You are on page 1of 15

TAJUK 4: STRATEGI PENGAJARAN LISAN

PENGENALAN

Keupayaan bahasa lisan seseorang kanak-kanak bergantung kepada pendedahan


yang diterimanya daripada persekitaran selain daripada keupayaan kognitif.
Pendedahan daripada persekitaran yang mereka terima boleh dalam bentuk
interaksi dua hala dan kekerapan berlakunya interaksi itu. Teori interaksi yang
dibincangkan dalam tajuk sebelum ini telah menegaskan kepentingan menyediakan
peluang-peluang untuk berinteraksi yang lebih luas kepada kanak-kanak untuk
membantu mereka menguasai bahasa lisan dengan cekap.Oleh itu guru perlu
memperbanyakan aktiviti lisan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelasnya.

Dalam tajuk ini akan dibincangkan beberapa teknik pengajaran lisan yang boleh
digunakan oleh guru dalam pengajaran pembelajaran terutamanya dalam mata
pelajaran bahasa. Bagi kanak-kanak masalah pembelajaran guru boleh
menyesuaikan teknik pengajaran ini mengikut tahap keupayaan mereka.

OBJEKTIF

Pada akhir tajuk ini peserta kursus akan dapat:

membezakan antara pendekataan, kaedah, dan teknik;

2. menghuraikan jenis-jenis kaedah pengajaran bahasa;

menghuraikan teknik-teknik pengajaran lisan;

membezakan teknik-teknik pengajaran lisan; dan

mengenal pasti jenis-jenis latih tubi lisan.

GAMBARAN KESELURUHAN TAJUK

STRATEGI PENGAJARAN LISAN


Pendekatan
Kaedah
Teknik

TEKNIK PENGAJARAN LISAN


Bercerita, Berbual, Menyanyi,
Lakonan, Boneka, Main peranan,
Berbincang, Berbahas

LATIH TUBI LISAN

Aspek sebutan
Aspek struktur

4.1 STRATEGI PENGAJARAN LISAN

Pengajaran lisan kepada kanak-kanak bukanlah perkarfa yang mudah dan boleh
dianggap remeh. Walaupun kemahiran lisan adalah kemahiran yang paling awal
dikuasai kanak-kanak, namun mereka tetap memerlukan pembelajaran lisan yang
tersusun dan terancang supaya kemahiran lisan yang sedia ada itu dapat
dikembangkan dan dimantapkan lagi. Seseorang itu mungkin petah berkata-kata
tetapi gagal menggunakan kemahiran itu pada situasi tertentu dengan baik.

Seorang guru yang hendak mengajar kemahiran lisan kepada muridnya perlu
mempunyai strategi pengajaran yang jelas . Guru perlu jelas apakah pendekatan
yang hendak diambilnya, apakah kaedah yang sesuai digunakan untuk tajuk dan
pada situasi tertentu, dan akhirnya apakah teknik pengajaran yang sesuai dengan
pendekatan dan kaedah yang telah dipilih. Dari situlah dipilih aktiviti-aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan muridnya.

Dalam tajuk ini, anda akan mempelajari tentang definisi pendekatan, kaedah, dan
teknik pengajaran lisan dan juga jenis-jenis latih tubi lisan.

A) PENDEKATAN

Pendekatan mencerminkan satu falsafah, pandangan, pegangan, atau pendirian


bagi melihat, memahami, dan mendekati sesuatu perkara. Dalam bidang pedagogi
bahasa, pendekatan bersifat abstrak, dan falsafah yang berkaitan dengan
pendekatan itu bersifat teoritis. Kekuatan sesuatu pendekatan itu hanya dapat dinilai
setelah dilaksanakan, misalnya di dalam bilik darjah (Abd. Aziz Talib, 2000).

Berkaitan dengan pengajaran bahasa, Kamarudin Hj.Husin (1988) memberikan


empat jenis pendekatgan iaitu:

i. pendekatan induktif
ii. pendekatan deduktif
iii. pendekatan eklektik, dan
iv. pendekatan komunikatif

Pendekatan Induktif

Berdasarkan pendekatan induktif, pengajaran dimulakan secara melihat contoh-


contoh unsur bahasa yang diajar. Melalui contoh-contoh yang diberi itu akan
membantu pelajar membuat kesimpulan atau keputusan tentang aspek bahasa yang
diajar. Guru hanya membantu murid melalui soalan-soalan, berbincang, memerhati,
memberi contoh-contoh dan sebagainya, dan akhir sekali memberi peluang kepada
murid membuat kesimpulan sendiri berdasarkan pemahamannya.

Pendekatan Deduktif

Pendekatan deduktif adalah berlawanan dengan pendekatan induktif, iaitu dalam


pendekatan ini pengajaran dibuat dengan memberi kesimpulan atau generalisasi
terlebih dahulu di awal pengajaran dan kemudian barulah dikemukakan contoh-
contoh yang sesuai selepasnya.

Ternyata kedua-dua pendekatan deduktif dan induktif mempunyai perbezaan dari


beberapa segi. Koh Boh Boon (1990) menjelaskan perbezaan tersebut seperti
berikut:

Perbezaan antara Pendekatan Deduktif dengan Pendekatan Induktif.

Aspek

Pendekatan Deduktif

Pendekatan Induktif

1. Andaian

2. Cara

3. Peranan
Guru

4. Peranan
pelajar
Satu penyusunan awal (advanced organiser) amat berguna kepada pelajar

Generalisasi Contoh

Sebagai pembentang dan penghurai jawapan

Sebagai penerima jawapan yang agak pasif

Pelajar memperolehi manfaat jika menemui jawapan sendiri

Contoh Generalisasi

Sebagai pendorong dan pengarah dalam pencarian jawapan

Sebagai pencari jawapan yang aktif

Pendekatan Eklektik

Pendekatan eklektik adalah gabugan kedua-dua pendekatan induktif dan


pendekatan deduktif bagi membentuk satu strategi pengajaran. Model pendekatan
eklektik bergantung kepada pendekatan mana yang diberi penekanan . Model-model
di bawah akan membantu anda memahami penggunaan pendekatan eklektik.

a) Penekanan kepada pendekatan induktif:

Contoh/fakta Kesimpulan Contoh

b) Penekanan kepada pendekatan deduktif:

Kesimpulan Contoh Generalisasi

Pendekatan Komunikatif

Anda tentu masih ingat tentang teori pemerolehan bahasa interaksional yang
meniktikberatkan proses interaksi dalam proses pemerolehan bahasa. Begitu juga
dengan pendekatan komunikatif yang menyarankan murid-murid diberi peluang
menggunakan bahasa dalam konteks dan situasi tertentu. Murid dilatih
menggunakan bahasa dengan peraturan-peraturan yang betul termasuk juga
kemahiran menggunakan bahasa mengikut konteks dan situasi.

B) KAEDAH

Kaedah adalah cara yang digunakan dalam sesuatu proses pengajaran. Kaedah
merujuk kepada cara mengajar yang disusun dan dilaksanakan untuk mengajar
sesuatu kemahiran bahasa kepada pelajar di dalam bilik darjah. Kaedah yang
digunakan adalah untuk menyokong pendekatan pengajaran yang dipilih oleh guru
(Abd. Aziz Abd.Talib, 2000). Terdapat berbagai-bagai kaedah pengajaran bahasa
yang dapat diaplikasikan untuk pengajaran lisan. Modul ini hanya membicarakan
tentang kaedah secara sepintas lalu dan tidak akan membicarakan setiap kaedah
secara terperinci.

Antara kaedah yang sesuai digunakan dalam mengajar bahasa adalah seperti
Kaedah tatabahasa terjemahan, Kaedah Terus, Kaedah askar/tentera, Kaedah nahu
terjemahan, dan sebagainya.

C) TEKNIK

Teknik adalah cara yang lebih khusus yang digunakan untuk mengajar (atau
menguji) sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Teknik dicipta untuk membantu
guru menjayakan sesuatu kaedah pengajaran (Abd. Aziz abd. Talib, 2000).
Antara teknik pengajaran lisan adalah bercerita, berlakon, berbincang, sumbang
saran, tunjuk cara, main peranan, soal jawab, dan sebagainya. Teknik pengajaran ini
dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan teknik pengajaran
yang dipilih.

Sebagai kesimpulan, pertalian antara pendekatan, kaedah, dan teknik dapat dilihat
seperti berikut:

Teori
Bahasa

Pendekatan
pengajaran
][
Kaedah
pengajaran

Teknik
pengajaran
Dalam konteks pengajaran dan pempelajaran dalam kelas, pendekatan, kaedah,
dan teknik ini dilaksakanakan secara kuliah, kelas, kumpulan, atau secara individu
mengikut kesesuaian. Bagi kanak-kanak masalah pembelajaran, pengajaran secara
individu adalah diutamakan.

Latihan 4.1

Seorang guru Bahasa Melayu hendak mengajar tajuk kata adjektif kepada murid-
muridnya.
Berdasarkan pendekatan induktif, jelaskan langkah-langkah yang guru itu ambil
dalam pengajarannnya.

4.2 TEKNIK PENGAJARAN LISAN

Semasa menyampaikan pengajaran lisani di dalam kelas, guru harus bijak memilih
teknik pengajaran lisan yang hendak digunakan dalam pengajaran tersebut. Teknik
pengajaran lisan yang dipilih haruslah menepati objektif pengajaran dan juga
bersesuaian dengan umur, minat, dan kebolehan murid. Objektif teknik pengajaran
lisan adalah untuk membolehkan murid-murid memperoleh kemahiran lisan dengan
mudah dan berkesan. Teknik pengajaran lisan bukan sahaja dijalankan dalam
melalui aktiviti pelajar sahaja tetapi boleh dijalankan juga dengan menggunakan
bahan bantu mengajar seperti televisyen, radio, tayangan video , dan sebagainya.

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan beberapa teknik pengajaran lisan
secara umum. Antara teknik pengajaran lisan tersebut adalah bercerita, berbual,
menyanyi, berlakon, main peranan, boneka, sumbang saran, dan perbincangan.
Bagi guru yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas, semua aktiviti pengajaran
lisan hendaklah disesuaikan dengan keupayaan mereka. Misalnya ada kanak-kanak
yang menghadapi masalah pertuturan, tidak mahu bercakap, masalah emosi, dan
tidak dapat memberi tumpuan kepada tugasan yang diberi.

i. Teknik bercerita

Teknik bercerita sangat digemari oleh kanak-kanak dan memainkan peranan yang
penting dalam pengajaran lisan. Dalam pengajaran bahasa secara umumnya, teknik
bercerita bermaksud guru menyampaikan pengajarannya melalui aktiviti bercerita,
iaitu guru akan bercerita kepada murid-muridnya dan seterusnya disusuli dengan
aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti soal jawab, murid menceritakan
semula cerita tersebut dan sebagainya. Dalam konteks pengajaran lisan, teknik
bercerita lebih tertumpu kepada murid itu sendiri, iaitu mereka akan bercerita secara
lisan sama ada tentang pengalaman, harapan, tentang sesuatu cerita yang didengar
atau dibaca, dan sebagainya.

Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, guru hendaklah membantu mereka melalui


soalan-soalan atau gambar-gambar seperti gambar tunggal atau gambar bersiri.
Semasa murid bercerita, guru hendaklah memberi perhatian tentang sebutan,
bahasa, gaya pertuturan, dan kelancaran.
ii. Teknik perbualan

Aktiviti perbualan kebiasaannya dilakukan berdasarkan sesuatu tajuk. Teknik


perbualan bertujuan melatih murid berkomunikasi secara sosial seperti berbual
melalui telefon. Perbualan hendaklah berkisar tentang perkara yang berlaku dalam
kehidupan mereka setiap hari. Murid-murid boleh diminta bercakap tentang ibu atau
bapa, kawan, hobi, permainan, dan sebagainya. Perbualan boleh berlangsung
antara guru dengan murid atau sesama murid. Tajuk yang guru tetapkan hendaklah
sesuai dengan pengalaman murid supaya mereka dapat berbual tentang tajuk itu.

iii. Teknik menyanyi

Sifat semula jadi kanak-kanak sangat suka mendengar nyanyian dan juga menyanyi.
Bagi kanak-kanak, menyanyi dianggap sebagai satu bentuk aktiviti yang merehatkan
dan menyeronokkan. Guru menggunakan teknik menyanyi ini untuk menarik minat
murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas. Guru perlulah bijak memilih
lagu yang hendak dinyanyikan oleh murid-murid iaitu lagu yang betul tatabahasa,
dan perbendaharaan katanya. Selain itu guru boleh memilih rentak lagu yang
diminati oleh murid-murid dan mencipta lirik baru dengan memasukkan perkataan-
perkataan yang perlu murid kuasai sebutannya.

iv. Teknik lakonan

Teknik lakonan amat baik untuk mengajar dan melatih bahasa lisan kanak-
kanak. Melalui lakonan kanak-kanak dilatih melakonkan watak-watak
tertentu dengan menggunakan skrip pendek dan ringkas. Teknik ini dapat
melatih sebutan, intonasi, dan kelancaran pertuturan kanak-kanak di
samping melatih menggunakan pelbagai jenis ayat seperti ayat penyata,
ayat tanya, ayat seruan, dan ayat perintah.

v. Teknik boneka

Teknik Boneka dikenali juga sebagai teknik patung atau ”puppet”. Teknik ini adalah
antara teknik yang sangat digemari oleh kanak-kanak kerana pergerakan boneka
dan dialog dalam lakonan boneka ini sangat menarik dan menghiburkan. Ada kanak-
kanak berkeperluan khas yang pendiam tetapi akhirnya mahu bercakap setelah
gurunya menggunakan boneka untuk bercakap dengannya dan dia juga
menggunakan boneka untuk menjawab soalan guru tadi. Guru boleh menyediakan
berbagai-bagai jenis boneka seperti boneka kayu, boneka sarung tangan, boneka
tali, boneka piring dan sebagainya. Namun, boneka yang dibuat oleh murid sendiri
adalah lebih bermakna kepada mereka. Bagi mencapai objektif pengajaran lisan,
guru hendaklah memberi peluang muridnya bercakap atau berlakon dengan
menggunakan boneka sesama mereka.

(Fotokopi boneka)
v. Teknik main peranan

Dalam teknik main peranan, murid melakonkan watak yang dipilih berdasarkan
cerita atau situasi yang ditetapkan. Murid perlu faham akan peranan watak itu dan
menghayatinya lalu melakonkan aksi dan percakapan watak itu. Contoh situasi yang
diberi boleh seperti berikut:

Seorang murid telah terjumpa syiling dua puluh sen.


Dia pergi berjumpa gurunya dan menyerahkan syiing
itu kepada gurunya sambil memberitahu di mana dia
menjumpai syiling itu. Guru memuji sikapnya yang
amanah itu.

vii. Teknik berbincang

Dalam pengajaran bahasa, teknik berbincang sering digunakan untuk mendapatkan


isi dan menyusun isi tersebut bagi sesebuah karangan. Guru boleh menjalankan
teknik perbincangan ini melalui dua cara, iaitu, (1) perbincangan berlaku antara guru
dengan murid-murid, dan (2) perbincangan berlaku antara murid dengan murid sama
ada secara kelas atau dalam kumpulan kecil. Semasa perbincangan, isi-isi penting
dicatat di papan tulis dan kemudian disusun berdasarkan kehendak tajuk
perbincangan. Bagi mengajar kemahiran lisan, guru menggalakkan murid bercakap
untuk memberi pendapat dengan ayat dan tatabahasa yang betul.

viii. Teknik perbahasan

Teknik ini sering digunakan oleh guru bahasa untuk melatih murid-murid kemahiran
bertutur khusus di hadapan penonton yang ramai. Melalui teknik ini murid diminta
berbahas tentang satu tajuk atau isu yang diberi. Teknik ini amat berkesan
untukmembentuk keyakinan diri yang tinggi di kalangan murid sekolah. Bagi murid
berkeperluan khas, guru boleh mengubah suai teknik perbahasan ini dalam bentuk
yang lebih mudah dilakukan mengikut keupayaan murid.

Teknik-teknik pengajaran lisan di atas boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak


masalah pembelajaran menguasai kemahiran lisan. Guru hendaklan merancang
terlebih dahulu aktiviti lisan yang hendak dilaksanakan dan aktiviti yang dijalankan
hendaklah berfokus kepada penglibatan murid secara optimum. Sebagai contoh,
sekiranya guru memilih untuk menggunakan teknik bercerita dalam pengajarannnya,
maka ia hendaklah merancang aktiviti yang memberi peluang murid-muridnya
menceritakan pengalaman atau minat mereka, bercerita tentang gambar besiri atau
gambar tunggal, tentang ibu bapa mereka dan sebagainya. Aktiviti sebeginilah yang
dapat membantu murid menguasai kemahiran lisan mereka dengan lebih baik.

Latihan 4.2
Secara berkumpulan anda diminta memilih satu teknik pengajaran lisan yang
dinyatakan di atas. Bincangkan dengan lebih terperinci teknik yang anda pilih dan
jelaskan juga bagaimana anda mengubah suai teknik tersebut supaya sesuai
dengan kanak-kanak masalah pembelajaran (rendah atau menengah). Bentangkan
hasil perbincangan anda di kelas.

4.3 Latih Tubi Lisan

Menguasai kemahiran lisan, terutamanya sebutan adalah sukar bagi sesetengah


kanak-kanak terutamanya kanak-kanak masalah pembelajaran. Kanak-kanak Down
Syndrome dan kanak-kanak spastik adalah antara contoh kanak-kanak berkeperluan
khas yang sering menghadapi masalah lisan terutamanya sebutan. Selain itu kanak-
kanak yang mengalami masalah gagap juga sangat memerlukan aktiviti lisan untuk
membantu mengurangkan masalah tersebut. Namun, bagi masalah gagap yang
serius, kanak-kanak tersebut memerlukan rawatan khusus oleh pakar fisioterapi
pertuturan.

Guru boleh menjalankan aktiviti-aktiviti pemulihan untuk masalah lisan seperti


sebutan kepada muridnya di dalam kelas melalui aktiviti latih tubi. Latih tubi
dijalankan secara mengulang-ulang aspek kemahiran lisan yang hendak diajar. Abd.
Aziz Abd. Talib (2000) menamakannya sebagai kaedah tubi. Kaedah tubi amat
berkesan utnuk mengajar sebutan, intonasi, dan struktur ayat. Menurutnya lagi,
kaedah tubi amat popular di kalangan guru bahasa yang mengajar di peringkat
sekolah rendah.

Kamarudin Hj. Husin (1988) pula membincangkan teknik latih tubi secara terperinci
lagi. Menurutnya, latih tubi adalah satu cara mengajar dengan mengulang-ulangkan
fakta atau sesuatu kecekapan yang diajar. Cara ini merupakan sebahagian daripada
usaha menghafaz atau mengingat sesuatu. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf
kemahiran yang maksimum dan menjadikan apa yang dipelajari itu kekal dalam
ingatan, malahan dapat digunakan dalam situasi-situasi lain.

Latih tubi amat perlu digunakan untuk kanak-kanak masalah pembelajaran. Selain
mereka mengalami masalah pertuturan terutamanya dalam sebutan, mereka juga
sangat lemah dalam ingatan jangka pendek dan jangka panjang. Latih tubi akan
dapat membantu mereka mengingat kemahiran lisan yang dipelajari.

Terdapat dua jenis latih tubi yang biasa digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran lisan iaitu (1) latih tubi aspek sebutan atau fonologi, dan (2) latih tubi
aspek struktur atau ayat (Kamarudin Hj.Husin 1988).

4.3.1 Latih tubi aspek sebutan (fonologi)

Kanak-kanak masalah pembelajaran kebanyakannya menghadapi masalah sebutan.


Latih tubi jenis ini khusus digunakan untuk membantu murid yang menghadapi
masalah menyebut bunyi-bunyi tertentu dalam perkataan. Ada dua jenis latih tubi
bentuk ini iaitu latih tubi pasangan minimal dan latih tubi pemintal lidah.

i. Latih tubi pasangan minimal

Kanak-kanak masalah pembelajaran kerap menghadapi masalah menyebut bunyi-


bunyi konsonan tertentu. Mereka kerap tersalah menyebut konsonan yang
mempunyai perbezaan bunyi yang paling minimum dalam perkataan sehingga
menyebabkan makna perkataan itu tersasar jauh, misalnya d dalam perkataan
ladang disebut sebagai l sehingga bertukar menjadi perkataan lalang. Oleh itu guru
perlu menyediakan senarai perkataan yang mengandungi konsonan d dan l dan
meminta murid menyebutnya berulang-ulag kali sehingga mahir.

Contoh: dari --- lari


ladang --- lalang
lada --- lala
dada --- lada
tadi --- tali

Aktiviti

Bincangkan beberapa contoh latih tubi pasangan minimal lain yang sesuai
digunakan untuk kanak-kanak masalah pembelajaran.

ii. Latih tubi pemintal lidah

Latih tubi pemintal lidah sangat penting untuk melatih kanak-kanak menyebut
sesuatu bunyi dengan betul dan tepat. Latih tubi jenis ini hanya menumpukan
kepada bunyi tertentu yang menjadi masalah kepada kanak-kanak menyebutnya.

Contoh:

a) Masalah menyebut fonem /p/

Pandang pandan tepi pagar depan padang

b) Masalah menyebut fonem /s/ di awal perkataan ( contoh yang


sangat popular digunakan dalam bahasa Inggeris)

She sells sea shells at the sea shore. The shells she sells are sea
shore shells.

Aktiviti

Secara berkumpulan bina beberapa contoh latih tubi pemintal lidah bagi fonem-
fonem tertentu dan bentangkan kepada kelas anda.
4.3.2 Latih tubi aspek struktur (ayat)

Latih tubi struktur digunakan untuk memahirkan murid dengan bentuk-bentuk ayat
tertentu dan membimbing murid menguasai kemahiran membina ayat. Dalam
konteks pengajaran kemahiran lisan, latih tubi ini dapat membantu murid menyebut
ayat yang lengkap dengan lancar. Terdapat berbagai-bagai jenis latih tubi jenis ini
dan guru juga boleh mencipta sendiri bentuk latih tubi struktur yang hendak
diberikan kepada muridnya.

i. Latih tubi gantian

Saya suka makan

mi
nasi
bubur
mihun

Bahagian tetap
Bahagian
gantian
Bahagian tetap

1. Tuan Puteri itu

2. Buku cerita itu

3. Rumah Pak Ali

sangat
amat
terlalu
sungguh
agak
paling
terlampau

cantik.

besar.

tebal.
Bahagian gantian
Bahagian
tetap
Bahagian gantian

Pencuri
Penyamun
Penculik
Penjahat
Perompak
Penyeluk saku

itu telah

dihukum.
ditangkap
dipukul.
diberkas.
dipenjarakan.
dibicarakan.

ii. Latih tubi berkembang

Guru menyebut

Murid menyebut

Saya suka main


bola
sepak
dengan kawan

di padang

sekolah

Saya suka main.


Saya suka main bola.
Saya suka main bola sepak.
Saya suka main bola sepak dengan kawan.
Saya suka main bola sepak dengan kawan di padang.
Saya suka main bola sepak dengan kawan di padang sekolah.
iii. latih tubi ulangan

Guru menyebut

Murid menyebut

Awak boleh pergi.


duduk
tidak
Ali,makan
kucing, panjat pokok

Awak boleh pegi.


Awak boleh duudk.
Awak tidak boleh duduk.
Ali boleh makan.
Kucing boleh panjat pokok.

iv. latih tubi mengubah

Guru /murid menyebut

Murid menyebut

Saya tidak hendak makan.


Saya tidak berjalan.
Ini bukan buku.
Dia tidak suka makan durian

Saya hendak makan.


Saya sedang berjalan.
Ini buku.
Dia suka makan durian.

Berdasarkan beberapa contoh latih tubi yang diberikan di atas, jelas menunjukkan
bahawa latih tubi boleh membantu kanak-kanak yang bermasalah dalam kemahiran
lisan membetulkan sebutan dan juga struktur ayat. Aktiviti ini sangat sesuai
digunakan sebagai aktiviti pemulihan bagai kanak-kanak bermasalah pembelajaran
dan juga bagi kanak-kanak kelas pemulihan khas yang menghadapi masalah lisan.
Latihan 4.3

Berikan perbezaan antara latih tubi pasangan minimal dengan latih tubi pemintal
lidah?

4.4 Kesimpulan

Kemahiran lisan adalah satu kemahiran bahasa yang penting kerana manusia
berkomunikasi secara lisan lebih banyak daripada kemahiran bahasa yang lain.
Lagipun kemahiran lisan adalah kemahiran yang paling awal dikuasai seseorang
sebelum ia menguasai kemahiran bahasa yang lain. Kemahiran lisan agak kurang
mendapat perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah
berbanding dengan kemahiran bahasa yang lain. Pengajaran kemahiran lisan di
dalam kelas hendaklah dijalankan dengan menggunakan kaedah dan teknik tertentu
supaya murid dapat menguasai kemahiran lisan dengan baik. Keupayaan
berkomunikasi secara lisan dengan baik akan menambah keyakinan diri kanak-
kanak untuk berinteraksi dengan orang lain dalam pelbagai situasi.

Rumusan

1. Walaupun kemahiran lisan adalah kemahiran yang paling awal dikuasai kanak-
kanak, namun mereka tetap memerlukan pembelajaran lisan yang tersusun dan
terancang supaya kemahiran lisan yang sedia ada itu dapat

2. Pendekatan mencerminkan satu falsafah, pandangan, pegangan, atau


pendirian bagi melihat, memahami, dan mendekati sesuatu perkara.

3. Kaedah adalah cara yang digunakan dalam sesuatu proses pengajaran.


Kaedah merujuk kepada cara mengajar yang disusun dan dilaksanakan
untuk mengajar sesuatu kemahiran bahasa kepada pelajar di dalam bilik
darjah.

4. Teknik adalah cara yang lebih khusus yang digunakan untuk mengajar (atau
menguji) sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Teknik dicipta untuk
membantu guru menjayakan sesuatu kaedah pengajaran.

5. Antara teknik pengajaran lisan adalah bercerita, berbual, menyanyi,


berlakon, main peranan, boneka, sumbang saran, dan perbincangan.

6. Latih tubi adalah satu cara mengajar dengan mengulang-ulangkan fakta


atau sesuatu kecekapan yang diajar. Cara ini merupakan sebahagian
daripada usaha menghafaz atau mengingat sesuatu.

7. Terdapat dua jenis latih tubi yang biasa digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran lisan iaitu (1) latih tubi aspek sebutan atau fonologi, dan (2)
latih tubi aspek struktur atau ayat.
Kata kunci

Strategi
Pendekatan
Kaedah
Teknik
Induktif
Deduktif
Pemintal lidah

Bahan Rujukan

Abd.Aziz Talib, (1989) Pengajaran dan Pengujian Bahasa: Perspektif untuk


Perguruan.
Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

_____________, (2000). Pedagogi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan


Publications and Distributors Sdn.Bhd.

Kamarudin Hj.Husin, (1990). Pengajaran dan Pembelajaran Lisan. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

______________, (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman Malaysia


Sdn. Bhd.

Ko
h Boh Boon, (1990). Pengajaran Tatabahasa Bahasa Malaysia: Prinsip dan
Teknik. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti.

You might also like