You are on page 1of 44

KIMIA

TINGKATAN
5
KADAR TINDAK BALAS
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kadar Tindak balas
Eksperimen 1 : Mengkaji kesan saiz kalsium karbonat ke atas kadar tindak
balas

Kadar tindak balas boleh dipengaruhi oleh saiz bahan tindak balas yang digunakan.
Semakin kecil saiz bahan tindak balas, semakin tinggi kadar tindak balasnya.
Tindak balas antara asid hidroklorik dengan kalsium karbonat membebaskan gas
karbon dioksida. Perubahan isipadu gas yang terbebas digunakan untuk memplotkan
satu graf isipadu gas melawan masa. Kadar tindak balas pula boleh ditentukan
berdasarkan kepada kecerunan graf.

Pernyataan masalah : Bagaimana saiz kalsium karbonat boleh mempengaruhi kadar


tindak balas?

Hipotesis : Semakin kecil saiz kalsium karbonat, semakin tinggi kadar tinggi.

Pemboleh ubah
Pemboleh ubah dimanipulasikan : Saiz kalsium karbonat
Pemboleh ubah bergerak balas : Kadar tindak balas
Pemboleh ubah di malarkan : Isipadu dan kepekatan asid // asid // kalsium
karbonat

Bahan : Asid hidroklorik 0.2 mol dm-3, kalsium karbonat, air

Radas : Kelalang kon 100 cm3, buret, penyumbat gabus bersama salur penghantar,
kaki retort dengan pengapit, jam randik, silinder penyukat, penimbang,
besen, alu dan lesung.

MODUL AMALI SAINS 1


KIMIA
5 TINGKATAN

Prosedur :
Salur penghantar

Buret

Kelalang kon

Asid hidroklorik

Air

Kalsium karbonat
Besen

1. Masukkan air ke dalam buret dan telangkupkan ke dalam besen berisi air.
Rekodkan bacaan awal buret.
2. Masukkan 20 cm3 asid hidroklorik 0.2 mol dm-3 ke dalam kelalang kon.
3. Timbang 2.0 g kalsium karbonat yang bersaiz besar dan masukkannya ke
dalam kelalang kon tersebut.
4. Dengan segera, tutup kelalang kon dan mulakan jam randik.
5. Rekodkan bacaan buret setiap selang masa 30 saat.
6. Ulang eksperimen menggunakan kalsium karbonat bersaiz kecil bagi
menggantikan kalsium karbonat bersaiz besar.

Penjadualan Data :

(a) Kalsium karbonat bersaiz besar

Masa, s 0 30 60 90 120 150


Bacaan buret, cm3
Isipadu gas, cm3

(b) Kalsium karbonat bersaiz kecil

Masa, s 0 30 60 90 120 150


Bacaan buret, cm3
Isipadu gas, cm3

2 MODUL AMALI SAINS


KIMIA
TINGKATAN
5
Mentafsir Data

1. Tuliskan persamaan kimia untuk tindak balas di atas.

2. Pada paksi yang sama, plotkan graf isipadu gas karbon dioksida melawan
masa bagi kedua- dua eksperimen.

MODUL AMALI SAINS 3


KIMIA
5 TINGKATAN
3. Berdasarkan graf di atas, hitungkan :

(a) kadar tindak balas purata bagi

(i) kalsium karbonat bersaiz besar

(ii) kalsium karbonat bersaiz kecil

(b) kadar tindak balas pada masa 50 saat bagi

(i) kalsium karbonat bersaiz besar

(ii) kalsium karbonat bersaiz kecil

4 MODUL AMALI SAINS


KIMIA
TINGKATAN
5
Perbincangan :

1. Apakah hubungan di antara kecerunan graf dengan kadar tindak balas?

...

...

2. Apakah hubungan antara saiz kalsium karbonat dengan kadar tindak balas?
Terangkan dengan merujuk kepada teori perlanggaran.

...

...

...

...

3. Berdasarkan eksperimen di atas, nyatakan definisi bagi kadar tindak balas.

...

...

4. Gelembung-gelembung gas terhasil semasa tindak balas ini. Namakan gas


tersebut.

...

5. Huraikan secara ringkas satu ujian bagaimana anda mengenal pasti gas yang
terbebas itu.

...

...

...

Kesimpulan :

...

...

...

MODUL AMALI SAINS 5


KIMIA
5 TINGKATAN
Eksperimen 2 : Mengkaji kesan kepekatan larutan natrium tiosulfat ke atas kadar
tindak balas

Tindak balas antara larutan natrium tiosulfat, Na 2S3O3 dengan asid sulfurik, H2SO4
akan menghasil mendakan sulfur, S yang berwarna kuning.
Semakin tinggi kepekatan larutan natrium tiosulfat yang digunakan, semakin singkat
masa yang diambil bagi pembentukan mendakan sulfur, semakin singkat masa di
ambil untuk tanda X tidak kelihatan dan semakin tinggi kadar tindak balas.

Pernyataan masalah : Bagaimanakah kepekatan larutan natrium tiosulfat boleh


mempengaruhi kadar tindak balas?

Pemboleh ubah
Pemboleh ubah dimanipulasikan : Kepekatan larutan natrium tiosulfat
Pemboleh ubah bergerak balas : Kadar tindak balas
Pemboleh ubah di malarkan : Isipadu dan kepekatan asid // asid // suhu

Hipotesis : Semakin tinggi kepekatan larutan natrium tiosulfat, semakin tinggi kadar
tindak balas.

Bahan : Larutan natrium tiosulfat berkepekatan 0.25 mol dm -3, 0.20 mol dm-3, 0.15
mol dm-3, 0.10 mol dm-3, 0. mol dm-3 dan 0.05 mol dm-3, asid sulfurik 1.0
mol dm-3
Radas : Kelalang kon, silinder penyukat, jam randik, kertas turas.

Prosedur :
Mata pemerhati

Kelalang kon

Larutan natrium tiosulfat


+ asid sulfurik

Tanda X
Kertas turas

6 MODUL AMALI SAINS


KIMIA
TINGKATAN
5
1. Tandakan pangkah X di atas sekeping kertas turas.
2. Sukat dan tuangkan 50 cm3 larutan natrium tiosulfat 0.25 mol dm -3 ke dalam
kelalang kon.
3. Letakkan kelalang kon tersebut di atas kertas turas bertanda pangkah X.
4. Sukat 5 cm3 asid sulfurik 1.0 mol dm-3. Tuangkannya ke dalam kelalang kon
dan dengan segera mulakan jam randik.
5. Goyangkan kelalang kon tersebut sepanjang eksperimen.
6. Catatkan masa yang diambil untuk tanda X tidak kelihatan.
7. Ulang eksperimen menggunakan kepekatan larutan natrium tiosulfat yang
berbeza.

Penjadualan Data :

Kepekatan larutan natrium


0.25 0.20 0.15 0.10 0.05
tiosulfat, mol dm-3
Masa, s
1/time, s-1

Mentafsir data :

1. Tuliskan persamaan kimia untuk tindak balas di antara larutan natrium


tiosulfat, Na2S2O3 dan asid sulfurik.

.......................................................................................................................

2. Tuliskan persamaan ion untuk tindak balas antara ion tiosulfat, S 2O32- dan ion
hidrogen, H+

........................................................................................................................

3. Nyatakan warna mendakan yang terhasil dan namakan mendakan tersebut.

.........................................................................................................................

4. Plotkan graf :
(a) kepekatan larutan natrium tiosulfat, Na2S2O3 melawan masa

(b) kepekatan larutan natrium tiosulfat, Na2S2O3 melawan 1/masa

MODUL AMALI SAINS 7


KIMIA
5 TINGKATAN
Graf kepekatan larutan natrium tiosulfat, Na2S2O3 melawan masa

8 MODUL AMALI SAINS


KIMIA
TINGKATAN
5
Graf kepekatan larutan natrium tiosulfat, Na2S2O3 melawan 1/masa

MODUL AMALI SAINS 9


KIMIA
5 TINGKATAN
Perbincangan :

1. Berdasarkan pada graf di atas, apakah hubungan antara kepekatan larutan


natrium tiosulfat, Na2S2O3 dan:
(a) masa?

..................................................................................................................

(b) 1/masa?

..................................................................................................................

2. Apakah yang diwakili oleh 1/masa?

.........................................................................................................................

3. Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi bagi kadar tindak balas.

.........................................................................................................................

.........................................................................................................................

4. Apakah hubungan antara kepekatan larutan natrium tiosulfat, Na 2S2O3 dan


kadar tindak balas? Jelaskan berdasarkan teori perlanggaran.

........................................................................................................................

........................................................................................................................

........................................................................................................................

........................................................................................................................

Kesimpulan :

...

...

10 MODUL AMALI SAINS


KIMIA
TINGKATAN
5
Eksperimen 3 : Mengkaji kesan suhu larutan natrium tiosulfat ke atas kadar
tindak balas

Kadar tindak balas di antara larutan natrium tiosulfat dengan asid sulfurik boleh
ditentukan berdasarkan kepada masa pembentukan mendakan kuning sulfur. Semakin
cepat masa pembentukan mendakan sulfur, semakin cepat masa di ambil untuk
pangkah X tidak kelihatan dan semakin tinggi kadar tindak balas.

Pernyataan masalah : Bagaimanakah suhu larutan natrium tiosulfat boleh


mempengaruhi kadar tindak balas?

Pemboleh ubah
Pemboleh ubah dimanipulasikan : Suhu larutan natrium tiosulfat
Pemboleh ubah bergerak balas : Kadar tindak balas
Pemboleh ubah di malarkan : Isipadu dan kepekatan asid // asid //
kepekatan larutan natrium tiosulfat

Hipotesis : Semakin tinggi suhu larutan natrium tiosulfat, semakin tinggi kadar tindak
balas.

Bahan : Larutan natrium tiosulfat berkepekatan 0.20 mol dm -3, asid sulfurik 1 mol
dm-3
Radas : Kelalang kon, silinder penyukat, jam randik, kertas turas, penunu Bunsen,
termometer.

Prosedur :
Mata pemerhati

Kelalang kon

Larutan natrium tiosulfat


+ asid sulfurik

Tanda X
Kertas turas

MODUL AMALI SAINS 11


KIMIA
5 TINGKATAN
1. Tandakan pangkah X di atas sekeping kertas turas.
2. Sukat dan tuangkan 50 cm3 larutan natrium tiosulfat 0.25 mol dm -3 ke dalam
kelalang kon. Panaskan larutan tersebut sehingga suhunya mencapai 30 0C.
3. Letakkan kelalang kon tersebut di atas kertas turas bertanda pangkah X.
4. Sukat 5 cm3 asid sulfurik 1.0 mol dm-3. Tuangkannya ke dalam kelalang kon dan
dengan segera mulakan jam randik.
5. Goyangkan kelalang kon tersebut sepanjang eksperimen.
6. Catatkan masa untuk tanda X hilang.
6. Ulang eksperimen menggunakan larutan natrium tiosulfat pada suhu 35 0C, 40 0C,
45 0C, 50 0C

Tabulation of data :

Suhu larutan natrium tiosulfat, 0C 30 35 40 45 50

Masa, s
1/time, s-1

Mentafsir data :

1. Tuliskan persamaan kimia untuk tindak balas di antara larutan natrium tiosulfat dan
asid sulfurik.

................................................................................................................................

2. Tuliskan persamaan ion untuk tindak balas antara ion tiosulfat, S 2O32- dan ion
hidrogen, H+

................................................................................................................................

3. Plotkan graf :

(a) Suhu larutan natrium tiosulfat, Na2S2O3 melawan masa

(b) Suhu larutan natrium tiosulfat, Na2S2O3 melawan 1/masa

12 MODUL AMALI SAINS


KIMIA
TINGKATAN
5
Graf suhu larutan natrium tiosulfat, Na2S2O3 melawan masa

MODUL AMALI SAINS 13


KIMIA
5 TINGKATAN
Graf suhu larutan natrium tiosulfat, Na2S2O3 melawan 1/masa

14 MODUL AMALI SAINS


KIMIA
TINGKATAN
5
4. Nyatakan warna mendakan yang terhasil dan namakan mendakan tersebut.

................................................................................................................................

Perbincangan :

1. Berdasarkan pada graf di atas, apakah hubungan antara suhu larutan natrium
tiosulfat, Na2S2O3 dan :

(a) masa?

.........................................................................................................................

.........................................................................................................................

(b) 1/masa?

.........................................................................................................................

.........................................................................................................................

2. Apakah yang diwakili oleh 1/masa?

................................................................................................................................

3. Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi bagi kadar tindak balas.

................................................................................................................................

4. Apakah hubungan antara suhu larutan natrium tiosulfat, Na 2S2O3 dan kadar tindak
balas? Jelaskan mengikut teori perlanggaran.

...............................................................................................................................

...............................................................................................................................

...............................................................................................................................

...............................................................................................................................

MODUL AMALI SAINS 15


KIMIA
5 TINGKATAN
Kesimpulan :

....

SEBATIAN KARBON
16 MODUL AMALI SAINS
KIMIA
TINGKATAN
5
Alkena
Eksperimen 1 : Membandingkan sifat kimia bagi alkana dan alkena

A : Pembakaran heksana dan heksena

Alkana dan alkena terbakar dengan lengkap dalam gas oksigen berlebihan bagi
menghasilkan gas karbon dioksida dan air. Sebaliknya jika pembakaran yang tidak
lengkap berlaku hasil yang terbentuk ialah karbon, gas karbon monoksida, gas karbon
dioksida dan air. Karbon yang terbentuk semasa pembakaran tidak lengkap dipanggil
jelaga.

Penyataan masalah : Adakah pembakaran alkana dan alkena yang sepadan


mempunyai nyalaan berjelaga yang berbeza?

Hipotesis : Heksena menghasil nyalaan yang lebih berjelaga daripada heksana.

Pembolehubah
Pemboleh yang dimanipulasi : Heksana dan heksena
Pembolehubah yang bergerak balas : Nyalaan berjelaga
Pembolehubah yang dimalarkan : Isipadu heksana dan heksena

Bahan : Cecair heksana, cecair heksena dan kertas turas.

Radas : Mangkuk penyejat dan kayu uji.

Prosedur :
Kertas turas

Heksana

Mangkuk penyejat

1 Lebih kurang 3 cm3 heksana dan 3 cm3 heksena diletakkan ke dalam dua
mangkuk penyejat yang berbeza.
MODUL AMALI SAINS 17
KIMIA
5 TINGKATAN
2 Nyalakan kedua-dua heksana dan heksena tersebut.
3 Sekeping kertas turas diletakkan di atas setiap nyalaan itu selama 3 minit.
4 Bandingkan jumlah jelaga yang terkumpul pada kertas turas.

Pemerhatian :

Heksana Heksena

Pemerhatian pada kertas


turas

Nyalaan ...................................... lebih berjelaga daripada ..........................................

Perbincangan :

1 Tuliskan formula molekul heksana dan heksena.

................................................................................................................................

2 Hitungkan peratus karbon mengikut jisim permolekul dalam heksana dan heksena.
Heksana : Heksena :

3 Apakah hubungan antara peratus karbon mengikut jisim permolekul dengan


kejelagaan nyalaan?

.................................................................................................................................

Kesimpulan :

.......................................................................................................................................

.......................................................................................................................................
B: Tindak balas heksana dan heksena dengan larutan kalium mangganat(VII)
berasid

18 MODUL AMALI SAINS


KIMIA
TINGKATAN
5
Alkena mengandungi ikatan kovalen ganda dua dalam molekulnya sedangkan alkana
hanya mempunyai ikatan kovalen tunggal. Hal ini menjadikan alkena lebih reaktif
daripada alkana yang sepadan.

Penyataan masalah : Adakah alkana dan alkena yang sepadan bertindak balas
dengan larutan kalium mangganat(VII) berasid?

Hipotesis : Heksena mengubah warna larutan kalium mangganat(VII) berasid


daripada ungu kepada tanpa warna manakala heksana tidak.

Pembolehubah
Pemboleh ubah yang dimanipulasi : Heksana dan heksena
Pembolehubah yang bergerak balas : Perubahan warna larutan kalium
mangganat(VII) berasid.
Pembolehubah yang dimalarkan : larutan kalium mangganat(VII) berasid

Bahan : Cecair heksana, cecair heksena dan larutan kalium mangganat(VII)


berasid.

Radas : Tabung uji dan penitis.

Prosedur :

1 Tuangkan kira-kira 2 cm3 heksana ke dalam sebuah tabung uji


2 2 titis larutan kalium mangganat(VII) berasid ditambah ke dalam tabung uji itu.
3 Goncangkan tabung uji itu.
4 Catat pemerhatian pada larutan kalium mangganat(VII) berasid.
5 Ulangi langkah 1 hingga 4 dengan menggantikan heksana dengan heksena.

Pemerhatian :

Pemerhatian
Heksana Heksena

Tindak balas dengan


larutan kalium
mangganat(VII) berasid

Perbincangan :

1 Lukiskan formula struktur heksana dan heksena.

MODUL AMALI SAINS 19


KIMIA
5 TINGKATAN
Heksana : Heksena :

2 (a) Antara heksana dan heksena yang manakah bertindak balas dengan
kalium mangganat(VII) berasid? Terangkan jawapan anda.
.....................................................................................................................

.....................................................................................................................

.....................................................................................................................

(b) Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku di 2 (a).
.....................................................................................................................

3 Ramalkan antara heksana dan heksena yang manakah bertindak balas


dengan air bromin.

.........................................................................................................................

Kesimpulan :

.......................................................................................................................................

.......................................................................................................................................

Alkohol
Aktiviti 1 : Tindak Balas Pendehidratan Etanol

20 MODUL AMALI SAINS


KIMIA
TINGKATAN
5
Antara sifat kimia bagi alkohol ialah :

(a) Pembakaran alkohol menghasilkan gas karbon dioksida dan air.


(b) Pengoksidaan alkohol menghasilkan asid karboksilik.
(c) Pendehidratan alkohol menghasilkan alkena.

Apabila wap alkohol dialirkan melalui agen pendehidratan yang panas, alkohol tersebut
akan ditukar menjadi alkena.

Bahan : Etanol, Serpihan porselin, larutan kalium mangganat(VII) dan air.

Radas : Tabung didih, kaki retort, penyumbat dengan salur penghantar,


penitis, tabung uji dan besin.

Prosedur :
Serpihan
porselin

Wul kaca yang Gas etena


dibasahi dengan
etanol

panaskan
Besen

Air

1 Masukkan wul kaca ke dalam sebuah tabung didih.


2 Tuangkan kira-kira 2 cm3 etanol ke dalam tabung didih untuk membasahi wul kaca
tersebut.
3 Penuhkan bahagian tengah tabung didih dengan serpihan porselin.
4 Isikan satu besen dan satu tabung uji dengan air dan telangkupkan tabung uji ke
dalam besen tersebut.
5 Pasangkan radas seperti dalam rajah.
6 Panaskan serpihan porselin dengan kuat.
7 Kumpulkan gas yang terhasil ke dalam tabung uji
8 Tambah dua titik larutan kalium mangganat(VII) berasid ke dalam tabung uji yang
mengandungi gas yang telah dikumpul.
Pemerhatian :

Warna gas yang dikumpul

MODUL AMALI SAINS 21


KIMIA
5 TINGKATAN
Pemerhatian :
Perubahan warna larutan kalium
mangganat(VII) berasid

Perbincangan :

1 Apakah fungsi serpihan porselin.


.................................................................................................................................

2 Nyatakan satu bahan lain yang boleh menggantikan serpihan porselin.

................................................................................................................................

3 Namakan gas yang terbentuk.


................................................................................................................................

4 Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku.


................................................................................................................................

Kesimpulan :

.......................................................................................................................................

.......................................................................................................................................

.......................................................................................................................................

PENGOKSIDAAN DAN PENURUNAN

22 MODUL AMALI SAINS


KIMIA
TINGKATAN
5
MENGANALISIS TINDAK BALAS REDOKS
Aktiviti 1 : Pertukaran ion Fe2+ ion Fe3+ dan ion Fe3+ ion Fe2+

Penukaran ion Fe2+ kepada ion Fe3+ melibatkan pendermaan elektron dan
pertambahan dalam nombor pengoksidaan Ferum. Tindak balas ini dikenali sebagai
tindak balas pengoksidaan. Manakala penukaran ion Fe3+ kepada ion Fe2+ melibatkan
penerimaan elektron dan pengurangan dalam nombor pengoksidaan Ferum. Tindak
balas ini dikenali sebagai tindak balas penurunan.

Bahan : Larutan ferum(II) sulfat 0.5 mol dm -3 (baru disediakan), larutan ferum(III)
klorida 0.5 mol dm-3, larutan kalium manganat(VII) berasid, serbuk zink,
larutan natrium hidroksida 2.0 mol dm -3.

Radas : Tabung uji, pemegang tabung uji, selinder penyukat 10 cm 3, spatula,


penyumbat, kertas turas, corong turas, penunu Bunsen, penitis.

Prosedur :
(a)
Pertukaran ion Fe2+ ion Fe3+

larutan kalium manganat(VII)


berasid

Pemegang tabung uji

Larutan ferum(II) sulfat

1. Sukat 2 cm3 larutan ferum(II) sulfat 0.5 mol dm-3 dan tuangkannya ke
dalam sebuah tabung uji yang diapitkan dengan pemegang tabung
uji.
2. Campurkan larutan kalium manganat(VII) berasid setitik demi setitik
ke dalam tabung uji tersebut sambil digoncang sehingga tiada lagi
perubahan.
3. Kemudian, hangatkan campuran tersebut perlahan-lahan.
4. Tambahkan larutan natrium hidroksida ke dalam larutan yang terhasil.
Catatan pemerhatian.
(b)
Pertukaran ion Fe3+ ion Fe2+

MODUL AMALI SAINS 23


KIMIA
5 TINGKATAN
Serbuk zink

Larutan ferum(III) klorida

1. Sukat 2 cm3 larutan ferum(III) klorida 0.5 mol dm-3 dan tuangkannya
ke dalam sebuah tabung uji yang diapitkan dengan pemegang
tabung uji.
2. Campurkan setengah spatula serbuk zink ke dalam larutan ferum(III)
klorida itu.
3. Tutup dan goncangkan campuran dalam tabung uji tersebut selama
beberapa minit.
4. Buka penyumbat dan panaskan campuran tersebut.
[Jangan didihkan campuran kerana tindak balas adalah cergas dan
campuran mungkin tersembur keluar]
5. Catatkan semua perubahan yang berlaku.
6. Turaskan campuran dan masukkan sedikit hasil turasan ke dalam
sebuah tabung uji.
7. Tambahkan larutan natrium hidroksida ke dalam tabung uji tersebut.
Catatan pemerhatian.

Pemerhatian :

(a)
Pertukaran ion Fe2+ ion Fe3+
Pemerhatian
Larutan ferum(II) sulfat
+ air bromin
(Campuran A)
Campuran A
+ larutan natrium hidroksida

(b)
Pertukaran ion Fe3+ ion Fe2+

24 MODUL AMALI SAINS


KIMIA
TINGKATAN
5
Pemerhatian
Larutan ferum(III) klorida
+ serbuk zink
(Campuran B)
Campuran B
+ larutan natrium hidroksida

Perbincangan :

(a)
Pertukaran ion Fe2+ ion Fe3+
1. Apakah fungsi larutan natrium hidroksida dalam eksperimen ini?

..

2. (a) Apakah jenis tindak balas kimia yang berlaku kepada ion ferum(II), Fe 2+
dalam eksperimen ini?

..

(b) Tuliskan setengah persamaan bagi perubahan yang berlaku kepada ion
ferum(II), Fe2+ dalam eksperimen ini.

..

3. (a) Apakah jenis tindak balas kimia yang berlaku kepada larutan kalium
manganat(VII) berasid, KMnO4 dalam eksperimen ini?

..

(b) Tuliskan setengah persamaan bagi perubahan yang berlaku kepada


larutan kalium manganat(VII) berasid, KMnO 4 dalam eksperimen ini.

..

4. Namakan agen pengoksidaan dan agen penurunan dalam tindak balas ini

Agen pengoksidaan : ......

Agen penurunan : ......

5. Tuliskan persamaan ion bagi tindak balas keseluruhan.

MODUL AMALI SAINS 25


KIMIA
5 TINGKATAN
..

6. Namakan dua bahan lain yang boleh digunakan bagi menggantikan KMnO 4
dalam tindak balas ini.

..

(b)
Pertukaran ion Fe3+ ion Fe2+
7. Apakah fungsi larutan natrium hidroksida dalam eksperimen ini?

..

8. (a) Apakah jenis tindak balas kimia yang berlaku kepada ion ferum(II), Fe 3+
dalam eksperimen ini?

..

(b) Tuliskan setengah persamaan bagi perubahan yang berlaku kepada ion
ferum(III), Fe3+ dalam eksperimen ini.

..

9. (a) Apakah jenis tindak balas kimia yang berlaku kepada zink, Zn dalam
eksperimen ini?

..

(b) Tuliskan setengah persamaan bagi perubahan yang berlaku kepada zink,
Zn dalam eksperimen ini.

..

10. Namakan agen pengoksidaan dan agen penurunan dalam tindak balas ini

Agen pengoksidaan : ......

Agen penurunan : ......

11. Tuliskan persamaan ion bagi tindak balas keseluruhan.

..

12. Namakan dua bahan lain yang boleh digunakan bagi menggantikan zink dalam
tindak balas ini.
26 MODUL AMALI SAINS
KIMIA
TINGKATAN
5
..

..

PENGOKSIDAAN DAN PENURUNAN


MODUL AMALI SAINS 27
KIMIA
5 TINGKATAN
KAKISAN LOGAM DAN PENGARATAN BESI
SEBAGAI PROSES REDOKS
Aktiviti 2 : Kesan logam lain ke atas pengaratan besi

Pengaratan besi merupakan proses kakisan logam secara perlahan-lahan. Pengaratan


besi berlaku akibat daripada tindak balas antara besi dengan oksigen dan air
membentuk ferum(II) hidroksida dan ferum(III) oksida terhidrat.
Pengaratan besi boleh dipercepatkan atau dilambatkan apabila besi bersentuhan
dengan satu logam lain. Apakah logam-logam yang boleh mempercepatkan dan
melambatkan pengaratan besi?

Bahan : Paku besi, kerajang kuprum, kerajang zink, kerajang stanum, pita
magnesium, agar-agar, larutan kalium heksasianoferat (III) sulfat 0.15
mol dm-3, larutan fenolftalein.

Radas : Tabung uji, rak tabung uji, kertas pasir.

Prosedur :

Agar-agar + phenolphthalein + larutan kalium heksasianoferat(III)

Kuprum Magnesium Stanum Zink

Paku Paku Paku Paku Paku


besi besi besi besi besi

A B C D E

1. Bersihkan 5 batang paku besi dengan cara menggosokkannya dengan


kertas pasir.

28 MODUL AMALI SAINS


KIMIA
TINGKATAN
5
2. Lilitkan empat daripada paku besi tersebut dengan kerajang kuprum,
pita magnesium, kerajang stanum dan kerajang zink. Biarkan sebatang
paku besi tidak dililit.
3. Masukkan kelima-lima paku besi tadi ke dalam tabung uji yang
berasingan dan letakkannya di rak tabung uji.
4. Sementara itu, sediakan larutan agar-agar dengan cara mendidihkan 5
g agar-agar dalam 100 cm3 air panas. Tambahkan beberapa titik
larutan kalium heksasianoferat(III) dan beberapa titik larutan
fenolftalein kepada larutan panas tersebut, kemudian kacau larutan itu.
5. Tuangkan larutan agar-agar yang panas ke dalam setiap tabung uji
sehingga menenggelami paku besi, seperti yang ditunjukkan dalam
rajah di atas.
6. Biarkan tabung uji itu terdedah selama satu hingga dua hari.
7. Selepas satu hingga dua hari, perhatikan perubahan warna dalam
setiap tabung uji.
8. Catatan pemerhatian anda dalam jadual di bawah.

Keputusan :

Pemerhatian ke atas warna agar-agar


Tabung uji
Kehadiran warna merah jambu Keamatan warna biru

Perbincangan :

1 Apakah fungsi larutan larutan berikut dalam eksperimen ini?

MODUL AMALI SAINS 29


KIMIA
5 TINGKATAN
(a) fenolftalein

...........

(b) kalium heksasianoferat(III)

...........

2 Tabung uji E adalah sebagai ujikaji kawalan. Mengapakah paku besi sahaja
digunakan dalam tabung uji ini?

.....

.....

.....

3 Berdasarkan keputusan eksperimen ini, logam-logam yang manakah dapat


(a) melambatkan/mencegah pengaratan besi?

.........

(b) mempercepatkan pengaratan besi?

.........

4 Apakah hubungan antara kedudukan logam yang dinyatakan dalam Soalan 3


berbanding kedudukan besi/ferum dalam Siri Elektrokimia?

..

..

..

Kesimpulan :
Logam yang berada di atas besi/ferum dalam Siri Elektrokimia
dapat ............................... pengaratan besi manakala logam yang berada di bawah
besi dalam Siri Elektrokimia dapat .................................... pengaratan besi.

PENGOKSIDAAN DAN PENURUNAN

30 MODUL AMALI SAINS


KIMIA
TINGKATAN
5
PEMINDAHAN ELEKTRON PADA SATU JARAK
Aktiviti 3 : Redoks daripada segi pemindahan elektron pada satu jarak

Bahan yang telah menderma/melepaskan elektron (mengalami pengoksidaan) dan


bahan lain yang telah menerima elektron (mengalami penurunan). Dua bahan yang
tidak bercampur di dalam tiub-U juga mengalami tindak balas redoks kerana
berlakunya pemindahan elektron. Pesongan pada jarum galvanometer membuktikan
berlakunya pemindahan elektron.

Bahan : Larutan kalium manganat(VII) 0.2 mol dm -3 berasid, larutan kalium iodida
1.0 mol dm-3, asid sulfurik 1.0 mol dm-3, larutan kanji.

Radas : Tiub-U, galvanometer, dawai penyambung, penyumbat getah berlubang,


elektrod karbon, tabung uji, penitis, kaki retort dengan pengapit.

Prosedur :

X Y
Elektrod karbon Elektrod karbon

Larutan kalium iodida


Larutan kalium
manganat(VII) berasid

Larutan asid sulfurik


1.0 mol dm-3

1 Isikan larutan asid sulfurik 1.0 mol dm -3 ke dalam tiub-U yang telah
diapitkan pada kaki retort sehingga paras asid berada kira-kira 5 cm
daripada paras atas tiub tersebut.

MODUL AMALI SAINS 31


KIMIA
5 TINGKATAN
2 Dengan berhati-hati, masukkan larutan kalium manganat(VII) 0.2 mol
dm-3 berasid secara perlahan-lahan menggunakan penitis ke dalam
salah satu lengan tiub-U sehingga satu lapisan yang tingginya kira-kira
2 cm terbentuk di atas asid sulfurik.
3 Dengan cara yang sama, masukkan larutan kalium iodida 1.0 mol dm -3
ke dalam lengan tiub-U yang satu lagi sehingga satu lapisan yang
tingginya kira-kira 2 cm juga terbentuk.
4 Celupkan dua elektrod karbon ke dalam kedua-dua larutan sehingga
sebahagian daripada setiap elektrod tenggelam ke dalam larutan
tersebut.
5 Sambungkan kedua-dua elektrod karbon itu dengan galvanometer
menggunakan wayar penyambung seperti yang ditunjukkan dalam
rajah di atas.
6 Perhatikan pada jarum galvanometer. Selepas beberapa ketika,
Perhatikan sebarang perubahan yang berlaku kepada warna larutan
dalam kedua-dua lengan tiub-U. Catatan pemerhatian anda.
7 Keluar sedikit larutan daripada lengan Y menggunakan penitis dan
masukkannya ke dalam tabung uji. Tambahkan larutan kanji ke dalam
tabung uji tersebut. Catatkan pemerhatian.

Pemerhatian :

Pemerhatian

Arah pengaliran elektron

Perubahan pada warna


larutan di lengan X

Perubahan pada warna


larutan di lengan Y

Pemerhatian
Larutan daripada lengan Y
+ larutan kanji

Perbincangan :

1 Apakah bahan yang terhasil di lengan Y tiub -U?

32 MODUL AMALI SAINS


KIMIA
TINGKATAN
5
.....

2 Tuliskan setengah persamaan bagi tindak balas yang berlaku di


(a) lengan X

..

(b) lengan Y

..

3 Tuliskan persamaan ion keseluruhan bagi tindak balas redoks yang berlaku

.............

4 Apakah bahan yang


(a) dioksidakan

..

(b) diturunkan

..

5 Namakan agen pengoksidaan dan agen penurunan dalam tindak balas ini

Agen pengoksidaan : ......

Agen penurunan : ......

TERMOKIMIA
Haba Peneutralan

MODUL AMALI SAINS 33


KIMIA
5 TINGKATAN
Eksperimen 1 : Membandingkan Haba Peneutralan Bagi Tindak Balas Antara
Asid Kuat Dengan Alkali Kuat Dan Asid Lemah Dengan Alkali
Kuat.

Asid kuat ialah asid yang mengion sepenuhnya di dalam air menghasilkan ion hidrogen
dalam kepekatan yang tinggi manakala asid lemah ialah asid yang mengion separa di
dalam air bagi menghasilkan ion hidrogen dalam kepekatan yang rendah.

Haba peneutralan ialah haba yang dibebaskan apabila satu mol ion hidrogen daripada
suatu asid bertindak balas dengan satu mol ion hidroksida daripada alkali membentuk
satu mol air.

Haba peneutralan antara semua asid kuat dengan semua alkali kuat mempunyai nilai
yang sama.

Penyataan Masalah : Adakah haba peneutralan antara asid kuat dengan alkali
kuat sama atau berbeza dengan haba peneutralan asid
lemah dengan alkali kuat?

Hipotesis : Pasangan asid dan alkali dengan kekuatan yang berbeza


menghasilkan haba peneutralan yang berbeza

Pembolehubah
Pembolehubah yang dimanipulasi : Pasangan asid dan alkali dengan
kekuatan berbeza
Pembolehubah yang bergerak balas : Haba peneutralan
Pembolehubah yang dimalarkan : Isipadu dan kepekatan asid dan alkali

Bahan : Larutan natrium hidroksida 2.0 mol dm -3, asid hidroklorik 2.0 mol dm-3
dan asid etanoik 2.0 mol dm-3.

Radas : Dua cawan polistirena, termometer dan dua silinder penyukat.

Prosedur :

1 Sukat 50 cm3 larutan natrium hidroksida dan tuangkan ke dalam sebuah


cawan polistirena.
2 Selepas 5 minit catatkan suhu awal larutan natrium hidroksida.

34 MODUL AMALI SAINS


KIMIA
TINGKATAN
5
3 Sukat 50 cm3 larutan asid hidroklorik dan tuangkan ke dalam sebuah cawan
polistirena yang lain.

Gunakan silinder penyukat yang berbeza bagi menyukat


isipadu larutan natrium hidroksida dan larutan asid
hidroklorik
4 Selepas 5 minit, catatkan suhu awal larutan asid hidroklorik.
5 Tuangkan asid hidroklorik ke dalam cawan yang mengandungi larutan natrium
hidroksida dengan cepat dan berhati-hati.
6 Kacau campuran dengan termometer dan catatkan suhu tertinggi yang dicapai.
7 Ulangi langkah 1 hingga 6 dengan menggantikan asid hidroklorik dengan asid
etanoik.

Data :

Suhu awal (oC) Suhu


Suhu Awal Kenaikan
Pasangan asid/alkali Tertinggi
Asid Alkali purata (oC) Suhu (oC)
(oC)
Asid hidroklorik dan
larutan natrium
hidroksida
Asid etanoik dan
larutan natrium
hidroksida

Mentafsir Data :

1 Hitungkan :

(i) Perubahan haba, H = mc

(ii) Bilangan mol ion hidrogen, H+ dalam asid dan bilangan mol ion hidroksida,
OH dalam alkali.

MODUL AMALI SAINS 35


KIMIA
5 TINGKATAN

(iii) Haba peneutralan antara asid hidroklorik dan larutan natrium


hidroksida.

2 Hitungkan :

(i) Perubahan haba, H = mc

(ii) Bilangan mol ion hidrogen, H+ dalam asid dan bilangan mol ion hidroksida,
OH dalam alkali.

(iii) Haba peneutralan antara asid etanoik dan larutan natrium hidroksida.

Perbincangan :

1 Nyatakan fungsi cawan polistirena.

..........................................................................................................................

36 MODUL AMALI SAINS


KIMIA
TINGKATAN
5
2 Tuliskan persamaan ion bagi kedua-dua tindak balas dalam eksperimen di
atas.
(a) asid hidroklorik dan larutan natrium hidroksida

........................................................................................................................

(b) asid etanoik dan larutan natrium hidroksida

........................................................................................................................

3 Bandingkan haba peneutralan antara asid hidroklorik dan larutan natrium


hidroksida dengan asid etanoik dan larutan natrium hidroksida.
Terangkan jawapan anda.

.........................................................................................................................

.........................................................................................................................

.........................................................................................................................

.........................................................................................................................

Kesimpulan :

.......................................................................................................................................

.......................................................................................................................................

TERMOKIMIA
Haba Pembakaran

MODUL AMALI SAINS 37


KIMIA
5 TINGKATAN
Eksperimen 2 : Mengukur dan Membandingkan Haba Pembakaran Beberapa
Jenis Alkohol

Apabila alkohol terbakar dengan lengkap dalam gas oksigen berlebihan, gas karbon
dioksida, air dan tenaga akan terhasil. Tenaga haba yang terhasil apabila satu mol
alkohol terbakar dengan lengkap dalam oksigen berlebihan dipanggil haba
pembakaran alkohol.
Haba pembakaran ialah haba yang dibebaskan apabila satu mol bahan
kimia terbakar dengan lengkap dalam gas oksigen yang berlebihan

Penyataan Masalah : Adakah alkohol yang berbeza mempunya haba


pembakaran yang berbeza?

Hipotesis : Apabila bilangan atom karbon permolekul dalam alkohol meningkat


haba pembakaran meningkat.

Pembolehubah
Pembolehubah yang dimanipulasi : Bilangan karbon atom permolekul
alkohol
Pembolehubah yang bergerak balas : Haba pembakaran
Pembolehubah yang dimalarkan : Isipadu air suling, tin kuprum.

Bahan : Metanol, etanol, propanol dan air suling.

Radas : Tin kuprum, kaki retort, lampu spirit, pengadang angin, silinder
penyukat dan neraca.

Prosedur : Termometer

Penghadang
angin Tin kuprum

Air

Metanol

Blok kayu

1 Tuangkan 100 cm3 air suling ke dalam sebuah tin kuprum.


2 Sukat suhu awal air suling selepas 5 minit dengan menggunakan
thermometer.
3 Isi lampu spirit dengan methanol, dengan segera timbang lampu itu bersama
kandungannya.

38 MODUL AMALI SAINS


KIMIA
TINGKATAN
5
4 Pasangkan radas seperti rajah
5 Nyalakan sumbu dan panaskan air dalam tin kuprum
6 Pastikan nyalaan lampu spirit sampai ke tin kuprum.
7 Pasangkan pengadang angin untuk mengelakkan gangguan udara yang
bergerak.
8 Kacau air dalam tin kuprum dari masa ke semasa supaya pemanasan air
adalah sekata.
9 Setelah suhu meningkat 30oC, padamkan api.
10 Catatkan suhu tertinggi yang dicapai oleh air.
11 Timbang lampu spirit dengan segera. Catatkan jisim lampu spirit tersebut.
12 Ulang langkah 1 11 dengan menggunakan alkohol yang lain.

Data :

Suhu / oC
Pengukuran
Metanol Etanol Propanol
Suhu awal air
Suhu tertinggi air
Kenaikan suhu

Jisim / g
Pengukuran
Metanol Etanol Propanol
Jisim awal pelita
Jisim akhir pelita
Jisim alkohol yang
terbakar

Mentafsir Data :

1 Hitungkan haba pembakaran bagi setiap alkohol

(a) Metanol
Hitungkan :
(i) perubahan haba, H = mc

(ii) bilangan mol

(iii) haba pembakaran

MODUL AMALI SAINS 39


KIMIA
5 TINGKATAN

(b) Etanol
Hitungkan :
(i) perubahan haba, H = mc

(ii) bilangan mol

(iii) haba pembakaran

(c) Propanol
Hitungkan :
(i) perubahan haba, H = mc

(ii) bilangan mol

(iii) haba pembakaran

Perbincangan :

1 Tuliskan persamaan seimbang bagi pembakaran setiap alkohol

Metanol : ................................................................................................

40 MODUL AMALI SAINS


KIMIA
TINGKATAN
5
Etanol : ................................................................................................

Propanol : ................................................................................................

2 Lukiskan gambar rajah aras tenaga untuk menunjukkan perubahan tenaga


yang berlaku semasa pembakaran salah satu daripada alkohol di atas.

3 Lakarkan graf haba pembakaran setiap alkohol melawan bilangan atom


karbon permolekul alkohol.

Kesimpulan :
Apakah hubungan antara bilangan atom karbon permolekul alkohol dengan haba
pembakaran.

..................................................................................................................................

..................................................................................................................................

..................................................................................................................................

BAHAN KIMIA UNTUK PENGGUNA


SABUN DAN DETERGEN

MODUL AMALI SAINS 41


KIMIA
5 TINGKATAN
Aktiviti : Menyediakan sabun

Sabun boleh dibuat menggunakan lemak haiwan atau minyak tumbuhan.


Dalam makmal, sabun boleh disediakan menggunakan proses saponifikasi.
Saponifikasi merupakan hidrolisis lemak/minyak dalam larutan kalium hidroksida atau
natrium hidroksida pekat.
Proses saponifikasi melibatkan pendidihan lemak/minyak dengan larutan kalium
hidroksida atau natrium hidroksida pekat. Hasil tindak balas ini adalah garam asid
lemak (sabun) dan gliserol.
Contoh :

lemak/minyak Natrium hidroksida Garam natrium asid


(ester)
+ + Gliserol
(alkali) lemak (sabun)

Bahan : Minyak sawit, larutan natrium hidroksida 5 mol dm -3, serbuk natrium
klorida, air suling.

Radas : Bikar 250 cm3, selinder penyukat 10 cm3 dan 100 cm3, spatula, rod kaca,
corong turas, kertas turas, kasa dawai, tungku kaki tiga, penunu Bunsen,
kaki retort dengan pengapit, tabung uji, penyumbat gabus.

Prosedur :
Minyak sawit dan
larutan natrium hidroksida

Sisa

Campuran

Panaskan Sejukkan

1 Sukat 5 cm3 minyak kelapa sawit dan tuangkannya ke dalam sebuah


bikar.
2 Sukat 30 cm3 larutan natrium hidroksida 5 mol dm -3 dan tuangkannya
ke dalam bikar yang mengandungi minyak sawit.

42 MODUL AMALI SAINS


KIMIA
TINGKATAN
5
3 Panaskan campuran tersebut sehingga mendidih.
4 Kacau campuran tersebut menggunakan rod kaca sepanjang proses
pemanasan dijalankan.
5 Biarkan campuran mendidih selama 10 minit.
6 Kemudian, masukkan 100 cm3 air suling dan 3 spatula serbuk natrium
klorida ke dalam campuran itu. Catatkan apa yang terbentuk.
7 Kacau campuran tersebut dan didihkannya selama 5 minit.
8 Alihkan bikar daripada penunu Bunsen dan biarkan campuran itu
menyejuk.
9 Turaskan campuran itu dan bilas sisa yang terhasil dengan sedikit air
suling.
10 Keringkan sisa itu dengan menekannya di antara dua kepingan kertas
turas.
11 Letakkan sedikit sisa di hujung jari telunjuk. Gosokkan sisa tersebut
menggunakan jari telunjuk dan ibu jari. Catatkan apa yang terasa.
12 Pindahkan sedikit sisa yang diperolehi ke dalam sebuah tabung uji dan
tambahkan 5 cm3 air suling.
13 Tutup dan goncangkan tabung uji. Catatkan apa yang berlaku.

Pemerhatian :

Langkah Pemerhatian

11

13

Perbincangan :

MODUL AMALI SAINS 43


KIMIA
5 TINGKATAN
1 Namakan jenis tindak balas yang berlaku antara minyak sawit dan natrium
hidroksida.

..

2 Lengkapkan persamaan perkataan berikut :

Minyak sawit Natrium hidroksida Garam natrium asid


+ + ..
(ester) (alkali) lemak (sabun)

3 Apakah fungsi natrium klorida dalam langkah 6?

..

4 Cadangkan satu bahan lain yang boleh menggantikan larutan natrium


hidroksida pekat.

..

44 MODUL AMALI SAINS

You might also like