You are on page 1of 6

BAB 2

SOROTAN LITERATUR

2.1 Matapelajaran Kemahiran Hidup Kemahiran Hidup ialah satu mata pelajaran baru dalam Kurikulum Baru Sekolah Menengah bagi menggantikan mata pelajaran Aneka Jurusan (Seni Perusahaan, Ekonomi Rumah Tangga, Sains Pertanian, Perdagangan dan Keusahawanan). Kemahiran hidup adalah kemahirankemahiran asas yang perlu dibekalkan kepada pelajar untuk membolehkan mereka bertindak mengendalikan hidup secara produktif di dalam dunia teknologi dan perdagangan yang kompleks dan sentiasa berubah. Mata pelajaran ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar seberapa banyak yang boleh bidang kemahiran agar kemahiran yang dipelajari itu dapat digunakan oleh pelajar untuk kehidupan seharian seperti membaik pulih perkara yang mudah di rumah mereka. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003). Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1992), kemahiran hidup merupakan komponen asas kepada pendidikan vokasional dan teknologi. Satu kemahiran asas untuk menjalankan aktiviti urusan harian dan keusahawanan. Kemahiran asas yang dibekalkan untuk membolehkan seseorang bertindak mengendalikan hidup dengan cara produktif dalam dunia teknik dan perdagangan yang kompleks dan sentiasa berubah. Dalam Kemahiran Hidup, ia merujuk kepada kecekapan yang seharusnya diperolehi oleh pelajar tersebut.

2.2.1 Bahagian Teras Bahagian ini mengandungi 2 komponen iaitu Kemahiran Manipulatif dan Perdagangan. Bahagian teras wajib dipelajari oleh semua pelajar.

2.2.2 Bahagian Elektif Bahagian ini mengandungi 4 komponen iaiti Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga, Perdagangan dan Pertanian. Pelajar dikehendaki memilih salah satu daripada 4 komponen yang dipelajar ditingkatan 1 hingga 3.

Dalam melaksanakan semua mata pelajaran ini, semua pelajar akan menggunakan bengkel untuk menjalankan amali dan guru-guru dari elektif lain juga akan menggunakan bengkel yang sama bagi proses pengajaran dan pembelajaran.

2.3 Peranan Guru di Bengkel Kemahiran Hidup Guru atau pendidik sering dikaitkan pengajar kepada murid di sekolah. Pengajar adalah individu yang memberi panduan, bimbingan serta tunjuk ajar kepada seseorang atau sekumpulan manusia (Kamaruddin, 1994). Guru Kemahiran Hidup bukan sekadar menyampaikan maklumat kepada pelajar tetapi bertanggungjawab mengelola kemudahan dan keadaan fizikal sekelilingnya.

Peranan guru Kemahiran Hidup adalah lebih berat jika dibandingkan dengan guru-guru yang lain. Selain mengajar, guru Kemahiran Hidup dikehendaki menyelenggara segala pekakasan dan peralatan di dalam bengkel selepas dan sebelum menggunakannya. Penguruspengurus bengkel juga dipertanggungjawabkan untuk memastikan setiap bengkel yang akan digunakan sentiasa dilengkapi dengan bahan dan peralatan yang dijamin keselamatannya.

Seorang pendidik itu itu mesti mampu memenuhi beberapa ciri seperti amanah, adil, berdedikasi, bertanggungjawab, berdisplin, berdaya usaha dan berperibadi mulia. Oleh yang demikian guru perlu peka akan perubahan sekeliling dan sentiasa membimbing pelajar-pelajar

untuk mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran serta sentiasa mengamalkan peraturan dan keselamatan semasa bekerja menggunakan bengkel Kemahiran Hidup.

2.4 Pengurusan dan Organisasi Sesebuah organisasi sama ada yang bercorak perniagaan atau perkhidmatan mestilah mempunyai matlamat yang tersendiri. Jesteru itu, organisasi tersebut berfungsi untuk mencapai matlamat ini. Pencapaian matlamat organisasi pula bergantung pada banyak faktor. Faktor ini boleh ditinjau dari segi input , output dan alam sekitar sesebuah organisasi. Bengkel Kemahiran Hidup misalnya adalah sebuah organisasi formal yang diwujudkan untuk pengurusan. Matlamat sesebuah organisasi bengkel Kemahiran Hidup adalah untuk kepentingan pelajar Dalam pengurusan sebuah bengkel Kemahiran Hidup, guru haruslah menyusun satu organisasi yang mampu mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Kamaruddin (1994), organisasi meliputi satu atau lebih pusat kuasa yang menepatkan matlamat memperuntukan sumber-sumber mengarah kepada kemajuan. Pembinaan organisasi yang mantap dan berkesan dapat menguruskan segala aktiviti dengan lancar dan menepati apa yang dikhendaki.

Dalam organisasi bengkel Kemahiran Hidup, Ketua Panatia adalah orang penting untuk mencapai matlamat pengurusan. Ketua Panatia adalah satu jawatan yang dipilih mengikut syaratsyarat yang ditentukan oleh pihak sekolah. Sebagai Ketua Panatia, guru ini bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas seperti mengurus, mentadbir dan mengendalikan mesyuarat. Menurut Ahmad Hussein (1993) mengurus sebagai teknik atau cara menjalankan pentadbiran bagi menjayakan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan.

2.5.0 TUGAS GURU BENGKEL 2.5.1 Bertanggungjawab membantu penyelaras dalam perlaksanaan

pengajaran dan pengajaran 2.5.2 Bertanggungjawab mempastikan keselamatan alatan, bahan pelajar di dalam bengkel 2.5.3 Bertanggungjawab terhadap penyusunan dan penyelenggaraan alatan dan bahan dalam unit dilaksanakan 2.5.4 Mengemaskini stok

2.6.0 TUGAS PEMBANTU BENGKEL (JIKA ADA) 2.6.1 2.6.2 2.6.3 2.6.4 2.6.5 2.6.6 Menyemak stok dan iventori Menyediakan alatan dan bahan pembelajaran dan pengajaran Menyelenggara dan membaik pulih alatan Merekod keluar masuk alatan Mempastikan keselamatan dan kebersihan bengkel Mempastikan alatan mencukupi sebelum dan selepas pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan senarai tugas-tugas guru yang mengajar kemahiran hidup bersepadu, ianya tidak boleh dipandang remeh kerana tugas-tugas yang diberikan akan menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar. Jika bengkel tidak mempunyai pembantu bengkel, maka tugas-tugas pembantu bengkel akan diambil alih oleh guru bengkel sendiri. Ini akan menyebabkan bebanan tugas kepada guru bengkel dan masa untuk guru menyediakan bahan pembelajaran dan pengajaran akan terbantut.

Menurut Rozita Ismail, (2002) sistem pengelolaan dan pengurusan alatan, bahan dan ruang pembelajaran yang lebih berkesan dan teratur perlulah diadakan bagi mempastikan

pengajaran dan pembelajaran berada dalam optimum. Sehubungan itu kaedah seperti pengurusan kolaboratif, harta modal, inventori, bekalan pejabat harus dikemaskini mengikut saranan Perkeliling Perbendaharaan bil. 2/1991

Menurut JPNJ (1995) (Megat Hashim 1997) mengatakan pengurusan makmal Kemahiran Hidup dan kelengkapannya yang licin dan berkesan akan melahirkan pelajar yang mencintai ilmu dan bertanggungjawab. Oleh itu keperluan mengadakan bengkel yang kondusif membolehkan pelajar mendapat asuhan yang sempurna disamping suasana pendidikan yang lengkap dan bermanafaat serta selamat. Ini menunjukkan suasana yang selamat, baik serta pengurusan yang baik akan memberikan hasil produk yang bertanggungjawab serta berdedikasi.

2.7 Keselamatan Aspek keselamatan adalah penting apabila berada di dalam bengkel Kemahiran Hidup. Guru dan pelajar yang menjadi pengguna mesti sentiasa peka kepada aspek ini. Kesedaran tentang betapa pentingnya keselamatan dalam makmal patut ada dan ditanam didalam jiwa pengguna (Azhari, 1992).

Menurut Hassan (1997), sebahagian besar daripada kepatuhan langkah-langkah keselamatan adalah menjadi tanggungjawab semua, penerimaan terhadap tugas dan kesedaran terhadap peraturan akan dapat menentukan selamat atau tidaknya sesuatu aktiviti itu. Guru perlu menyediakan langkah-langkah keselamatan seperti Utamakan Keselamatan atau Berhati-hati Semasa Berkerja pada dinding bengkel atau menggunakan carta keselamatan yang sesuai.

Crow and Crow (1980) mengatakan bahwa guru sepatutnya boleh mengerah, membimbing dan menyuruh pelajarnya membina sikap yang diingini. Pelajar yang sentiasa didedah dan ditekankan dengan peraturan mudah mengikut peraturan keselamatan di bengkel Kemahiran Hidup. Dalam kajian yang dijalankan oleh Mohaidin Othman (1995) mendapati

susun atur makmal yang tidak baik mengganggu tumpuan semasa menjalankan kerja-kerja amali.

2.8 Penutup

Kemungkinan kemalangan wujud dalam melaksanakan kerja-kerja amali. Oleh itu langkah-langkah mencegah kemalangan haruslah difahami dan diterapkan setiap kali menjalankan kerja-kerja amali dan penggunaan bengkel Kemahiran Hidup. Salah satu daripada tujuan utama bagi sebarang rancangan amali ialah untuk membina sikap yang diingini termasuk kesedaran terhadap keselamatan diri. Untuk menimbulkan sikap ini, pengelolaan dan penyelenggaraan bengkel sekolah dan kelengkapan perlulah mencerminkan satu tahap keselamatan yang tinggi sepanjang waktu. Oleh itu, penyenggaraan alatan dan mesin adalah penting dan perlu dilakukan dengan sempurna sebelum pelajar

menggunakannya untuk tujuan kerja amali.

You might also like