You are on page 1of 2

Laporan Panitia Bahasa Malaysia

SJK (C) Foon Yew 1


Semester 2 Tahun 2009

1.0 Aktiviti-aktiviti Tahunan


Aktiviti-aktiviti tahunan semester 2 telah dijalankan mengikut takwim sekolah.

1.1 Pertandingan Ejaan

Pertandingan Ejaan untuk memantapkan kecekapan mengeja murid tahun 1, tahun 2 dan
tahun 3 telah dijalankan seperti yang dijadualkan dalam takwim sekolah.

1.2 Pertandingan Bercerita


Pertandingan bercerita tahun 1 dan tahun 2 telah berjaya dilangsungkan pada 16 September.

1.3 Pertandingan Membina Ayat dan Mengarang


Selepas UPSR, pertandingan bina ayat ( tahun 1 dan tahun 2) dan pertandingan mengarang
untuk tahun 3 hingga tahun 6 telah diadakan serentak pada 29 September.

2.0 Ujian Bertulis Peringkat Kebangsaan

Shak Xin Ying dari Tahun 6P telah berjaya memenangi tempat keempat dalam pertandingan ujian
bertulis peringakat kebangsaan yang telah diadakan di Swiss Inn, Sungai Petani, Kedah. Tahniah
kepada Saudari Shak Xin Ying yang mengharumkan nama sekolah, daerah dan negeri.

3.0 Kem Motivasi

Kem Motivasi Bahasa Melayu telah dilangsungkan mengikut takwim sekolah pada 8 Julai.
Penceramah-penceramah kem ini terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman dan berkaliber
sekolah ini iaitu Cikgu Jamal, Cikgu Lok Howe Leng, Cikgu Liew Chui Chin dan Cikgu Ngo@ Li
Wee. Mereka telah menyentuh topik-topik yang penting dan kelemahan murid semasa menjawab
soalan peperiksaan. Penekanan diberi dalam kertas 2 bahagian C di mana murid dikehendaki
menulis 4 nilai murni yang panjangnya tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Dalam pada itu,
nota-nota dan soalan klon UPSR telah diedarkan kepada murid-murid agar merangsang semangat
dan keyakinan murid yang akan menduduki UPSR kelak.

Fokus kem ini lebih menekankan kepada pendedahan teknik-teknik dan tip-tip menjawab soalan
peperiksaan UPSR. Tambahan pula, ulang kaji intensif juga merupakan tumpuan kem ini agar
mengukuhkan pengetahuan sedia ada murid di samping menggerakkan dan memotivasikan murid
supaya mencapai keputusan yang cemerlang.

4.0 Kelas Intensif Klinikal UPSR


Memandangkan murid tahun 6 akan menghadapi UPSR pada 8 September ini, kelas intensif telah
diadakan untuk membestarikan, memantapkan dan membaikpulih murid-murid sekolah ini. Untuk
murid-murid yang galus mereka akan dikelompokkan dalam kelas pembaikpulihan supaya mereka
dapat mencapai tahap lulus dalam UPSR .Murid-murid cemerlang pula mengikuti kelas
pembestarian manakala murid yang “near miss A” mengikuti kelas pemantapan. Pada tahun ini,
selain bimbingan penulisan , pemahaman iaitu kertas 1 BM juga diberi penekanan dalam kelas
intesiif ini.

5.0 PROTIM Tahun 6


Setelah menjalankan praujian untuk memilih murid untuk mengikuti kelas PROTIM tahun 6 akan
dilaksanakan dari pukul 7.00 pagi hingga 8.00 pagi dari Selasa hingga Khamis di bilik komputer.
Kelas ini bermula dari 15 September hingga 31 Oktober. Pascaujian akan dilangsungkan pada 4
November. Semua guru Bahasa Malaysia sesi pagi mengajar kelas PROTIM tahun 6 kecuali mereka
yang telah mengajar kelas Protim Tahun 4 dan Tahun 5.

6.0 PLBS
Borang PLBS murid harus disimpan dalam fail PLBS murid masing-masing mengikut kelas
mereka pada tahun depan. Analisis pencapaian setiap kelas dan tahun perlu dihantarkan kepada
Ketua Panitia sebelum diserahkan kepada GPK1.

7.0 Kursus Peningkatan


Cikgu Ngo@ Li Wee dan Cikgu Quek Ai Seok telah menghadiri kursus pemantapan tatabahasa
anjuiran PPD pada 20 Jun bertempat di bilik APD sekolah ini manakala Cikgu Sia Siew Fong telah
menghadiri kursus Pemantapan Tatabahasa Bahasa Melayu daerah Johor Bahru 2009 di SK Gelang
Patah pada 8 Ogos. Di samping itu, Cikgu Jamal dan Cikgu Tan Pei Choo telah mengikuti Kursus
Penataran Pinch Daerah Johor Bahru di SK Taman Tampoi Utama pada 5 dan 15 Oktober masing-
masing. Cikgu Beh Wah Wai pula menghadiri Seminar Kajian Tindakan Daerah Johor Bahru di SK
Taman Universiti 1, Johor Bahru.

Disediakan oleh, 12 NOVEMBER 2009

(LOK HOWE LENG)


Setiausaha Panitia Bahasa Malaysia,
SJK (C) Foon Yew 1.

You might also like