You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KELAB REKREASI BIL 2 TAHUN 2010

PRA-PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL AMBILAN JULAI 2009

Nama Mesyuarat: Lawatan Ke Muzium Negeri Sabah


Bilangan Kali Diadakan: Dua
Tarikh: 21 Julai 2010
Masa: 8.00 Pagi
Tempat Mesyuarat Diadakan: Bilik Kuliah Al-Farabi

Senarai Kehadiran:

En Anuar Bin Ahmad Pengerusi


En Mohd Azlie Bin Abdullah Timbalan Pengerusi
Pn Adelina Ling Setiausaha
Cik Nursyazwani Binti Sanusi Naib Setiausaha
En Abdul Hadi Bin Khamis@Kamis Bendahari
En Zainiq Bin Zulnuraini Penyelaras Program
En Zubair Shuhaime Ajk Pengangkutan
En Muhd Aizat Bin Zainudi Ajk Pengisian Program
En Mahzuz Bin Abdul Rahman Ajk Kerohanian
Cik Elorine Binti Kait Ajk Disiplin
Pn Marilyn Richard Ajk Keselamatan
Pn Molly Peter Laugahong Ajk Pendokumentasian
Pn Siti Hajar Bin Razali Ajk Tugas-Tugas Khas
Pn Mahirah Binti Musa Ajk Tugas-Tugas Khas

Senarai Tidak Hadir:


Tiada

Agenda:

1.0 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa.

2.0 Ucapan alu-aluan pengerusi majlis.


2.1 Mesyuarat telah sedia maklum.
2.1.1 Menerangkan kepada semua ahli yang hadir tentang aturcara
program yang diadakan.

3.0 Pembentangan minit mesyuarat.


3.1 Tempahan bas.
3.1.1 Memaklumkan kepada AJK Pengangkutan agar diambil tindakan
3.1.2 Penempahan mengikut masa yang dipersetujui pada 1 Ogos 2010
sehingga 3 Ogos 2010.
3.1.3 Kos tambang pengangkutan adalah RM200
3.2 Bilangan ahli jawatankuasa yang terlibat
3.2.1 Semua ahli kelab tertinggi dan ahli jawatankuasa diwajibkan
mengambil bahagian
3.2.2 Penyelaras program lawatan dipengerusikan oleh En. Zainiq bin
Zulnuraini.
3.2.3 Pengkhususan bidang tugas setiap ahli jawatankuasa yang dipilih.
3.3 Kos program lawatan
3.3.1 Majoriti ahli mesyuarat mempersetujui agar menetapkan kos RM80
setiap seorang.
3.3.2 Cadangan dipersetujui oleh AJK Pengisian Program dan disahkan
oleh pengerusi kelab.
3.4 Tentatif program lawatan.
3.4.1 En. Muhd Aizat bin Zainudi membentangkan jenis program yang
diatur.
3.4.2 Setiausaha program dilantik bagi memasukkan program yang telah
diatur dan dipersetujui dimasukkan ke dalam kertas kerja.
3.4.3 Pn Adelina Ling dilantik menjadi setiausaha program dengan suara
majoriti.
3.4.4 Cadangan dipersetujui oleh En. Muhd Aizat bin Zainudi dan
disahkan oleh pengerusi majlis.
3.5 Pengurusan Peserta.
3.5.1 Semua AJK Tugas-tugas Khas terlibat.
3.5.2 Pendaftaran peserta untuk terlibat dalam program lawatan ini
dihadkan kepada 50 orang sahaja.
3.5.3 Setiap peserta yang ingin terlibat hendaklah ahli kelab ini sahaja.
Penyertaan luar akan dibenarkan sekiranya penyertaan ahli kelab
kurang 50 orang.
3.5.4 Pelantikan pensyarah pembimbing dipersetujui iaitu pengerusi dan
timbalan pengerusi kelab.
3.5.5 Cadangan dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat dan disahkan
oleh pengerusi kelab.
3.6 Keselamatan Peserta.
3.6.1 AJK Keselamatan bertanggungjawab menjaga keselamatan
peserta.
3.6.2 Keselamatan peserta turut dibantu oleh AJK tugas-tugas khas.
3.6.3 Kelengkapan alat keselamatan dan perubatan dimesyuaratkan.
3.7 Hal-hal lain.
3.7.1 Tempahan baju, beg dan kelengkapan alat tulis kepada peserta
yang terlibat bersama ahli jawatankuasa program.
3.7.2 Penyelaras program akan mengadakan taklimat khusus kepada
semua peserta sebelum program ini dijalankan.
3.7.3 Cadangan dipersetujui oleh majoriti mesyuarat dan disahkan oleh
pengerusi kelab.

4.0 Ucapan penutup pengerusi


4.1 Berharap agar program dicadangkan berjalan dengan lancar.
4.2 Sebarang pertanyaan selepas mesyuarat diserahkan kepada penyelaras
program untuk menerangkan dengan lebih lanjut.

5.0 Perkara berbangkit


5.1 Tiada perkara berbangkit

Mesyuarat program lawatan ini ditangguhkan pada jam 10.06 pagi.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

_____________ ____________________
(ADELINA LING) (EN ANUAR BIN AHMAD)
Setiausaha Ketua Jabatan Kajian Sosial
Kelab Rekreasi PPISMP PSV Merangkap Pengerusi
Ambilan Julai 2009 Kelab Rekreasi PPISMP PSV
Ambilan Julai 2009

You might also like