You are on page 1of 3

Aktiviti Makmal 3.5.

2: Menentukan formula empirik


magnesium oksida

Aktiviti Makmal 3.5.2:


Menentukan formula empirik magnesium
oksida
Tujuan: Untuk menentukan formula empirik bagi magnesium oksida

Radas:
» Mangkuk pijar dengan penutup
Bahan:
» Tungku kaki tiga
» Magnesium oksida
» Penunu Bunsen
» Kertas pasir
» Penimbang elektronik
» Pengalas segitiga tanah liat
Prosedur and Keputusan:

Prosedur

1. Animasi berikut menunjukkan susunan radas dan keputusan eksperimen.

Pita magnesium sepanjang 20 cm digosok dengan kertas pasir untuk menyingkirkan


lapisan oksida pada permukaannya.
2.
Langkah berjaga-jaga: Pita magnesium digosok sebelum pemanasan untuk
menyingkirkan magnesium oksida yang terbentuk di permukaannya.

3. Pita magnesium digulung ke dalam bentuk gegelung.

Sebuah mangkuk pijar dengan penutup ditimbang dengan penimbang dan jisim
4.
direkodkan.

Sekeping kertas asbestos kering diletakkan kei dalam mangkuk pijar diikuti dengan
5. pita magnesium yang bergelung. Mangkuk pijar dengan kandungannya ditimbang
semula. Beratnya direkodkan.

Mangkuk pijar diletakkan pada pengalas segitiga tanah liat di atas tungku kaki
tiga dan dipanaskan dengan kuat. Penutup dibuka dan ditutup dengan cepat pada
selang masa tertentu bagi membolehkan oksigen dari udara memasuki ke mangkuk pijar
6. sementara mengelakkan wasap putih daripada terlepas ke persekitaran.
Langkah berjaga-jaga: Penutup pijar mangkuk dibuka sekali-sekala untuk
membolehkan oksigen dari udara dapat memasuki untuk pembakaran magnesium yang
lengkap.
Selepas magnesium terbakar dengan lengkap, mangkuk pijar disejukkan dan ditimbang
sekali lagi bersama-sama dengan penutup yang. Beratnya direkodkan.
7. Langkah berjaga-jaga: Sebaik sahaja magnesium terbakar, mangkuk pijar yang
ditutup dengan segera untuk mengelakkan asap putih magnesium oksida daripada
terlepas, sekali gus menyebabkan jisim oksida yang terbentuk berkurang.

Langkah-langkah pemanasan, penyejukan dan penimbangan diulangi sehingga suatu


8.
jisim tetap diperolehi.

Keputusan

Jisim mangkuk pijar + Jisim mangkuk pijar + penutup Jisim mangkuk pijar + penutup
penutup + magnesium + magnesium oksida
= a g = b g = c g

Pengiraan :

Jisim magnesium diperolehi = (b - a) g


Jisim oksigen yang bergabung dengan magnesium = (c - b) g
[Jisim atom relatif: O, 16; Mg, 24]

Unsur Mg O

Jisim (b – a) (c – b)

Bilangan mol b - a 24 c - b 16

Nisbah teringkas x y

Nisbah Mg : O = x : y
Jadi formula empirik adalah MgxOy
Perbincangan :

Tujuan mengulangi proses pemanasan, penyejukan dan penimbangan adalah untuk



memastikan tindak balas magnesium oksida berlaku dengan lengkap.
Kesimpulan:
► Formula empirik bagi magnesium oksida adalah MgO.

You might also like