You are on page 1of 10

AGENDA MEMPERKUKUHKAN KELUARGA EFEKTIF

Dr. Amini Amir Abdullah


Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia

Pendahuluan

Semua masyarakat mempunyai unit-unit keluarga yang membentuk satu komuniti


ataupun masyarakat. Keluarga nuclear (nuclear family) terdiri daripada seorang suami,
isteri dan anak. Keluarga penyambung pula (extended family) terdiri daripada komponen
ini dan lain-lain individu yang mempunyai perkaitan darah dan perkahwinan.

Keluarga adalah agen utama dalam proses sosialisasi. Ibu bapa mempunyai tanggung
jawab masing-masing. Anak-anak pula belajar mengenai kepentingan status, otoriti dan
peranan ahli-ahli dalam keluarga. Dalam sosiologi, struktur keluarga melibatkan perkara
berikut:

1. jumlah perkahwinan dalam masyarakat.


2. umur ketika belangsungnya perkahwinan
3. jumlah anak-anak yang dilahirkan dalam keluarga.

Globalisasi dan modenisasi telah mengubah sudut pandang kita mengenai peranan ibu
bapa. Masing-masing mempunyai peranan yang semakin berbeza dalam konteks keluarga
tradisional. Pengaruh Barat tidak dapat dinafikan lagi sudah mula mendapat tempat dalam
masyarakat. Ini turut menyumbang kepada masalah rumahtangga dan peningkatan
penceraian. Golongan wanita perlukan kesedaran dan pengetahuan mengenai hak selepas
penceraian agar mereka tidak menjadi mangsa kepada penindasan.

Zaman sekarang, masyarakat memerlukan ilmu untuk berkeluarga. Masyarakat


memerlukan ilmu untuk menjadi ibu bapa yang baik dan berkesan. Masyarakat
memerlukan ilmu untuk mendidik anak. Sungguhpun peranan pendidikan boleh diberikan
kepada institusi pendidikan formal dan tidak formal, pendidikan sebenarnya yang bakal
membentuk peribadi, jasmani dan rohani anak-anak terletak di bahu ibubapa. Ibubapa
mesti memperlengkapkan diri mereka dengan ilmu keibubapaan (parenting education).
Apabila ibubapa mempunyai kualiti ini, barulah keluarga yang berkualitiu dapat
dibentuk.

Secara amnya, keluarga mempunyai fungsi-fungsi berikut:

1. Menyediakan kerangka untuk kestabilan hubungan antara jantina


2. Menyediakan kediaman bagi memenuhi keperluan kasih sayang dan keselamatan
emosi.
3. Memberikan tempat kepada anakanak dalam masyarakat.

1
4. Ia bertindak sebagai agen sosialisasi.

Agenda-agenda

Secara dasarnya kertas kerja ini akan menghuraikan serta mengupas agenda
memperkukuhkan hubungan suami isteri, agenda mempereratkan hubungan ibubapa
dengan anak, agenda hubungan ibubapa dan anak dengan ahli keluarga lain serta agenda
hubungan keluarga dengan jiran, komuniti dan masyarakat.

Mengenalpasti Masalah

Mengenalpasti masalah bagi setiap agenda yang telah disebutkan di atas adalah penting.
Tanpa mengetahui punca masalah, masalah itu sukar diselesaikan. Masalah boleh
diselesaikan dengan mencari punca masalah.

Di antara masalah yang sering berlaku dalam keluarga ialah hubungan suami isteri yang
tidak mesra, hambar dan sekadar hubungan biasa. Suami atau isteri kurang memahami
tanggung jawab masing-masing, tidak mengambil berat soal agama dan tanggungjawab
masing-masing. Masalah lain melibatkan soal sikap, tanggapan, pemahaman dan
persepsi. Contohnya tidak menjadi Muslim yang komited dengan agama, meninggalkan
perintah agama, mengabaikan pendidikan agama kepada isteri, ingkar perintah yang
sepatutnya dipatuhi, melakukan kecurangan, keengganan duduk serumah bersama-sama,
tidak memberikan nafkah, meninggalkan rumah tanpa sebarang berita dan lari dari
rumah.

Selain daripada itu, di antara hubungan suami isteri ini terdapat kes-kes penderaan fizikal
seperti mengurung, mendera, memukul, menampar dan berlaku kasar. Kes-kes penderaan
mental pula melibatkan perbuatan seperti menjatuhkan maruah di khalayak, menghina,
memaki, menghalau dan mengugut.

Banyak juga kes sosial yang boleh menjejaskan hubungan suami isteri. Di antaranya
adalah seperti melakukan jenayah, merogol, sumbang mahram, melacur, minum arak,
berjudi, menagih dadah, berpeleseran dan dipenjarakan atau di tahan di pusat pemulihan.

Agenda Memperkukuhkan Hubungan Suami Isteri.

Suami isteri mestilah menganggap perkahwinan sebagai suatu ikatan hubungan yang sah
dan bertujuan murni. Islam membangunkan masyarakat yang luhur jiwa raganya dengan
memberikan ruang kepada nafsu syahwat disalurkan melalui perkahwinan.1 Hubungan itu
bukan hanya terbentuk dalam konteks hubungan seksual bahkan juga dalam bentuk
hubungan keinsanan, kekeluargaan dan kasih sayang serta mengharapkan antara satu
sama lain untuk melahirkan masyarakat yang bertaqwa, harmoni dan maju ke hadapan.

1
Islam cukup-cukup menggalakkan perkahwinan. Ini tergambar dalam beberapa Hadis Rasulallah s.a.w.,
antaranya: “Barang siapa yang mampu berkahwin kemudian dia masih juga belum berkahwin, maka dia
bukanlah terdiri daripada golongan aku”. [Riwayat Al-Tabari dan Al-Baihaqi.]

2
Melalui perkahwinan juga, ketenteraman jiwa, perasaan dan emosio dapat dicapai.
Memang terdapat perbezaan emosi antara yang sudah berumahtangga dan yang belum
lagi.

Dalam satu firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan
merasa tenteram kepadanya, dan jadikanNya di antara mu kasih dan sayang.” [Al-Rum:
21]

Apabila suami dan isteri bertekad untuk melangsungkan perkahwinan, maka apa yang
diidamkan ialah kebahagiaan. Isterinya biasa akan menagih kasih sayang dan belai kasih
suami dan kecintaan yang tidak berbelah bagi. Inilah harapan yang mesti dipenuhi oleh
suami. Kadang-kadang unsur ini sudah cukup bagi para isteri walaupun ketiadaan
kemewahan kebendaan.

Para suami isteri juga saling mengharapkan antara satu sama lain. Isteri amat suka kepada
suami yang tidak kasar, tegas tegas tetapi berlemah lembut. Isteri suka kepada suami
beradab dan bersopan santun serta berakhlak mulia. Para isteri meletakkan harapan yang
tinggi kepada suami. Mereka kebiasaannya mengharapkan suami akan memberikan sinar
kehidupan kepada mereka. Suamilah tempat mereka bergantung hidup, kasih dan
harapan.

Kasih sayang dan persefahaman adalah kunci kepada kebahagiaan rumahtangga. Dalam
kebanyakan kes perceraian, suami selalunya terdiri daripada penyebab berlakunya
penceraian. Sungguhpun begitu, tidak dinafikan pula bahawa isteri juga ada yang
menyumbang kepada berlakunya penceraian. Masing-masing perlu cerminkan diri sendiri
dan memperbaiki keadaan. Katakanlah, isteri kurang menghiasi diri untuk suami, maka
perkara ini perlu diperbaiki. Begitulah juga perkara sebaliknya untuk para suami.
Masakan isteri boleh menyebabkan kasih sayang suami kepada isteri meningkat. Oleh itu,
para isteri boleh “menawan hati” suami melalui masakan mereka. Para isteri pula cukup
gemar kalau tugas rutin mereka dibantu oleh suami seperti memasak, menjaga anak,
membasuh dan mengemas rumah. Keakraban rumahtangga dapat dipereratkan melalui
kaedah ini.

Suami mestilah memberi pujian ketika isteri ketika waktu yang bersesuaian. Kebanyakan
wanita gemar dipuji dan dihargai. Mereka terasa mereka diberikan perhatian. Ini boleh
mempertingkatkan rasa sayang mereka. Mereka juga cukup suka dibelai dan dimanjakan.
Usapan dan sentuhan suami terhadap mereka boleh mempereratkan hubungan dan patut
diamalkan selalu. Mereka suka kepada lelaki yang romantik, penyayang dan penyabar.
Suami pula mesti cuba untuk menyenangkan hati isteri seperti balik awal daripada
bekerja, atau kalau lewat diberitahu dan dihubungi melalui telefon, dan menghubungi
isteri kalau ke out station. Suami yang baik ialah suami yang mampu menanggapi gejolak
syahwat isteri dalam keadaan-keadaan tertentu dan bersedia untuk memenuhinya. Suami
yang baik juga adalah suami yang tidak memaksa isteri memenuhi hajat seksual apatah
lagi jika isteri dalam keadaan uzur, tidak selesa atau keletihan. Di samping itu, suami

3
boleh menunaikan lain-lain tanggungjawab peribadi terhadap isteri seperti memberikan
nafkah, perhiasan dan pakaian yang sewajarnya.

Ada beberapa sifat yang harus ada pada para isteri yang tergolong dalam kelompok
golongan para isteri solehah. Isteri mestilah memahami situasi kewangan dan
kemampuan membeli suami. Sebab itu meminta-minta sesuatu yang di luar daripada
kemampuan suami adalah akhlak yang tidak baik. Sikap seperti ini boleh membebankan
suami. Menjaga hati suami dan juga kesetiaannya tidak kurang pentingnya. Bersoleklah
hanya kepada suami dan bukan untuk lain-lain tujuan. Jauhilah diri daripada sifat-sifat
mazmumah seperti meninggikan suara terhadap suami, bermasam muka, tidak bertegur
sapa, tidak melayani suami dengan sewajarnya, keluar rumah tanpa izin suami, bergaul
dengan mereka yang tidak disenangi suami dan mengabaikan tanggungjawab
rumahtangga. Isteri yang baik ialah isteri yang prihatin terhadap rumahtangga dan
membina rumahtangga serta sanggup bersama suami dalam kepayahan ataupun
penderitaan.

Suami yang soleh pula ialah suami yang sentiasa mematuhi titah perintah Allah s.w.t dan
menjauhi larangannya, sentiasa mengambil hati dan menjaga hati isteri, juga menunaikan
tanggungjawabnya.

Mengwujudkan suasana harmoni rumahtangga adalah tanggungjawab isteri dan suami.


Keduanya harus memahami tanggungjawab bersama dan tanggungjawab suami dan isteri.
Pemahaman terhadap tanggungjawab masing-masing adalah asas keutuhan rumahtangga.
Adalah menjadi tanggungjawab suami untuk membimbing isteri dalam hal ehwal
keagamaan dan pembiayaan keperluan pendidikan anak-anak. Namun demikian tugas
pendidikan keagamaan anak-anak adalah terletak di bahu isteri kerana anak-anak rapat
dengan ibu berbanding dengan bapa.

Dalam Islam, suami tidak dibenarkan menjatuhkan air muka dan maruah isteri. Apatah
lagi jikalau di hadapan khalayak ramai. Suami dan isteri masing-masing boleh mengkritik
dan memberikan komentar mengenai hubungan rumahtangga tetapi dalam keadaan yang
mengikut akhlak Islam. Perselisihan selalu berlaku tetapi janganlah dibiarkan
berpanjangan kerana ia boleh membawa padah. Selalulah “buang yang keruh dan ambil
yang jernih” jika berlaku pergaduhan atau perselisihan faham demi keharmonian
rumahtangga dan masa depan anak-anak. Suami mestilah sentiasa menghargai pendapat
isteri dan yang tidak kurang pentingnya ialah bersedia untuk mendengar. Pendapat suami
kadang-kadang bukanlah sentiasa berharga

Anak-anak merupakan penyambung ikatan kasih sayang antara suami dan isteri. Justeru
itu sentiasalah fikirkan tentang masa depan anak-anak jika suami dan isteri terus
berkonflik. Elakkan berselisih faham dan bergaduh di hadapan anak-anak kerana ia
memberikan kesan yang tidak baik kepada emosi dan psikologi anak-anak. Ia juga
merupakan

Melalui perkahwinan dan hidup bekeluarga umat Islam dapat menambahkan sebahagian
daripada keperluan iman dan tuntutan agama sebab melalui perkahwinanlah jumlah

4
anggota keluarga menjadi semakin besar dan begitu juga komposisi penduduk sesebuah
negara dari segi kuantitinya.

Melalui perkahwinan juga, generasi umat manusia dan kesinambungan zuriat dapat
diteruskan. Mana mungkin kehidupan berkeluarga yang porak peranda dapat melahirkan
generasi yang baik. Idealisme perkahwinan ialah perkongsian hidup antara suami dan
isteri. Masing-masing mestilah menjaga adab

Ibu bapa mestilah sentiasa mengambil berat mengenai anak-anak mereka termasuklah
mengisi keperluan fizikal, spiritual dan emosi. Termasuk hak anak ialah ibubapa
mendoakan anak-anak mereka juga iaitu seperti mana dalam sepotong ayat Al-Quran
yang bermaksud:

“Ya Allah ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami daripada isteri-isteri kami dan
zuriat-zuriat kami daripada kalangan mereka yang menyejukkan mata dan jadikanlah
kami pimpinan kami terdiri daripada orang-orang bertaqwa.”

Bagi para belia yang ingin mendirikan rumahtangga, mereka perlu mempunyai
persediaan dan perancangan untuk mendapatkan keluarga bahagia. Sebab itu pemilihan
jodoh pada peringkat awalan penting. Mencari isteri yang mencukupi kriteria yang telah
ditetapkan oleh Islam. Bakal suami dan isteri perlu juga mempunyai persediaan mental
untuk berumahtangga, begitu juga perbelanjaan kewangan, ilmu keibubapaan dan
kerumahtanggaan serta kesihatan yang sempurna. Begitu juga suami isteri seboleh-
bolehnya mesti mempunyai kesihatan fizikal yang baik.

Mengenalpasti Masalah Ibubapa Dengan Anak-anak

Memang banyak terdapat kepincangan hubungan anak-anak dengan ibubapa.


Kepincangan ini turut menyumbang kepada gejala social yang berlaku dinegara kita
walaupun ia bukanlah faktor utama. Kemahiran ilmu keibubapaan cukup diperlukan
sebagai persediaan menjadi ibu dan bapa yang baik.

Anak-anak yang kurang diberikan perhatian, didikan dan belaian kasih sayang boleh
menimbulkan masalah. Ibu bapa kadang-kadang terlupa bahawa didikan agama dan
didikan untuk keduniaannya juga penting. Hal ini juga berlaku kerana ibubapa tidak
menyedari tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Kegarangan yang tidak
bertempat, tidak menggunakan psikologi dan hikmah ketika mendidik dan panas baran
diMengenalpasti sebagai punca anak-anak menjauhkan diri daripada ibubapa.

Kesibukan yang keterlaluan hingga melupakan tanggungjawab terhadap anak-anak dan


berfikiran materialistic boleh menjejaskan perkembangan mental anak-anak. Anak-anak
yang hilang pedoman akan mencari apa jua alternatif untuk mengadu dan melepaskan
masalah mereka.

Kes-kes sumbang mahram seperti “haruan memakan anak” adalah juga masalah
hubungan anak dengan ibubapa yang perlu diberikan perhatian. Adab dan akhlak Islam

5
antara ibubapa dan anak-anak perlu dipelihara sentiasa. Ini ditambah pula dengan faktor
sosio-ekonomi ibubapa seperti keluasan rumah dan keperluan bilik.

Anak-anak perlu diberikan penghargaan dan pujian jika melakukan kebaikan atau
cemerlang dalam pelajarannya dan begitulah juga sebaliknya. Banyak masalah dalam
hubungan ibubapa dengan anak-anak telah mencetuskan masalah social.

Agenda Mempereratkan Hubungan Ibubapa Dengan Anak-anak

Ibubapa haruslah ingat bahawa anak-anak adalah anugerah Allah s.w.t yang cukup
bernilai. Sekiranya dilenturkan daripada kecil lagi dan diberikan didikan yang sebaiknya,
nescaya anak itu akan menjadi orang yang soleh yang akan sentiasa mendoakan kedua
orang tuanya. Ibubapa mempunyai tanggungjawab terhadap anak samalah seperti anak-
anak juga yang mempunyai tanggungjawab terhadap ibubapa. Kita terkadang melupakan
perkara ini.

Di antara tanggungjawab ibubapa terhadap anak-anak ialah memberikan nama-nama


yang baik terhadap anak-anak. Dalam satu Hadis, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Di
antara hak seorang kanak-kanak ke atas ibubapanya ialah memperelokkan budi
pekertinya dan juga namanya”. [Riwayat AL-Baihaqi] Nama-nama yang buruk dan yang
mengandungi unsur kesyirikan Allah tidak dibenarkan oleh Islam. Pendidikan anak-anak
bermula pada malam pertama pernikahan. Dalam proses mengandung terdapat asuhan
dan didikan yang berterusan untuk menghasilkan anak yang soleh lagi bertaqwa. Apabila
anak dilahirkan, bapa disunatkan mengazankan anak lelaki dan jika anak perempuan
diiqamahkan pula.

Ibubapa mestilah memastikan anak-anak diberikan makanan dan pakaian daripada


sumber yang halal. Sebaik-baiknya diberikan susu ibu kerana tiada tandingan susu-susu
lain daripada segi khasiatnya. Daripada segi pendidikan pula, sejak kecil lagi harus
diberikan didikan agama dan pembelajaran Al-Quran. Kesemua Imam mazhab telah
menghafal Al-Quran di bawah umur 12 tahun. Kemudiannya perkara yang harus
ditekankan juga ialah sembahyang kerana ia merupakan asas dan tiang agama. Islam
mewajibkan agar disuruh anak menunaikan sembahyang ketika berumur 7 tahun lagi dan
dirotan ketika umurnya 10 tahun selepas dinasihati sekiranya ia masih enggan
bersembahyang. Anak-anak perlu diberikan didikan yang sesuai dengan kejantinaannya
agar ia tidak berubah fitrah dan fizikal mereka.

Ibubapa mesti berlaku adil dan berbuat baik kepada anak-anak. Ini adalah tuntutan Islam.
Rasulallah pernah menekankan betapa perlunya memberikan perhatian dan dan menjaga
hati mereka. Begitu juga daripada segi pendidikan, yang harus ditekankan bukan sahaja
pendidikan ukhrawi bahkan yang duniawinya juga. Rasulallah s.a.w. bersabda: “Berlaku
baiklah kepada anak-anakmu dan sampaikanlah pendidikan yang sempurna”. [Riwayat
Ibn Majah]

6
Mengenalpasti Masalah Ibubapa dan Anak Dengan Lain-lain Ahli Keluarga

Masalah hubungan keluarga dengan lain-lain ahli keluarga seperti datuk, ibu dan bapa,
anak, mertua, menantu, adik/abang ipar, bapa saudara dan lain-lain akan timbul jika
terdapat campurtangan secara langsung dalam urusan rumahtangga, pewarisan, tanah dan
hal-hal lain. Kebiasaan suami-isteri tinggal dengan ibubapa dan lain-lain ahli keluarga
kadang-kadang mengundang perselisihan faham. Apatah lagi sekiranya tinggal serumah
dan kondisi rumah pula tidak memberikan keselesaan. Faktor lain ialah seperti hal ehwal
kewangan dan pengurusan rumahtangga boleh menimbulkan konflik. Masing-masing
mempunyai cara dan hasrat yang sendiri sedang mereka tinggal sebumbung. Keberlainan
ini boleh menambahkan kegawatan rumahtangga.

Agenda Merapatkan Hubungan Suami-Isteri-Anak Dengan Lain-lain Ahli Keluarga

Pada peringkat awal perkahwinan, suami ataupun isteri akan menghadapi sedikit masalah
untuk menyesuaikan diri dengan mertua dan kaum keluarga pihak yang satu lagi. Ini
adalah lumrah. Bagi yang tinggal serumah dengan mertua, mereka perlulah berhati-hati
kerana mereka bukan sahaja perlu berbaik dengan pasangan meraka bahkan dengan
pasangan juga. Suami dan isteri haruslah bijak memainkan peranan masing-masing bagi
mengambil hati kaum kerabat keluarga sebelah pihak yang satu lagi. Mereka perlu
pandai “mengambil hati” dan menjaga perasaan ahli keluarga lain-lainnya. Kalau sudah
tinggal dengan mertua, pandai-pandailah hulurkan buah tangan dan wang ringgit
termasuk bantuan tenaga kepada mertua dan sanak saudara sebelah mereka.

Masing-masing harus pandai mengawal kerenah yang timbul hasil daripada implikasi
pasangan suami isteri tinggal bersama mertua. Mana mungkin kita dapat memuaskan hati
semua pihak. Jadi di sini, masing-masing mesti saling memahami manakala pasangan
suami isteri pula janganlah bertindak kurang ajar terhadap mertua ini. Mengalah bukanlah
bermakna dunia ini sudah sampai kepada penghujungnya. Bahkan kadang-kadang sifat
mengalah boleh menyelesaikan banyak masalah. Bagi yang tinggal bersama mertua,
selalulah menziarahi mereka atau bertanya khabar dan menelefon mereka. Mereka
apabila terasa diberikan perhatian, maka akan lunaklah hati mereka. Apatah lagi
sekiranya mereka sudah mencecah umur lanjut. Wargatua perlu diberikan perhatian dan
kebajikan mereka perlulah dipelihara.

Ada perkahwinan yang tidak mendapat perkenan dan restu ibubapa. Ibubapa pula seolah-
olah cuba untuk menyelesaikan masalah ini melalui penceraian. Bagi anak-anak pula,
restu dan perkenan ibubapa adalah satu keperluan bagi perkahwinan mereka. Adalah
kurang molek jika membelakangkan mereka terutamanya dalam hal penting sebegini. Ibu
bapa pula haruslah berkompromi dalam hal sebegini. Bawalah berbincang dan
bermuafakat dengan baik. Adalah baik kalau semua pihak duduk berbincang semeja
sebelum berlangsungnya perkahwinan. Perkara sebegini perlu difikirkan sebelum
perkahwinan bermula kerana masalah ini akan menjadi semakin kompleks sekiranya ia
berlaku sesudah berlangsungnya perkahwinan. Anak-anak pula apabila mengetahui
bahawa mereka membelakangkan ibu bapa dalam soal ini, sanggup tinggal jauh-jauh dan
tidak lagi mendekati ibu bapa mereka. Ini adalah sikap yang tidak baik. Ibubapa pula

7
harus menerima hakikat dan tidak memaksa-maksa (sebagai contoh mendesak
penceraian) untuk anak menerima calon pilihan mereka sendiri. Ketahuilah bahawa setiap
masalah ada penyelesaiannya walaupun serumit mana masalah itu.

Setiap mertua mempunyai tanggungjawab masing-masing. Ini haruslah difahami. Ramai


menantu yang takutkan mertua semata-mata kerana mereka adalah mertua. Namun
dermikian, tidak kurang juga menantu yang berbaik dan akrab dengan mertua melebihi
keakraban ibubapa sendiri. Masing-masing haruslah mempunyai kaedah komunikasi
yang baik walaupun kebiasaan menyesuaikan diri agak sukar dan janggal. Komunikasi
berkesan boleh dibentuk secara berperingkat. Pokoknya mestilah pandai mengambil hati
dan menjaga perasaan mertua. Kesabaran diperlukan untuk menghadapi kerenah mertua.
Kikiskan sifat sombong, bongkak dan ego dalam diri dan bersedialah untuk menghadapi
apa jua situasi. Sikap toleransi amatlah penting sebagai penyelamat keadaan.

Ibubapa janganlah diabaikan walaupun kita menyayangi pasangan kita lebih daripada
yang lain-lain. Ingatlah jasa mereka dan tuntutan agama mengenai penghormatan dan
tanggungjawab kita terhadap mereka. Tanpa mereka, siapalah kita.

Ada juga pasangan yang kurang selesa dan merasa malu dengan kondisi taraf hidup ibu
bapa yang miskin, buta huruf, uzur, tidak sihat, cacat, compang-camping, tidak terurus.
Ini adalah hakikat yang perlu diterima oleh semua pihak. Justeru ada pasangan yang
kurang hormat kepada mertua masing-masing kerana keadaan-keadaan ini. Pasangan
suami isteri boleh berusaha untuk menghulurkan bantuan dan memberikan bantuan
mengikut kemampuan. Janganlah lupakan mereka semata-mata kerana kita sudah
mempunyai kehidupan lain yang ingin kita bentuk.

Ibu bapa dan mertua juga kadang-kadang dipaksa menjadi pengasuh dan penjaga anak-
anak. Hal ini tidaklah serius sekiranya ia diterima dan dipersetujui. Namun demikian,
sekiranya mereka sudah daif dan tidak bersedia, apakah patut kita menjadikan mereka
sebagai pengasuh atau pembantu rumah mereka? Janganlah kita menghambakan diri
emak dan ayah kita sendiri.

Mertua juga kadang-kadang memandang rupa, darjat dan harta. Inilah yang akan
melahirkan persepsi negatif terhadap menantu. Kalau sudah jodoh dan dipilih oleh anak
sendiri, perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Sikap negatif sebegini perlu dikikis. Mertua
juga kadang-kadang lebih memberatkan soal anak walaupun kebenaran berada di pihak
menantu. Sikap pilih kasih yang tidak bertempat jua janganlah diamalkan kerana boleh
menyebabkan pihak yang satu lagi tidak berpuas hati dan jika berpanjangan boleh
membawa padah.

Anak-anak pula bila berstatus tinggi dan berpangkat besar kadang-kadang cepat lupa diri
dan besar diri. Hal ini amatlah tidak baik dan bukan daripada akhlak Islam.
Memperlekehkan keluarga sebelah mertua kerana kedudukan kita lebih tinggi bukanlah
perkara yang baik. Ini takbur namanya.

8
Mengenalpasti Masalah Hubungan Keluarga Dengan Jiran Dan Masyarakat

Arus modenisasi telah sedikit sebanyak merobah nilai kejiranan. Semangat kejiranan
semakin terhakis. Ada yang tidak saling mengenali walaupun dan bertahun tinggal
berjiran. Semangat tolong-menolong dan bekerjasama dalam satu kumpulan juga turut
berubah. Ada peristiwa di mana mayat orang Islam terpaksa diuruskan oleh pihak
hospital kerana orang meninggal itu tidak mempunyai waris sungguhpun jiran-jirannya
orang Islam.

Agenda Mempermantapkan Hubungan Keluarga Dengan Jiran Dan Masyarakat

Usaha untuk mengenali di antara satu sama lain sesama jiran adalah terpuji walaupun
jiran itu bukannya beragama Islam. Adab Islam tentang berjiran menekankan aspek
perkenalan ini dan termasuklah memberi salam dan meminta keizinan untuk masuk ke
rumah.

Bertegur sapa, melemparkan senyuman dan bertanyakan khabar berita dan sedia
menghulurkan bantuan adalah akhlak yang baik. Hak-hak jiran perlu dipelihara
termasuklah tidak mengecilkan hati mereka.
Mereka berhak ditolong ketika ditimpa musibah dan kematian. Ketiadaan mereka di
rumah adalah tanggungjawab bersama jiran tetangga untuk memastikan keselamatan
rumah mereka. Termasuk juga dalam hak mereka ialah tidak mengganggu perasaan
mereka, tidak merosakkan kehormatan dan selalulah mengamalkan budah ziarah
menziarahi.

Agenda Umun Pemantapan Keluarga

Persetujuan kedua pihak keluarga diperlukan sebelum berlangsungnya perkahwinan


untuk mengelakkan perkara rumit timbul di masa hadapan. Jalinan perkahwinan adalah
proses pembinaan keluarga dan penjanaan masa depan bersama di samping ikatan
perkongsian hidup. Seperti yang telah dijelaskan, persediaan fizikal dan mental
diperlukan sebelum terjun ke alam perkahwinan. Malah kesejahteraan fizikal, mental,
rohani dan jasmani adalah di antara faktor kebahagiaan rumahtangga.

Bagi lelaki persediaan perkahwinan dilihat dari segi kesihatan dan kelakiannya.manakala
bagi wanita ambillah suntikan pelalian mengelakkan penyakit berjangkit seperti rubella
dan hepatitis. Bagi mengelakkan penyakit yang boleh diwarisi, perkahwinan sesama
saudara, contohnya sepupu seboleh-bolehnya dihindarkan. Walau bagaimanapun, ini
adalah suatu bentuk fakta yang belum pasti. Kajian lanjut perlu dijalankan untuk
mengenalpasti perkara ini. Jalanilah pemeriksaan untuk mengesan kanser buah dada,
ovari dan pangkal rahim sebelum berkahwin lagi dan lebih kerap selepas berkahwin.
Kaum lelaki pula lebih terdedah kepada barah prostat dan kanser zakar dan terdedah
kepada mati pucuk.

9
Amalan pemakanan yang seimbang adalah baik untuk keluarga. Pengambilan makanan
yang bervitamin, bergalian dan kaya serat adalah baik untuk keluarga. Apabila keluarga
sihat, maka kecemerlangan mudah untuk digenggam.

Keseimbangan mental juga penting dalam rumahtangga. Tekanan perasaan dan masalah
rumahtangga jangan dibiarkan menguasai jiwa. Banyakkan bersenam, berriadah dan
berehat sekiranya menghadapi situasi sedemikian. Jangan pendamkan perasaan kerana ia
boleh membawa kebinasaan. Cari mereka yang pakar untuk mengadu bukannya mereka
yang celupar.

Perkahwinan bererti perhubungan bebas sebelum berkahwin tidak lagi sebebas-bebasnya.


Maknanya perhubungan dengan lain jantina hendaklah dihadkan kerana anda sudah
menjadi isteri orang atau suami orang.

Mensistemkan perancangan keluarga (tanzim al-usrah) adalah perancangan yang baik


iaitu kelahiran anak dirancangkan melalui jarak kelahiran. Ini memberikan manafaat di
masa hadapan dari segi kesihatan ibu, belanjawan keluarga, kesihatan dan perhatian anak
dan masalah pendidikan anak. Keguguran janin dan kematian dapat dielakkan jika
kelahiran anak dapat dielakkan

Dalam konteks penyusuan bayi, tiada satu susupun yang dapat menandingi khasiat susu
ibu. Utamakanlah susu ibu demi kesihatan anak. Anak akan membesar secara semula jadi
dan lebih terhindar daripada wabak penyakit. Bagi para ibu pula, dengan menyusu, rahim
ibu akan lebih cepat mengecut.

Keluarga sebagai satu komponen dalam masyarakat, mestilah sentiasa menanam perasaan
kasih sayang sesama anggota keluarga. Kasih sayang akan menolong pembinaan daya
emosi dan intelektual anak-anak seterusnya dapat membina keluarga yang sempurna.
Cubalah kita bentuk diri kita untuk menghasilkan generasi yang beriman dan berguna
kepada negara. Dengan lain perkataan, kita harus menjadikan diri kita sebagai ibu mithali
ataupun bapa mithali.

Kesimpulan

Memperkukuhkan keluarga dan kualiti kekeluargaan bukanlah perkara yang mudah


seperti yang disangka. Ia memerlukan komitmen dan sikap prihatin pihak ibubapa dan
anak-anak. Tiada kejayaan yang paling utama bagi para ibubapa melainkan berhasilnya
mengwujudkan keluarga yang beriman, harmoni, bahagia dan berjaya di dunia dan
akhirat. Ia patut menjadi agenda utama bagi semua individu. Keharmonian keluarga akan
melahirkan masyarakat yang berlestari, berkualiti dan progresif. Negara akan maju ke
hadapan sekiranya keluarga dan masyarakat dapat memperkukuhkan institusi masing-
masing. Kearah melahirkan masyarakat penyayang seperti yang diuar-uarkan dalam
Wawasan 2020, institusi keluarga perlulah kita mantapkan. Setiap komponen dalam
keluarga perlu memahami dan menyedari tanggungjawab dan peranan masing-masing.

10

You might also like