You are on page 1of 11

UJIAN TOPIKAL TINGKATAN 4

SOALAN STRUKTUR
Arahan : Kertas ini terdiri daripada dua (2) soalan iaitu soalan satu (1) dan soalan dua (2). Pelajar dikehendaki untuk
menjawab semua soalan pada ruangan kosong yang telah disediakan.

1. Satu eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji kesan suhu ke atas kadar tindakbalas. Sebuah kelalang kon
250 cm3 yang mengandungi 50 cm3 larutan natrium thiosulfat 0.05 mol dm -3 pada suhu 30oC, diletakkan di
atas tanda “X”, pada sehelai kertas putih.

10 cm3 asid hidroklorik 1.0 mol dm-3 dicampurkan kepada larutan natrium tiosulfat tersebut dan digoncang.
Pada masa yang sama, jam randik dimulakan. Jam randik dihentikan sebaik sahaja tanda “X” tidak
kelihatan. Langkah eksperimen yang sama diulangi bagi larutan natrium tiosulfat yang dipanaskan sehingga
suhu 35oC, 40 oC, 45 oC dan 50 oC

Rajah 2 menunjukkan bacaan jam randik bagi setiap tindakbalas pada suhu yang berlainan.

Rajah 2

(a) Catatkan masa bagi setiap tindakbalas pada ruang yang disediakan dalam Rajah 2.
[2 markah]
(b) Bina satu jadual dan rekodkan suhu, masa dan 1/masa terlibat dalam eksperimen ini.

[3 markah]

(c) Lukiskan graf suhu melawan 1/masa pada kertas graf yang disediakan.
Berdasarkan graf di (c), nyatakan perhubungan antara kadar tindakbalas dengan suhu.

..………………………….………………………………………………………………

………………………….…………………………………………………………………
[5 markah]
2. Ahmad mengambil bahagian dalam Pertandingan Saintis Muda semasa Minggu Sains di sekolah.Dia
menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji kadar tindak balas antara kulit telur dengan asid etanoik. Kulit
telur mengandungi kalsium karbonat dan persamaan kimia di bawah menunjukkan tindak balas kimia yang
berlaku.

CaCO3 (p) + 2CH3COOH (ak) (CH3COO)2Ca (ak) + CO2 (g) + H2O (c)

Jadual 1 menunjukkan isi padu gas kabon dioksida yang dikumpulkan pada sela masa 30 saat.

Masa /s
0 30 60 90 120 150 180 210
Jumlah isipadu gas CO2
dikumpul / cm3
0 16.00 30.00 39.00 42.50 44.00 44.00 44.00

Jadual 1

(a) Lukis satu gambar rajah berlabel untuk menunjukkan susunan radas dan bahan-bahan yang digunakan
oleh Ahmad untuk menjalankan experiment itu.

[2 markah]
(b) Lukis satu graf isi padu gas karbon dioksida dikumpul melawan masa.
[3 markah]
(c) (i) Tentukan kadar tindak balas pada 90 saat.

[2 markah]

(ii) Hitung kadar tindak balas dalam minit kedua

[2 markah]

(iii) Apakah kadar tindak balas keseluruhan?

[1 markah]
UJIAN TOPIKAL TINGKATAN 4
SOALAN ESEI
Arahan : Baca soalan di bawah dengan teliti. Sila jawab semua soalan di kertas yang berasingan.

1. Sekumpulan pelajar telah menjalankan eksperimen untuk mengkaji kesan faktor yang mempengaruhi
kadar tindak balas antara logam P dan asid HX. Jadual 4 menunjukkan maklumat bagi bahan tindak balas
dan masa diambil untuk mengumpul 30 cm3 gas hidrogen.

Masa
Eksperimen Bahan tindak balas diambiluntuk
mengumpul 30 cm3
gas hidrogen (s)

I Serbuk logam P dan 50 cm3 asid HX1.0 mol dm-3 10

II Serbuk logam P dan 100 cm3 asid HX 0.5 mol dm-3 20

Jadual 4

(a) Cadangkan nama logam P dan asid HX.


Dengan menggunakan logam P dan asid HX yang dinamakan, tulis persamaan kimia bagi tindakbalas antara
logam P dan asid HX. Menggunakan teori perlanggaran, terangkan perbezaan kadar tindak balas antara
Eksperimen I dan Eksperimen II.
[10 markah]
SKEMA JAWAPAN (SOALAN STRUKTUR)
SOALAN RUBRIK SKOR
PEMARKAHAN
Boleh merekod bacaan suhu dengan tepat menggunakan satu titik
perpuluhan.

Masa 55.0 s pada 30oC


Masa 48.0 s pada 35oC
Masa 42.0 s pada 40oC
1(a) Masa 37.0 s pada 45oC 2
Masa 33.0 s pada 50oC

Boleh membuat jadual dengan tajuk dan unit yang betul dan tepat

1(b) Jawapan contoh: 3

Suhu/oC 30 35 40 45 50
Masa/s 55.0 48.0 42.0 37.0 33.0
1/masa/ s-1 0.018 0.021 0.024 0.027 0.030
Boleh melukis graf suhu melwan 1/masa dengan betul dan tepat menikut
kriteria yang telah ditetapkan. 5

i) Paksi x : Suhu / 0C dan paksi y : 1/masa /1/s


ii) Graf mestilah pada skala yang kositen dan memenuhi separuh
1(c) daripada kertas graf
iii) Semua titik mestilah dipindahkan dengan betul
iv) Lengkung graf mestilah tepat

Menyatakan kadar tindak balas dengan perubahan suhu secara tepat

Semakin tinggi suhu semakin tinggi kadar tindak balas

2 (a) Boleh melukis satu gambar rajah berfungsi dan tepat


Asid hidroklorik

2
Kalsium karbonat

Air

1. Fungsi radas:
Pasangkan buret, garis putus-putus untuk air dan asid hidroklorik, tiub
akhir penghantaran di bawah paras air di lembangan.
2. Label:
Asid hidroklorik/ HCl, kalsium karbonat/ CaCO3, Air
(b) Boleh melukis graf dengan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan:

1. Paksi mestilah dilabel dengan tajuk yang betul beserta unit.


2. Skala paksi x dan paksi y mestilah seragam dan graf hendaklah
memenuhi separuh daripada kertas graf.
3. Semua titik mestilah ditanda.
4. Melukis bentuk graf yang betul dan lengkung mestilah halus dari 3
permulaan hingga akhir titik.
(c) Boleh melukis tangen dan menunjukkan jalan kira yang betul.
(i)
1 Melukis tangen 90 darjah dengan betul di atas kertas graf
2 Menunjukkan jalan kerja pengiraan tangen yang betul
beserta dengan unit and unit 2
Skala mestilah diantara ( 0.155 – 0.195 ) cm3s-1
*Jika pelajar menggunakan skala yang berlainan
guru perlu menyemak semula jawapan pelajar

(ii) Terima satu nilai daripada c(i) 2

(iii) Kepekatan asid berkurang 1

Jumlah keseluruhan 20
SKEMA JAWAPAN (SOALAN ESEI)
1 (a) P : [Apa sahaja logam yang terletak di atas Cu pada siri elektrokimia]

Contoh:
Magnesium / Zinc / Aluminium
[r : Kalium / Natrium]

HX : [Apa sahaja asid monoprotik]

Example :
Asid hidroklorik / Asid nitrik
[ a : Asid lemah]

[Persamaan kimia]
1. Formula reaktan dan produk yang betul
2. Persamaan kimia yang seimbang 10

Jawapan contoh : Mg + 2HCl → MgCl2 + H2

1. Kadar tindak balas Eksperimen I lebih tinggi dripada Esperimen II.


2. Kepekatan asid pada Eksperimen I lebih tinggi daripada Eksperimen II.
3. Nombor ion hidroen per unit isipadu dalam Eksperimen I adadlah lebih
tinggi daripada Eksperimen II.
4. Frekuensi pelanggaran antara ion hidrogen dengan logam P pada
Eksperimen I lebih tinggi daripada Eksperimen II,.
5. Frekuensi pelanggaran berkesan antara zarah-zarah di Eksperimen I adalah
lebih tinggi daripada Eksperimen II.

You might also like