You are on page 1of 7

Baca petikan ayat di bawah dan jawab soalan berikut :

Amir melawat ke lapangan terbang KLIA . Pakcik Amir membawa Amir


melawat ke sana pada hari Ahad yang lepas .Di sana Amir melihat banyak
kenderaan . Kapal terbang terbang dan mendarat dengan kerap . Bunyinya
sungguh kuat . Ramai orang di lapangan terbang . Amir berasa sungguh seronok
melawat ke sana . Amir teringin untuk ke sana semula .

1. Siapakah yang melawat 3. Apakah maksud kerap ?


Ke KLIA ?
A. sekali sahaja
A. Amar dan pakciknya B. sering
B. Amir dan pakciknya C. kadang kala
C. Amir sahaja
4. Apakah perasaan Amir
2. Bilakah Amir melawat ketika lawatan itu ?
KLIA ?
A. muram
A. Rabu hadapan B. seronok
B. Ahad yang lepas C. sedih
C. Ahad ini

Baca petikan ayat di bawah dan jawab soalan berikut :


Farah lihat pelbagai jenis kenderaan di jalan raya . Antaranya ialah bas ,
kereta , lori , motosikal dan van . Farah lihat kenderaan itu semuanya dipandu
laju . Farah sangat takut melihat kenderaan yang besar memotong kereta bapanya
. Itulah sebab berlaku kemalangan di jalan raya , memandu dengan terlalu laju .
Farah selalu mengingatkan bapanya agar memandu dengan kelajuan sederhana .

5. Apakah yang dilihat Farah ? 7. Apakah perasaan Farah


bila kereta bapanya
A. Haiwan dipotong oleh lori ?
B. Tumbuhan
C. Kenderaan A. geli hati
B. takut
6. Apakah kenderaan yang C. ketawa
paling kecil dilihat Farah ?
8. Adakah memandu terlalu
A. Lori laju boleh menyebabkan
B. Bas kemalangan ?
C. Motosikal
A. tidak
B. Ya

Pilih satu jawapan yang betul sahaja . Bulatkan satu jawapan yang betul
sahaja .

Soalan 9 – 14 : Pilih ejaan yang betul berdasarkan gambar .


9. 12.

A. buaia
B. buayai A. monyit
C. buaya B. monyek
c. monyet

10. 13.

A. nyamuk
B. namuk A. jirapah
C. ngamuk B. zirapah
C. zirafah

11. 14.

A. banau A. tapai
B. bangau B. tupau
C. bungau C. tupai

Soalan 15 – 20 : Pilih ayat yang betul sahaja

15. A. umur saya tujuh tahun 18. A. Ali membaca kitab


B. tujuh tahun saya umur B. kitab membaca Ali
c. saya tujuh umur tahun C. membaca Ali kitab

16. A. petani bapa seorang 19. A. garam masin rasanya


B. bapa seorang petani B. masin garam rasanya
C. seorang petani bapa C. rasanya masin garam

17. A. rebus itu manis ubi 20. A. daun makan ulat


B. ubi manis rebus itu B. makan daun ulat
C. ubi rebus itu manis C. ulat makan daun

Soalan 21 – 24 : Pilih jawapan yang betul bagi melengkapkan ayat.

21. Hari ini _________ lebat . 23. Sudin mengayuh ______.

A. Panas A. motosikal
B. Hujan B. basikal
C. Mendung C. kereta

22. Bapa membaca ________ . 24. Wahab memetik ______.

A. surat khabar A. kunci


B. cawan B. daun
C. televisyen C. kertas

Soalan 25 – 34 : Pilih kata hubung yang betul .

25. Cikgu Azlan membaca buku _______ memegang cawan .

A. dan B. juga C. sambil

26. Juwita seorang pelakon ________ seorang penyanyi .

A. sambil B. juga C. apabila

27. Rani menjerit _________ terpijak seekor ular


A. lalu B. kerana C. sambil

28. Husin mempunyai sebilah pedang ________ sebatang keris.

A. dan B. kerana C. sambil

29. Fifi memelihara seekor kucing ________ seekor ayam jantan .

A. juga B. kerana C. apabila

30. Rizman ternampak sebiji bola _________ menyepaknya .

A. lantas B. kerana C. juga

31. Suria ________ Jasmin adalah sahabat sejati .

A. lalu B. dan C. kerana

32. Jamal seorang murid yang cerdik _________ kacak .

A. sambil B. dan C. lalu

33. Pokok itu layu __________ tidak disiram dengan air .

A. juga B. kerana C. tetapi

34. Imran tidak kaya _________ hatinya baik .

A. tetapi B. lalu C. kerana

Soalan 35 – 36 : Pilih perkataan yang sama erti ( sama maksud )


Bagi perkataan bergaris :
35. Air sungai itu deras .

A. laju
B. lembab
C. licin

36. Amin anak sulung .

A. anak kedua
B. anak pertama
C. anak angkat

Soalan 37 – 38 : Pilih simpulan bahasa bagi ayat di bawah :

38. Anak yang paling disayangi

A. anak gajah
B. anak emas
C. anak pokok

39. Orang yang tidak pandai bermain bola

A. kaki harimau
B. kaki bangku
C. kaki sakit

Soalan 40 : Pilih ayat yang mempunyai tanda baca yang betul :


40. A. Hello , boleh tolong saya angkat kotak itu ?
B. Hello. Boleh tolong saya angkat kotak itu .
C. Hello , boleh tolong saya angkat kotak itu !!

Soalan tamat

You might also like