You are on page 1of 4

BAHAGIAN B

[20 MARKAH]

Jawab mana-mana satu soalan dalam bahagian ini.

9) Jadual 9 menunjukkan tiga set eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji


kadar tindak balas antara zink dan asid sulfurik.

Masa yang diambil


Set Bahan tindak balas untuk mengumpul
30cm3 gas hidrogen (s)
I Serbuk zink berlebihan + 25 cm3 asid 54
sulfurik 0.2 mol dm-3
II Serbuk zink berlebihan + 25 cm3 asid 42
sulfurik 0.4 mol dm-3
III Serbuk zink berlebihan + 25 cm3 asid 36
sulfurik 0.2 mol dm-3 + 5 cm3 larutan kuprum
(II) sulfat
Jadual 9

a) Hitung kadar tindak balas bagi Set I, Set II dan Set III.

[3 markah]

b) Bandingkan kadar tindak balas bagi :


 Set I dan Set II
 Set I dan Set III

Terangkan jawapan anda dari aspek Teori Perlanggaran.

[10 markah]
c) Jadual 10 menunjukkan data yang diperoleh daripada suatu eksperimen
yang dijalankan bagi menentukan kadar tindak balas antara 20 cm 3 asid
nitrik 0.5 mol dm-3 dengan kalsium karbonat berlebihan.

Masa (s) 0 30 60 90 120 150 180 210

Isipadu gas CO2 terbebas 0.00 16.00 27.0 36.00 42.00 44.0 44.00 44.00
(cm3) 0 0
Jadual 10

i) Lukiskan graf isipadu gas karbon dioksida yang terbebas melawan


masa.
[3 markah]
ii) Berdasarkan graf yang telah diplotkan di atas, hitung kadar tindak
balas pada masa 30 saat dan pada masa 90 saat.
[4 markah]
10) Rajah 10 menunjukkan elektrolisis larutan natrium sulfat, Na 2SO4, dengan
menggunakan karbon sebagai elektrod.

Rajah 10

a) Namakan hasil yang diperoleh di anod dan katod dan nyatakan ujian kimia yang
boleh digunakan untuk menentukan kedua-dua hasil itu.
[4 markah]
b) Terangkan tindak balas yang berlaku di anod dan katod berdasarkan aspek yang
berikut:
i) Senarai ion yang tertarik ke setiap elektrod.
[2 markah]

ii) Nama ion-ion yang dipilih untuk dinyahcas di setiap elektrod.


[2 markah]

iii) Sebab ion-ion ini dinyahcas.


[2 markah]

iv) Persamaan setengah bagi tindak balas yang berlaku di anod dan katod.
[2 markah]

c) Sekiranya larutan natrium sulfat digantikan dengan larutan natrium klorida 1.0 mol
dm-3, apakah pemerhatian di kedua-dua elektrod?
Terangkan tindak balas yang berlaku di kedua-dua elektrod itu.
[8 markah]

You might also like