You are on page 1of 1

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PEKELILING PENDAFTAR
Bilangan 41 / 2010
Semua Bakal Graduan
Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-73

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saudara/Saudari

PELAKSANAAN ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE-73 DI KAMPUS UiTM PERLIS, PERAK,


TERENGGANU DAN SARAWAK

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Jawatankuasa Eksekutif UiTM dalam mesyuarat Ke-11, pada 14 Julai 2010 berkeputusan
bahawa selain daripada UiTM Shah Alam, Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-73 turut diadakan di Kampus
UiTM Perlis, UiTM Perak, UiTM Terengganu dan UiTM Sarawak.

Sehubungan itu, mulai Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-73, semua pelajar Ijazah Sarjana Muda
dan Diploma yang menamatkan pengajian di kampus-kampus cawangan Perlis, Perak, Terengganu dan
Sarawak dikehendaki hadir Istiadat Konvokesyen di cawangan berkenaan sahaja. Manakala lulusan
daripada kampus-kampus yang lain adalah KEKAL di UiTM Shah Alam.

Dimaklumkan juga bahawa graduan TIDAK DIBENARKAN sama sekali menumpang Istiadat
Konvokesyen di mana-mana kampus selain daripada kampus tempat mereka menamatkan pengajian.

6. Bersama-sama ini dilampirkan sidang konvokesyen untuk makluman dan tindakan pihak
saudara/saudari.

Sekian, harap maklum. Terima kasih.

Yang benar

DR JAH ZAHRAH MOKHTAR


Pendaftar


Bil. Fail 100-BPD(PTA 6/3)
Tarikh 30 Ogos 2010

You might also like