You are on page 1of 37

PENGHANTAR PENDIDIKAN

TERAS

UNTUK KURSUS PERSEDIAAN


PROGRAM SARJANA MUDA
PENDIDKAN SEKOLAH RENDAH
DASAR PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Keadaan perbezaan dan ketidakseimbangan
kaum-kaum dalam masyarakat kita dianggap
tidak sesuai dan mungkin menghalang
perpaduan antara rakyat .

Atas kesedaran ini, Malaysia telah meragka


Rukun Negara pada tahun 1970 yang dijadikan
dasar pendidikan , kewarganegaraan ,
pembangunan dan perkembangan masyarakat .
Rukun Negara ini terdiri daripada lima prinsip
yang utama :
• Kepercayaan kepada tuhan
• Kesetiaan kepada Raja dan Negara
• Keluhuran perlembagaan
• Kedaulatan Undang- Undang
• Kesopanan dan Kesusilaan
• Berlandaskan kepada rukun negara ini,
malaysia berazam untuk:

• Mencapai perpaduan yang lebih erat di


kalangan seluruh masyarakat
• Memelihara satu cara hidup berdemokrasi
• Mencipta satu masyarakat yang adil di
mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan
saksama.
• Mempunyai satu kebudayaan nasional
yang kaya dan berbagai corak.

• Membina satu masyarakat maju yang


menggunakan sains dan teknologi moden.
• Di samping itu, dasar pendidikan
kebangsaan ini pula menjadi
pertimbangan asas untuk merangka
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
dibincangkan selanjutnya berikut.
FALSAFAH PENDIDIKAN
DI MALAYSIA
• Konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsirkan
daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK),
yang boleh diumumkan secara rasmi pada tahun
1988.

• Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang


dinyatakan akan menentukan arah haluan, asas
dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan
rancangan dalam bidang pendidikan.
• Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruhdan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang
harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.”
• Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan matlamat Pendidikan Negara ialah
melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya
menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna.
Dengan perkataan lain, matlamat Pendidikan Negara
bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna
dan memilik serta menghayati ciri-ciri berikut :
• percaya dan patuh kepada Tuhan
• berilmu pengetahuan
• berakhlak mulia
• bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan
negara
• memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu; dan
• memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum
• “Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
• Selain daripada perkembangan potensi individu secara
menyeluruh dan
• seimbang, adalah diharapkan juga, melalui proses
pendidikan , Malaysia dapat mencapai matlamat
pendidikannya, iaitu:
• melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh
memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara
• menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap
supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas
secara produktif serta sempurna, demi memberikan
sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan
• melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima
serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita
demokrasi mengikut Perlembagaan
• melahirkan rakyat yang taat setia kepada
Raja dan cinta kepada negara
• melahirkan rakyat yang memahami serta
mengamalkan prinsip-prinsip
• Rukun Negara dan bersikap tolenrasi,
demi wujudnya perpaduan rakyat
berbilang kaum dan;
• mengurangkan jurang perbezaan di antara
kaum dengan membekalkan kemudahan-
kemudahan asas pendidikan kepada
golongan yang kurang berada.
• Pada lazimnya, ideologi dan aspirasi negara
merupakan faktor yang penting untuk
menentukan Matlamat Pendidikan Kebangsaan.
Matlamat pendidikan ini akan menjadi lebih
jelas, lebih mantap, lebih bermakna dan
sempurna apabila unsur-unsur pendidikan
tersirat dalam ideologi dan aspirasi negara
dijelmakan sebagai penyataan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Segala usaha
pendidikan, termasuk sistem pendidikan yang
sedia ada, akan dapat dirancang, direformasi
dan dilaksanakan ke arah mencapai matlamat
Pendidikan Negara mengikut haluan dan
pedoman Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

• Falsafah pendidikan mengandungi idea


dan pandangan yang rasional terhadap
pendidikan. Fungsi asas falsafah
pendidikan ialah memberi panduan dan
haluan kepada pakar pendidikan untuk
merancang atau mereformasikan sistem
pendidikan berlandaskan idea, konsep dan
matlamat pendidikan negara.
• Sehubungan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah
digubal secara rapi dan teliti oleh pakar – pakar
pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek yang
berkaitan dengan keperluan – keperluan individu,
masyarakat dan negara. Untuk menggubal Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang boleh memberi panduan
dan bimbingan yang manfaat kepada segala usaha
pendidikan, beberapa faktor yang berkaitan hendaklah
dipertimbangkan terlebih dahulu. Di antara faktor –
faktor yang mempengaruhi pertimbangan asas semasa
menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah :
• Faktor agama yang dianuti oleh rakyat negara.
• Agama Islam ialah agama rasmi bagi negara Malaysia.
Di samping itu, Agama Kristian, Agama Buddha,
Agama Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti
mengikut undang – undang negara. Agama – agama
ini, khasnya agama Islam merupakan faktor- faktor
yang penting sebagai pertimbangan asas dalam proses
penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Unsur
agama ini dapat dihayati daripada pernyataanya,
iaitu : ‘mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan keercayaan dan kepatuhan kepada
tuhan………’
• Faktor politik yang menentukan ideology negara, dan
seterusnya mempengaruhi dasar pendidikan.
• Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah
Pendidikan Negara digubal berlandaskan kepada
ideology negara yang dicerminkan dalam dokumen –
dokumen rasmi seperti laporan Pendidikan, Rancangan
Malaysia dan Rukun Negara. Sehubungan ini,
matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi
pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Matlamat ini dapat
diperlihatkan daripada pernyataan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, sebagaimana yang telah dihuraikan
dalam pengaruh faktor sosial tersebut di atas.
• Faktor sosial yang meliputi struktur masyarakat dan
kebudayaannya.
• Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum.
Keharmonian dan kemakmuran negara bergantung
kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan
hormat – menghormati antara satu sama lain. Sikap
yang posotif ini adalah amat penting dalam usaha
mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria
yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial
yang stabil. Tujuan mencapai perpaduan kaum telah
menjadi salah satu matlamat pendidikan yang
dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
iaitu : ‘melahirkan rakyat Malaysia……memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.’
• Faktor ekonomi yang mempengaruhi matlamat
pendidikan dalam usaha membawa pembangunan dan
kemajuan negara.
• Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai
kemahiran dapat membantu negara memperkembang
ekonomi dengan meningkatkan daya pngeluaranya.
Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan. Berketrampilan,
bertanggungjawab dan berupayaan untuk memberi
sumbangan terhadap kemakmuran negara. Cita – cita
memperkembang ekonomi Malaysia telah menjadi
salah satu matlamat pendidikan negara yang
dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
• Faktor individu yang berkaitan dengan keperluan –
keperluan asas seperti keselamatan, perkembangan
potensi dan penyempurnaan kendiri.
• Potensi individu dapat diperkembangkan melalui proses
pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek – aspek
intelek rohani, emosi dn jasmani. Perkembangan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi
insan yang seimbang dan harmonis . Insan yang seimbang
dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur,
sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia
menghadapi cabaan hidup dengan tenang. Cita – cita
melahirkan individu yang seimbang dan harmonis
merupakan pernyataan utama dalam kandungan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Faktor sejagat yang berkaitan dengan pandangan dan
visi sedunia, perkembangan pendidikan antarabangsa
dan keupayaan warganegara memberi sumbangan ke
arah yang dapat membawa persefahaman
antarabangsa.
• Misalnya, program pendemokrasian pendidikan,
pensarwajagat pendidikan dan pendidikan
seumur hidup dirancangkan oleh UNESCO dalam
tahun 1980 – an telah dimanifestikan dalam
pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
sebagai “Pendidikan di Malaysia adalah satu
usaha berterusan……”. Ini jelaslah
mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup.
• Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
pula tidak terpisah daripada pengaruh
perkembangan sistem pendidikan antarabangsa.
Sehubungan ini, idea – idea yang dihasilkan
daripada seminar pendidikan antarabangsa pula
membawa pengaruhnya ke atas Falsafah
Pendidikan antarabangsa pula membawa
pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
• Perkembangan, kemajuan serta
pembangunan negara Malaysia
bergantung kepada kerjasama negara –
negara antarabangsa. Malaysia sejak awal
pembentukanya pernah memainkan
perananya di arena antarabangsa dalam
usaha menjamin keamanan, keadilan dan
kesejahteraan untuk negara sendiri dan
sejagat.
• Usaha kerjasama sejagat ini akan terus dipikul
oleh generasi – generasi mendatang.
Sehubungan ini, program pendidikan negara
hendaklah merangkumi aspek sejagat yang
boleh melahirkan warganegara yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan dan beraklak
mulia, bukan sahaja berupaya berkhidmat dan
memberi sumbangan kepada negara, tetapi juga
berupaya memberi jasa ke arah kemajuan,
keamanan dan kestabilan antarabangsa.
Falsafah Pendidikan Dan
Peranannya
Falsafah Pendidikan

 Pandangan yang benar, rasional dan


bernas.
 Menjadi pedoman kepada segala usaha
pendidikan.
Peranan Falsafah Pendidikan
 Panduan dalam memajukan pendidikan
 Dasar kepada Matlamat Pendidikan
Negara
Rujukan dan bimbingan kepada para
pendidik
 Dasar untuk menentukan kurikulum
 Mengelakkan aktiviti daripada dasar
pendidikan
Mengelakkan salah faham dalam usaha
melaksanakan aktiviti pendidikan
Huraian Unsur – Unsur Falsafah
Pendidikan Kebangsaan
Jasmani

• Tumpuan kepada kesihatan tubuh badan


individu
• Contoh:
- Menjaga kesihatan tubuh badan diri
- Melakukan riadah dengan sempurna
- Meningkatkan daya pengeluaran
Emosi

• Tumpuan kepada perasaan jiwa yang sihat


dan kuat
• Contoh:
- Memiliki perasaan kasih sayang
- Memiliki semangat kekitaran
- Memperoleh perasaan tenaga dan tingkah
laku yang terkawal
Rohani

• Tumpuan kepada sifat kejiwaan dan


kebatinan
• Contoh:
- Mempunyai perasaan mensyukuri
pemberian Tuhan
- Dapat membentuk akhlak yang mulia
- Dapat membina disiplin kendiri
Intelek

• Tumpuan kepada ciri – ciri daya berfikir


• Contoh:
- Dapat menguasai kemahiran 3M
(membaca, menulis, dan mengira)
- Dapat berfikir secara kritis dan kreatif
- Dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran
untuk diri dan orang lain.
Sosial

• Tumpuan kepada pergaulan dan tingkah


laku
• Contoh:
- Mempunyai semangat bekerjasama
- Ramah mesra
- Bergaul dengan orang lain tanpa mengira
bangsa.
Sekian
Terima Kasih…
• DISEDIAKAN OLEH :

• P.KALIDASSHAN A/L PUNUSAMY

• KAVIN RAJ A/L RAMAKRISNAN

You might also like