You are on page 1of 3

PENGENALAN

Visi Kementerian Kesihatan Malaysia akan menjadi sebuah negara terdiri


daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan
yang adil dan saksama, cekap, mampu disedia dan diperolehi berteknologi
sesuai, serasi pelanggan dan bersesuaian dengan persekitaran. Sistem ini juga
akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada
kemuliaan insan serta menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan
masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan..

Misi Kementerian Kesihatan ialah mewujudkan penglibatan dan penyertaan


masyarakat
untuk kesihatan bagi meransang dan memudahkan rakyat untuk :-

 Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka

 Menghargai kesihatan sebagai aset bernilai

 Mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan status


kesihatan bagi

 menikmati kehidupan yang lebih bermutu

Institusi keluarga alah tunjang kepada kekuatan sesebuah negara. Jika ia tidak
teguh maka lemahlah sesebuah negara. Keluarga yang sihat adalah tonggak
kepada pembangunan insan sesebuah negara. Menyedari hakikat itu, kerajaan
melalui Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan „Program Kempen
Cara Hidup Sihat yang mempromosikan keluarga sihat sejak tahun 2001.

Objektif kempen tersebut ialah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan


rakyat Malaysia mengenai aspek kesihatan pemakanan, senaman, kesihatan
pergigian, kesihatan reproduktif, kesihatan mental atau rohani. Penghayatan
kepada nilai dan norma yang terkandung dalam amalan pendidikan kesihatan
keluarga mampu melahirkan warga sekolah yang sihat.

Definisi pendidikan kesihatan keluarga adalah berkait dengan definisi


pendidikan kesihatan. Terdapat beberapa definisi berkenaan pendidikan
kesihatan yang diutarakan oleh beberapa orang pakar. Daripada definisi
tersebut, kita boleh membuat kesimpulan bahawa pendidikan kesihatan adalah
proses perubahan tingkah laku yang berlaku dalam lingkungan individu dan
komuniti. Pendidikan kesihatan keluarga bertujuan untuk meningkatkan status
kesihatan ke peringkat yang optimum melalui usaha dan kemampuan setiap
ahlinya.Dalam konteks pendidikan kesihatan keluarga, kesihatan dilihat bukan
sebagai suatu matlamat yang ingin dikejar tetapi ia dijadikan sebagai suatu
amalan kehidupan seharian. Pendek kata, ia melibatkan usaha-usaha setiap ahli
dalam keluarga itu untuk mencapai tahap kesihatan yang baik demi untuk
kesejahteraan mereka. Dalam pendidikan kesihatan keluarga, cara hidup sihat
adalah satu aset untuk kehidupan seharian. Kita perlu mencapai dan
mengekalkan kesihatan yang baik supaya kita dapat menjalani kehidupan
seharian dengan mudah dan yang terbaik mengikut kemampuan kita. Oleh itu,
pendidikan kesihatan keluarga bukan setakat melihat kepada aspek kesihatan
sahaja tetapi perlu melihat kepada aspek ekonomi dan sosial. Berikut adalah
elemen keluarga sihat yang menjadi teras dalam pendidikan kesihatan keluarga:
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, 2001
KESENGGANGAN , REHAT , ISTIRAHAT DAN TIDUR

 Kesenggangan

Kesenggangan ialah waktu terluang yang diisi dengan sebarang aktiviti yang
digemari. Biasanya waktu terluang ini diiisi dengan aktiviti yang tidak
membebankan badan dan otak. Namun begitu, sesetengah orang lebih gemar
mengisi waktu senggangnya dengan aktiviti yang lebih produktif. Waktu ini
juga boleh digunakan untuk memulihkan keadaan badan dan otak yang telah
penat bekerja, iaitu dengan cara berehat, istirahat dan tidur.

You might also like