You are on page 1of 14

Tugasan Individu KISSM

2010

Soalan 22

Wawasan 2020 telah diperkenalkan pada persidangan pertama Majlis Perniagaan


Malaysia. Dasar ini menyatakan bahawa menjelang tahun 2020, Malaysia akan menjadi
sebuah negara industri yang maju, makmur dan bersatu padu. Huraikan lima cabaran
yang telah dikenalpasti untuk merealisasikan wawasan tesebut

1.0 Pengenalan

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri


Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah
negaraperindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan
sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik,
sosial,kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini
juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai
sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.

Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada Majlis


Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan matlamat utama Wawasan
2020:

1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi


bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat
wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan
terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi
kepada negara.
2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan
keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang
telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti
dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua
potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.

3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang


mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang,
berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara
membangun.

1
Tugasan Individu KISSM
2010

4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika,


dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh
nilai etika paling tinggi.

5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai
kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada
masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya


perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi
pengguna teknologitetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa
depan.

7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang


mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak
berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang
kukuh.

8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat


yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan
wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.

9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan
kental.

Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak semestinya menjadi urutan
keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang. Tentunya keutamaan dalam
satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada masa berkenaan.

Wawasan merupakan takuk yang perlu dicapai untuk sesebuah Negara berkembang dan maju.
Wawasan yang diutarakan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke empat memberi ‘National
Focus’ yang boleh diterima umum berupaya memastikan bergerak kehadapan dengan tumpuan
yang lebih jelas, yakin dan serentak. Selain itu, wawasan perlu untuk mendapat konsensus
nasional daripada penduduk bebilang kaum dan geografinya berasingan antara wilayah yang
memiliki pandangan berbeza dan perselisihan mengenai masa depan. Wawasan merupakan satu

2
Tugasan Individu KISSM
2010

perjanjian sosio-politik dimana setiap rakyat ‘setuju-terima’ mempersetujui arah dan matlamat
yang sama. Ianya, menjadi satu panduan utama setiap rakyat membawa Negara kepada satu
tahap lebih maju dimasa hadapan. Wawasan 2020 juga dapat menyediakan garis panduan bagi
agenda pembangunan nasional dengan menetapkan tujuan, matlamat, strategi, jangka masa, dan
pencapaian. Justeru, mengatasi sembilan cabaran dalam Wawasan 2020 untuk memastikan
kemajuan Negara dapat dicapai adalah rencana utama bagi seluruh masyarakat yang ada di
Malaysia.

2.0 Pembentukan masyarakat yang bersatu padu

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah


perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan
merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Perpaduan kaum di Malaysia perlu di
capai sepenuhnya jika tidak mahu perkara ini berulang. Kepelbagaian kaum di Malaysia yang
masing-masing dengan identiti sendiri perlu dikikis dan beranjak kepada satu identiti yang
menyeluruh yang boleh melambangkan ciri-ciri Malaysia bukan ciri-ciri kaum semata.

Dalam cabaran pertama wawasan 2020, ianya menyatakan tentang mewujudkan Negara yang
bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Cabaran ini jika dapat diatasi dan
implementasikan dapat memberikan kemajuan dan pelbagai kepentingan. Hal ini kerana
perpaduan kaum di Malaysia adalah pemboleh ubah penting dalam menentukan kestabilan
politik, sosial, malah ekonomi. Antara kepentingan-kepentingan pembentukan masyarakat yang
bersatu padu seperti yang dipaparkan dalam senarai cabaran wawasan 2020 ialah, pembentukan
Negara yang aman, integrasi wilayah, rakyat hidup secara harmoni, rakyat dapat berkerjasama
sepenuhya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan
politik dan dedikasi kepada Negara.

Melihat kepentingan perpaduan dari sudut sejarah telah membuktikan bagaimana terbentuknya
Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan,
pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil
perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan
3
Tugasan Individu KISSM
2010

telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah.
Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang harus
dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Integrasi wilayah adalah usaha merapatkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan social
antara wilayah maju dan mundur. Sebagai contoh, integrasi wilayah antara Sabah dan Sarawak
dengan Semenanjung Malaysia dan antara Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan Pantai
Barat Semenanjung Malaysia. Agihan yang sama dari segi pendapatan, kemudahan asasi,
pelajaran, kemudahan kesihatan dan rekreasi, perumahan serta peluang pekerjaan. integrasi ialah
suatu proses yang sangat kompleks. Perhubungan yang lebih rapat antara wilayah dapat
mewujudkan integrasi dalam bidang politik dan nilai. Perhubungan ini seterusnya mampu
mengurangkan konflik dan mengutamakan persefahaman serta mewujudkan perasaan harmonis
antara pelbagai etnik.

Selain itu, masyarakat yang bersatu padu dapat mewujudkan masyarakat yang harmonis, tanpa
mengira perbezaan status, kaum, agama, budaya dan negeri kelahiran. Kemantapan integrasi
nasional tanpa mengira perbezaan agama akan memacu Malaysia menjadi Negara yang harmoni.
Untuk mewujudkan keadaan ini, ciri-ciri berikut hendaklah dipupuk di kalangan setiap lapisan
masyarakat.

1. mengamalkan sikap penyayang;


2. toleransi;
3. mengamalkan sikap permuafakatan;
4. berkongsi matlamat dan wawasan yang sama;
5. mengamalkan nilai-nilai murni; dan
6. menghormati perbezaan agama (Majlis Keselamatan Negara, april 2010)

Berdasarkan laporan ‘World Economic Forum’, Malaysia adalah Negara kedua paling berdaya
saing harga di duniadalam industry perjalanan dan perlancongan daripada 124 negara yang
dikaji. Sehubungan itu, perpaduan antara kaum merupakan mangkin untuk membangunkan
ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat
4
Tugasan Individu KISSM
2010

pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang
berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras
dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat
Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur
dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum
yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi,
duduk sama rendah dengan Negara lain.

Konklusinya, pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang dapat
memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan peranan
dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan. Semoga 52 tahun
kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan masyarakat untuk menobatkan
Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat ini. Laungan 'Malaysia Boleh' perlu
diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini digeruni oleh negara luar.

3.0 Mewujudkan masyarakat berjiwa bebas

31 Ogos 1957 merupakan tarikh kemerdekaan tanah Melayu daripada penjajah dan menjadi titik
tolak permulaan atau asas bagi pembentukan masyarakat yang berjiwa bebas. Segala ideologi
penakluk sebelum ini, perlu dipadam dan digantikan dengan identiti sendiri yang boleh
memperlihatkan Malaysia sebagai Negara sendiri. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa
bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa
yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah.
Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat
sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara
lain.

Menurut Kamus Dewan (1994) rakyat ialah seluruh penduduk sesebuah negara. Rakyat sebagai
orang yang dipimpin merupakan elemen penting sebagai syarat mendirikan sesebuah
pemerintahan. Jiwa pula didefinisikan sebagai batin iaitu perasaan, fikiran, cita-cita dan lain-lain
5
Tugasan Individu KISSM
2010

yang terkandung dalam hati manusia. Dalam perkembangan berkaitan, berjiwa bermaksud
mempunyai jiwa iaitu mempunyai perasaan, fikiran, cita-cita dan lain-lain yang terkandung
dalam hati manusia. Sementara merdeka bermaksud bebas sama ada dari penjajahan, naungan
atau kurungan.

Sehubungan dengan itu, pembentukan masyarakat yang berjiwa bebas sangat penting untuk
pembangunan Negara. Dari aspek kepimpinan, barisan yang memimpin Negara mestilah bebas
daripada pengaruh-pengaruh luar. Pemimpin yang berjiwa bebas dapat memimpin Negara
dengan idea yang dapat membangunkan keseluruhan rakyat, keyakinan pemimpin Negara
dengan acuan sendiri dan memahami apa yang diperlukan rakyat. Sebagai contoh, 1 Malaysia
yang di bawa oleh kepimpinan terkini tampak memberikan impak kepada keseluruhan rakyat
yang terdiri dari pelbagai kaum. Sebaliknya, jika kerajaan adalah berbentuk boneka dan di
pimpin oleh anasir luar matlamat untuk melihat Negara maju hanyalah mimpi.

Selain itu, masyarakat yang berjiwa bebas juga ialah masyarakat yang boleh menerima peubahan
Negara dalam pelbagai aspek. Masyarakat hendaklah mengatasi belenggu pemikiran yang
terjajah, bersikap terbuka kepada kemajuan dan perubahan orang lain, tidak bersikap jumud
dalam menghasilkan pemikiran berdaya maju dan menolak amalan-amalan negatif yang boleh
menyebabkan jiwa terus terbelenggu. Pembangunan yang dicapai kini boleh dilihat secara
konkrit, antaranya mercu tanda Malaysia Menara Berkembar Petronas yang pernah menjadi
menara tertinggi di dunia pada tahun 1998 hingga tahun 2004 mempunyai ketinggian 88 tingkat,
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merupakan salah satu hab penerbangan
terpenting di Asia tenggara dan pada tahun 2007 merupakan lapangan ketiga terbaik di dunia,
Kluster Perindustrian Kelapa Sawit (POIC) yang terletak di Lahad Datu yang berkelas dunia dan
banyak lagi bukti pembangunan lain di Malaysia. Namun begitu, masyarakat yang berjiwa
merdeka bukanlah masyarakat yang terlepas daripada peraturan undang-undang dan etika.
Sebaliknya asas-asas murni tersebut hendaklah digunakan sebagai landasan dan sempadan untuk
membangunkan masyarakat dan negara yang teguh dan utuh.

Rakyat berjiwa bebas dari segi konsepnya bermaksud warganegara yang perasaan, pemikiran dan
fizikalnya bebas untuk melakukan sesuatu. Tidak ada sebarang belenggu atau halangan di dalam

6
Tugasan Individu KISSM
2010

diri atau di luar diri mereka untuk berkreativiti. Tidak ada rasa terbeban oleh sesuatu atau
sebarang elemen sama ada secara langsung atau tidak langsung. Antara ciri jiwa bebas ialah
berfikiran kreatif dan inovatif. Masyarakat yang berjiwa bebas dapat melahirkan buah fikiran
yang dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baru yang bermanfaat bagi
memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Dengan mengatasi cabaran kedua ini
pelbagai perkara baru yang boleh dinikmati rakyat Malaysia. Daripada Negara pertanian kepada
sebuah Negara perindustrian dan tidak mustahil untuk mengecapi status Negara maju.

Setiap potensi anggota masyarakat harus digerakkan sebijaksana mungkin sehingga mampu
memartabatkan jatidiri, imej keluarga, integriti masyarakat, keutuhan negara berasaskan
patriotisme yang tinggi dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi walau di mana saja mereka
berada. Secara `simplistic' dapatlah disimpulkan bahawa dari segi konsepnya mereka yang
berjiwa merdeka haruslah mampu melakukan pilihan dan membuat saringan serta bersikap
terbuka terhadap faktor dari luar lingkungan budaya dan tradisi yang tidak bercanggah dengan
nilai etika dan sejagat yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan tamadun mengikut
acuan kita sendiri.

4.0 Mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika

Bermoral dan beretika merupakan kepentingan dan penekanan yang diperlukan untuk
merealisasikan wawasan 2020. Moral merupakan persoalan yang praktikal namun tidak semua
persoalan praktikal adalah moral. Moral membicarakan persoalan yang betul atau salah, apa yang
perlu dilakukan dan ditinggalkan atas sebab-sebab tertentu dan dalam keadaan tertentu.
Pertimbangan moral bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu.
Misalnya sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti. Perkataan etika berasal dari
perkataan Inggeris ethics. Ethics pula berasal dari perkataan Greek ethos bermaksud watak atau
budaya. Ia merujuk kepada sikap dan adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan.
Etika adalah sains menilai dan memahami proses penilaian. Ia berkaitan dengan perlakuan
mentafsirkan sesuatu perbuatan tersebut baik ataupun sebaliknya. Secara keseluruhannya, Moral

7
Tugasan Individu KISSM
2010

bersifat praktikal kerana ia merupakan disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang
dihayati oleh sesuatu masyarakat. Manakala etika bersifat teoretikal kerana ia mengkaji,
menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut.

Kebelakangan ini, isu pembuangan bayi hangat diperkatakan di kaca televisyen dan di dada-dada
akhbar. Suatu ketika dahulu isu ini hangat dikatakan, kemudian ia kembali senyap dan kini isu
ini kerap berlaku dan sukar untuk dibendung lagi. Setiap hari ada sahaja kes pembuangan bayi di
dada-dada akhbar. Malah, kes penderaan kanak-kanak turut mendapat perhatian. Apatah lagi
selepas kempen ‘Kami Prihatin’ dilancarkan baru-baru ini, masih terdapat juga kes pembuangan
bayi yang dilaporkan. Hal ini menunjukkan kes pembuangan bayi semakin meningkat dan sukar
dibendung. Apakah kita mahu digelar masyarakat yang tidak bertamadun dan tidak
berperikemanusiaan? Zaman jahilliyah dahulu,bayi perempuan dibunuh dan ditanam hidup-
hidup untuk menutup malu dan mempertahankan maruah keluarga semata-mata. Tetapi,lihatlah
zaman sekarang ini,bayi yang tidak berdosa dibuang begitu sahaja tanpa rasa belas kasihan demi
mempertahankan maruah dan hanya kerana mahu menutup aib sendiri. Perbuatan seperti ini
mencacatkan tamadun melayu yang hendak dimajukan dan di modenkan.

Di sekolah, moral dan etika diserapkan dalam setiap mata pelajaran dan secara khususnya dapat
dilihat dalam penyampaian pelajaran dalam subjek pendidikan agama Islam dan pendidikan
moral. Dalam subjek pendidikan Islam, objektif ke lima ialah melahirkan pelajar yang beradab,
berakhlak dan bersopan dalam pergaulan dan perhubungan dengan pelbagai lapisan
masyarakat(sabah.edu.my). Hal ini jelas menunjukkan bahawa moral dan etika diterapkan dalam
diri pelajar untuk berhadapan dengan dunia luar yang lebih mencabar pada masa akan datang.
Sehubungan dengan itu, modal insan yang bermoral dan beretika dapat diwujudkan. Gejala-
gejala sosial yang berleluasa di kalangan remaja yang masih bersekolah boleh di bendung
dengan penyerapan moral dan etika dalam pembelajaran.

Jaminan untuk merealisasikan wawasan 2020 ialah terbentuknya masyarakat yang bermoral dan
beretika dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh
nilai etika paling tinggi. Dalam konteks ini, apa yang paling penting sekali untuk memacu
Malaysia ke landasan kemajuan menyeluruh ialah budaya kerja. Masyarakat yang bermoral dan

8
Tugasan Individu KISSM
2010

beretika dapat mewujudkan budaya kerja yang sihat iaitu bebas daripada rasuah.
Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat
kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau
sesebuahsyarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut.
Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang
utama:

1. Meminta/Menerima Rasuah
2. Menawar/Memberi Rasuah

3. Membuat Tuntutan Palsu

4. Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah


sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka
kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa. Oleh itu, rakyat di Malaysia perlu
mengamalkan moral berkerja yang baik dan dapat menilai menggunakan etika kerja berdisiplin.

5.0 Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif

Kewujudan infrastruktur seperti teknologi elektronik, teknologi mekanikal dan teknologi


komunikasi dan maklumat (ICT) telah mencetus pelbagai konsep baru dalam masyarakat. Antara
konsep tersebut adalah seperti globalisasi dan bandaraya global, masyarakat bermaklumat
(information society), masyarakat jaringan (network society), masyarakat siber (cyber society),
masyarakat berpengetahuan (knowledge society), masyarakat maya (virtual society) dan
masyarakat berteknologi tinggi (high-tech society) untuk tujuan menyatukan, memproses,
mendapat, mempromosi, memperolehi dan berkongsi maklumat dalam sistem rangkaian
elektronik.

9
Tugasan Individu KISSM
2010

Globalisasi telah merancakkan lagi penggunaan teknologi dikalangan masyarakat dunia.


Fenomena ini mengajak Negara kita untuk menyertai dan menyumbang dalam penggunaannya.
Dalam cabaran keenam wawasan 2020 telah digariskan tentang mewujudkan masyarakat
saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke
depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun
sains dan teknologi masa depan. Sehubungan dengan itu, cabaran ini perlu diatasi untuk
mencapai kemajuan Negara

Melihat sejarah, kegemilangan tamadun manusia banyak dipengaruhi oleh kehebatan sains dan
teknologi yang dimiliki oleh mereka. Contoh yang jelas dan masih boleh dilihat sehingga kini
ialah kehebatan Tamadun Mesir Purba. Sehingga kini binaan piramid yang dibina ribuan tahun
dahulu masih tegap dan berdiri teguh dan terus menarik minat para pengkaji untuk mengkaji
bagaimana binaan unik tersebut dapat ditegakkan. Begitu juga dengan kekuatan Tamadun China
yang membina Tembok Besar masih dikunjungi pelancong sehingga ke hari ini. Apa yang
menarik untuk sama-sama kita fikirkan ialah kekuatan sains dan teknologi yang mereka miliki

Kepentingan peranan sains dan teknologi dalam usaha mencapai strategi dan matlamat
rancangan pembangunan ekonomi telahpun menerima pengakuan umum di kalangan pakar-pakar
akademik dan industri. Oleh yang demikian peningkatan tahap kepakaran pengurusan,
pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi adalah merupakan satu daripada penyelesaian
yang telah ditentukan dalam Wawasan 2020 untuk mengatasi masalah-masalah di atas.
Kebenaran ini boleh dilihat dalam peranan yang dimainkan oleh institusi-institusi penyelidikan
pertanian seperti RRIM, PORIM, MARDI dan juga Universiti Pertanian dan sumbangan mereka
kepada pertumbuhan sektor pertanian di negara ini. Pengurusan Sains dan Teknologi yang bijak
nyata telah memberikan hasil kepada ekonomi negara apabila usaha-usaha penyelidikan ini dapat
mengekalkan taraf negara ini sebagai pengeluar getah, kelapa sawit, koko dan lada yang utama di
dunia. Kejayaan ini telah dicapai hasil dari kesedaran Kerajaan tentang perhubungan yang rapat
antara rancangan membangunkan keupayaan sains dan teknologi dengan rancangan
pembangunan ekonomi negara, dan perkaitan ini telah diambilkira mulai Rancangan Malaysia
Kelima apabila sains dan teknologi diberi peranan yang diselaraskan dengan pembangunan
ekonomi keseluruhan.
10
Tugasan Individu KISSM
2010

Dasar Sains dan Teknologi Negara memberi fokus kepada usaha-usaha meningkatkan keupayaan
berdikari dalam bidang saintifik dan teknologi untuk membantu aktiviti ekonomi dengan cara
mewujudkan suasana yang baik untuk menggalakkan penciptaan saintifik dan memperbaiki
infrastruktur dalam bidang saintifik, pelajaran dan lain-lain bidang yang berkaitan. Sehubungan
dengan itu, rakyat di Malaysia perlu beranjak kepada satu lagi tahap iaitu berubah daripada
pengguna teknologi kepada pencipta teknologi. Pelbagai bentuk pertandingan yang dianjurkan
oleh kementerian sains, teknologi dan maklumat dengan sokongan daripada badan-badan NGO
untuk memcungkil bakat rakyat Malaysia dalam bidang inovasi. Salah satu daripada program
tersebut ialah Malaysia Inventors Challenge yang merupakan anjuran bersama MOSTI,
PROTON dan Media Prima sebagai penyiar rancangan ini. Rancangan yang disiarkan di TV 3
ini menunjukkan inovasi dan kreativiti rakyat Malaysia dalam mencipta peralatan atau teknologi
yang baru dan lain dari yang lain.

Dalam melahirkan masyarakat yang saintifik dan progresif, pengajaran dan pembelajaran yang
digunakan juga mestilah selaras dengan pembangunan sains dan teknologi. Sebagai contoh, di
sekolah penggunaan teknologi dalam penyampaian pengajaran juga menarik minat pelajar.
Power point, flash player, Microsoft office dan sebagainya merupakan contoh medium yang
boleh digunakan oleh guru-guru. Subjek ICT yang diperkenalkan kepada pelajar-pelajar
tingkatan satu dan tingkatan dua dapat mendedahkan pelajar kepada dunia teknologi seterusnya
mengajak pelajar untuk bersifat progresif untuk lebih maju dalam pelajaran. Asas teknologi ini
akan terus diasah dalam pengajian yang lebih tinggi. Pelbagai kursus dalam bidang sains dan
teknologi yang ditawarkan institusi pendidikan awam mahupun institusi swasta antaranya
kejuruteraan, perubatan, bioteknologi, kimia industri, sains komputer,

Pelbagai rancangan oleh kerajaan untuk membantu perkembangan sains dan teknologi di
Malaysia yang juga merupakan salah satu dasar kerajaan bertujuan memfokuskan pembangunan
ekonomi sebagai sasaran. Pembangunan Jalur Lebar di seluruh Negara merupakan antara rencana
yang penting bagi menyalurkan teknologi kepada rakyat dengan sasaran 75 peratus penggunaan
menjelang 2015. Selain itu, penyediaan prasarana di sekolah khususnya yang lebih berteknologi
untuk para pelajar nikmati seterusnya membantu dalam melahirkan masyarakar yang saintifik
dan progresif.
11
Tugasan Individu KISSM
2010

6.0 Mewujudkan Masyarakat Penyayang

Cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat penyayang (caring
society) dan budaya penyayang. Y.A.B. Dr Mahathir mentafsirkan masyarakat penyayang dan
budaya penyayang sebagai sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri
sendiri dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi
sekeliling keluarga yang kukuh. Dengan kata lain, masyarakat penyayang ialah masyarakat yang
hidup bermuafakat dengan anggota-anggotanya yang mesra dan bertimbang rasa. Setiap orang
saling faham-memahami dan hormat menghormati iaitu yang muda menghormati yang tua dan
yang tua mengasihi yang muda

Pengwujudan masyarakat penyayang ialah untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil kerana
asas kestabilan sesebuah negara ialah terletak pada kestabilan masyarakatnya. Kestabilan
masyarakat penting untuk kestabilan ekonomi dan politik sesebuah negara. Rakyat yang stabil
dari segi jasmani, emosi, rohani dan mental serta peka pada tanggungjawab bersama akan
melahirkan negara yang aman dan harmoni. Kekuatan ini akan dapat mengelakkan negara
menjadi mangsa pencerobohan kuasa-kuasa asing. Ini penting kerana penjajahan dalam zaman
yang serba canggih ini bukan dilakukan melalui kekuatan tentera tetapi melalui kecanggihan
sistem teknologi maklumat yang mereka miliki.

Sejak dulu lagi masyarakat Malaysia memang terkenal dengan amalan nilai-nilai murni
masyarakat timur seperti tolong-menolong, peramah, hormat-menghormati, bertimbang rasa
serta bekerjasama.Apabila kedatangan kuasa barat ke negara ini, mereka telah memperkenalkan
nilai dari barat seperti sifat angkuh, materialistik, individualistik dan penindas sehinggakan nilai-
nilai murni yang sedia ada telah terhakis dan dilupai.. Pengenalan konsep masyarakat penyayang
diharapkan akan dapat memupuk kembali nilai-nilai ketimuran yang semakin ditinggalkan

Dr Mahathir Mohammad menyatakan matlamat utama yang patut kita tuju ialah Malaysia yang
menjadi negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Kita patut menjadi negara maju
mengikut cita rasa kita sendiri bukan mengikut acuan negara maju yang sedia ada. Oleh itu
12
Tugasan Individu KISSM
2010

matlamat Wawasan 2020 ialah pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju
dari segala segi iaitu ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Malaysia
akan menjadi sebuah negara perindustrian yang maju tetapi mengekalkan nilai-nilai murni,
menikmati taraf hidup yang tinggi, keamanan dan keadilan sosial serta bangga terhadap negara.
Keadaan ini akan membolehkan kerajaan memupuk tenaga dan wang untuk program-program
pembangunan bukan mengatasi masalah-masalah sosial. Tanpa jiwa penyayang kita akan
mengulangi kesalahan negara maju yang mengalami keruntuhan moral

Pelbagai pihak memainkan peranan untuk mewujudkan masyarakat penyayang yang jika
diabaikan menyebabkan kesan-kesan buruk. Antaranya, peningkatan gejala sosial, masalah
pengabaian golongan tua, masalah penganiayaan kanak-kanak, kewujudan kegiatan anti sosial
yang berleluasa, pengabaian golongan cacat dan kurang bernasib baik, dan pemusnahan alam
sekitar harta benda awam. Justeru, setiap inci dan isi Negara ini perlu mengembalikan budaya
masyarakat penyayang. Sebagai contoh di sekolah, bagi merealisasikan konsep masyarakat
penyayang, ia boleh dilakukan melalui pendidikan secara formal. Misalnya kementerian telah
memasukkan ke dalam sukatan pelajaran bagi subjek Pengetahuan Moral, Agama Islam ,Alam
dan Manusia dan Lukisan nilai-nilai murni yang perlu ada pada individu. Selain itu aktiviti-
aktiviti ko-kurikulum dapat menyemaikan nilai-nilai kemasyarakatan yang murni kepada pelajar.
Misalnya semangat bekerjasama dan aktiviti rekreasi yang dijalankan dapat mendekatkan
manusia dengan alam sekitar. Penubuhan Badan Kebajikan di sekolah-sekolah juga merupakan
satu lagi pendekatan ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang mana fungsi badan ini
ialah untuk membantu golongan yang susah dan bermasalah.

7.0 Penutup

Gambaran masa depan Malaysia masih lagi kabur. Cebisan masa depan itu samalah rupa seekor
gajah yang cuba digambarkan oleh enam orang buta. Orang yang memegang ekor gajah tidak
sama dengan orang yang meraba telinga gajah. Usaha untuk bertindak merebut peluang masa
depan itu menjadi tidak keruan. Oleh itu, kita memerlukan gambaran yang lengkap tentang realiti

13
Tugasan Individu KISSM
2010

dan kaedah-kaedah bertindak merebut peluang masa depan. Dalam mencapai tamadun abad 21
adalah dipengaruhi oleh keupayaan manusia meneroka, membangun dan menggunakan
manipulasi, sekurang-sekurangnya 20 tahun teknologi teras secara produktif dan optimum. Di
samping itu, pemimpin negara Malaysia juga haruslah mempunyai keinginan dan daya usaha
untuk memsnifestasikan kewujudan generasi masa hadapan yang mempunyai ciri-ciri pemimpin
seperti yang diimpikan oleh Umar Ibn Al-Khattab. Kejayaan wawasan 2020 banyak bergantung
kepada kejayaan pemimpin masa kini yang membina generasi pelapis yang bermutu untuk
mencapai kecemerlangan di masa hadapan. Sembilan cabaran yang digariskan dalam wawasan
2020, masing-masing mempunyai rasional untuk di atasi. Lima daripada Sembilan cabaran yang
telah dinyatakan iaitu mewujudkan masyarakat bersatu padu, masyarakat berjiwa bebas,
masyarakat bermoral dan etika, masyarakat saintifik dan progresif, dan masyarakat penyayang
menunjukkan kepentingan cabaran-cabaran ini untuk di langkaui bagi mencapai kemajuan
Negara.

14

You might also like