You are on page 1of 3

KULIAH 2

SEMPADAN DAN KAEDAH KETERANGAN

KONSEP SEMPADAN HAKMILIK


- Satu garisan yang tidak ketara (imaginary)
- Formal atau tidak formal
- Sifat semula jadi atau ditanda
- Sempadan mestilah kekal, stabil, mempunyai identiti dan ketara

MONUMEN DAN PENANDAAN


- Berkaitan engan undang-undang tanah
- Mengikut keadaan ;
- tiada tanda
- mengikut sungai
- perlu ditanda
- Sempadan pentadbiran tak perlu ditanda.

KEKEKALAN SEMPADAN
- Penandaan dan kedudukdn tepat di atas tanah
- Keterangan sama dengan kedudukan
- Tanda boleh hilang dan musnah
- Sempadan mengukut paramuka jasad berubah
- Mustahak dikekalkan dan mempunyai peruntukan undangundang
untuk menyelesaikannya.

SEMPADAN TETAP (FIXED) ATAU SEMPADAN AM (GENERAL)


- Tetap ditentukan oleh Ukur Kadaster1
- Am tanpa penandaan di atas tanah memadai dengan
- keterangan sahaja
- Bergantung dengan Undang-undang tanah negara.
JENIS- JENIS TANDA SEMPADAN
Jenis-jenis tanda sempadan yang digunakan untuk menetapkan kedudukan
stesen adalah saperti catatan berikut:
- Paip besi tidak kurang daripada 3 kaki panjang dan antara 1-2 inci
diameter.
- Tanda konkrit tetulang (reinforced concrete) yang panjangnya 2 kaki
dengan keluasan keratan rentas tidak kurang daripada 7 inci persegi
dan ditandakan dengan satu lubang kecil bagi menetapkan dengan
tepat titik sesuatu stesen.
- Tanda granit dengan dimensi yang sama dengan tanda konkrit atau
paip besi.
- Piket tetulang konkrit 18 -36 inci panjang dan lebar antara 2 -3 inci
segiempat sama.
- Pepaku besi 1/k 8-15 inci panjang 1/2 inci diameter ditanam dalam
konkrit
- Tiang konkrit tetulang 4-6 kaki panjang, 6-12 inci keratan rentas
- Paku atau pepaku dalam konkrit
- Lubang bertebuk dengan tanda panah ke arahnya

CARA SEMPADAN DITANDAKAN


- Penempatan tanda sempadan bagi pengukuran tanah untuk tujuan
pemberian hakmilik atau simpanan perlu diminumkan tertakluk
kepada keadaan rupa bumi.
- Garisan sempadan yang menyambungkan tanda sempadan
bersebelahan sepatutnya saling nampak sekiranya garisan tersebut
dibersihkan. Namun demikian ketetapan ini akan menyebabkan
terialu banyak tanda sempadan perlu ditanam mengikut konfigurasi
rupa bumi dan keadaan di padang. Dengan itu kelonggaran diberikan
tetapi dalam apa jua keadaan tanda sempadan perlu ditanam tidak
melebihi 300m bagi garisan yang saling nampak dan tidak melebihi
200m bagi garisan yang tidak saling nampak.
- Tanda sempadan hendaklah ditanam sebelum atau serentak dengan
pengukuran yang menetukan kedudukannya.
- Tanda sempadan konkrit atau granit yang digunakan untuk
menetapkan sempadan hendaklah ditanam dalam tanah dengan tegak.
Bahagian atas tanda sempadan berada lebih kurang 3 inci di atas
permukaan tanah.Sekiranya paip digunakan, bahagian atasnya boleh
berada 6 inci di atas permukaan tanah. Paku atau pepaku hendaklah
digunakan bagi tanda sempadan yang terletak pada lantai konkrit atau
tar.
- Tanda sempadan yang terletak pada-batuan hendaklah ditebuk lubang
pada permukaanya dan membuat tanda panah ke arah lubang
tersebut.

You might also like