You are on page 1of 9

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

USAHA UNTUK MENINGKATKAN PENGLIBATAN


PELAJAR DI DALAM KELAS TUSYEN
MATEMATIK TAMBAHAN DENGAN
PENDEKATAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI

Oleh:
Siti Marlina Bte Sabran
SMK Bandar Putra, Kulai
2005
USAHA UNTUK MENINGKATKAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM
KELAS TUISYEN MATEMATIK TAMBAHAN DENGAN PENDEKATAN
TEORI KECERDASAN PELBAGAI

Oleh
Siti Marlina binti Sabran
SMK Bandar Putra
2005

Abstrak

Matematik Tambahan merupakan salah satu mata pelajaran elektif bagi pelajar-pelajar
aliran sains tulen. Namun begitu ia bukanlah satu subjek yang popular terutamanya di
kalangan pelajar Melayu lantaran dari tanggapan bahawa Matematik Tambahan
merupakan satu subjek yang sukar dikuasai. Kecemerlangan dalam Matematik Tambahan
adalah salah satu syarat yang diutamakan sekiranya seseorang pelajar ingin melanjutkan
pelajaran di bidang kejuruteraan. Justeru itu, ia juga merupakan subjek yang perlu
dikuasai oleh pelajar untuk membantu mereka merealisasikan impian dalam mencapai
cita-cita dalam bidang tersebut. Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penglibatan
pelajar dalam kelas matematik tambahan. Ia merupakan satu kajian pendek terhadap 15
orang pelajar tingkatan 5 SMK Bandar Putra yang tinggal di asrama. Kajian ini dilakukan
merujuk kepada sikap dan tumpuan pelajar yang sangat minimum ketika mengikuti sesi
kelas tusyen matematik tambahan yang diadakan setiap hari Khamis jam 8.00 hingga
10.malam. Tindakan yang diambil untuk meningkatkan tumpuan dan penglibatan aktif
pelajar ialah melalui pendekatan teori kecerdasan pelbagai. Terdapat sembilan teori
kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner(1983). Dalam kajian ini
hanya tiga sahaja yang digunapakai untuk disesuaikan dengan mata pelajaran dan sampel
yang dikaji iaitu kecerdasan logik matematik, kecerdasan muzik dan kecerdasan
interpersonal.
1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Ramai murid yang pergi ke sekolah tetapi hakikat sebenarnya mereka tidak belajar.
Murid-murid ini telah dilabelkan sebagai murid yang bermasalah, berpencapaian rendah
dan tidak bermotivasi. Guru telah meletakkan harapan yang rendah terhadap mereka
maka ini menyebabkan harga diri mereka menurun dan masalah disiplin meningkat.
Ramai murid yang berbakat dan 'gifted' juga kurang bermotivasi untuk ke sekolah.
Senario ini wujud kerana fokus sistem persekolahan kita lebih tertumpu kepada dua
kecerdasan sahaja; iaitu verbal-linguistik dan logik-matematik. Kebanyakan guru tidak
menghargai kepelbagaian pelajar dan tidak merancang pengajaran mereka mengikut
kesemua kecerdasan atau mana-mana bidang kecerdasan khusus yang ada pada murid
mereka. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan tindakan yang terancang dan mengambil
kira tahap kecerdasan individu didapati dapat meningkatkan penglibatan pelajar dalam
kelas tusyen Matematik Tambahan.

1.2Pernyataan masalah

Penglibatan pelajar dalam kelas tusyen Matematik Tambahan yang diadakan pada setiap
hari Khamis didapati kurang memberangsangkan berdasarkan kepada reaksi mereka
sewaktu di dalam kelas. Selain dari itu, faktor kehadiran juga menjurus kepada tujuan
kajian ini dijalankan (87% hadir setelah 2 sesi). Menerusi pemerhatian selama dua kali
sesi kelas diadapati fenomena ini berlaku disebabkan oleh rasa kurang minat pelajar
terhadap subjek ini. Perasaan ini timbul disebabkan oleh faktor :
(i) suasana pembelajaran yang kurang menarik.
(ii) rasa putus asa disebabkan oleh seringkali tidak dapat menyelesaikan soalan yang
diberikan oleh guru.
(iii) perasaan malu dan rendah diri serta menganggap diri tidak pandai seperti orang
lain.
1.3 Objektif kajian
1.3.1 Meningkatkan penglibatan pelajar sewaktu P&P
1.3.2 Memupuk sikap tolong menolong dan bekerjasama
1.3.3 Memupuk keyakinan dan kesedaran kepada pelajar tentang kebolehan
mereka dalam matematik.
1.3.4 Mengubah persepsi negatif pelajar terhadap Matematik Tambahan kepada
yang lebih positif.

2.0 POPULASI DAN KEPERIHALAN PERSAMPELAN


Sampel kajian terdiri daripada 15 orang pelajar tingkatan 5 yang tinggal di asrama SMK
Bandar Putra.

2.1 Metodologi
Langkah untuk meningkatkan penglibatan pelajar di dalam kelas menggunakan
pedekatan teori kecerdasan pelbagai. Penekanan diberikan kepada tiga bentuk
kecerdasan iaitu kecerdasan logik-matematik, muzik dan interpersonal.

1.2 Tinjauan Awal


Merujuk kepada pemerhatian selama 2 kali sesi kelas dijalankan didapati hanya 2 orang
(13%) pelajar yang bertindak aktif untuk menyelesaikan 15 soalan format SPM yang
diberikan. Pelajar yang lain bertindak secara pasif walaupun didapati cuba
menyelesaikan soalan yang diberi. Sehingga akhir sesi kelas secara purata hanya 30%
soalan sahaja yang dapat dijawab dengan tahap kefahaman sepenuhnya.

2.3 Rancangan Tindakan


Berdasarkan maklumat dari tinjauan awal, kami merancang pelaksanaan P&P yang lebih
berkesan iaitu:
2.3.1 Membahagikan kumpulan kepada 3 ( 5 ahli setiap kumpulan ) di mana setiap
kumpulan telah dikenalpasti kebolehan masing-masing.
2.3.2 Menggabungkan 3 kecerdasan:
2.3.3 logik- matematik

Kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks, membuat perkaitan


seperti suka menyoal, kritis, cekap membuat pengiraan, boleh membuat
perbandingan, cekap menyelesaikan masalah berkaitan nombor dan
menggunakan komputer. Kecerdasan ini menggabungkan kedua-dua
kebolehan matematik dan saintifik.

(b) Kecerdasan muzik

Kebolehan mengesan ritma, nada dan melodi, termasuklah kemahiran


mengenal lagu dan mengubah tempo dan irama dalam melodi yang mudah.
Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini juga sensitif kepada bunyi seperti
suara manusia dan alat muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan muzik
tetapi pada darjah yang berbeza.

(c) kecerdasan interpersonal

Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain.


Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal boleh bekerjasama dalam
kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau tanpa lisan dengan orang lain.

2.4 Pelaksanaan Tindakan

2.4.1 Memberi motivasi kepada pelajar tentang kebolehan masing-masing.

2.4.2 Mengasingkan tahap soalan berdasarkan kepada kebolehan individu yang


telah dibahagi kepada 3 kumpulan.

2.4.3 Memasang muzik (classic-ballad) untuk menjana penggunaan otak kiri dan
otak kanan pelajar sewaktu menjawab soalan.
2.4.4 Menggunakan pendekatan interpesonal untuk merapatkan jurang antara
pelajar dengan guru ( meminta pelajar memberi komen tentang pendekatan
yang telah digunakan oleh guru pada sehelai kertas)
2.4.5 Menganalisis data yang diperolehi (bilangan pelajar yang terlibat secara aktif)
sepanjang 8 kali sesi kelas dijalankan.

3.0 DAPATAN KAJIAN

3.1 Hasil pemerhatian

Merujuk kepada data yang diperolehi didapati responden menunjukkan peningkatan dari
segi penglibatan di dalam kelas sepanjang pelaksanaan. Pelajar dilihat semakin
bermotivasi untuk menghadiri kelas ( 100% kehadiran untuk setiap ses dari minggu ke-3
hingga ke-8 ). Ini secara tidak langsung menunjukkan mereka dapat merasa kelainan
yang dibawa oleh guru.

Selepas sesi ke-4 kajian, didapati pelajar semakin berani untuk bertanya di mana secara
purata 10-12 orang pelajar akan melibatkan diri dalam sesi perbincangan jawapan. Setiap
ahli dalam kumpulan juga didapati saling bantu membantu dalam menjawab soalan yang
diberikan.

Sepanjang pelaksanaan tindakan, pada sesi pertama hingga ketiga (minggu 3-5), pelajar
diberikan hanya 10 soalan format SPM setiap sesi untuk diselesaikan secara berkumpulan
dalam tempoh 1 ½ jam. Daripada 3 kumpulan yang dibentuk, 1 kumpulan dapat
menjawab 24 soalan dengan tahap kefahaman sepenuhnya manakala 2 kumpulan lagi
dapat menjawab masing-masing 22 (73%) dan 22 soalan (73%) dengan tahap kefahaman
yang sama. Seterusnya bermula dengan minggu keenam hingga kelapan, bilangan soalan
ditambah kepada 15 soalan setiap kali sesi. Didapati 1 kumpulan dapat menjawab
kesemua soalan dengan tahap kefahaman 100% manakala bagi 2 kumpulan lagi dapat
menjawab masing-masing 42 soalan ( 93%) dan 40 soalan (80%) dengan tahap
kefahaman yang sama. Ini menunjukkan peningkatan dalam menjawab soalan yang
diberikan.

Hasil daripada komen pelajar terhadap pendekatan ( tindakan ) yang digunakan oleh guru
didapati 14 orang responden (93%) merasa seronok dan teruja dengan pembaharuan
dalam P&P yang telah dibuat dan mahu kaedah ini diteruskan. Manakala 7% lagi tidak
dapat mengikuti pembelajaran sambil mendengar muzik dan berkumpulan.
3.1 Refleksi

Hasil dari kajian yang telah dijalankan didapati pelajar lebih berfokus dalam mengikuti
kelas tambahan ini dan secara tidak langsung telah meningkatkan pencapaian markah
mereka dalam ujian 2, ujian 3 dan peperiksaan pertengahan tahun peringkat sekolah.
( rujuk lampiran analisis markah ujian). Untuk kajian yang akan datang, pendekatan
kecerdasan intrapersonal mungkin boleh diterapkan di dalam P&P untuk mengatasi
masalah pelajar yang tidak dapat mengikuti kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

4.0 PENUTUP

Kesimpulan kepada kajian di atas ialah penerapan teori kecerdasan pelbagai di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran sangat membantu dalam meningkatkan tumpuan
pelajar untuk mengikuti kelas sehingga tamat. Kaedah yang digunakan telah berjaya
menjadikan sesi kelas lebih ’bernyawa’ dan pelajar dapat merasakan keseronokan dalam
mengikuti kelas matematik tambahan.

5.0 BIBLIOGRAFI

1. http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pNp/multiple/prinsip.htm

2. http://www.hamidarshat.com/IKKpunca_kepandaian.htm

3. http://www.yadim.com.my/Keluarga/KeluargaFull.asp?KeluargaID=76

4. http://motivasiutusan.4mg.com/kecemerlangan.htm

5. http://www.mendaki.org.sg:8080/content_files/panduansudutbelajar.html

6. http://www.brunet.bn/news/pelita/27april/didik.htm

7. http://www.amath.washington.edu/~nshore/nsf/northshore.report/node84.html
LAMPIRAN

A. Jadual 1 – dapatan minggu 1-2

bil. bil. bil.


kumpulan kehadiran Soalan Soalan Pelajar
  diberi dijawab aktif
kumpulan 1 5 30 22 2

kumpulan 2 4 30 19 tiada

kumpulan 3 4 30 17 tiada

B. Jadual 2 – dapatan minggu 3-5

bil. bil. bil.


kumpulan kehadiran Soalan Soalan Pelajar
    diberi dijawab aktif

kumpulan 1 5 30 24 3

kumpulan 2 5 30 22 2

kumpulan 3 5 30 22 2

C. Jadual 3 – dapatan minggu 6-8

bil. bil. bil.


kumpulan kehadiran Soalan Soalan Pelajar
    diberi dijawab aktif
kumpulan 1 5 45 45 5

kumpulan 2 5 45 42 5

kumpulan 3 5 45 40 4
D. Analisis pencapaian ujian/peperiksaan 2005

GRED BIL 1A 2A 3B 4B 5C 6E 7D 8E 9G %LULUS GP


UIJAN 1 15     2 4 1 1   4 3 80.0 6.13
UJIAN 2 15   1 3 1 5 1 3   1 93.3 5.07
1/2 TAHUN 15 1 1 3 2 2 1 4 1 0 100.0 4.80
UJIAN 3 15 2 2 2 4 1 3 1   0 100.0 3.87

You might also like