You are on page 1of 20

KUMPULAN 5

NAMA KUMPULAN :
TAK ADA NAMA
Kemahiran Hidup Bersepadu
Teknikal
Ahli-ahli Kumpulan 5 : Satia Prasath
Preshant
Premraj
Projek:Bab5 Tanaman Hiasan
Cikgu:En.Oh Sin Koeng
Pengenalan
Tanaman hiasan memerlukan medium yang kaya dengan
nutrien untuk tumbuh dengan subur dan
cantik.Kesuburan tanaman hiasan akan terganggu
apabila nutrien di dalam pasu yang telah diambil oleh
tanaman tidak digantikan semula.Seterusnya,ruang di
dalam pasu turut menjadi padat disebabkan
pertambahan bilangan akar yang tumbuh.Keadaan ini
memerlukan kerja-kerja pemasuan semula tanaman
hiasan dijalankan.Hal yang demikian bagi menyediakan
kembali keadaan yang sesuai untuk pertumbuhan pokok
dengan sihat.
Pemasuan Semula
• Tujuan Pemasuan Semula

Pemasuan semula dilakukan untuk menggantikan


medium yang kurang subur dan pasu yang tidak sesuai
dengan pertumbuhan pokok.Medium dan pasu baru
yang disediakan akan memberi keadaan yang baik untuk
pertumbuhan pokok bagi mendapatkan nutrien,air dan
pengudaraan akar.
Ciri-ciri Tanaman Hiasan yang
Memerlukan Pemasuan Semula

Tanaman hiasan perlu dipasukan semula


apabila mennjukkan ciri-ciri yang berikut :
Pertumbuhan pokok yang kurang
subur dan tidak segar

Keadaan ini disebabkan oleh kandungan


nutrien dalam medium berkurangan
kerana telah diserap oleh pokok di dalam
pasu tersebut.
Medium di dalam pasu berkeadaan
padat

Keadaan medium yang padat


menyebabkan pernafasan akar terganggu
dan akar sukar menembusi medium untuk
menyerap nutrien.
Pasu Retak

Keadaan ini disebabkan oleh pertumbuhan


akar yang banyak dan padat.Oleh yang
demikian,saiz pasu tersebut tidak lagi
sesuai dan perlu digantikan dengan pasu
yang lebih besar.
Air siraman bertakung di
permukaan medium di dalam pasu

Air sukar meresap disebabkan keadaan


medium yang padat.
Akar padat dan kelihatan keluar
dari lubang dasar pasu

Akar tanaman hiasan kelihatan terkeluar


dari lubang saliran di bawah pasu
Memilh Bekas yang Sesuai untuk
Pemasuan Semula

Pelbagai bekas boleh digunakan untuk


kerja-kerja pemasuan semula tanaman
hiasan seperti pasu seramik, pasu plastik,
sabut kelapa, kota kayu, dan tayar
terpakai.Semasa memilih bekas, perkara
berikut perlu dipertimbangkan untuk
mencapai tujuan pemasuan semula.
Saiz Pasu

Saiz pasu yang hendak digunakan perlulah


lebih besar daripada pasu asal bagi
menyediakan ruang yang mencukupi untuk
medium baru dan pertumbuhan akar.
Pasu yang mempunyai lubang
saliran

Pasu yang mempunyai lubang saliran di


dasarnya untuk menyalirkan air siraman
yang berlebihan dan mengelakkan air
daripada bertakung yang boleh
menyebabkan kerosakan akar.
Kemas dan menarik

Pasu yang kelihatan kemas dan menarik


dari segi bentuk dan warnanya.
Menyediakan Medium Memasu

Penyediaan medium untuk pemasuan semula sama


seperti menyediakan medium untuk memasu. Medium
memasu yang sesuai akan memudahkan pertumbuhan
akar pokok dan membekalkan nutrien yang lengkap.
Di samping itu, penyediaan medium memasu yang betul
juga akan menyediakan ruang yang mencukupi untuk
pengudaraan akar pokok dan dapat membekalkan
kelembapan yang mencukupi untuk keperluan pokok.
Medium pemasuan semula disediakan dengan mencampurkan
tanah loam, bahan organik dan pasir sungai mengikut nisbah
7:3:2 atau 3:2:1 berdasarkan isipadu medium.
Cara Memasu Semula tanaman
Hiasan
• Pilih pasu yang bersaiz lebih besar daripada pasu asal, bersihkan & tutup
lubang saliran di bahagian dasar pasu tersebut dengan serpihan pasu yang
pecah.

• Masukkan medium memasu sehingga 1/3 memenuhi ruang dalam pasu.

• Keluarkan pokok dari pasu asal.

• Untuk memudahkan kerja-kerja mengeluarkan pokok dari pasu asal,


potongkan akar-akar yang terkeluar dari lubang saliran di dasar pasu.

• Ketukkan perlahan-lahan dinding pasu supaya medium tidak terlekat pada


dinding sebelah dalam pasu.
• Kemudian, pegang pangkal pokok dan tarik ke atas perlahan-lahan sehingga
medium asal bersama pokok terkeluar dari pasu.

• Pangkaskan dahan atau ranting yang tidak dikendaki sebelum menanam


semula ke dalam pasu yang baru.

• Keluarkan serpihan pasu yang digunakan untuk menutup lubang saliran pada
pasu lama & pangkaskan 1/3 bahagian medium lama untuk menyediakan
ruamg yang lebih banyak pada medium baru di dalam pasu.

• Masukkan pokok bersama medium lama yang telah dipangkas di tengah-


tengah pasu baru & tambahkan medium pemasuan yang telah disediakan
sehingga paras 2.5 cm daripada permukaan pasu. Padatkan medium.

• Siramkan medium & letakkan di tempat teduh.


Penjagaan

Setelah selesai kerja-kerja pemasuan semula


dijalankan ,lakukan penjagaan dengan sebaik-baiknya.
Kerja-kerja penjagaan pokok yang telah dilakukan
pemasuan semula adalah sama seperti penjagaan
tanaman hiasan di dalam pasu. Cuma pada peringkat
awal selepas pemasuan , aktiviti penyiraman dilakukan
sebanyak dua kali sehari untuk mengelakkan renjatan
berlaku pada akar pokok.Untuk memastikan siraman yang
mencukupi telah dilakukan, air akan kelihatan mengalir keluar dari
lubang dasar pasu. Ini menunjukkan bahawa semua medium di dalam
pasu telah dilembapkan.
Langkah-langkah Menyiram
• Pastikan medium di dalam pasu kelihatan
kering
• Siram di atas medium digunakan penyiram
bermuncung halus
• Pastikan air siraman membasahi
keseluruhan medium untuk memastikan
siraman mencukupi. Air akan mula
kelihatan keluar dari lubang dasar pasu.
• Bagi medium yang baru diletakkan baja, siraman dilakukan ½
daripada kuantiti air siraman biasa untuk
mengelakkan baja daripada terlarut keluar bersama-sama air
siraman
TAMAT

You might also like