You are on page 1of 2

FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA

Formula kimia

Aktiviti 1 : Menentukan formula empirik magnesium oksida

Untuk menentukan formula empirik magnesium oksida, jisim magnesium dan oksigen dalam magnesium
oksida perlu diketahui.

Dalam aktiviti ini magnesium yang diketahui jisimnya dibiarkan terbakar atau bertindak balas dengan oksigen
dalam udara. Kemudian jisim magnesium oksida yang terhasil dapat ditentukan.

Bahan : Pita magnesium , kertas pasir.


Radas : Mangkuk pijar dengan tudung, penyepit, penunu Bunsen, tungku kaki
tiga, alas segitiga tanah liat.

Prosedur :

Tudung
Lid

PitaMagnesium
magnesium Mangkuk pijar
ribbon

Panaskan

1 Timbang sebuah mangkuk pijar bersama-sama dengan tudungnya.


2 Bersihkan 10 cm pita magnesium dengan kertas pasir.
3 Gulungkan pita magnesium dan masukkan ke dalam mangkuk pijar.Timbang mangkuk dengan tudung
bersama dengan kandungan.
4 Sediakan radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas.
5 Panaskan mangkuk pijar tanpa penutup dengan kuat.Sebaik sahaja magnesium mulai terbakar , tutup
mangkuk pijar.
6 Sekali sekala buka tudung mangkuk pijar dan tutup semula dengan cepat. Jangan biarkan wasap putih
terbebas keluar.
7 Apabila semua magnesium sudah terbakar , padamkan api penunu Bunsen.
8 Timbang semula mangkuk pijar bersama-sama kandungannya apabila kesemuanya sejuk.
9 Ulangi proses pemanasan, penyejukan dan penimbangan sehingga suatu jisim tetap diperolehi.

Data dan Pemerhatian

Bahan/radas Jisim (g)


Mangkuk pijar + tudung
Mangkuk pijar + tudung + magnesium
Mangkuk pijar + tudung + magnesium oksida
Mentafsir Data

1 Berdasarkan keputusan di atas, hitungkan :

(a) jisim

(i) magnesium : …………………………………………................................

(ii) oksigen : …………………………………………................................

(b) bilangan mol

(i) magnesium : …………………………………………................................

(ii) oksigen : …………………………………………................................

2 Tentukan formula empirik magnesium oksida.

………………………………………………………………………...............................

Perbincangan :

1 Mengapakah pita magnesium perlu dibersihkan dengan kertas pasir?

………………………………………………………………………...............................

2 Mengapakah tudung mangkuk pijar perlu dibuka sekali sekala?

………………………………………………………………………...............................

3 (i) Nyatakan nama bagi wasap putih yang terhasil.

……………………………………………………………………….....................

(ii) Mengapa perlu untuk tidak membiarkan sebarang wasap putih terbebas keluar daripada
mangkuk pijar?

……………………………………………………………………….....................

4 Mengapakah proses pemanasan, penyejukan dan penimbangan diulangi sehingga mendapat suatu
jisim yang tetap.

………………………………………………………………………...............................

5 Tuliskan persamaan bagi tindak balas antara magnesium dengan oksigen.

………………………………………………………………………...............................

Kesimpulan :

……………………………………………………………………….........................................

You might also like