You are on page 1of 4

Artikel Asal Milik Tuan Hj Samat Buang

Disiarkan dengan izin daripada pemilik asal artikel tersebut.

KEMALANGAN JALAN RAYA

ISU nahas atau kemalangan dan kematian di jalan raya sudah menjadi masalah negara
yang Bering menghantui kits setiap hari. Kemalangan jalan raya yang banyak berlaku pada
musim perayaan khususnya bukan sahaja satu kerugian kepada keluarga mangsa dan
rakanrakannya, tetapi kerugian modal insan yang besar kepada negara Setiap nyawa yang
hilang akibat kemalangan jalan raya merupakan kerugian kepada negara kerana banyak
wang dan perbelanjaan telah dikeluarkan ke atas mereka bagi tujuan persekolahan,
peperiksaan, serta latihan pekerjaan.

Sebenarnya pelbagai modus operandi telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam usaha
untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya pada musim perayaan. Ops
Pacak, Ops Sikap, Ops Statik, penggunaan helikopter untuk memantau pergerakan
kenderaan, pengedaran poster, kempen kesedaran dan termasuk penguatkuasaan
dijalankan merupakan antara prakarsa kerajaan untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa
selamat ketika berada di jalan raya. Ops Sikap yang telah diadakan sejak beberapa tahun
kebelakangan ini misalnya lebih menumpukan kepada Sikap pengguna jalan raya yang
menjadi faktor kemalangan dan peningkatan kadar kematian di jalan raya terutamanya pada
musim perayaan. Namun, apa yang dilihat ialah masih banyak jumlah kemalangan
dicatatkan dan nahas jalan raya kini menjadi ancaman nombor satu di Malaysia yang
semakin menggawatkan lebih-lebih lagi dengan penambahan jumlah kenderaan saban
tahun. Angka kematian bukan sahaja tidak pernah menurun malah pemandu-pemandu
semakin rakus menjadikan jalan raya sebagai tempat untuk benumbs, selain mengambil
kesempatan menguji kemampuan kenderaan masing-masing memecut.

Usaha mensifarkan kemalangan jalan raya bukanlah impian pihak kerajaan semata-mata.
"Tiada apa yang mustahil di dalam dunia ini." Pepatah Melayu ini sangat sinonim dengan
sesiapa sahaja yang bertekad untuk melakukan sesuatu di luar jangkaan. Hal ini jugs
seolaholahnya merupakan kenyataan beramaran bahawa sekiranya seseorang mahukan
sesuatu, mereka akan melakukan apaapa sahaja. Manusia, sekiranya dalam keadaan
terpaksa boleh melakukan sesuatu yang luar biasa. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi berkata, kerajaan tiada mahu langsung kemalangan jalan raya pada musim
perayaan walaupun ramai menganggapnya mustahil. Menurutnya,keadaan "nahas sifar" ini
boleh dicapai kerana kajian menunjukkan kebanyakan kemalangan jalan raya disebabkan
oleh faktor manusia dan bukannya faktor kenderaan atau jalan tidak elok. Memang Ops
Sikap itu membantu kerana tanpa Ops Sikap, kita tidak dapat membayangkan betapa
banyak lagi yang akan mati di atasjalan raya. Persoalannya takkan sehingga kita terpaksa
mengharapkan Ops Sikap sepanjang tahun, tetapi pemandu itu sendiri tidak mahu
mengubah sikap mereka sendiri. Slogan "Anda Mampu Mengubahnya" memang tepat
sebagai peringatan kepada semua pengguna jalan raya.

Menara tinjau polis


Enam belas menara pemerhati polis beroperasi di seluruh negara bermula penghujung Jun
tahun ini dalam usaha pihak berkuasa untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya
terutama kemalangan maut. Dengan kehadiran polis trafik yang dapat dilihat dari jarak jauh
oleh pengguna jalan raya di semua menara berkenaan akan memberi kesedaran dan
mengingatkan pengguna supaya memandu dengan lebih berhemah dan bertimbang rasa.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, tiga buah menara itu yang dibina oleh
Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Berhad sebelum ini telah terbukti Program
Pendidikan Keselamatan lalan Raya (PPK1R) dapat membantu memberi kesedaran dan
panda arah uMuk menjadi pemandu yang berhemah di peringkat yang lebih awal lagi
berkesan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Berdasarkan itu, cawangan trafik
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanjangkan idea pembinaannya yang dicetuskan Perdana
Menteri dan diluluskan Kabinet ke jalan Persekutuan berdasarkan statistik kadar
kemalangan yang agak tinggi di situ. Senarai lokasi menara pemerhati polis selain di Ayer
Keroh ialah di Km. 33 Jalan Kuala TerengganuKuantan, Km. 81 Jalan JerangauJabor, Km.
51 Jalan Alor StarButterworth, Km. 85.5 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Km. 29.3 Jalan Klang-
Teluk Intan, Km. 15 Jalan TampinSegamat, Km. 36 Jalan KuantanKemaman, Seksyen 57
Jalan Kota Tinggi-Sungai Rengit, Km. 184 Jalan Johor Baharu-Seremban, Km. 83 Jalan
Gua Musang-Kuala Krai, Km. 62 Jalan Gua Musang- Kuala Krai, Jelutong Expressway; Km.
40 Jalan Sibu-Bintulu, Km. 30 Jalan KuchingSerian, dan Km. 4.8 Jalan Tuaran, Sabah.
Laluan motosikal di seluruh negara Tidak dinafikan bahawa setiap kali Ops Sikap diadakan,
tumpuan yang lebih diberikan kepada penunggang dan pembonceng motosikal kerana
peratusnya sangat tinggi, iaitu sebanyak 60 peratus daripada keseluruhan jumlah kes
kemalangan yang direkodkan. Lantaran itu, pihak kerajaan akan membina lorong khas
motosikal dijalan-jalan Persekutuan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak bagi
mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang banyak melibatkan penunggang dan
pembonceng motosikal. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, projek yang
dijangka siap dalam tempoh dua tahun itu membabitkan pembinaan lorong motosikal sejauh
323 kilometer dengan kos kirakira RM140 juta. Projek ini akan dibina di jalan-jalan
Persekutuan, iaitu jalan raya yang dibina dan diselenggarakan oleh Kerajaan Persekutuan.
Tumpuan projek pembinaan lorong khas itu akan diberikan kepada jalan raya yang dikenal
pasti sebagai kawasan Bering berlaku kemalangan. Perangkaan nahasjalan raya pada
tahun lepas menunjukkan sebanyak 3,693 penunggang dan pembonceng motosikal
meninggal dunia dengan jumlah kes kematian paling tinggi berlaku di jalan-jalan
Persekutuan, iaitu sebanyak 1,316 kes. Kerajaan yakin dengan adanya lorong khas itu
dapat mengurangkan kadar nahas di negara ini khususnya kes-kes kemalangan maut.

Selain usaha pihak kerajaan mengekang kemalangan jalan raya, langkah yang paling tepat
untuk dilaksanakan ialah melalui pendidikan. Tidak ada yang tidak kena dengan kempen
atau ops yang dilancarkan setakat ini, cuma pemandu di Malaysia ini perlu diberikan
pendidikan, barangkali seawal mungkin. Melalui pendidikan sahaja, sikap pemandu di
Malaysia ini berupaya diperbetul.
Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PPKJR) yang telah diperkenalkan di 7,601
sekolah rendah terpilih akan dapat membantu memberi kesedaran dan pandu arah untuk
menjadi pemandu yang berhemah di peringkat yang lebih awal lagi. Begitu juga dengan
terlaksananya program keselamatan jalan raya melalui komuniti yang membabitkan majikan,
pemimpin, ahli politik, ketua agama, pendidik, badan profesional, sukarelawan dan belia
juga diharapkan akan menjadi pemangkin bagi merealisasikan hasrat murni kerajaan dan
seluruh warganegara.

Analisis dalam beberapa Ops Sikap sebelum ini mendapati, sikap pemandu yang tidak
mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak mempedulikan kenderaan lain merupakan
punca peningkatan kemalangan. Dengan kata lain, pemandu secara umumnya hanya
mematuhi peraturan atau bersikap hipokrit apabila ada kelibat polis dan bukan kerana sikap
untuk keselamatan jalan raya. Peraturan jalan raya sepatutnya dipatuhiatas
dasarsedartentang kebaikannya dan bukan takut daripada disaman pihak berkuasa.
Sebenarnya, kesediaan untuk mematuhi peraturan, arahan, dan barisan tidak memerlukan
kita berpendidikan tinggi dan tidak pula menjatuhkan apa-apa juga nilai baik yang ada dalam
diri kita. Kempen Keselamatan Jalan Raya bukanlah untuk menyusahkan,tetapi memberi
faedah kepada pengguna. Segala peraturan jalan raya, serta papan-papan tanda amaran
adalah sebagai panduan bagi memelihara keselamatan jalan raya untuk semua pemandu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan baru-baru ini mahu kaedah pemberian mata
'demerit' kepada pesalah jalan raya dihidupkan semula bagi memastikan pemandu
kenderaan yang banyak menerima saman disenaraihitamkan. Sistem tersebut berupaya
beroperasi dengan baik sekiranya diselenggarakan dengan betul. Malah, kaedah pemberian
mata 'demerit' itu mampu mengurangkan masalah kemalangan jalan raya kerana lesen
pemandu yang kerap melakukan kesalahan jalan raya tidak dibenarkan diperbaharui. Pada
awal tahun ini, PDRM meminta supaya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menghidupkan
kembali kaedah pemberian mata "demerit" kepada pesalah jalan raya bagi membendung
jumlah kemalangan maut yang semakin serius sehingga mencecah 6,000 kematian setiap
tahun dan mengakibatkan negara kerugian kira-kira RM9 bilion setiap tahun. Ketua Trafik
Pasukan Bukit Aman ketika itu, Senior Asisten Komisioner (SAC) II Nooryah Md. Anvar
memberitahu, sistem pemberian mata demerit bagi setiap kesalahan jalan raya yang
dilakukan oleh pemandu itu terbukti mampu mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya.
Melalui kaedah yang diperkenalkan di bawah Sistem Keselamatan Jalan Raya (KEJARA)
pada 1997 itu, rekod pesalah diwujudkan melalui notis saman berkaitan dengan kesalahan
terjadual dan mata 'demerit' akan dikira. Selagi JPJ tidak menghidupkan semula sistem itu,
pihaknya tidak dapat menguatkuasakan penggunaan kaedah berkenaan yang dilihat
sebagai kaedah terbaik menangani masalah peningkatan kemalangan jalan raya.
Menurutnya di Paris, jumlah kematian akibat kemalangan hanya 50 orang setahun dan hal
ini amat memeranjatkan, serta terbukti sistem demerit berkesan dalam mengurangkan
jumlah kemalangan jalan raya pada musim perayaan.

Pemasangan Kamera Sistem Penguatkuasaan Autotmatik


Automatik (AES) yang antaranya berfungsi sebagai perangkap had laju dan merakam
pelbagai kesalahan trafik akan dipasang di sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan dan sekitar
Kuala Lumpur, serta Shah Alam. Pemasangan kamera itu yang akan dilaksanakan dalam
tiga fasa sehingga 2010. Di bawah fasa pertama dan kedua, Unit Kamera Pengawasan
Bergerak telah diwujudkan untuk memantau pemandu dan pengguna jalan raya yang
memandu dengan laju dan tidak mematuhi lampu isyarat. Di bawah fasa ketiga, kamera
pengawasan akan mengawasi aspek kesalahan lalu limas yang lain seperti memotong di
garisan berkembar dan menggunakan lorong kecemasan. Pemasangan sistem yang
dilaksanakan oleh JPJ itu bertujuan memastikan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi
undang-undang lalu limas dan sebagai bukti pendakwaan. AES ialah antara empat projek
yang dicadangkan kementerian itu di bawah Pelan Induk Keselamatan Jalan Raya selama
lima tahun (2006-2010). Projek lain pula membabitkan program dalam pendidikan,
Penguatkuasaan, kejuruteraan, dan perlindungan alam sekitar. Pengarah Penguat Kuala
JPJ, Salim Parlan berkata, beberapa kawasan dipilih untuk fasa pertama AES sebelum
diperluas ke seluruh negara. Fasa pertama AES akan mula digunakan menjelang musim
perayaan tahun ini. AES akan diletakkan di lorong-lorong kenderaan awam di Kuala Lumpur,
lampu-lampu isyarat di seluruh Shah Alam dan juga di kawalan perangkap had laju di Lebuh
Raya Utara Selatan. Melalui AES, kamera mengawasi setiap pergerakan kenderaan dan
mencatat kelajuan dan maklumat itu dihubungkan ke pusat kawalan untuk mengenal pasti
kenderaan yang melakukan kesalahan lain lintas. Anggota JPJ yang bertugas di pusat
kawalan itu nanti akan memproses gambar yang diterima itu bagi mengenal pasti identiti dan
alamat pemandu. Sistem itu terbukti berkesan dalam mendisiplinkan pemandu dan
pengguna jalan raya, sekali gus mengurangkan kemalangan jalan raya dan kematian akibat
nahas itu. Negara-negara seperti Australia, Amerika Syarikat, Eropah, China, dan Korea
Selatan telah lama menggunakan Sistem
ini dalam usaha mendisiplinkan pemandu dan pengguna.
Secara tuntas, pihak polis atau penguat kuasa memang sentiasa berusaha sedaya-upaya
untuk mengekang kemalangan daripada terns bertambah. Namun, soal keselamatan di jalan
rays adalah tanggungjawab setiap individu sebagai pengguna jalan raya dan bukannya
tanggungjawab pihak berkuasa atau kerajaan semata-mata. Pengguna perlu menganggap
sasaran menurunkan statistik kemalangan jalan raya ke peringkat sifar merupakan satu
tuntutan sosial. Usaha mensifarkan nahas jalan raya tidak kira sama ada sempena perayaan
mahupun di luar musim perayaan bukanlah suatu perkara yang mustahil. Tegasnya, setiap
pengguna haruslah mempunyai komitmen yang perlu ditunaikan setiap kali berada di jalan
raya.

You might also like