You are on page 1of 1

Eksperimen menentukan formula empirik magnesium oksida

1. Rajah menunjukkan susunan radas untuk menentukan formula empirik bagi


magnesium oksida.

Penutup

Pita magnesium Mangkuk pijar

Jadual menunjukkan data diperoleh daripada eksperimen itu.

Penerangan Jisim (g)


Jisim mangkuk pijar + penutup 26.48
Jisim mangkuk pijar + penutup + magnesium 26.84
Jisim mangkuk pijar + penutup + magnesium oksida 27.08

(a) Berdasarkan Jadual, hitung formula empirik bagi magnesium oksida. Tunjukkan
jalan kerja.
[Jisim atom relatif: Mg = 24; O = 16]
(b) Tuliskan persamaan kimia untuk mewakili tindak balas antara magnesium
dengan oksigen.

(c) Mengapakah pita magnesium perlu dibersihkan dengan kertas pasir?

(d) Terangkan mengapa mangkuk pijar perlu ditutup semasa magnesium


dipanaskan.

(e) Terangkan mengapa penutup mangkuk pijar dibuka sekali sekala semasa
magnesium dipanaskan.

(f) Bagaimanakah memastikan magnesium bertindak balas lengkap dengan


oksigen?

You might also like