You are on page 1of 22

PERKEMBANGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

DARI MALAYAN UNION HINGGA MALAYSIA


TERBENTUK.
 

Pengenalan
Sejarah perlembagaan bagi Malaysia dikatakan oleh Mohd. Aris Othman bermula pada
10 Sepember 1877 di Kuala Kangsar apabila Raja Muda Yusuf dan Residen British Sir
Hugh Low menerangkan tujuan diadakan Majlis Mesyuarat Negeri, "…To submit for….
Consideration…. And in the hope at receiving advice and assistance all important
subjects concerning the welfare of the states and it's inhabitats which might present any
dificulties. Involve extensve modifcations of existing laws or custum, or be considered of
general interest."
Namun, apabila dirujuk Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 didapati keterangan ini
adalah bercanggah dan boleh dikatakan bahawa perlembagaan yang diperkenalkan oleh
British sebenarnya telahpun diperkenalkan melalui Perjanjian Pangkor 1874. Perjanjian
Pangkor menyebabkan British mula berkuasa menentukan undang-undang mengikut
kehendaknya tanpa melibatkan Sultan dan pembesar Melayu. Sultan dan Pembesar
Melayu hanya berhak di dalam hal-hal keagamaan dan adat istiadat Melayu. Ini didasari
melalui perjanjian Pangkor 20 Januari 1876, perkara 6 yang menyatakan bahawa Residen
adaah berkuasa penuh dalam semua hal dan dan bertindak sebagai mahkamah manakala
Sultan haruslah meminta nasihat daripada Residen dan wajib mematuhinya kecuali yang
berkaitan dengan Agama dan adat-istiadat Melayu . Secara tidak langsung, bermula 1874
Sultan dan Pembesar Melayu telah hilang kuasa dan dirampas oleh British dengan alasan
melindungi atau menanungi.

Perlembagaan Malayan Union


Perlembagaan Pangkor 1874 ini kekal sehinggalah Jepun menjajah Malaysia dan apabila
Jepun menyerah kalah dalam perang dunia kedua, British kembali ke Tanah Melayu dan
memperkenalkan Malayan Union. Malayan Union ini adalah untuk menukarkan status
'melindungi' kepada status "koloni" penuh British seperti yang dinyatakan oleh Zainal
Abidin Abdul Wahid " The British for from trying to make amend for it's failure to
honour the treaties of protection insteand tried to colonies Malaya, Changing the states of
the Malay States from protec torates to colonies" . British telah menyatakan untuk terus
menguasai 'Tanah Melayu' dan menjadikannya jajahan penuh British. Oleh kerana itu,
Harold Macmicheal telah dihantar untuk membuat perjanjian formal dengan Sultan
Melayu dan telah menyelesaikan tugasnya pada 25 Disember 1945 . Selain itu, Malayan
Union ini juga mempunyai peranan lain iaitu tujuan Malayan Union semata-mata
meyenangkan pentadbiran British dengan menyatukan pentadbiran. Segala kuasa terletak
di tangan Gabenor yang boleh membatalkan segala keputusan Majlis Perundangan
manakala Raja-raja Melayu hanya berkuasa dalam hal-ehwal Agama Islam dan adat
Istiadat orang-orang Melayu . Sultan telah hilang kuasa setelah menandatangani
perjanjian ini dan ini bermakna Sultan hanya boneka semata-mata untuk memastikan
orang Melayu tidak menentang British.
Lantaran itu, Perlembagaan Malayan Union telah diselenggarakan oleh pihak British
Colonial Office. Malayan Union diselenggarakan di England yang diusulkan oleh
kerajaan 'Labour' yang memerintah pada masa itu. Perlembagaan ini bukanlah hasil
daripada perbincangan atau rundingan dengan Sultan atau mana-mana pegawai di Tanah
Melayu . Antara perlembagaan Malayan Union ialah ;

1. Malayan diketuai oleh gabenor yang berkuasa penuh dalam perkhidmatan awam dan
tidak akan bertanggungjawab kepada majlis undangan

2. Sultan menjadi ketua negeri dan hanya penasihat, bersidang dalam Majlis Sultan yang
mana majlis ini yang memberikan nasihat kepada gabenor apabila gabenor memerlukan
nasihat itu. Apabila Malayan Union di tubuhkan Negeri-negeri Selat dimansuhkan
sementara Singapura telah dijadikan sebuah Tanah Jajahan British yang berasingan dan
disebabkan Malayan Union Negeri-Negeri Melayu Bersekutu di mansuhkan . Dalam
perkara ini rancangan Malayan Union menjelaskan bahawa British mengambilalih kuasa
yang dipunyai oleh Sultan negeri-negeri Melayu termasuklah Negeri-negeri Selat iaitu
Pulau Pinang dan Melaka dicantumkan dibawah kuasa pusat yang diketuai oleh gabenor.
Manakala Singapura adalah jajahan yang terasing daripada Malayan Union. Gabenor
dinasihatkan oleh Sultan tetapi tidak semestinya mengikuti nasihat Sultan ini. Sultan
hanya menjadi ketua agama dalam negeri-masing-masing . Jelas ini amat berbeza dengan
Perjanjian Pangkor 1874, iaitu Sultan harus meminta nasihat daripada Residen dan wajib
mematuhinya. Tetapi perlembagaan Malayan Union, gabenor akan diberi nasihat tetapi
tidak semestinya mematuhinya. Jelas Sultan kehilangan kuasa selain hanya sebagai ketua
agama negeri masing-masing.

3. Majlis Undangan mempunyai bilangan ahli rasmi dan tidak rasmi yang sama banyak
dan gabenor mempunyai kuasa membatal atau meluluskan satu-satu undang-undang
walaupun tanpa pandangan Sultan. Disini menunjukkan Sultan telah tidak ada peranan
lagi malah boleh dikatakan Sultan seperti rakyat biasa saja. Sultan hanya lambang bagi
orang Melayu agar orang Melayu tidak bangkit memberontak.

4. Sultan pula dimasukkan dalam Majlis Penasihat Melayu yang ditubuhkan dalam tiap-
tiap negeri dan hanya menguruskan hal ehwal agama Islam sahaja. Berdasarkan
pernyataan ini ia mempunyai persamaan dengan Perjanjian Pangkor 1874 . Ini bermakna
Malayan Union terus saja menggunakan perjanjian Pangkor sebagai asas untuk mengabui
Sultan dan masyarakat Melayu.

5. Singapura dijadikan negara jajahan yang berasingan dan mempunyai gabenor dan
majlisnya sendiri. Atas aasan bahawa rakyat Singapura mempunyai kerakyatan tersendiri
dan dengan menyatakan untuk mengimbangi orang Melayu dan Cina serta India di
Singapura ketika itu kaum Cina dan India bilangannya adalah lebih 3 juta orang. Bila
dirujuk pembentukan Malaysia, Singapura telah turut serta dan setelah diistiharkan
'merdeka' Singapura keluar dan terus menjadi satu entiti negara yang berasingan.
Berdasarkan ini, Perlembagaan Malaysia adalah jelas menunjukkan penerusan
perlembagaan Malayan Union.

6. Gabenor dilantik untuk Tanah Melayu, Singapura dan Borneo.

7. Kewarganegaraan boleh diberikan kepada sesiapa saja yang menganggap negeri in


adalah negeri mereka. Seperti yang dinyatakan oleh Zulkifli Abdullah . Prinsip ini juga
dikenali sebagai Jus Soli seperti dinyatakan oleh Zainal Abidin Abdul Wahid . Malayan
Union ini juga sebenarnya telah disokong oleh masyarakat Cina kerana ia membolehkan
mereka mendapat kewarganegaraan. Malah Tan Cheng Lock juga telah menghantar
memorandumnya kepada pihak British tentang pendirian masyarakat Cina terutamanya
dalam hal kewarganegaraan .

Harold Mac Micheal tiba di Malaysia untuk membuat laporan kepada pihak British pada
Oktober 1945 hingga Januari 1946 , tujuannya ialah ;

1. Mendapatkan perjanjian rasmi dengan Sultan-sultan Melayu untuk mendapatkan kuasa


penuh diserahkan kepada British.
2. Melaporkan tentang pendirian raja
3. Mengesa setujui Malayan Union

Dan sehingga Januari 1946 Harold Mac Micheal telah mendapatkan sembilan
tandatangan Sultan dan April 1946 Malayan Union telah diwartakan dan gabenor
pertamanya ialah Edward Dent . Namun kerana protes orang Melayu yang memulaukan
Majlis Penasihat dan Sultan-Sultan Melayu tidak menghadiri upacara angkat sumpah
menyebabkan Malayan Union dimansuhkan atas desakan orang Melayu. Namun British
masih berdalih untuk menyatukan negeri Melayu menjadi satu agar mudah diperintah dan
dikendalikan, walaupun Malayan Union tidak dilaksanakan tetapi semangat Malayan
Union masih terus dilaksanakan Lantaran itu, satu perjanjian telah dibuat antara Raja
Melayu dengan Kerajaan British pada 21 Januari 1948 dan terbentuklah Federation of
Malaya atau diterjemahkan sebagai Persekutuan Tanah Melayu yang berkuatkuasa pada 1
Februari 1948 .

Perlembagaan Federated Malay State


Perlembagaan Federated Malay State masih lagi mengekalkan beberapa isi penting
perlembagaan Malayan Union iaitu;
1. Melalui pelembagaan Federated Malay State 1948 hal-hal kewarganegaraan masih lagi
terbuka tetapi dengan agenda tertentu. Kerakyataan dibuat sama ada secara automatik
ataupun membuat permohonan . Iaitu;

· Kerakyatan automatik
· Kerakyataan automatik akan diberikan kepada sesiapa saja yang menjadi rakyat Sultan
Melayu dan British pada bila-bila masa saja.

· Kerakyataan permohonan
· Seseorang itu telah berada di Federated Malay State tidak kurang 8 tahun dariada masa
12 tahun sebelum memohon. Atau
· Seseorang itu telah berada di Federated Malay State tidak kurang 15 tahun daripada
masa 20 tahun sebelum memohon.

2. Raja Melayu mendapat semula kuasanya iaitu seperti sebelum pendudukan Jepun. Ini
bermakna Sultan-Sultan negeri-negeri Melayu akan tertakluk berdasarkan Perjanjian
Pangkor 1874.

3. Kerajaan British mempunyai PesuruhJaya Tinggi yang dilantik oleh kerajaan British.
PesuruhJaya Tinggi mempunyai kuasa dalam segala hal dan dinasihatkan oleh majlis
mesyuarat kerajaan tetapi pesuruhjaya tinggi boleh menghiraukan nasihat ini . Dan ini
menunjukkan PesuruhJaya Tinggi mempunyai bidang kuasa yang lebih berbanding
Sultan. Dan ia merupakan penerusan Malayan Union. Cuma bezanya Federated Malay
State ada;lah Pesuruhjaya Tinggi manakala Malayan Union adalah Gabenor.

4. Pesuruhjaya Tinggi mempunyai tanggungjawab mempertahankan mana-mana hak


negeri-negeri Melayu, Negeri-negeri Selat dan kuasa raja Melayu.

Desakan mahukan kemerdekaan menyebabkan British terpaksa mengadakan Pilihanraya.


Pilihanraya ini telah diadakan dan keputusan pilihanraya telah dimenangi oleh Parti
Perikatan yang mengandungi UMNO, MCA dan MIC dengan mendapat 51 kerusi .
Setelah pilihanraya , badan Membuat Undang-undang dibentuk dan satu mesyuarat
Perlembagaan diadakan di London dari 8 Januari hingga 6 Februari 1956 yang dihadiri
oleh empat wakil raja, ketua Menteri, tiga menteri lain, Pesuruhjaya Tinggi dan
penasihatnya. Perlembagaan dibentuk untuk Federated Malay State atau diterjemahkan
sebagai Persekutuan Tanah Melayu supaya mampu berkerajaan sendiri dan "merdeka
dalam Komenwealth". Perlembagaan ini berkuatkuasa pada 31 Ogos 1957 .
Perlembagaan Malaysia adalah yang tertinggi dan agak sukar untuk dipinda iaitu ia
terkandung Dalam fasal (1) perkara 4 Perlembagan Malaysia disebutkan "Perlembagaan
ini ialah undang-undang tertinggi bagi persekutuan dan mana-manan undang-undang
yang dibuat selepas hari merdeka yang bertentangan dengan Perlembagaan ini mana
setakat mana pertentangannya akan terbatal undang-undang itu . Oleh kerana
ketinggiannya Perlembagaan bertulis mempunyai 3 syarat ;

1) Perlembagaan itu kukuh iaitu sukar hendak dipinda melainkan ada peruntukan di
dalam Perlembagaan itu yang membolehkan pindan itu dibuat
2) Parlimen hanya mempunyai kuasa membuat undang-undang didalam apa-apa perkara
yang terkandung di dalam Perlembagaan itu

3) Tafsiran Perlembagaan terletak di tangan mahkamah.

Sekira diperhatikan perlembagaan ini juga pada pandangan Muhamed Suffian Hashim
menggabungkan peruntukan daripada perlembagaan India yang telah diubahsuai dan
kelihatan di atas kertas amatlah kompleks dan menyebabkan seorang pemerhati
beranggapan perlembagaan Malaysia telah ditulis oleh seorang profesor gila dalam
bidang undang-undang perlembagaan yang mencuba dengan sebebas-bebasnya teori-teori
perlembagaan .;

Perlembagaan Malaysia
Pada 27 mei 1961 Tunku Abdul Rahman hasrat bentuk Malaysia dan disambut baik oleh
British kerana ia akan menjadikan hal ini memudahkan British menguasai Malaysia
dengan badan Komenwelnya. Kemudian satu Jawatankuasa telah dibentuk diketuai oleh
Lord Cabbold untuk menyiasat kehendak penduduk Sabah dan Sarawak dan selesai pada
Februari 1962 dan laporan siap pada 21 jun 1962 .
Bagi pihak Persekutuan Tanah Melayu satu undang-undang di panggil Akta Malaysia di
luluskan pada 26 ogos 1963 untuk sesuaikan konsep dan stuktur penubuhan Malaysia .
Malaysia terbentuk pada 16 september 1963 .

Antara Akta Malaysia ialah ;

1) Hal-hal luar negeri jadi tanggungjawab kerajaan pusat


2) Agama Islam agama rasmi tetapi diberi kebebasan beragama
3) Bahasa Melayu bahasa rasmi tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh terus
digunakan
4) Kerajaan di Borneo beransur-ansur diubah mengikut Persekutuan Tanah Melayu
5) Negeri Borneo diberi peluang capai kerajaan
6) Borneo mengawal kuasa imigresan, perkhidmatan awam.
7) Semua warganegara Persekutuan dan Singapura boleh dapat kewarganegaraan secara
automatik dan akan dapat hak yang sama
8) Bumiputera Borneo akan dapat hak yang sama seperti orang Melayu.

Setelah sekian lama maka kerajaan Malaysia memudahkan tugasnya dengan mengubah
dan membuat beberapa pindaan sehinggalah terbentuk Perlembagaan Malaysia yang
memasukkan Sabah dan Sarawak di Dalam Perlembagaan ini. Dan Sehingga sekarang
Perlembagaan Malaysia ini mengandungi

1) Ketinggian Perlembagaan Persekutuan


2) Yang Dipertuan Agung
3) Raja dan Yang Dipertua Negeri
4) Jemaah Menteri
5) Parlimen
6) Pilihan raya
7) Kehakiman
8) Perkhidmatan awam
9) Negeri-negeri
10) Perhubungan persekutuan dan negiri
11) Peruntukan kewangan 12) Kebebasan asasi
13) Perbuatan surbertif, kuasa darurat dan tahanan pencegahan
14) Agama islam
15) Kewarganegaraan
16) Orang melayu dan bumiputera di sabah dan sarawak
17) Bahasa kebangsaan
18) Ibukota persekutuan
19) Pindaan perlembagaan

Sekiranya dilihat perlembagaan yang dibentuk ini, ia masih lagi mengekalkan apa yang
terkandung di dalam Malayan Union kemudian Federated of Malaya iaitu kekuasaan
akan tertumpu pada seseorang sahaja iaitu Perdana Menteri manakala Yang Dipertuan
Agung hanya menjadi Ketua Agama Islam seluruh Persekutuan serta setiap negeri
mempunyai Majlis Agama yang menasihati Raja-raja tentang agama Islam . Ia masih
sama lagi dengan peruntukan di dalam Perjanjian Pangkor iaitu Raja sebagai pengendali
Agama dan adat-Istiadat Melayu manakala pentadbiran diasingkan daripada aspek
keagamaan. Sekiranya dilihat Malayan Union kekuasaan tertumpu pada Gabenor,
Federated of Malaya pula adalah PesuruhJaya Tinggi dan Perlembagaan Malaysia pula
ialah Perdana Menteri. Ini bermakna perkembangannya adalah mengikut apa yang
terkandung didaam Perlembagaan Malayan Union.

Kesimpulannya

Bolehlah dikatakan bahawa perkembangan Perlembagaan Malaysia dari Malayan Union


adalah mendatar dan menyerupai antara satu sama lain. Hanya beberapa peruntukan
diubah untuk mengabui pandangan dan pendirian orang Melayu tetapi konsep atau
pengisiannya adalah bermatlamatkan sama iaitu terus mengekalkan Malaysia dibawah
kerajaan British. Kemerdekaan yang sebenarnya adalah kemerdekaan dalam Komenwel
dan masih lagi dalam bentuk neo-colonialisme. Pembentukkan Malaysia dengan
menggabungkan Sabah dan Sarawak serta Singapura merupakan satu agande untuk
menyatukan pentadbiran dan menggabungkann negeri-negeri ini dibawah satu
pentadbiran. Singapura pula punya pendirian yang sama. Sekiranya dilihat Perlembagaan
Malayan Union diteruskan kerana di dalam Perlembagaan Union yang dibicarakan di atas
telah jelas dinyatakan bahawa Singapura diasingkan daripada Tanah Melayu dan
mempunyai pentadbiran tersendiri dan sehingga ini, perlembagaan itu etrleksana apabila
Singapura memang mempunyai pentadbiarnnya sendiri tetapi masih lagi didalam
Komenwel.

 
Nota Akhir
Mohd. Aris Othman Perkembangan Perlembagaan Malaysia, Petaling Jaya, Fajar Bakti,
1983, hlm. 5

Parkinson, C. Northcote, British Intervention In Malaya 1867-1877, University Malaya


Press, Kuala Lumpur, 1964, Hlm 323-324. Petikan itu berbunyi " That the Sultan receive
and provide a suitable residence for a British Officer to be called Resident, Who shall be
accredited to his court, and whose advice must be asked and acted upon on all questions
other than those touching Malay Religion and Custom."

Zainal Abidin Adbdul Wahid, Glimpses of Malaysian History, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur, 1990.

James De V. Allen, The Malayan Union, Southeast Asia Studies, Yale University, United
States Of America, 1967, Hlm 153.

Mohd. Salleh Abas, Sejarah Perlembagaan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur, 1984, hlm 25.

Mohd. Aris Othman,of.cit., hlm. 40-41

Ibid, hlm. 39-40

Mohd. Salleh Abas, op.cit., hlm 25-26.

Mohd. Aris Othman,of.cit, hlm. 38-39

Parkinson, C. Northcote, op. Cit., Hlm 323-325

Zulkifli Abdullah, " institution of a Malaya citizenship which will give equal citizenship
rights to those who can claim Malaya to be thee homeland"

Zainal Abidin Abdul Wahid,op.cit, hlm. 111, Zainal menyatakan" If Implied that any
person born in Malaya. After the esablishment of the Malaya union would be eligible to
become citizen.

James De V. Allen, op.cit, Hlm 128, Laporan penuh ini mengandungi segala apa
pandangan Harold Macmicheal dan perjalananya mendapatkan sembilan Sultan Melayu
yang menandatangani Perjanjian Malayan Union. Laporan ini boleh dibaca di halaman
153-167.

Ibid, Hlm 153, antara kenyataan Tan Cheng Lock berkenaan kewarganegaraan Cina ia
menyatakan "regard themselves in course of time as Malayan first and Vhinese secondly
as long as they make Malaya their home.". Memorandum Tan Cheng Lock ini boleh
dibaca di halaman 123-131.
Mohd. Aris Othman,of.cit hlm. 43-44

Ibid, hlm. 45

Mohd. Salleh Abas, Sejarah Perlembagaan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur, 1984, hlm 25

Zainal Abidin Abdul Wahid,op.cit, hlm 112, Zainal menulis "Introduced a citizenship law
convering the whole country and enabling the non indigenous inhabits to became the
citizens of Malaya.

Mohd. Salleh Abas, op.cit., hlm 28

Ibid,hlm 32.

Mohd. Aris Othman,of.cit, hlm.10

Mohd. Salleh Abas, op.cit., hlm 3

Ibidhlm 5-6

Tun Muhamed Suffian Hashim, Pengenalan Perlembagaan Malaysia, Dewan Bahasa


dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1984. Hlm 7.

Ibid, Hlm 7

Mohd. Salleh Abas, op.cit.,hlm 37-38

Ibid, hlm 41.

Mohd. Aris Othman,of.cit, hlm

Tun Muhamed Suffian Hashim, Pengenalan Sistem Undang-Undang Malaysia, Dewan


Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1990.

Tun Muhamed Suffian Hashim, Pengenalan Perlembagaan Malaysia, Op.cit,. Hlm 343-
346.

Sejarah Perlembagaan Malaysia

Asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah


Melayu.

Berikutan kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuan pertama pada


tahun 1955, Tunku Abdul Rahman Putra telah dipilih sebagai Ketua Menteri Pertama.
Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke
arah membentuk Kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan
kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1956. 

Untuk tugas penggubalan Perlembagaan, Kerajaan British telah menubuhkan sebuah


Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British sendiri, penasihat Majlis
Raja-Raja dan pemimpin-pemimpin parti. 

Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk
membincangkan soal penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh
kemerdekaan untuk negara.

Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan
untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. 

Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan parti-parti politik, persatuan-


persatuan bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini.
Dalam proses rundingcara itu, satu memorandum daripada parti Perikatan telah mendapat
keutamaan.

Memorandum berkenaan, yang disebut sebagai Pakatan Murni, iaitu persetujuan secara
bertolak ansur demi kepentingan bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang
lain, menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan
agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan
kerakyatan sama rata.

Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid ini diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 31
Ogos 1957.

Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1963,
beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dan nama negara ditukar
kepada Mal
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
  
KONSEP PERLEMBAGAAN
 
Takrif dan konsep perlembagaan
n      K. Ramanathan (1989):
n      “prinsip-prinsip asas yang mengasaskan sesebuah negara, memastikan
bagaimanakah sesuatu keputusan kerajaan itu akan dibuat, bagaimana kuasa akan
diagih-agihkan antara institusi-institusi kerajaan, menetapkan satu kewibawaan ideal
sesebuah negara itu dan memperkenalkan satu sistem pemerintahan seperti termaktub
sama ada dalam undang-undang, adat mahupun Majlis Piagam Perjanjian”.
 
PENGENALAN
·        Perlembagaan ditakrifkan sebagai satu kumpulan peraturan dan undang-undang
yang menentukan organisasi kerajaan dan pembahagian kuasa antara badan-badan
pemerintah khasnya eksekutif, perundangan dan kehakiman.
·        Setiap negara mempunyai perlembagaannya yang sendiri.
·        Peraturan atau undang-undang dalam perlembagaan ditentukan oleh pemimpin
ataupun pihak yang dipertanggungjawabkan .
·        Setiap negara mempunyai sejarah pembentukan perlembagaannya.
 
JENIS PERLEMBAGAAN
·        Terdapat dua jenis perlembagaan di dunia iaitu
                    i  perlembagaan bertulis (diamalkan di negara-negara seperti Malaysia   
                       Amerika Syarikat) .Parlimen memperolehi kuasa daripada Perlembagaan.
                       Undang-undang yang  digubal atau dipinda tertakluk kepada kuasa yang
                       diperuntukkan dalam perlembagaan.
                    ii.perlembagaan tidak bertulis (diamalkan di negara sebagai Britain).   
                       Parlimen boleh membuat, menggubal atau meminda apa jua jenis undang-
                       undang tanpa sekatan. Kuasa tertinggi terletak pada Parlimen dan bukan  
                       pada perlembagaan.
 
 
Rumusan 1
 
·        Di negara yang mengamalkan perlembagaan bertulis ia merupakan undang-
undang tertinggi negara tersebut dan tiada yang lebih berkuasa daripada perlembagaan.
Semua pihak  di negara yang mengamalkan perlembagaan bertulis  terpaksa akur pada
ketertinggian Perlembagaan.
·        Di negara yang mengamalkan perlembagaan  tidak bertulis ia mengamalkan
konsep ketertinggian Parlimen di mana sebarang undang-undang boleh diluluskan di
Parlimen tanpa merujuk kepada Perlembagaan.
·        Perlembagaan  adalah satu set undang-undang untuk mentadbir sesebuah negara. Di
sesetengah negara perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara tersebut.
Contohnya  negara  Malaysia di mana mengamalkan konsep ketertinggian perlembagaan.
Di setengah negara pula yang lain pula parlimen lebih tinggi seperti di Britain.
 
 PERLEMBAGAAN MALAYSIA
 
KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN DI MALAYSIA
 
·        Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.
·        Hal-hal pentadbiran negara tertera di dalam perlembagaan. Ketertinggian
Perlembagaan Malaysia  menggambarkan beberapa ciri.
·         Di antaranya adalah:
 
  i.     Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.
ii.     Perlembagaan harus dijadikan sebagai panduan dalam menggubal
undang- undang negara
iii.     Sebarang penggubalan undang-undang yang bercanggah dengan
Perlembagaan Persekutuan  akan terbatal setakat mana yang bercanggah
iv.     Parlimen dan  badan perundangan lain seperti Dewan Undangan
Negeri, pihak eksekutif dan kehakiman juga mendapat bidang kuasa
masing-masing  dari perlembagaan.
v.     Ketua negara iaitu Yang Di Pertuan Agong  juga menjalankan
tugasnya mengikut Perlembagaan.
 
 
JENIS-JENIS PERLEMBAGAAN MALAYSIA
 
 Terdiri daripada:
 
i) Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi yang
menentukan kebebasan asasi, kewarganegaraan,    kerajaan
persekutuan,perundangan persekutuan dan lain-lain. Perlembagaan Persekutuan
pada masa kini mengandungi 15 bahagian berhubung 183 perkara
ii) perlembagaan negeri
 
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
 
Peringkat Penjajahan
 
Perlembagaan Persekutuan bukanlah sesuatu yang digubal 100% baru tapi merupakan
pengubahsuaian dari peringkat yang terdahulu.
Sejak  zaman Parameswaran telah wujud  Perlembagaan. Di antaranya adalah Hukum
Kanun Laut dan Hukum Kanun Melaka. Ini boleh dikategorikan sebagai perlembagaan
tidak bertulis kerana kuasa tertinggi bukan terletak pada Hukum Kanun Melaka tetapi
pada kuasa raja.
Pada zaman British kita juga telah ada perlembagaan secara tidak formal iaitu dalam
bentuk Perjanjian-perjanjian. Perjanjian-perjanjian yang ditandatangani mempunyai
perkara dan fasalnya yang tersendiri di mana fasal-fasal tersebut menjadi asas pentadbiran
negeri-negeri Tanah Melayu pada masa itu.
Contoh Perjanjian-perjanjian penting ataupun triti adalah seperti:
a. Perjanjian Inggeris Belanda 1826 (Lebih kurang 8 perkara)
b. Perjanjian  Pangkor 1874 (14 perkara)
c. Perjanjian Persekutuan 1896
d.Perjanjian Bangkok 1909
 
 
Perlembagaan Malayan Union
 
      i.     Walau bagaimanapun Perlembagaan Malayan Union menjadi asas untuk
Perlembagaan kita walaupun ianya tidak diterima oleh rakyat Tanah Melayu semasa
diperkenalkan.
     ii.     Penentangan Malayan Union khas adalah kerana beberapa isu dan antaranya
adalah isu pengubalannya ,kewujudan negeri, kewarganegaraan dan kedudukan sultan
   iii.     Malayan Union digubal oleh orang-orang Inggeris semasa Tanah Melayu dijajah
oleh Jepun. Mereka tidak mendapat sebarang pandangan daripada rakyat tempatan.
   iv.     Malayan Union bercorak satu Union di mana negeri dimansuhkan. Akan ada satu
kerajaan sahaja iaitu kerajaan Malayan Union.
    v.     Raja tidak mempunyai sebarang kuasa dalam kerajaan. Kuasa sepenuhnya
dipegang oleh Gabenor.
   vi.     Union akan diperintah dengan bantuan Majlis Kerja Kerajaan dan diperingkat
negeri Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan untuk memerintah kerajaan tempatan. Majlis
Mesyuarat Negeri diletak terus di bawah kawalan kerajaan pusat.
 vii.     Kewarganegaraan diberi kepada warga bukan Melayu di bawah prinsip jus soli di
mana sesiapa yang bermastautin  lebih 5 tahun  di Malayan Union akan diberi
kewarganegaraan.
 
Pelembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948
 
      i.     Malayan Union telah diganti dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
1948 atas desakan dan bantahan rakyat .
     ii.     Beberapa fasal dari perlembagaan Malaayan union ditukar dan dinamakan sebagai
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
   iii.     Perlembagaan ini telah menjadi asas pemerintahan sehingga kemerdekaan 1957.
   iv.     Perlembagaan Persekutuan Tanah 1948 dirangka kecaman dan kritikan orang
Melayu terhadap Malayan Union. Ia dirangka oleh Jawatankuasa Kerja yang dianggotai
oleh 4 orang wakil raja-raja Melayu, 2 orang wakil UMNO dan 6 orang pegawai kanan
British.
    v.     Perlembagaan 1948 berasaskan satu persekutuan dan bukan union. Ciri utama
persekutuan adalah wujudnya sebuah kerajaan pusat yang berkuasa di atas semua negeri di
persekutuan. Negeri-negeri diberi bidang kuasa tertentu.
   vi.     Kuasa raja dipulihkan di mana raja boleh memerintah negeri dengan bantuan
Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan dan Dewan Perundangan Negeri. Negeri punyai kuasa
terhadap kerajaan tempatan, agama, pertanian dan tanah. Rang undang-undang yang dari
kedua-dua dewan ini mestilah diluluskan oleh raja.
 vii.     Kuasa pemerintahan Kerajaan Persekutuan dijalankan pleh Pesuruhjaya Tinggi
British dan dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan dan Dewan
Perundangan. Kerajaan Persekutuan punyai kuasa terhadap pertahanan, hal ehwal luar,
peraturan awam, hal-hal kehakiman,perdagangan,perhubungan dan kewangan
viii.     Taraf kewarganegaraan telah diperketatkan di mana yang akan mendapat
kewarganegaraan secara terus atau perjanjian adalah seperti berikut:
v     rakyat sultan di mana-mana negeri Melayu
v     rakyat British yang lahir di Pulau Pinang dan Melaka yang telah bermastautin selama
15 tahun di mana-mana bahagian Persekutuan
v     rakyat British yang telah lahir di mana-mana bahagian Persekutuan dan bapanya
sendiri telah lahir di situ atau telah bermastautin lebih dari 15 tahun
v     sesiapa saja yang dilahirkan di Persekutuan yang menurut kebiasaan bercakap Melayu
dan mematuhi adat resam Melayu
v     sesiapa yang telah dilahirkan di Persekutuan dan di mana kedua-dua ibu bapanya telah
dilahirkan dan telah bermastautin di sini selama 15 tahun
   ix.     Ada juga yang dibenarkan memohon kewarganegaraan kalau mereka layak.
Antarnya adalah
Ø      mereka yang dilahirkan di Persekutuan dan telah bermastautin di situ sekurang-
kurangnya selama lapan tahun daripada dua belas tahun
Ø      mereka yang tinggal di Persekutuan sekurang-kurangnya lima belas tahun daripada
dua puluh dua puluh tahun terdahulu daripada permohonan tersebut dibuat.

 
Langkah Pembentukan Perlembagaan Persekutuan 1957
 
              i.Bila British berhasrat hendak memberi kemerdekaan kepada kita maka
langkah-langkah yang lebih serius telah dilakukan untuk merangka satu perlembagaan
baru yang lebih terperinci dan yang diterima oleh semua rakyat.
            ii.Satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengubal Perlembagaan iaitu
Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid, Sir Ivor Jenning(British), Sir Willia
Mckell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim A. Hamid (Pakistan)
           iii.Perlembagaan itu telah digubal berdasarkan 131 memorandum yang diserahkan
oleh parti-parti politik dan pertubuhan-pertubuhan di Tanah Melayu.
          iv.Draf yang disediakan oleh Suruhanjaya Reid kemudiannya dikaji semula oleh
Kawatankuasa Kerja 11 orang yang terdiri daripada wakil-wakil pihak British, raja-raja
Melayu dan rakyat Tanh Melayu (Parti Perikatan UMNO + MCA + MIC)
            v.Selepas menelitian dan perbincangan secara bertolak ansur maka perlembagaan
baru bagi Persekutuan tanah Melayu yang mereka diluluskan oleh Majlis Perundangan
Persekutuan pada 15 Ogos 1957 dan berkuat kuasa pada 27 Ogos 1957.
          vi.Sebelum berkuat kuasa ia telah diluluskan di Parlimen British dan Majlis
Perundangan Persekutuan.
         vii.Perlembagaan ini telah diubahsuai semasa pembentukan Malaysia.
 

 
 

   
Mengenali Kandungan  Perlembagaan Malaysia
 
 Perlembagaan Malaysia mempunyai 183 Perkara. Setiap perkara dibahagikan
kepada beberapa fasal. Selain dari itu perlembagaan juga mempunyai 13 jadual.
 183 Perkara dalam perlembagaan dibahagikan kepada 15 bahagian.
 
No. Bahagian Butir-butir Perkara
a. 1 Negeri-negeri Agama dan Undang-Undang 1-4
Persekutuan
b. 2 Kebebasan Asasi 5-13
C 3 Kewarganegaraan 14-31
d. 4 Persekutuan 32-69
e. 5 Negeri-negeri 70-72
f. 6 Perhubungan antara Persekutuan dan Negeri- 73-95E
negeri
g. 7 Peruntukan-peruntukan kewangan 96-112D
h. 8 Pilihan raya 113 -120
i. 9 Kehakiman 121-131A
j. 10 Perkhidmatan Awam 132-148
k. 11 Kuasa-kuasa khas menentang Perbuatan 149-151
Subversif dan Kuasa-Kuasa Darurat
l. 12 Am dan Pelbagai 152 -161E
m. 13 Peruntukan Sementara dan Peralihan 162-180
n 14 Berkecualian bagi kedaulatan Raja-raja dan 181
sebagainya
o 15 Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan 182-183
Raja-raja
 
Peruntukkan Utama Dalam Perlembagaan Malaysia
 
 hak asasi
 kewarganegaraan
 sistem pemerintahan- raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen dan negara  
            persekutuan
 
 
Kebebasan Asasi
 
1. Kebebasan diri
                     i.          Tiada seseorang pun boleh diambil nyawanya atau
dilucutkan
                  kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang.
                   ii.          Jika anda mendapati sesuatu penahanan itu tidak sah maka
boleh dibuat
                 pengaduan kepada Mahkamah Tinggi. Mahkamah akan menyiasat
dan 
                akan mengarahkan tertuduh di hadapkan ke mahkamah dengan segera
                dan kalau betul ditahan secara tidak sah maka mahkamah boleh  
                 membebaskannya .
                  iii.          Jika seseorang ditangkap maka perlu diberitahu dengan
seberapa segera sebab-sebab ia ditahan dan ia hendaklah dibenarkan berunding
dengan seorang pengamal undang-undang yang dipilihnya.
                 iv.          Seseorang hanya boleh ditahan polis selama 24 jam.
Sebarang penahanan yang akan melebihi tempoh 24 jam mesti dihadapkan ke
seorang majistrate dan hanya kalau majistrate benarkan orang itu boleh berada
dibawa tahanan polis lebih dari 24 jam.
                   v.          Syarat di atas tidak dapat diaplikasikan jikalau tangkapan
adalah berkaitan dengan musuh negara, tahanan ISA, kediaman terhad dan 
imigresen ( boleh ditahan tanpa dibawa ke majistret selama 14 hari sehingga 2
tahun)
                 vi.          Untuk kes mahkamah syariah pula syaratnya adalah sama
tetapi tidak ke hadapkan pada majistrat tetapi hakim mahkamah syariah.
 
2. Keabdian dan kerja paksa dilarang
i.Tidak seorangpun boleh ditahan sebagai abdi.
ii.Sebarang kerja paksa dilarang namun parlimen boleh membuat peruntukan
untuk tujuan kerah tenaga bagi maksud negara
iii.Kerja yang dilakukan oleh banduan tidak dikategorikan sebagai kerja paksa.
 
3. Perlindungan daripada undang-undang jenayah berkuatkuasa kebelakangan dan
pembicaraan berulang
                     i.          Tidak seorangpun boleh dihukum dengan hukuman terkini
untuk sesuatu kesalahan yang telah berlaku.
                   ii.          Tiada seorangpun boleh menanggung hukuman yang lebih
berat daripada yang telah ditetapkan oleh undang-undang pada masa itu.
                  iii.          Seseorang yang telah dibebaskan daripada sesuatu
kesalahan atau disabitkan sesuatu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula
kerana kesalahan yang sama kecuali jika sabitan atau pembebasan itu telah
dibatalkan dan pembicaraan semula diperintah oleh suatu mahkamah yang lebih
tinggi daripada mahkamah yang telah membebas atau mensabitkannya.
 
  4. Sama rata
                     i.   Semua orang adalah sama rata di sisi undang
                   ii.   undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di
sisi undang
undang.
                  iii.   Kecuali dinyatakan dalam perlembagaan , tidak boleh ada
perbezaan terhadap warganegara semata
                 iv.   mata oleh sebab ugama,kaum,keturunan atau tempat lahir atau
jantina dalam mana
                   v.   Tidaklah boleh ada pembezaan bagi faedah seseorang oleh sebab
ia seorang   rakyat Raja bagi mana mana negeri.
 
5. Larangan buangan negeri dan kebebasan bergerak
 
                     i.   Tidak seseorang warganegara pun boleh dibuang negeri atau
ditahan masuk ke dalam Persekutuan
                   ii.   Namun terdapat juga negeri-negeri yang mempunyai
keistimewaan yang mana boleh mengenakan sekatan  undang-undang  untuk
memasuki suatu negeri itu. Contoh Sabah dan Sarawak
                  iii.   Selain itu seseorang boleh dibuang negeri mengikut undang-
undang.
  
  
6. Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan
                        i.   Tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan
mengeluarkan fikiran; berhimpun secara aman dengan tidak bersenjata dan
menubuhkan persatuan. Walaubagaimanapun kesemua kebebasan di atas
adalah bersyarat.
                     ii.   Parlimen boleh dengan undang-undang menggenakan
sekatan terhadap kebebasan tersebuat jika mendapati kebebasan ini boleh
mengancam keselematan dan ketenteraman persekutuan
                   iii.   Juga demi kepentingan keselematan Persekutuan atau mana-
mana bahagiannya atau ketenteraman awam, Parlimen boleh meluluskan
undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf,
kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan
atau diperlindung . (Perkara 152, 153 dan 181)
                   iv.   Undang-undang yang telah diluluskan di Parlimen untuk
menyekat kebebasan di atas adalah seperti berikut:
 
Akta Huraian
Undang-Undang Kerajaan berkuasa menahan dan menghukum mereka yang
Subversif mengancam keselematan negara
Undang-Undang Kerajaan berkuasa mengenakan perintah berkurung dan
Darurat menembak dan membunuh seseorang yang mengingkari undang-
undang darurat tanpa perbicaraan
Akta Keselematan Seseorang boleh ditahan tidak  melebihi 2 tahun tanpa
Dalam Negeri (ISA) perbicaraan jika pada pandangan kerajaan, orang itu mengancam
keselematan negara.
 
Akta Universiti dan Para pelajar dilarang aktif dalam politik
Kolej Universiti
Akta Rahsia Rasmi Tidak bleh membocorkan rahsia kerajaan
Akta Mesin Cetak Badan-badan penerbitan dan media elektronik tiada kebebasan
untuk mengungkitkan isu-isu sensitif yang boleh mengancam
keselematan negara.
Akta Hasutan Rakyat dilarang menabur fitnah dan mengungkitkan isu-isu
sensitif iaitu hak-hak istimewa orang Melayu, bahasa, kuasa raja
dan kewarganegaraan
Hak Keistimewaan Berkuasa mengawal kemasukan rakyat dari Semenanjung
Sabah dan Sarawak Malaysia ke Sabah dan Sarawak
 
7. Kebebasan ugama
                        i.   Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan
mengamalkan ugamanya dan boleh mengembangkannya. Namun undang-
undang persekutuan menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau
kepercayaan ugama antara orang-orang berugama Islam.        
                     ii.   Tidak sesiapa boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika
pendapatan dari cukai itu adalah diuntukkan khas sama ada kesemuanya atau
sebahagiannya bagi maksud-maksud sesuatu ugama yang lain daripada
ugamanya sendiri.
                   iii.   Tiap –tiap kumpulan ugama adalah berhak menguruskan
hal-ehwal ugamanya sendiri; menubuh dan menyenggara yayasan-yayasan
bagi maksud-maksud ugama atau khairat dan memperolehi dan mempunyai
harta serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang.
                   iv.   Ugama bagi seseorang yang berumur kurang daripada 18
tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya.
                     v.   Kesemua kebebasan di atas boleh disekat jika didapati apa-
apa perbuatan yang berlawanan dengan undang-undang ma mengenai
ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak.
 
8. Hak-hak berkenaan dengan pelajaran
 
                     i.   Kecuali dengan peruntukkan perlembagaan tidak boleh ada
pembezaan terhadap mana-mana jua warganegara semata-mata oleh sebab
ugama, kaum, keturunan atau tempat lahir.
                   ii.   Ini termasuklah pentadbiran mana-mana yayasan tentang
kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau tentang bayaran , bantuan
kewangan
                  iii.   Tiap-tiap kumpulan ugama adalh berhak menubuhkan dan
menyenggara institusi-institusi untuk pelajaran kanak-kanak dalam ugama
kumpulan itu sendiri
                 iv.   Tidak sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran
mengenai apa-apa ugama atau mengambil bahagian dalam upacara atau
sembahyang sesuatu agama selain dari agamanya.
 
 
9. Hak terhadap harta
 
                     i.   Tidak seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali
mengikut undang-undang
                   ii.   Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan
bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada
pampasan yang mencukupi
 
 
KEWARGANEGARAAN
 
Pendahuluan
·        Kewarganegaraan boleh dilihat sebagai sebuah rumah sendiri untuk seseorang itu.
Di mana di situ dia akan memperolehi beberapa keistimewaan seperti hak untuk
mengundi, hak pendidikan,kesihatan dan lain-lain lagi.
·        Seseorang yang tinggal di suatu negara tanpa kewarganegaraan adalah dianggap
sebagai bertumpang atau sewa di mana boleh di minta keluar dari negara tersebut pada
bila-bila masa sahaja.
 
Sejarah Perkembangan Kewarganegaraan
 
·        Kewarganegaraan di Malaysia bermula dengan idea penubuhan Malayan Union.
·         Di mana di bawah Malayan Union semua orang Melayu dan bumiputera akan
mendapat kewarganegaraan secara automatik dan untuk golongan imigran pula
kewarganegaraan dberi atas prinsip ‘jus soli’ iaitu kewarganegaarn untuk semua yang
lahir di Malaysia (Tanah Melayu ) dan yang telah menetap untuk satu jangka waktu yang
pendek.
·         Namun cadangan ini telah ditentang oleh rakyat khasnya orang Melayu. Mereka
rasa kewarganegaraan untuk kaum imigran hanya diberi untuk mereka yang setia dan
ingin tinggal di Tanah Melayu untuk selama-lamanya.
·        Maka ianya diganti dengan kewarganegaraan Persekutuan pada tahun 1948
mengikut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
·         Beberapa syarat telah dipersetujui hasil tolak ansur dan syarat-syarat ini telah
dimaktubkan dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.
·         Di antara tolak ansur adalah orang Melayu memberi kewarganegaraan kepada
kaum imigran dan sebagai ganti mereka akan mendapat hak keistimewaan dalam
beberapa hal.
·        Syarat-syarat kewarganegaraan ini telah diteruskan dengan sedikit pengubahsuaian
dalam perlembagaan Persekutuan 1957.
 
Cara Memperolehi Kewarganegaraan Malaysia
 
 Terdapat empat cara bagaimana seseorang boleh mendapat kewarganegaraan.
Ianya adalah:
 
KEWARGANEGARAAN DENGAN CARA KUATKUASA UNDANG-UNDANG
 
 Orang-orang yang menjadi warganegara dengan cara kuatkuasa undang-undang
terbahagi kepada dua jenis:-
a)      Orang-orang yang lahir sebelum Hari Malaysia (16 september 1963) ;dan
b)      Orang-oarang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia.
 
Kewarganegaraan dengan cara Kuatkuasa Undang-undang bagi Orang-orang yang
lahir sebelum Hari Malaysia
 
 Orang-orang berikut yang lahir sebelum Hari Malaysia adalah waganegara
dengan cara kuatkuasa undang-undang :-
            a)    Tiap-tiap orang yang sebelum sahaja Hari Merdeka menjadi warganegara
                   Persekutuan Tanah Melayu menurut kuasa Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu,
                   1948, sama ada dengan cara Kuatkuasa undang-undang atau selainnya;
b)    Tiap-tiap orang yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu pada  atau selepas  Hari
       Merdeka tetapi sebelum bulan  Oktober 1962
c)      Tiap-tiap orang yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu selepas bulan September
1962 dan Sekurang-kurangnya ibu atau bapanya pada masa lahiran itu adalah seorang
warganegara atau bermastautin dengan tetap di Tanah Melayu,atau tiap-tiap orang pada
masa lahir tidak menjadi warganegara mana-mana Negara lain.
d)      Tiap –tiap orang yang lahir diluar Persekutuan Tanah Melayu Pada atau selepas
Hari Merdeka dan bapanya pada masa kelahiran itu adalah seorang warganegara yang
sama ada dilahirkan di Tanah Melayu atau pada masa kelahiran itu sedang berhidmat
dengan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu atau Kerajaan Negeri;
e)      Tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan Tanah Melayu pada atau selepas Hari
Merdeka dan bapanya pada masa kelahiran itu adalah seorang warganegara, dan jika
dalam masa satu tahun selepas dia dilahirkan atau dalam suatu tempoh yang lebih lama
lagi sebagaimana yang dibenarkan oleh Kerajaan Persekutuan, kelahiran itu didaftarkan
di suatu pejabat kosol Persekutuan ,atau jika kelahiran itu berlaku di singapura, Sarawak,
Brunei atau  BorneoUtara, kelahiran itu didaftarkan dengan Kerajaan Persekutuan.
f)        Sesorang yang biasnya bermastautin de negeri Sabah atau Sarawak atau Brunei
pada Hari Malaysia ialah seorang warganegara dengan cara kuatkuasa undang-undang
sekiranya sebaik sahaja sebelum hari itu dia telah menjadi seorang warganegara United
Kingdom dan Tanah Jajahannya, dan sama ada;
 
 
Kewarganegaraan dengan cara Kuatkuasa Undang-undang bagi Orang-orang yang
Lahir pada atau selepas Hari Malaysia.
 
 Orang-orang berikut yang  dilahirkan  pada  atau  selepas  Hari  Malaysia adalah
warganegara dengan cara kuatkuasa undang-undang.
 
a)      Tiap-tiap oaring yang lahir di Malaysia dan pada masa kelahiran itu sekurang-
kurangnya ibu
Atau bapanya adalah seorang warganegara atau bermastautin dengan tetap diMalaysia;
b)      Tiap-tiap orang yang lahir diluar Malaysia dan bapanya pada masa ia dilahirkan
adalah
Seorang warganegara, dan telah dilahirkan di Persekutuan (yang termasuk negeri-negeri
sabah dan Sarawak) atau pada masa ia dilahirkan itu, bapanya sedang berkhidmat dengan
kerajaan persekutuan atau kejaan negeri;
c)      Tiap-tiap orang yang lahir di luar Malaysia dan bapanya ialah seorang warganegara,
pada masa kelahirannya itu, dan kelahiran itu didaftarkan di pejabat kosol persekutuan
dalam masa satu tahun dri tarikh kelahiran itu ataupun dalam tempoh yang lebih lama
sebagaimana yang dibenarkan oleh kerajaan persekutuan, atau sekiranya dia dilahirkan di
Brunei atau di wilayah yang di tentukan untuk maksud ini dengan pemerintah Yang di-
Pertuang Agung,didaftarkan dengan kejaan persekutuan;
d)      Tiap-tiap orang yang lahir di Singapura, dan pada masa kelahiran itu sekurang-
kurangnya
salah seorang  daripada ibu atau bapanya ialah warganegara , dan dia pada masa
dilahirkan itu tidak menjadi seorang warganegara dengan apa-apa cara juga melainkan
menurut perenggan ini; dan
e)      Tiap-tiap orang yang lahir di Malaysia dan dia tidak dilahirkan sebagai
warganegara bagi Mana-mana negeri lain dengan apa-apa cara juga melainkan menurut
perenggan ini.Seseorang itu  hendaklah dikira , pada masa ia dilahir, sebagai mempunyai
sesuatu kewarganegaraan yang di perolehinya dalam masa satu tahun kemudiannya
menurut peruntukkan-peruntukan yang bersamaan dengan perenggan (c) atau selainnya.
 
 
Kewarganegaraan Dengan Cara Pendaftaran
 
 Hanya orang-orang berikut sahaja yang boleh menjadi warganegara dengan cara
pendaftaran:-
a)      isteri dan anak warganegara;
b)      mana-mana orang yang berumur dibawah 21 tahun, dan salah seorang daripada ibu
atau bapanya ( atau pada masa kematiannya) ialah seorang warganegara;
c)      orang-orang yang dilahirkan di persekutuan sebelum Hari Merdeka; dan
d)      orang-orang yang bermastautin dimana-mana negeri sabah atau negeri Sarawak
pada Hari Malaysia.
 
 Orang-orang dalam perenggan  (a), (c) dan (d) berhak didaftarkan sebagai
warganegara jika mereka dapat memuaskan kerajaan persekutuan tentang
kelayakan mereka.
 Syaratnya adalah
1. Untuk isteri yang bersuami dengan warganegara bermula pada ktober
1962, bermastautin selama dua tahun sebelum permohonan, berniat untuk
terus tinggal di Persekutuan dan berkelakuan baik.
2. Bagi anak yang berumur kurang daripada 21 tahun telah didaftar oleh ibu
bapa atau penjaga jika salah satu pihak tersebut (atau pada masa
kematiannya) merupakan warganegara dan dilahirkan sebelum Oktober
1962
 
Warganegara Degan Cara Naturalisasi
 Seseorang bukan warganegara yang berumur lebih daripada 21 tahun yang ingin
menjadi warganegara malaysia boleh memohon melalui kaedah Naturalisasi atau
masukan.
 Syarat-syarat memohon kewarganegaraan melalui cara Naturalisasi adalah
1. Individu berkenaan telah bermastautin di Persekutuan selama 10 daripada
12 tahun sebelum tarikh permohonan
2. Berniat untuk tinggal di Persekutuan
3. Berkelakuan baik
4. Mempunyai pengetahuan bahasa Melayu.
 dd
 
Warganegara Dengan Cara Penggabungan Wilayah.
 
·        Amat mudah untuk menjadi warganegara dengan cara penggabungan wilayah,
kerana seseorang boleh mendapat taraf itu hanya dengan coretan sebatang pena.
·        Inilah apa yang berlaku apabila singapura dan sabah serta Sarawak memasuki
Malaysia.
·         Dan undang-undang persekutuan dengan secara automatic pula menjadikan
warganegara singapura serta kategori-ketegori tertentu warganegara United Kingdom dan
Tanah Jajahan yang bermastautin dengan tetap di negei-negeri sabah dan Sarawak
sebagai warganegara Malaysia.
·         Tetapi tidak selalunya seseorang itu dapat menjadi warganegara dengan cara
begini.
 
·        mereka adalah terutamanya orang-orang yang dilahirkan di Negara asing.
·         Mereka ini juga tidak berhak menjadi warganegara  (mereka hanya layak untuk
mendapatnya) dan, sebagaimana yang akan dilihat, mereka dikehendaki bermastautin di
persekutuan lebih lama lagi daripada mereka memohon untuk menjadi warganegara
dengan cara pendaftaran, dan mereka juga mesti lulus ujian bahasa yang lebig susah lagi.
                                                                                                                        
Penamatan/Perlucutan Kewarganegaraan Malaysia
 Terdapat dua cara untuk melucutkan kewarganegaraan iaitu:
1.      menolak kewarganegaraan secara sukarela
2.      Kerajaan mengikut peruntukan undang-undang melucutkan kewarganegaraan
 Syarat-syarat penolakan kewarganegaraan secara sukarela.
1.      berumur 21 tahun ke atas
2.      menjadi warganegara lain
3.      siuman semasa membuat permohonan menolak kewarganegaraan
4.      perakuan penolakan didaftarakan oleh Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun
akuan ini tidak boleh didaftar semasa peperangan .
 Kewarganegaraan boleh dilucutkan jika:-
1.      dibuktikan tidak setia kepada Persekutuan melalui percakapan atau perbuatan
2.      telah melakukan perniagaan atau menjalankan urusan dengan musuh negara semasa
negara sedang berperang.
3.      telah dihukum penjara tidak lebih daripada 12 bulan atau denda tidak kurang
daripada RM5,000.00 dan tidak mendapat pengampunan dalam tempoh 5 tahun mulai
tarikh menjadi warganegara
4.      telah bermastautin di luar negara melebihi 5 tahun tanpa mendaftar diri di pejabat
konsul dengan niat hendak mengekalkan kewarganegaraan.
 
 

You might also like