You are on page 1of 14

Sejarah KRS

Sejarah Penubuhan
27/6/1987 - Kadet Remaja Sekolah (KRS)
telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En.
Muhammad Thani Bin Sha'aban di S.M. Raja
Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur.
Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai
Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang
merupakan pasukan beruniform kepada
Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA
(PERWIRA).
Keahliannya adalah seramai 20 orang
pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar
tingkatan I dan 2.
Matlamat utama penubuhannya ialah
untuk melahirkan pelajar cemerlang yang
BERILMU, BERIMAN, DAN
BERAMAL , berakhlak mulia ,
bersemangat patriotik dan berketrampilan
selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Wawasan 2020.
Pasukan KPIM ini bernaung di
bawah pengawasan Unit Pendidikan
Islam Jabatan Pendidikan Wilayah
Persekutuan . Setiap aktiviti yang
dijalankan adalah berteraskan
ISLAM SEBAGAI CARA
KEHIDUPAN (AD DEEN)
Tahun 1989 beberapa buah sekolah di
Wilayah Persekutuan telah mula
menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah
Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah
pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin
Abdul Ghani , Sek. Men Seri Titiwangsa di
bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz
dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah ,
Kajang , Selangor di bawah pimpinan En.
Abu Hassan Bin Morad.
Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah
Menengah di seluruh negara telah
menubuhkan KPIM
Pada 10 Ogos 1993-Usaha untuk
menubuhkan KPIM secara rasmi dan
bernaung di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia telah dimulakan
Pada 13 Sept. 1993 - Satu pertemuan telah
diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri
Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd
Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia dan tesis penubuhan KPIM telah
dibentang.
Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil
telah dibentuk untuk menyediakan
kertas kabinet .
Jawatankuasa ini mencadangkan agar
pasukan ini diberi nama KADET
PUTERA - PUTERI ISLAM ( KPIM ) .
Walau bagaimanapun nama pasukan ini
kemudiannya ditukar kepada KADET
REMAJA ISLAM (KRIS)
Taklimat dan pendedahan kepada
Pengarah­-Pengarah Bahagian Kementerian
Pendidikan diadakan pada bulan Oktober
1993 dan dipengerusikan oleh yang
berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd
Zahid.
Nama pasukan ini ditukar kepada KADET
REMAJA SEKOLAH ( KRS ) yang
bertujuan agar keahliannya terbuka kepada
semua kaum sama ada pelajar lelaki atau
perempuan
Pada 20 Jun 1995 (21 Muharam 1416)
- Upacara Pelancaran KADET
REMAJA SEKOLAH Peringkat
Kebangsaan telah dilaksanakan oleh
Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd
Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri
Pendidikan Malaysia di Sekolah
Menengah Raja Abdullah , Jalan
Kepong, Kuala Lumpur.
Tunas Kadet Remaja Sekolah
( TKRS ) ditubuhkan pada 15 Mac
1999. Sekolah yang menjadi
sekolah pertama (pengasas)
menubuhkan TKRS ialah Sekolah
Kebangsaan Seri Melati,Kuala
Lump
TKRS ditubuhkan khas untuk murid-
murid sekolah rendah sepertimana
Kadet Remaja sekolah untuk pelajar-
pelajar sekolah menengah sahaja.
Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah
untuk memberikan pendedahan awal
kepada pelajar-pelajar mengenai KRS.
TKRS merupakan KRS di peringkat
awal ( sekolah rendah ). Kurikulum,
matlamat dan objektif serta perjuangan
TKRS adalah berdasarkan Kadet
Remaja Sekolah (KRS). Pada awal
penubuhan, pasukan ini dinamakan
Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah
( TKRIS ). Kini TKRIS dikenali dengan
nama Tunas Kadet Remaja Sekolah.

You might also like