TAWARAN MENGIKUTI KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (TABIKA/TASKA) KEMAS TAHUN 2011/2012 Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon tawaran mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA/TASKA) KEMAS Tahun 2011/2012.
1. SYARAT DAN KELAYAKAN:
1.1 Pemohon mestilah warganegara Malaysia. 1.2 Pemohon mestilah memiliki kelayakan akademik seperti berikut :- (a) Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau yang diiktiraf setaraf dengannya (keutamaan kepada calon yang memiliki Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak); dan (b) Kepujian Bahasa Melayu dan lulus Ujian Lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 2. MAKLUMAT ASAS KURSUS 2.1 Tarikh mula kursus : Julai 2011 atau tertakluk kepada perubahan 2.2 Tempat : Institut / Pusat Latihan KEMAS 2.3 Tempoh : Satu (1) hingga dua (2) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan 3. TARIKH PELANTIKAN 3.1 Calon yang lulus kursus ini sahaja layak dipertimbangkan untuk dilantik sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Pemaju Masyarakat TABIKA/TASKA) Gred S27 kontrak. 3.2 Tarikh pelantikan ke jawatan ini dijangka berkuat kuasa mulai tahun 2011. 4. PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN 4.1 Pemohon dikehendaki menggunakan Borang KEMAS 1 Pin. 2005. 4.2 Isikan semua maklumat dengan jelas, tepat dan lengkap mengikut butiran yang dikehendaki seperti dalam borang berkenaan 4.3 Borang ini juga boleh didapati di: (a) Laman web www.kemas.gov.my; atau (b) Ibu Pejabat KEMAS, Pejabat KEMAS Negeri atau Daerah/Parlimen. Alamat Ibu Pejabat KEMAS dan Pejabat KEMAS Negeri adalah seperti di alamat berikut: ALAMAT PEJABAT KEMAS NEGERI KETUA PENGARAH Jabatan Kemajuan Masyarakat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Aras 2-3, Blok 1, Menara PjH, Presint 2 62100 Putrajaya Tel : 03-88897400
PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT
NEGERI PERLIS NEGERI SEMBILAN TINGKAT BAWAH TINGKAT 6, WISMA PERSEKUTUAN BANGUNAN PERSEKUTUAN LAMA JALAN DATO’ ABDUL KADIR 01000 KANGAR, PERLIS 70000 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN TEL : 04-9761023 TEL : 06-7638114 PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT NEGERI KEDAH NEGERI JOHOR ARAS 2, BLOK A, WISMA PERSEKUTUAN TINGKAT 5, BLOK A, WISMA PERSEKUTUAN PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN JALAN AIR MOLEK 06550 BANDAR MUADZAM SHAH, KEDAH 80000 JOHOR BAHRU, JOHOR TEL : 04-7322966 TEL : 07-2278941 PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT NEGERI PULAU PINANG NEGERI PAHANG ARAS 2, ANJUNG A TINGKAT 5, WISMA PERSEKUTUAN WISMA PERSEKUTUAN SEBERANG PERAI UTARA JALAN GAMBUT JALAN BERTAM 25000 KUANTAN, PAHANG 13200 KEPALA BATAS, PULAU PINANG TEL : 09-5161636 TEL : 04-5755781/ 04-5755762 PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT NEGERI KELANTAN NEGERI PERAK TINGKAT 9, WISMA PERSEKUTUAN BLOK C, TINGKAT 2-3 JALAN BAYAM BANGUNAN PERSEKUTUAN GUNA SAMA 15517 KOTA BHARU, KELANTAN JALAN DATO’ SERI AHMAD SAID TEL : 09-7441051 30450 IPOH, PERAK TEL : 05-2535322 PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT NEGERI TERENGGANU PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT TINGKAT 10, WISMA PERSEKUTUAN NEGERI SELANGOR JALAN SULTAN ISMAIL LOT 03-40, TINGKAT 3, KOMPLEKS PKNS 20200 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU PERSIARAN TASIK TEL : 09-6221321 40505 SHAH ALAM, SELANGOR TEL : 03-55193044 PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT NEGERI SABAH PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT ARAS 5, BLOK A WILAYAH PERSEKUTUAN KOMPLEKS KERAJAAN PERSEKUTUAN SABAH TINGKAT 28, MENARA TH PERDANA JALAN UMS-SULAMAN LIKAS JALAN SULTAN ISMAIL PETI SURAT 11281 55250 KUALA LUMPUR 88800 KOTA KINABALU, SABAH TEL : 03-26988080 TEL : 088-488406/ 088-488407 PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT NEGERI MELAKA NEGERI SARAWAK TINGKAT 2, MENARA PERSEKUTUAN TINGKAT 6, BANGUNAN SULTAN ISKANDAR JALAN PERSEKUTUAN, HANG TUAH JAYA JALAN SIMPANG TIGA 75450 AYER KEROH, MELAKA 93300 KUCHING, SARAWAK TEL : 06-2345000 TEL : 082-251420/ 082-256227
5. PANDUAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN:
5.1 Borang permohonan KEMAS 1 Pin. 2005 yang lengkap diisi berserta dengan salinan Kad Pengenalan, sekeping gambar berukuran pasport, salinan Diploma atau lain-lain bidang yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, salinan sijil-sijil persekolahan, salinan Sijil Lahir, salinan Sijil Berhenti Sekolah dan salinan Sijil Kegiatan Luar yang telah disahkan hendaklah dihantar ke Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri yang dipohon seperti alamat di para 4.3 (b) sebelum tarikh tutup permohonan. 5.2 Sila catatkan nama kursus yang dipohon di sebelah kiri sampul surat permohonan sama ada Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA) atau Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TASKA). 5.3 Sebarang kelewatan permohonan tidak akan dipertimbangkan. 5.4 Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan. 6. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 21 Mac 2011
7. TEMUDUGA DAN KEPUTUSAN:
7.1 Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga. 7.2 Hanya calon-calon yang berjaya dalam Kursus Asas Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak akan dipertimbangkan untuk berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Pemaju Masyarakat TABIKA/TASKA) Gred S27 secara kontrak di KEMAS. 7.3 Calon-calon yang tidak dihubungi selepas satu (1) tahun daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.