You are on page 1of 8

Jawatan Perdana Menteri Pertama

31 Ogos 1957–
Tempoh khidmat
22 September 1970

Timbalan Tun Abdul Razak (1957–1970)

Pengganti Tun Abdul Razak (1970–1976)

Parti politik UMNO


Tarikh lahir 8 Februari 1903
Tempat lahir Alor Setar, Kedah
Tarikh kematian 6 Disember 1990
Tempat kematian Kuala Lumpur, Malaysia
Pekerjaan Peguam
Agama Islam

Pasangan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah

Kehidupan peribadi
Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana
Pelamin, Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada
Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara,
seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan
Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah Thailand. Kelahiran Tunku disambut
secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah. Pengganti Sultan
Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid, telah pun berumur 30 tahun ketika
itu.

Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak adik-
beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk
pasukan bola sepak kampung. Tunku biasa mengendap burung dan melastik, serta
bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit puru di kakinya.

Pendidikan

Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan
Baharu, Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajar bahasa Melayu di
sekolah itu. Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa Inggeris.
Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini
dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Di sini, beliau belajar di sekolah pada waktu
siang dan membaca Al-Quran pada waktu petang.

Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap
bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar di Sekolah
Thebsirintrawat (Debsirindir School). Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan
pendidikannya di Penang Free School. Antara gurunya ialah HR Cheeseman dan SM
Zainal Abidin. Seorang yang aktif, beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet.

Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah
untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau
merupakan penuntut pertama untuk menerima pendidikan di United Kingdom dibawah
tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St
Catharine kerana dasar aparteid ('kulit berwarna') masih diamalkan, beliau membantah
kepada William Peel, Penasihat British kepada Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu
terpaksa meminta maaf.

Dari segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Semasa beliau dihantar ke England, tiada
sepasang pun baju Melayu yang dibawa. Tunku dan keluarganya hanya menempah
pakaian Barat di kedai Pritchards di Pulau Pinang. Ketika di England, Tunku amat
berlainan dengan Sultan Perak yang berbaju Melayu, siap dengan tengkolok.
Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama rakannya, Ivor
Jenning (Sir), H.V. Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar kepada jurusan
sastera (Sejarah). Beliau suka bersiar-siar dengan motosikal Riley Sport dan kereta
mewah, dan melakukan 28 kesalahan trafik jalan raya semasa berada di Cambridge.
Tunku tidak dapat menduduki peperiksaan akhir Ijazah Sarjana Muda Sastera kerana
terlupa jadual waktu peperiksaan. Dengan bantuan dan kerjasama daripada sahabatnya,
Taib Andak, beliau memperolehi ijazahnya pada tahun 1925.

Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di
Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang
lalu. Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada
tahun 1930. Selepas pemulangannya, Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat
Penasihat Undang-Undang Kedah pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan
untuk Kuala Nerang pada tahun berikutnya. Beliau dipindahkan ke Pulau Langkawi pada
tahun 1935 oleh Clayton, Penasihat British sewaktu itu. Pada tahun 1937, Tunku bertugas
sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani bersamping bertindak sebagai hakim daerah
dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani. Sebuah masjid di Sungai Petani telah
dinamakan Masjid Rahmaniah sempena nama Tunku.

Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk
menyambung pelajaran undang-undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji Jubir.
Beliau kembali ke Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang akan
meletus di Eropah. Pada 1940, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan
Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.

Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan Sultan Abdul Hamid Halim Syah,
ayahandanya yang ketika itu berumur 80 tahun, sewaktu pegawai British hendak
membawanya ke India. Bagi beliau, tidak wajarlah seseorang sultan melarikan diri
daripada tanah airnya sewaktu peperangan. Berpakaian Tentera Utara Australia, Tunku
menculik ayahandanya yang ketika itu bersama dengan Syed Abu Bakar al Idrus, seorang
Merinyu Kesihatan Kedah dan menyembunyikannya di Sedim, dekat dengan Kulim, di
bawah jagaan Penghulu Wahab. Tunku Badlishah, Pemangku Raja Kedah, tidak berpuas
hati dengan tindakan Tunku yang membelakangkannya sebagai bakal pengganti Sultan
Kedah.

Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa semula ke Alor Star. Jepun
mengiktiraf baginda sebagai Sultan Kedah tetapi pentadbirannya diletakkan di bawah
Gabernor dan Tentera Jepun. Sultan Abdul Hamid meninggal pada tahun 1943. Semasa
Jepun memerintah, Tunku kekal sebagai Pegawai Jajahan Kulim tetapi ditemani oleh
Ohata, seorang pegawai Jepun yang pernah menjadi tukang gunting di pekan Alor Star.
Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun 1947. Sewaktu
tempoh itu, Tunku bertemu dengan Abdul Razak Hussein. Beliau dipilih sebagai presiden
untuk Persatuan Pelajar Melayu Britain, dan Abdul Razak, yang berumur 26 ketika itu,
dipilih sebagai setiausaha. Semasa itu, Tunku menyertai "Persatuan Pelajar India Islam"
yang menuntut kemerdekaan India. Beliau juga berkempen untuk Lyold George Jurith,
seorang calon Parti Liberal. Tunku akhirnya dilayakkan menjadi peguam pada tahun
1949.

Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan pertandingan bola sepak


antarabangsa yang digelar "Pesta Bola Merdeka" pada tahun 1957. Pada tahun
berikutnya, beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk Konfederasi Sepak Bola Asia
(AFC), sebuah jawatan yang beliau memegang sehingga 1976.

Keluarga

Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-Siam
yang merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan dengan
dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Mariam
meninggal dunia pada tahun 1934 kerana menghidapi penyakit malaria di Kuala Nerang,
Kedah.

Selepas kematian Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan
rumahnya di England. Antara saksi perkahwinannya di Geylang Serai, Singapura ialah
Syed Ahmad al Sagoff. Sebenarnya, kerabat diraja Kedah dilarang berkahwin dengan
wanita Inggeris kerana peristiwa penipuan Pulau Pinang oleh Kapten Francis Light,
seorang Inggeris.

Tunku mengalami nasib yang sama seperti Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid.
Dititahkan untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah, Tunku kemudian
berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh yang
juga merupakan adik Syed Omar Barakbah, rakan sekuliahnya di England, pada tahun
1939. Perkahwinan ini direstui kerana berketurunan Arab yang ternama dan kaya di
Kedah (Islam disamakan dengan Arab). Oleh sebab perkahwinan ini tidak mendapat
seorang anak pun, mereka mengambil tiga anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan
Mariam. Tunku juga telah mengahwini seorang yang berbangsa Cina pada tahun 1963
dengan rahsia dan telah mendapat dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama
Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura.

Kerjaya politik
Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk bekerja di
sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian meminta
perpindahan ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan
selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen.

Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum Melayu di
tengah-tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain. Datuk Onn Jaafar
mengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menentangi Malayan
Union (sila lihat: Sejarah Malaysia) dan Tunku menyertai partinya. Pada Ogos 1951,
suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai
presiden parti dan Tunku dilantik sebagai presiden yang baru. Beliau memegang jawatan
itu selama 20 tahun.
Laluan ke kemerdekaan

Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk


memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya.
Pada tahun yang berikut, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan
yang pada saat itu merupakan parti campuran UMNO dengan MCA memenangi 51
daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang
pertama. MIC yang mewakili kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun
1955.

Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding
tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan
sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari
kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!". Gambar-
gambar Tunku dengan tangan yang diangkat naik, dan perakaman-perakaman suaranya
yang penuh emosi tetapi berazam mengetuai sorakan, kini merupakan lambang
kemerdekaan Malaysia yang biasa.

Sebagai Perdana Menteri

Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti


Perikatan ke kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964.
Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian
Tunku yang teragung.

Tunku pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan Malaya, Singapura, Sabah,


Sarawak, dan Brunei dalam ucapannya kepada "Persatuan Wartawan Asing Asia
Tenggara" pada tahun 1961 di Singapura. Pada 16 September 1963, dengan persekutuan
negeri-negeri tersebut kecuali Brunei, beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang
pertama.

Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman bertambah buruk dengan pemasukan Singapura


yang menaikkan bahagian kaum Cina sehingga hampir-hampir 40%. Kedua-dua UMNO
dan MCA berasa tegang terhadap daya tarikan Parti Tindakan Rakyat (PAP pada waktu
itu, diperlihatkan sebagai sebuah parti sosialis yang radikal) Lee Kwan Yew kepada
pengundi-pengundi di Malaya. Untuk mengatasi kebimbangan itu, Parti Perikatan
mencuba membentukkan sebuah parti di Singapura untuk mencabar kedudukan Lee di
sana. Sebagai gerak balas, Lee mengancam bahawa PAP akan menyertai Pilihan Raya
Persekutuan 1964 di Malaya, walaupun terdapatnya perjanjian awal bahawa beliau tidak
akan berbuat demikian (sila lihat Hubungan PAP-UMNO. Ini membangkitkan kemarahan
Tunku yang mendesak supaya Singapura meninggalkan Malaysia.

Pada 7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan kepada Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur
bahawa Parliamen haruslah mengundi untuk menyokong peninggalan Singapura daripada
Persekutuan. Dalam perkataannya, Parliamen harus memilih untuk "memutuskan semua
pertalian dengan sebuah Kerajaan Negeri yang tidak mempertunjukkan sebarang
kesetiaan kepada Kerajaan Pusat" berbanding kaedah yang tidak diingini untuk menindas
tindakan PAP. Pemisahan dan kemerdekaan Singapura menjadi rasmi pada 9 Ogos 1965.

Pada tahun 1961, Tunku menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang
memperkumpulkan Malaya, Thailand dan Filipina Perkumpulan ini kemudian digantikan
dengan perkumpulan yang lebih besar, iaitu Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara
(ASEAN), pada 8 Ogos 1967.

Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan dikurangkan dengan hebat.
Perhimpunan-perhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu mencetuskan
rusuhan kaum pada 13 Mei di Kuala Lumpur. Sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO
yang diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis terhadap cara pengendalian krisis itu oleh
Tunku, dan MAGERAN, sebuah jawatan kuasa darurat, mengambil alih kuasa dan
mengisytiharkan keadaan darurat.

Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan pada 22 September
1970, beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Tunku kemudian
meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengah-tengah
penentangan hebat oleh 'Turki Muda' yang terdiri daripada penentang-penentang parti
seperti Dr Mahathir dan Musa Hitam. Pasangan itu kemudian masing-masing menjadi
Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Garis Masa
 1903: Dilahirkan pada 8 Februari di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar yang lebih
dikenali sebagai Istana Pelamin.
 1913 (umur 10): Beliau dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku
Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, iaitu abang sulung Tunku Abdul Rahman. Tunku
belajar di Sekolah Debsirindir, Bangkok.
 1916 (umur 13): Pulang ke Kedah dan memasuki Penang Free School.
 1919 (umur 16): Belajar di England.
 1925 (umur 22): Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dengan
bantuan dan kerjasama dari sahabatnya Taib Andak.
 1927 (umur 24): Dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di
Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya
yang lalu.
 1930 (umur 27): Lulus semester pertama, jurusan undang-undang di Inner
Temple.
 1931 (umur 28): Berkhidmat sebagai pegawai latihan di Pejabat Penasihat
Undang-Undang Kedah dengan gaji sebanyak RM300.00 sebulan, dan
kemudiannya sebagai Penolong Pegawai Jajahan di Kulim.
 1932 (umur 29): Berkhidmat sebagai Pegawai Jajahan di Kuala Nerang.
 1933 (umur 30): Berkahwin dengan Mariam, gadis kacukan Cina-Siam, anak
tauke lombong Cina di Alor Setar. Akhir 1933, Mariam melahirkan anak
perempuan dan dinamakan Tunku Khatijah ibni Tunku Abdul Rahman. Kemudian
anak lelaki bernama Tunku Ahmad Nerang ibni Tunku Abdul Rahman.
 1934: Mariam meninggal dunia kerana penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah.
Tunku berkahwin dengan kekasih lamanya Violet Coulson di Geylang Serai,
Singapura.
 1935 (umur 32): Dipindahkan ke Pulau Langkawi oleh Penasihat British, Clayton.
Selain itu , perkahwinan Tunku dengan Violet kurang direstui.
 1937 (umur 34): Bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani.Beliau juga
bertindak sebagai hakim daerah Sungai Petani dan Pengerusi Lembaga
Kebersihan Sungai Petani.
 1938 (umur 37): Pergi ke England buat kali ke-3 untuk menyambung pelajaran
dalam bidang undang-undang. Antara temannya ialah Saadon Zubir. Tunku
berbaik semula dengan isterinya yang telah diceraikan , Violet Coulson.
 1939 (umur 36): Kembali ke Kedah kerana ada berita perang akan meletus di
Eropah.Berkahwin dengan Syarifah Rodziah binti Syed Barakbah .Syarifah
Rodziah Syed Syeikh Barakbah ialah adik rakan sekuliahnya di England iaitu
Syed Omar Barakbah. Perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun.
 1940 (umur 37): Dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan
Kawalan Am Selatan Kedah.
 1941 (umur 38): Jepun menyerang Kota Bharu , Kelantan pada 8 Disember.
 1947 (umur 44): Berangkat semula ke England untuk menyambung pengajian *
1948 (umur 45): Dipanggil ke bar di Inner Temple.
 1949 (umur 46): Pulang ke Tanah Melayu. Pada mulanya, beliau dihantar ke
pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Kemudian beliau memohon untuk
bertukar ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Tunku menjadi Timbalan
Pendakwa Raya dan kemudiannya, dilantik sebagai Presiden Mahkamah Sesi.
 1946: Menyertai UMNO.
 1951 (umur 48): Menjadi Presiden UMNO pada Oktober sewaktu Datuk Onn
Jaafar meletakkan jawatan. Menganjurkan Pertandingan Membaca Al-Quran
peringkat negeri yang pertama di Kedah.
 1954 (umur 51): Mengetuai satu rombongan ke England untuk berbincang bagi
menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu, tetapi kunjungan itu tidak berhasil.
 1955 (umur 52): Pilihan raya persekutuan umum yang pertama diadakan, dan
Parti Perikatan(Barisan Nasional) memenangi 51 daripada 52 kerusi yang
dipertandingkan. Dengan majoriti ini, Tunku Abdul Rahman telah dilantik
sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama. Satu lagi rombongan ke
London diadakan.
 1956 (umur 53): England bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada
Tanah Melayu. Sebaik pulang dari England, Tunku mengisytiharkan berita
gembira ini buat kali pertamanya pada 20 Februari di Bandar Hilir, Melaka.
 1957 (umur 54): Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31
Ogos. Memperkenalkan kejohanan Pestabola Merdeka, yang merupakan
pertandingan bolasepak antarabangsa.
 1958 (umur 55): Dilantik sebagai Presiden pertama Asian Football Confederation
(AFC) (1958 – 1976).
 1960 (umur 57): Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM), sebuah
pertubuhan untuk membantu golongan mualaf dalam menyesuaikan hidup baru
sebagai Muslim.
 1961 (umur 58): Memulakan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA)
yang menggabungkan Tanah Melayu, Thailand dan Filipina. Menjadi tuan rumah
Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang pertama.
 1963 (umur 60): Membentuk Malaysia pada 16 September, apabila Tanah Melayu
bergabung dengan Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (sekarang Sabah).
 1967 (umur 64): ASA dibubarkan untuk memberi laluan kepada persatuan yang
lebih besar, iaitu Association of Southeast Asian Nations.
 1969 (umur 66): Membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
dan dilantik sebagai Setiausaha Agungnya yang pertama.
 1971 (umur 68): Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden
Umno dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.
 1982 (umur 79): Menjadi Presiden Majlis Dakwah Serantau Asia Tenggara dan
Pasifik (RISEAP) (1982 – 1988).
 1990 (umur 87): Mangkat pada 6 Disember, dan disemadikan di Makam Diraja
Langgar di Alor Star.

You might also like