You are on page 1of 8

SUKAN (SPORT)

 Asal dr bahasa Latin desportso bermaksud ‘utk memikul sesuatu’

Coaclay ….. “terdpt 3 aspek dlm mendefinisikn pktaan sukan” …….

1. jenis xtvt yg terlibat

2. bentuk & situasi di mana sesuatu xtvt dijalankn

3. penyertaan dlm sesuatu xtvt

Edward ……. “apabila seseorang itu bertukar dari main (play) kpd sukan (sport),
perubahan2 berikut akan berlaku:……” tdk ada kbebasan utk mgutarakn pdpt sndiri,
iaitu tdk dpt tunjukkn kuasa individu peraturan2 rasmi & kedudukan ssorg dlm
struktur prmainan, keadaan phbgn & tgjwb di dlm xtvt mdpt phatian yg >dipisahkn
drpd peraturan & undang2 yg ketat & tekanan kehidupan harian bkurangan kbolehan
indvdu & tgjwb mrka utk mjaga kualiti & kedudukan dlm sesuatu xtvt btambah
phargaan kpd sumbangan ssorg indvdu dpkembangkn kpd semua pemain @ ahli
sukan yg mgmbil bhgian dlm xtvt trsebut cita2 utk menang mjadi mndalam

REKREASI (RECREATION)

 Asal dari perkataan ‘recreatio’ bermaksud pemulihan @ dibaiki semula


(restoration) @ (recovery) kesembuhan / kewarasan

 Kelly’s (1982) …. “adalah bersifat memulihkn, menyediakan kesegaran @


mencipta semula, bkn shj utk kerja malahan utk kegiatan / xtvt sosial yg lain
(kekeluargaan, politik dsb)

 Sessoms (1972) ….. “sbg luahan semulajadi sesetengah minat & kehendak
manusia yg mencari kepuasan ketika masa lapang”…..

 Cordes & Ibrahim (1996) ….. “penyertaan/penglibatan secara sukarela dlm xtvt
masa lapang yang bermakna & menyeronokkn kpd mereka yg terlibat”…….

 dilakukan utk keseronokan:


 hobi

 hiburan

 sesuatu utk mengisi masa lapang

 dpt:

 memberi kepuasan diri

 kurangkn ketegangan

 hiburan pd masa lapang

Rekreasi
Istilah rekreasi berasal dari kata Latin recreation yang bermaksud restoration /
recovery. Menurut Kelly (1982):

Recreation is restorative, providing refreshment or re-creation, not only for work but
also for other social (familial, political, etc) activities. Recreation contains the
consepts of restoration of wholeness of mind, spirit and body.

Mohd Salleh Aman(2004) mendefinisikan rekreasi sebagai aktiviti masa lapang yang
membina (positif) sama ada bentuk riadah (aktif) atau santai (pasif). Rekreasi adalah
aktiviti yang bertentangan dengan kerja. Ia biasanya dilakukan secara berkumpulan.
Aktiviti rekreasi boleh disusunatur dalam bentuk pertandingan atau persembahan
atau dalam bentuk tanpa dirancang. Matlamat akhir rekreasi ialah untuk mencapai
kesejahteraan diri, keluarga dan komuniti – maka ia dilakukan ‘demi’ penyertaan dan
keseronokan.Ringkasnya, rekreasi merupakan aktiviti masa lapang yang membina,
merehatkan fikiran dan mencergaskan tubuh badan.

Ternyata aktiviti rekreasi bukan semata-mata aktiviti fizikan seperti sukan bola sepak,
tenis dan seumpamanya. Ia tidak terikat kepada aktiviti luar yang berasaskan alam
sekitar sehaja. Ia meliputi aktiviti masa lapang yang pasif seperti jalan-jalan, makan-
makan, menonton pertandingan sukan, persembahan nyanyian, wayang dan TV. Ia
juga merangkumi atau duduk-duduk sahaja (do nothing). Ia turut meliputi aktiviti
kebudayaan masyarakat setempat seperti karnival flora dan fauna, perarakan kereta
berhias; ia melibatkan aktiviti social seperti hari keluarga, sukaneka, rumah terbuka
dan majlis makan malam. Selagi acara dan aktiviti-aktiviti masa lapang ini dilakukan
atas pilihan sendiri, membina diri, memiliki nilai-nilai positif, maka ianya adalah aktiviti
rekreasi. Yang membezakan rekreasi dengan leisure ialah rekreasi tidak melibatkan
aktiviti masa lapang yang membawa kesan negative kepada diri, keluarga dan
masyarakat.

PENGENALAN
Sukan rekreasi merupakan satu daripada sukatan pelajaran semester tiga bagi para
pelatih Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) semester 3.
Program seumpama ini bertujuan untuk menerapkan unsur-unsur positif dalam diri
individu mahupun berkumpulan bagi setiap guru pelatih. Untuk melahirkan guru yang
berpotensi, pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan seperti program sukan rekreasi ini.
Terdapat beberapa pendapat tokoh berkenaan sukan rekreasi ini seperti kenyataan
di bawah:
1. Ford (1981) telah mendefinisikan Rekreasi sebagai program yang ameliputi
penggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan
pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembangan
pengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan bahasa senggang.
2. Hammerman et,al (1985) telah mendefinisikan Sukan Rekreasi sebagai landasan
untuk mengenalpasti pelbagai pengetahuan yang boleh di praktikkan dalam situasi
harian.
3. Knapp (1981) menyatakan bahawa Sukan Rekreasi sebagai alat untuk mencapai
matlamat dan objektif pendidikan.
Selain itu, sukan rekreasi ini juga dapat melatih kecerdasan dan kecergasan yang
seimbang. Program ini adalah suatu inisiatif bagi bakal pendidik untuk meningkatkan
lagi sahsiah peribadi yang murni. Program ini juga memberi peluang kepada pelatih
untuk menambahkan ilmu pengetahuan mereka yang sedia ada terutama berkaitan
alam sekitar. Setiap aktiviti yang dilakukan dalam program sukan rekreasi ini akan
dimanfaatkan ketika bertugas kelak. Dengan ini dapatlah melahirkan guru yang
serba boleh. Program ini wajar dilaksanakan oleh guru pelatih kerana memberi
banyak manfaat dan amat berguna di masa akan datang.

Jenis Rekreasi

Terdapat dua jenis aktiviti rekreasi yang boleh dijalankan di atas tanah lapang iaitu:

i.

Rekreasi Aktif

Jenis rekreasi aktif adalah seperti berjogging, ‘brisk walk’, bermain bola, berbasikal
dan lain-lain.  Tanah lapang yang menyediakan kemudahan untuk aktiviti yang aktif
adalah seperti gelanggang sukan, ‘jogging track’ dan padang permainan kanak-
kanak; dan 

ii.

Rekreasi Pasif

Jenis aktiviti rekreasi pasif adalah seperti berjalan, bersiar, duduk berehat menikmati
keindahan alam, berkelah dan lain-lain.  Kawasan lapang yang menyediakan
kemudahan untuk aktiviti pasif adalah seperti taman awam, taman bunga awam,
laluan pejalan kaki, wakaf dan tempat peranginan.  Aktiviti rekreasi pasif ini
melibatkan semua peringkat umur termasuk golongan tua dan golongan kurang
upaya.

REKREASI DAN KESENGGANGAN(STPM)


  ancu on Thu 17 Apr 2008, 12:30 pm

RINGKASAN
Tajuk ini menekankan kepada pemahaman konteks, konsep, teori dan kontroversi
semasa tentang rekreasi dan kesengggangan ke atas ekonomi, sosiobudaya,
persekitaran serta kesihatan individu dan masyarakat

PENGENALAN REKREASI DAN KESENGGANGN


a) Definisi Rekreasi
Aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk
tujuan pertandingan tetapi untuk memperolehi keseronokan, ketenangan minda dan
merehatkan badan .
Rekreasi terbahagi kepada 2 iaitu :
i) Rekreasi dalam (in-door)
contoh : badminton, squash, boling
ii) Rekreasi luar (out-door)
contoh : abseiling, bola sepak, perkhemahan

b) Jenis Rekreasi
i) Rekreasi fizikal – cth : berbasikal
ii) Rekreasi sukan – cth : bola sepak, bola jaring
iii) Rekreasi sosial _ cth : sukan rakyat, sukaneka
iv) Rekreasi mental/linguistik – memanah, debat
v) Rekreasi Terapeutik cth : i) Muzik – J-robik, senamrobik
ii) Gerak tari – yoga, tai chi
iii) Drama - teater, pantomi

c) Definisi Kesenggangan
Masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan
memberikan kepuasan kepada seseorang individu

DEFINISI & JENIS KESENGGANGAN


i. Masa terluang (free-time)
ii. Masa senggang (leisure time)
iii. Penggunaan masa lapang

KONSEP REKREASI DAN KESENGGANGAN


a) KONSEP REKREASI
Antara konsep-konsep rekreasi :
Kepuasan kendiri (personal filfillment)
i) Fungsi, nilai dan impak rekreasi ke atas tingkah laku,
ekonomi, sosiobudaya, politik, sekitaran dan kesihatan
bangsa dan negara.
ii) Ekspresi kreatif dan apresiasi estetika
iii) Hubungan manusia yang demokratik
iv) Pembentukan personaliti dan sikap positif serta
berkeyakinan melalui aktiviti rekreasi dan
kesenggangan

b) KONSEP KESENGGANGAN
Mengikut Konsep kesenggangan Aristotle :
i)Senggang sebagai keseronokan
ii)Senggang sebagai kerja
iii)Senggang sebagai aktiviti
iv)Senggang sebagai pelengkap kesempurnaan kendiri
v)Keseronokan dan kepuasan
vi)Kesukarelaan
vii)Konstruktif

c) PERKHIDMATAN REKREASI DAN KESENGGANGAN DARI PERSPEKTIF


i)Luar bandar
ii)Bandar
iii)Populasi istimewa
iv)Pembangunan program rekreasi dan kesenggangan di Malaysia
v)Organisasi dan pertubuhan rekreasi dan kesenggangan di Malaysia

BIDANG AKTIVITI PROGRAM REKREASI DAN KESENGGNAGAN


Di antara contoh bidang, aktiviti program rekreasi dan kesenggangan:
i)Drama
ii)Seni dan kraft
iii)Budaya melalui muzik dan tarian
iv)Sukan
v)Rekreasi luar
vi)Rekreasi sosial
vii)Rekreasi mental/linguistik

KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROGRAM REKREASI DAN


KESENGGANGAN
a)Perancangan program
i)Organisasi
ii)Implementasi
iii)Promosi
iv)Penilaian

b) Pendidikan rekreasi dan kesenggangan

c) Pengurusan perlancongan sukan

FUNGSI, NILAI DAN IMPLIKASI REKREASI DAN KESENGGANGAN


a)Fungsi Rekreasi dan kesenggangan

i)Pembentukan personaliti
ii)Pembangunan insan
iii)Pembangunan negara
iv)Kepemimpinan
v)Dinamika kumpulan
vi)Gaya hidup sihat
vii)Sosialisasi
viii)Pendidikan sepanjang hayat
viiii)Kecerdasan pelbagai

b) Nilai Rekreasi dan Kesenggangan


c) Implikasi Rekreasi dan Kesenggangan
i)Individu
ii)Keluarga
iii)Masyarakat
iv)Negara

You might also like