarakat di sekitar . Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek-aspek 3K ini
amatlah wajar ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda harus
dididik dan diterapkan mengenai kepentingan penjagaan kebersihan dan kesihatan dari seawal
usia di bangku sekolah. Kesedaran golongan ibu bapa juga amat penting bagi memastikan
amalan gaya hidup sihat dapat dimanfaatkan bermula dari rumah.

3K merupakan satu program kesihatan yang merangkumi aspek kebersihan, kesihatan


dan keselamatan untuk semua warga sekolah dan komuniti sekitar demi melahirkan dan
memupuk rasa tanggungjawab murid-murid, guru dan seterusnya ibu bapa murid mengenai
kepentingan penjagaan kesihatan. Melalui program ceramah, kempen menderma darah dan
pameran kepada murid-murid dan masyarakat setempat akan dapat memupuk perasaan
cintakan kebersihan serta melahirkan tanggungjawab mengenai peranan sebagai warganegara
demi

membantu

mereka

memerlukan

bantuan

darah,

pertolongan

cemas dan sebagainya.


Antara objektif program 3K ini adalah bagi meningkatkan
dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi meningkatkan
pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada

ingkatkan

ke

kerjasama

getahuan, ke

murid, guru

dan kakitangan sekolah terhadap kebersihan, kesihatan dan keselamatan. Selain itu, satu
usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di
kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani sebagai benteng untuk mengelakkan
diri dari pelbagai ancaman gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah. Program ini juga
melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan masyarakat
sekolah dan luar sekolah bagi mencapai matlamat bersama. Seterusnya, meningkatkan
pengetahuan dan informasi mengenai kebersihan dan kesihatan dengan menerapkan kepada
murid-murid dan komuniti setempat untuk menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup
sihat di kalangan murid dan komuniti walau d mana mereka berada. Oleh itu, murid-murid akan
dapat belajar dalam keadaan bersih, sihat dan selamat ketika berada di sekolah melalui
program ini.

You might also like