You are on page 1of 4
PERSEKUTUAN AYAM SERAMA SEDUNIA MALAYSIA. TAJUK PROGRAM ‘TARIKH MASA TETAMU KEHORMAT SIDANG MEDIA PELANCARAN BUKU SERAMA MALAYSIA. AYAM TERKECIL DUNIA 3 DISEMBER 2010 (JUMAAT) 11.00 PAGI YB DATO’ HAJI HASAN BIN MALEK ‘TIMBALAN MENTERI, KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH MERANGKAP PENAUNG PERSEKUTUAN AYAM SERAMA SEDUNIA MALAYSIA, SIARAN MEDIA Ayam serama Malaysia merupakan produk Malaysia yang telah menyebarkan pengaruhnya ke serata dunia. Penampilan ayam serama yang cantik, mempamerkan nilai keunggulan peribadi, kekuatan, ketaatan serta keyakinan. Sifat ayam serama yang istimewa, menepati kewujudannya sebagai lambang keagungan. Apa yang terlihat setakat ini, pelbagai aktiviti ayam serama Malaysia yang dijalankan di seluruh negara, turut menjadi daya tarikan pelancong, Dengan adanya program pembangunan dan usaha memasarkan ayam serama ini, diharap agar usaha penternakan ayam serama akan menjadi industri dapat mempertingkatkan ekonomi serta memartabatkan negara di persada dunia. Betsempena dengan penganjuran MAHA International 2010, Persekutuan Ayam Setama Sedunia Malaysia (PASSM), saya dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa Pelancaran Buku Serama Malaysia Ayam Terkecil Dunia terbitan Persekutuan Ayam Serama Sedunia Malaysia (PASSM) akan diadakan pada Majlis Pelancaran Buku Serama Malaysia-Ayam Terkecil Dunia ini akan dilancarkan bersempena dengan Majlis Anugerah Buku Negara 2010 anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara yang akan diadakan seperti berilcut: Tarikh : ——16hb Disember 2010 (Khamis) Masa : 8.00 malam Lokasi : ~~ The Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya Perasmi : Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor Isteri kepada Y.A.B Perdana Menteri yang juga Penaung dan Penyampai ‘Anugerah Buku Negara Penerbitan buku Serama Malaysia-Ayam Terkecil Dunia ini telah diilham dan ditulis sendiri oleh Encik Ahmad Fauzi Mohamed, Presiden PASSM sejak tahun 2008 merupakan buku rujukan yang mengandungi 100 mukasurat ini memuatkan segala aspek penternakan, pembiakan, kesihatan, kawalan penyakit, pemakanan, penjagaan, pengurusan pertandingan dan juga potensi industri Ayam Serama di Malaysia malah di dunia. Harga jualan senaskah ialah RM68.90 dan penjualan buku ini diurus sepenuhnya oleh Persekutuan Ayam Serama Sedunia Malaysia. ‘Tempahan pembelian buku ini telahpun dibuka di dua ‘outlet’ atau tapak pameran kami yang terletak di dalam Dewan B dan Pameran Ayam Serama bertempat di Pameran Haiwan Ternakan-Jabatan Veterinar Malaysia sepanjang MAHA ini. Selepas MAHA International 2010 ini dan Pelancaran Buku Setama Malaysia-Ayam Terkecil Dunia yang mana akan disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, borang tempahan pembelian buku ini juga boleh didapati di beberapa lokasi seperti berikut: 1. GALERI SERAMA MALAYSIA Lokasi —_: Aras Bawah, B12A/G, Blok B, Jalan Selaman 1, Dataran Palma, 68000 Ampang, Selangor Masa : 10.00 pagi hingga 6.00 petang 2, KEDAI SERAMA MALAYSIA. Lokasi : No. 34-1, Jalan AWF 3A, Ampang Water Front, Ampang (Berdekatan dengan Carrefour Ampang) Masa : 10.00 pagi hingga 5.00 petang 3. PUSAT KRAF SERAMA MALAYSIA Lokasi _: Galeri Wakaf Serama Malaysia, Pusat Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur Masa : 10.00 pagi hingea 5.00 petang 4. GALERI SENI KRAF SERAMA MALAYSIA Lokasi _: Pin Junction Bowling Center, Aras 3 e@Curve Damansara Jalan PJU 7/3, Mutiasa Damansara, Petaling Jaya (Berada di atas Panggung Wayang Cathay Cineplex) Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam Sebarang tempahan pembelian buku ini, boleh menghubungi Encik Ahmad Fauzi Mohamed, Presiden Persekutuan Ayam Serama Sedunia Malaysia atau emel malaysiaworldseramafederation@gmail.com atau Encik Helmy Ishak, Setiausaha Kehormat Persekutuan Ayam Serama Sedunia Malaysia di talian 012-3723750 serta Encik Lutfi Ismail, Ahli Jawatankuasa Pusat (Media) di talian 019-6475740. Kerajaan sentiasa menggalakkan penerokaan pelbagai bidang perniagaan. Oleh itu, usaha mentemnak dan memasarkan ayam serama Malaysia ini amatlah wajar dan bertepatan dengan hasrat kerajaan yang mengutamakan pencapaian serta Kemaslahatan rakyat. Memandangkan ayam serama Malaysia merupakan produk istimewa negara, ianya dikira layale untule dimartabatkan sebagai ikon, serta dipelihata sebagai khazanah warisan negara yang tidak terhingga nilainya. Besarlah hatapan kami sekiranya para Media dapat membuat hebahan media serta liputan media kepada seluruh rakyat Malaysia untuk program yang dimaksudkan sebentar tadi yang diaturkan oleh Persekutuan Ayam Serama Sedunia Malaysia ini, Sokongan dan kerjasama daripada para Media untuk menghebahkan program berkaitan dalam usaha meningkatkan martabat Ayam Serama Malaysia sebagai Tkon Unggas Warisan Negara amatlah kami hargai. Sekian, terima kasih, “MARTABATKAN SERAMA MALAYSIA IKON UNGGAS WARISAN NEGARA” [SESI SOAL & JAWAB BERMULA]

You might also like