You are on page 1of 1

HUTAN LIPUR CHEROK TO’KUN

Hutan Lipur Cherok To'Kun mempunyai pokok dan tumbuhan hutan asal seperti Meranti Seraya dan Meranti
rambai Daun. Di antara daya tarikan hutan lipur ini termasuklah sungai-sungai, air terjun, kolam-kolam mandi,
kawasan perkelahan, taman permainan kanak-kanak, pelantar pemandangan, flora hutan seperti paku-pakis,
pokok bunga-bungaan hutan, epifit serta rama-rama, burung-burung dan serangga 'exotic'. Hutan Lipur Bukit
Mertajam terletak kira-kira 6 kilometer di pinggir bandar Bukit Mertajam (Cherok To'Kun) iaitu melalui jalan ke
Kulim.

Ciri-ciri istimewa hutan lipur ini termasuklah:-

Perkelahan
Kawasan berkelah yang selesa dengan pondok-pondok rehat, meja dan bangku telah disediakan untuk
kemudahan pengunjung.

Perkhemahan
Sebuah tapak serta kemudahan asas seperti tempat memasak, kawasan unggun api, bilik air serta bekalan air
dan elektrik memenuhi keperluan riadah yang sangai popular ini.

Merentas Denai Hutan


Para pengunjung yang gemarkan aktiviti cabaran fizikal bolehlah merentas denai hutan. Ini juga membolehkan
para pengunjung mempelajari dan mengenali pokok-pokok hutan asli di sini sambil merehatkan minda.

Kolam Mandi
Sebuah kolam mandi, yang merupakan salah satu tarikan utama hutan lipur ini, mengalu-alukan kedatangan
para pengunjung yang meminati kegiatan sukan air.

You might also like