You are on page 1of 6

Hukum Menyambut Hari Valentine

Hukum Menyambut Valentine

Dengan  Nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani;


Segala Pujian dan  Kesyukuran hanya kepada Allah; Selawat dan Salam keatas Muhammad Rasullullah.

Soalan

Benarkah hukum menyambut hari Valentine adalah haram, bagaimana pula hukum menjual hadiah dan
bunga kepada pasangan-pasangan bukan Islam dan sebahagian umat Islam yang meraikannya?

JAWAPAN

Asal-usul Valentine

Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak
dahulukala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan
pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus
dan Hera.

Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan,
yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai bagian dari ritual
penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan kemudian
setelah minum anggur, mereka akan lari-lari di jejalanan kota Roma sembari membawa potongan-
potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda
akan maju secara sukarela karena percaya bahwa dengan itu mereka akan dikarunia kesuburan dan bisa
melahirkan dengan mudah. (http://id.wikipedia.org/wiki/Hari_Valentine)

Selain itu, sejarahnya juga berkait dengan fakta di bawah:

Saint Valentine is a name which is given to two of the ancient "martyrs" of the Christian Church. It was
said that there were two of them, or that there was only one, who died in Rome as the result of the
persecution of the Gothic leader Claudius, c. 296 CE. In 350 CE, a church was built in Rome on the site of
the place where he died, to perpetuate his memory.

When the Romans embraced Christianity, they continued to celebrate the Feast of Love mentioned above,
but they changed it from the pagan concept of "spiritual love" to another concept known as the "martyrs
of love", represented by Saint Valentine who had advocated love and peace, for which cause he was
martyred, according to their claims. It was also called the Feast of Lovers, and Saint Valentine was
considered to be the patron saint of lovers.

One of their false beliefs connected with this festival was that the names of girls who had reached
marriageable age would be written on small rolls of paper and placed in a dish on a table. Then the
young men who wanted to get married would be called, and each of them would pick a piece of paper.
He would put himself at the service of the girl whose name he had drawn for one year, so that they could
find out about one another. Then they would get married, or they would repeat the same process again
on the day of the festival in the following year.

The Christian clergy reacted against this tradition, which they considered to have a corrupting influence
on the morals of young men and women. It was abolished in Italy, where it had been well-known, then it
was revived in the eighteenth and nineteenth centuries, when in some western countries there appeared
shops which sold small books called "Valentine's books", which contained love poems, from which the
one who wanted to send a greeting to his sweetheart could choose. They also contained suggestions for
writing love letters.

[Excerpted, with slight modifications, from www.IslamQ&A.com]

Justeru, secara ringkasan saya boleh simpulkan seperti berikut:

1) Kita hanya boleh merayakan perayaan yang diiktiraf oleh Islam iaitu Eidil Fitri dan Eidil Adha. Nabi
SAW bersabda:

Ertinya: Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (Eidil Fitri dan Eidiladha)
adalah perayaan kita" (Riwayat Al-Bukhari, 952; Muslim, 1892)

Justeru, sebarang perayaan yang disambut oleh umat Islam mestilah terhad kepada dua perayaan ini
sahaja.

Bagaimanapun, jika sesuatu majlis, keraian dan sambutan itu dianjurkan bukan atas asas atau nama
agama serta tiada kaitan dengannya bahkan dibuat atas dasar adat semata-mata. Ianya boleh dan harus
diraikan dengan syarat sambutannya tidak diserapi apa jua unsur maksiat dan syirik. Sebagai contoh
sambutan kemerdekaan Negara, sambutan ulangtahun penubuhan sesebuah syarikat dan sebagainya.
Cuma ia bukanlah disambut sebagai hari raya ketiga atau keempat, tetapi hanya sebagai majlis keraian
setaraf dengan majlis perkahwinan dan sepertinya sahaja.

Ini bermakna, setiap tujuan dan asal usul perayaan itu perlulah disemak. Maka jika disemak perayaan
Valentine ini. Ternyata ia berasal dari cerita dongeng, karut dan syirik berakitan dewa dan sebagainya.
Selain dari asalusul, cara dan kaedah implementasnya juga mesti dilihat, jika secara adatnya ia disambut
dengan dosa dan maksiat. Ia sekali lagi dilarang di atas dasar tersebut pula.

2) Tidak harus pula meniru orang Kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan. Imam
Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma' (sepakat keseluruhan Ulama) melarang
penyerupaan dalam meraikan perayaan agama (atas asas agama) selain Islam. [Iqtidha, 1/454; Ahkam
Ahli Zimmah, 2/722]

3) Islam tidak mengiktiraf hari kasih sayang. Kasih sayang dalam Islam bersifat universal, tidak dibatasi
waktu dan tempat dan tidak dibatasi oleh objek dan motif. Hal ini sesuai dengan hadis:

"Cintailah saudara seislam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." [Riwayat Bukhari].
Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun sangat menjunjung tinggi
akan arti kasih sayang terhadap umat manusia.

Rasulullah (sallallāhu `alayhi wa sallam) bersabda: "Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian,
saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak
dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga
hari" [Muslim]

Kasih sayang dalam Islam diwujudkan dalam bentuk yang nyata seperti silaturahmi, menjenguk yang
sakit, meringankan beban tetangga yang sedang ditimpa musibah, mendamaikan orang yang berselisih,
mengajak kepada kebenaran (amar ma'ruf) dan mencegah dari perbuatan mungkar

4) Sambutan hari Valentine hari ini menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan
maksiat, mengadaikan ‘dara' kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan' dan dengan perlakaun seks bebas
yang kononnya bagi membuktikan 'ketulenan' cinta seseorang kepada kekasihnya..

5) Islam juga melarang umatnya dari terlibat, duduk serta bersekongkol dalam majlis yang
mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya. Ini dari firman Allah yang bermaksud:

"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu
mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah
kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya
(kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan
mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam" [An-Nisa: 140]

Diriwayatkan dari Umar r.a. bahwa dia pernah mendengar Rasulullah (sallallāhu `alayhi wa sallam)
bersabda:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah duduk pada suatu hidangan yang
padanya diedarkan arak." [Riwayat Ahmad]

Maka majlis arak yang haram itu adalah sama hukumnya dengan majlis Valentine yang mana sumber,
asal usul dan cara pelaksanaannya yang terdedah kepada pelbagai jenis maksiat. Tidak harus sama sekali
untuk menghadiri majlis sempena Valentine di mana-mana jua.

Jadi adakah pergi shopping sempena 'sale' hari Valentine juga salah?

Jawabnya, sekadar membeli belah ia tidak salah, namun TIDAK DIBENARKAN menyertai seseuatu
PERHIMPUNAN, SAMBUTAN KHAS kerana Valentine seperti majlis Konsert, Nyanyian dan
sepertinya.

6) Hukum memberikan hadiah sempena hari Valentine juga adalah menjadi haram berdasarkan kaedah
dari firman Allah: "Janganlah kamu bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan"

Bagaimanapun hukum menjual bunga sahaja, ia tidak kurang dari kategori jualan yang syubhah, makruh
atau haram khas di hari Valentine.
Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang memberi hadiah satu bekas arak kepada Nabi s.a.w, kemudian
Nabi memberitahu bahwa arak telah diharamkan Allah. Orang laki-laki itu bertanya:

Lelaki: Bolehkah saya jual?

Nabi: Zat yang mengharamkan meminumnya, mengharamkannya juga menjualnya.

Lelaki: Bagaimana kalau saya hadiahkan raja kepada orang Yahudi?

Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan
kepada orang Yahudi.

Lelaki: Habis, apa yang harus saya perbuat?

Nabi: Tuang saja di dalam parit air. [Al-Humaidi dalam musnadnya]

Justeru, kita dapat melihat bahawa benda yang haram, maka haram juga dijualnya mahupun
dihadiahkan. Dalam hal menjual bunga, ia juga boleh menjadi syubhah di hari Valentine seperti ini,
kerana diketahui ianya dibeli khas untuk mearikan Valentine yang haram. Seperti juga hukum menjual
anggur kepada tukang buat arak yang telah diketahui. Ia tidak dibenarkan dalam Islam menurut
pendapat yang terkuat.

7) Para ulama juga menyatakan LARANGAN untuk saling mengirim ucapan Valentine, cinta dan kasih
bersempena hari itu. Perlu dianggapkan hari Valentine itu tidak wujud dan ia adalah sebuah hari biasa
sahaja.

VALENTINE’S DAY

Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa: “Amalan
menyambut Hari Valentine’s Day adalah haram dan bertentangan dengan
ajaran Islam”. Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24
November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak
pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai
unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan
maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan
meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Dari sudut bahasa, Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam
bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom,
iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens
yang bermaksud kuat, aktif, sihat dan seumpamanya.
Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang
paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari
Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang telah berjaya
menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270
Masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai
kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu, 14 Februari disambut setiap
tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan
dinamakan hari Valentine.

Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine:


Pertama, Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu
dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu
kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari
bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom
di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas
kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama
di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di
sepanjang pesta berlangsung.
Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St.
Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang
diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja
Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom
banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St.
Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan
pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine
telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga
mati serta dipenggal kepalanya pada 14
Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol
ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka
14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine
sebagai upacara keagamaan.
Pendapat ketiga mengatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang
paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella
dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di
tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan
hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan
sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul
kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi
Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan,
lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St.
Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu
telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat
sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk
St. Valentine sendiri.
Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan
perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya
kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini,
mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam
agama Kristian.

Firman Allah s.w.t:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah
apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku
sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula
tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan
bagi aku agamaku.”

(al-Kafirun ayat 1-6)

Hadith Rasulullah S.A.W:

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka
ia akan ditolak.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

You might also like