You are on page 1of 39

HUBUNGAN ETNIK 2009

Soalan Tugasan

1. Cari pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan sejarah


penggubalan perlembagaan. kumpulkan nota berkaitan konsep, unsur-unsur penting
dan sejarah penggubalan perlembagaan.
2. Peta minda untuk konsep perlembagaan dan unsur penting.
3. Buat satu carta garis masa untuk menunjukkan sejarah penggubalan perlembagaan
sehingga penubuhan Malaysia.
4. Huraikan kepentingan perlembagaan dalam hubungan etnik.
5. Kontrak sosial dalam hubungan etnik.
6. Laporan utk soalan 4 dan 5 mestilah tidak kurang dari 1500 patah perkataan.

Page | 1
HUBUNGAN ETNIK 2009

SOALAN 2

AGAMA ISLAM

Terdapat dalam Perkara 3 (1).


Agama islam sebagai agama rasmi.
Namun bangsa lain bebas mengamalkan
agama masing-masing.

BAHASA MELAYU

Perkara 152
Bahasa Melayu T PEMERINTAHAN
sebagai BERAJA
R
bahasa kebangsaan.
Mesti digunakan A
dalam Selepas kemerdekaan.
urusan rasmi. D Raja berpelembagaan.
Bahasa lain juga tidak Bertindak mengikut
I
dilarang untuk diajar lunas perlembagaan
dan S yang ditetapkan.
dipelajari.
I

Page | 2
HUBUNGAN ETNIK 2009

KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH


& SARAWAK
Disentuh dalam perkara 153.
Meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan,
kemudahan khas lain yang diberikan.
Menjadi tangungjawab YDPA untuk melindungi hak-hak kaum lain.
Tidak boleh dilaksanakan jika memberi kesan buruk terhadap kaum lain.
Tanah rizab orang melayu dalam perkara 86 & 90.
Kemasukan orang melayu dalam Rejimen Askar Melayu dalam Perkara 60.
Bumiputera Sarawak ; mana-mana satu kaum asli Sarawak dan berketurunan
campuran daripada kaum tersebut.
Bumiputera Sabah ; anak atau cucu kepada seorang daripada kaum asli Sabah
dan dilahirkan di Sabah.

Page | 3
HUBUNGAN ETNIK 2009

UMUM

JENTERA KONSEP
KERAJAAN PARLIMEN

UNSUR PEMERINTAHAN INGGERIS

Perolehan Kewarganegaraan Bahagian 3 Perkara 24 – kerakyatan akan


Perlembagaan (Bab 1) KEWARGANEGARAAN
dilucutkan sekiranya mendapat
Penamatan Kewargnegaraan Bahagian 3 kerakyatan negara lain.
Perlembagaan (Bab 2) Perkara 25 – kerakyatan akan
Page | 4
Peruntukan Tambahan dilucutkan sekiranya terbukti tidak setia
Bahagian 3 Perlembagaan (Bab 3) kepada negara.
HUBUNGAN ETNIK 2009

Page | 5
HUBUNGAN ETNIK 2009

Page | 6
HUBUNGAN ETNIK 2009

SOALAN 3

SOALAN 3 : CARTA GARIS MASA PENGGUBALAN UNDANG-

UNDANG SEHINGGA PENUBUHAN MALAYSIA.

Page | 7
HUBUNGAN ETNIK 2009

Undang-undang di Malaysia digubal berdasarkan Perlembagaan untuk menjamin


keberkesanan sesuatu undang-undang yang digubal. Perlembagaan Malaysia pada
hari ini dipengaruhi oleh beberapa siri peristiwa sejarah Malaysia. Tanah Melayu telah
dijajah dan dinaungi oleh kuasa asing selama 446 tahun dimana ianya satu tempoh
yang amat lama.

Penjajahan ini bukan sahaja dari kuasa barat seperti Portugis, Belanda, dan
British tetapi juga daripada kuasa Timur seperti Siam dan Jepun. Perjuangan terbuka
menentang penjajah oleh orang melayu adalah kerana wujudnya semangat
mempertahankan tanah air sendiri daripada penjajah. Selain itu, adanya semangat
inginkan kemerdekaan menyebabkan ramai yang bangun mempertahankan tanah air
yang tercinta.

Page | 8
HUBUNGAN ETNIK 2009

Page | 9
HUBUNGAN ETNIK 2009

SOALAN 4

LAPORAN KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS


HUBUNGAN ETNIK

Page | 10
HUBUNGAN ETNIK 2009

Menurut Modul Hubungan Etnik, perlembagaan diertikan sebagai kumpulan


peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis, yang menentukan
organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-
prinsip umum bagaimana kuasa-kuasa tersebut dilaksanakan. Perlembagaan bertulis
merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen.
Manakala perlembagaan tidak bertulis pula merangkumi semua prinsip perlembagaan
yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh
parlimen dan keputusan mahkamah.

Perlembagaan Malaysia yang ada pada hari ini telah dipengaruhi oleh beberapa
peristiwa sejarah Malaysia. Tanah Melayu telah dijajah dan dinaungi oleh beberapa
kuasa asing yang besar seperti Jepun, British, Belanda, Siam dan lain-lain lagi selama
446 tahun. Setelah Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, British telah kembali
semula ke Tanah Melayu pada September 1945.Pada masa ini, telah berlaku
kekacauan dan huru-hara yang ditimbulkan oleh Parti Komunis Malaya selama 13 hari.
British telah meletakkan Tanah Melayu di bawah Pentadbiran Tentera British (British
Military Administration - BMA) dan kemudiannya digantikan dengan Malayan Union.
Menurut perlembagaan tersebut, Tanah Melayu akan menjadi sebuah kesatuan (union)
dan bukan lagi persekutuan (federalism). Hal ini bermakna semua kuasa pemerintahan
akan berpusat kepada satu pihak sahaja. Raja-raja Melayu akan kehilangan kuasa dan
berperanan sebagai penasihat. Malayan Union merupakan langkah pertama dalam
proses menyediakan penduduk Tanah Melayu ke arah pemerintahan sendiri.

Malayan Union telah diluluskan oleh Parlimen British pada 10 Oktober 1945 dan
Sir Harold Mac Michael telah dilantik sebagai wakil British untuk mendapatkan tanda
tangan daripada Raja-raja Melayu pada ketika itu. Beliau telah menggunakan ugutan
iaitu jika Raja-raja Melayu enggan menandatangani persetujuan tersebut, mereka akan
disingkirkan atas tuduhan bersubahat dengan pihak Jepun.

Page | 11
HUBUNGAN ETNIK 2009

Perlembagaan Malayan Union mempunyai beberapa ciri-ciri yang penting. Yang


pertama semua negeri Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka diletakkan di bawah
satu kerajaan pusat. Singapura kekal sebagai tanah jajahan berasingan yang
mempunyai Gabenor dan Majlis Mesyuarat sendiri. Yang kedua, Malayan Union akan
diketuai oleh seorang Gabenor yang berkuasa penuh terhadap perkhidmatan awam.
Beliau akan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Perundangan. Setiap negeri
akan mempunyai seorang Pesuruhjaya Negeri yang akan menjadi ketua pentadbir di
peringkat negeri.

Seterusnya, Majlis Mesyuarat Negeri akan dikekalkan bagi menguruskan hal


ehwal kerajaan tempatan dan berada di bawah kawalan kerajaan pusat. Semua ahli
majlis tersebut terdiri daripada para pegawai British. Majlis Undangan pula
mengandungi bilangan ahli rasmi yang sama banyak dengan bilangan ahli tidak rasmi.
Gabenor pula diberi kuasa untuk meluluskan atau membatalkan sesuatu undang-
undang. Kedaulatan Raja-raja Melayu dihapuskan dan sultan hanya berkuasa dan
boleh bersuara dalam soal yang berkaitan dengan agama Islam, adat istiadat Melayu
dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu.

Perlembagaan Malayan Union telah memberikan hak kerakyatan yang sama


bagi semua orang tanpa mengambil kira bangsa dan keturunan.Bagi yang telah
menetap di Tanah Melayu sebelum Malayan Union, mereka boleh menjadi
warganegara secara automatik jika berumur 18 tahun ke atas dan telah menetap
selama sepuluh daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942. Pengenalan Malayan
Union ini memberikan hak warganegara kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah
Melayu.

Orang-orang Melayu membantah cadangan kerajaan British untuk menubuhkan


Malayan Union kerana hak istimewa orang Melayu telah dicabul. Pelbagai penentangan
telah dibuat sama ada melalui akhbar-akhbar, menulis surat bantahan atau bertindak
menghantar kawat kepada kerajaan British di London. Penentangan hebat orang
Melayu terhadap Malayn Union ini turut dapat dilihat apabila demonstrasi diadakan di

Page | 12
HUBUNGAN ETNIK 2009

beberapa buah negeri. Ekoran penentangan yang berterusan daripada orang Melayu,
British membatalkan cadangan untuk menubuhkan Malayan Union kerana British mula
menyedari bahawa tanpa sokongan daripada orang melayu, Malayan Union akan
gagal. Pada Julai 1946, British menubuhkan Jawatankuasa Kerja untuk menggubal
perlembagaan baru bagi menggantikan Perlembagaan Malayan Union. Jawatankuasa
Kerja ini terdiri daripada empat orang wakil Raja Melayu, dua orang wakil UMNO dan
enam orang pegawai British. Jawatankuasa Kerja ditugaskan untuk merangka sebuah
perlembagaan baru yang boleh diterima oleh orang Melayu dan memberi pentadbiran
yang cekap dan membentuk asas kemajuan politik di Tanah Melayu.

Kemudian, British menubuhkan pula Jawatankuasa Perundingan pada Disember


1946, untuk mendapatkan pandangan kaum bukan Melayu tentang rangka
perlembagaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Kerja. Kaum bukan Melayu
membantah cadangan Perlembagaan Tanah Melayu dan menubuhkan All Malayan
Council of Joint Action (AMCJA) pada Disember 1946 dengan merangka cadangan
perlembagaan yang dikenali sebagai Perlembagaan Rakyat kepada British. Dalam
perlembagaan tersebut, mereka telah menuntut persetujuan yang dicapai oleh kerajaan
British dengan UMNO dan Raja-raja Melayu dibatalkan.

Pada Januari 1948, kerajaan British telah menerima Perlembagaan Persekutuan


Tanah Melayu yang menggantikan Perlembagaan Malayan Union. Perlembagaan
tersebut mendapat persetujuan dan ditandatangani oleh sembilan orang Raja Melayu
dan Pesuruhjaya Tinggi British yang mewakili kerajaan Britain pada 21 Januari 1948.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan secara rasminya pada 1


Februari 1948 melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Di antara kandungan
perjanjian tersebut ialah (a) Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada sembilan buah
negeri Melayu dan Singapura kekal sebagai tanah jajahan British yang berasingan, (b)

Page | 13
HUBUNGAN ETNIK 2009

Kerajaan persekutuan diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Tinggi British dengan dibantu
oleh 14 orang pegawai perkhidmatan awam yang menjalankan pentadbiran negeri, (c)
Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Undangan Persekutuan ditubuhkan untuk membantu
Pesuruhjaya Tinggi British. Majlis Mesyuarat Kerja terdiri daripada 17 orang ahli dan
Mesyuarat Undangan Persekutuan dianggotai oleh 75 orang ahli, (d) Majlis Raja-raja
ditubuhkan untuk menasihati Pesuruhjaya Tinggi British, (e) Majlis Mesyuarat
Undangan Negeri di peringkat negeri dan bidang tugasnya sama seperti Majlis
Mesyuarat Undangan Persekutuan, (f) Jawatan Menteri Besar diwujudkan untuk
menggantikan jawatan Residen British yang dimansuhkan, (g) Kuasa kerajaan negeri
ditambah meliputi perkara-perkara tentang kewangan, kerajaan tempatan dan
kesihatan.

Selain daripada itu, syarat kerakyatan kepada orang asing juga diperketatkan.
Mereka dikehendaki bermastautin sekurang-kurangnya selama 15 tahun secara
berterusan daripada 20 tahun yang ditetapkan dan mempunyai pengetahuan dalam
bahasa Inggeris atau bahasa Melayu. Anak-anak kaum imigran yang bapanya
dilahirkan di Tanah Melayu juga diberikan taraf kerakyatan. Melalui Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1948, kuasa dan kedaulatan Raja-raja Melayu untuk
memerintah negeri masing-masing dikembalikan. Mereka juga berkuasa penuh dalam
hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu seperti kedudukan sebelum tahun
1941. Orang Melayu diberikan hak istimewa sebagai kaum bumiputera dan mempunyai
perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Dengan pengenalan Persekutuan Tanah Melayu, kerjasama antara orang


Melayu dan orang bukan Melayu semakin kuat. Ini dapat dilihat melalui penubuhan
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC). Kebanyakan cadangan CLC telah
dimasukkan ke dalam usul-usul perundangan yang diluluskan oleh Majlis Perundangan
Persekutuan. Jawatankuasa ini telah berjaya memupuk persefahaman antara pemimpin
pelbagai kaum.

Kerjasama yang erat terus terjalin dalam beberapa siri pilihan raya yang telah
diadakan. Pada Februari 1952, Pilihan Raya dalam Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
telah diadakan dan 12 kerusi telah dipertandingkan oleh UMNO dan MCA yang telah

Page | 14
HUBUNGAN ETNIK 2009

membuat pakatan secara tidak rasmi. Kerjasama ini akhirnya menjurus ke arah
penubuhan Perikatan pada tahun 1953. Parti perikatan memenangi 9 kerusi dan
selebihnya dikuasai oleh Parti Kemerdekaan Tanah Melayu dan calon bebas. Pilihan
raya ini telah memberikan pengalaman yang berguna kepada rakyat dan pemimpin
dalam mentadbir negara melalui proses demokrasi yang diamalkan sehingga kini.
Pembentukan Perikatan menunjukkan bermulanya era kerjasama yang mantap dalam
kalangan golongan etnik di Tanah Melayu ke arah menuju kemerdekaan melalui
perkongsian kuasa yang diterajui oleh UMNO.

Kerjasama antara etnik diteruskan apabila penjajah British membuat perubahan


dasar ke arah berkerajaan sendiri. Pada tahun 1951, Sistem Ahli telah diperkenalkan.
Melalui sistem ahli ini, British melantik beberapa orang wakil warganegara Persekutuan
Tanah Melayu menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan yang diberi taraf
menteri. Tindakan ini bertujuan memberi peluang dan latihan kepada pemimpin
tempatan bagi mendapatkan pengalaman memerintah secara demokrasi.

Pada bulan Januarin 1956, satu rombongan yang diketuai oleh Tunku Abdul
Rahman dan lapan orang wakil yang telah dipersetujui berangkat ke London. Dalam
rombongan kemerdekaan ini juga, orang Melayu dan orang bukan Melayu telah sama-
sama berunding dengan Kerajaan British untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.
Akhirnya Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia mempunyai beberapa ciri-ciri yang khas


dan ia telah menjadikannya sebagai undang-undang negara yang menjamin keamanan
dan kesejahteraan rakyatnya. Di antara perkara penting yang mencirikan perlembagaan
ialah ia melambangkan Malaysia sebagai negara persekutuan, mempunyai raja

berperlembagaan, mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, dan menjadikan


agama Islam sebagai agama rasmi tetapi agama lain bebas diamalkan.

Page | 15
HUBUNGAN ETNIK 2009

Perlembagaan Persekutuan mula berkuatkuasa pada 31 Ogos 1957.


Perlembagaan ini telah digubal oleh Suruhanjara Reid yang diketuai oleh Lord Reid, Sir
Ivor Jenning (British), Sir William Mckell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim A.
Hamid (Pakistan). Perlembagaan ini bercirikan daripada perlembagaan India, England
dan Republik Ireland. Suruhanjaya Reid telah mengadakan 118 persidangan dari Jun
hingga Oktober 1956 dan rang perlembagaan yang pertama diumumkan oleh
Suruhanjaya Reid ialah pada Februari 1957.

Sebuah jawatankuasa telah mengkaji semula rang undang-undang di mana ia


terdiri daripada 11 orang ahli iaitu empat orang wakil Raja-raja Melayu, empat orang
wakil kerajaan Perikatan, Pesuruhjaya Tinggi British, Ketua Setiausaha dan Peguam
Negara. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah mula berkuatkuasa pada 27
Ogos 1957. Kemudiannya, perlembagaan tersebut telah dipinda berdasarkan laporan
Suruhanjaya Cobbold yang telah menangani pandangan rakyat Sabah dan Sarawak
mengenai kemasukan wilayah tersebut dalam gagasan Malaysia.

Selain itu, Perlembagaan Persekutuan juga merupakan undang-undang tertinggi


negara kita. Perlembagaan Persekutuan juga merupakan sebuah dokumen yang
merupakan sumber segala perundangan lain yang wujud dalam negara. Perlembagaan
tersebut mengandungi undang-undang tertinggi untuk mewujudkan satu sistem
kerajaan yang teratur. Ianya telah dikanunkan tetapi boleh dipinda mengikut
kesesuaian. Perlembagaan ini juga telah memperakukan semua undang-undang yang
wujud di Sabah dan Sarawak sebelum Hari Malaysia. Secara ringkasnya,
Perlembagaan Malaysia menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman,
kedudukan agama Islam, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa
orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak serta lain-lain hal.

Perlembagaan mempunyai banyak kepentingan dalam konteks hubungan etnik


di Malaysia. Peranan perlembagaan yang utama ialah menjamin kestabilan politik serta
sistem pemerintahan negara yang cekap lagi adil. Keperluan sesuatu perlembagaan

Page | 16
HUBUNGAN ETNIK 2009

menjadi lebih ketara dalam sesebuah negara yang berbilang etnik seperti Malaysia.
Perlembagaan juga diperlukan untuk mewujudkan suatu rangka politik, ekonomi dan
sosial yang dapat memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara.
Perlembagaan juga diperlukan bagi melindungi kepentingan semua kumpulan etnik.

Perlembagaan Malaysia juga menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di


negara ini. Setiap warganegara Malaysia mempunyai hak asasi dan kebebasan dan
berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Selain daripada itu, peranan Yang Di-
Pertuan Agong (YDPA) memelihara hak istimewa orang Melayu. Perkara 153
Perlembagaan Malaysia memperuntukkan peranan YDPA dalam menjamin hak
istimewa dan kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak. Hak
istimewa ini meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan
pendidikan serta pemberian lesen perniagaan dan perdagangan. Perlembagaan juga
turut memastikan Perkara 153 dilaksanakan dengan berhati-hati agar perlaksanaannya
tidak mengabaikan kaum-kaum lain dan menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan
Agong untuk melindungi hak-hak kaum lain yang sah mengikut peruntukan.

Selain daripada itu, Perlembagaan Malaysia menjamin kerjasama, kesepakatan,


keadilan dan kepentingan bersama antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.
Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penglibatan undang-undang persekutuan
dan negeri. Dengan ini, sistem pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarang
perbalahan. Pembahagian ini menjelaskan bahawa Perlembagaan Negeri tidak boleh
bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.

Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan


para pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO,
MCA dan MIC. Kontrak sosial juga boleh didefinisikan sebagai persetujuan antara kaum
Melayu dan kaum bukan Melayu di atas beberapa perkara yang sangat penting kepada
kestabilan negara. Bagaimanapun, kontrak sosial harus dianggap sebagai satu
persetujuan di kalangan masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau
kumpulan elit tertentu. Permuafakatan itu mendapat sokongan rakyat sebagaimana
yang terbukti melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Kontrak sosial
bukanlah satu istilah yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957

Page | 17
HUBUNGAN ETNIK 2009

tetapi permuafakatan yang mewakili semangat Perlembagaan. Dengan adanya kontrak


sosial ketika proses ke arah mencapai kemerdekaan, pelbagai usaha telah dapat
dilakukan untuk menggubal Perlembagaan. Ia merupakan permuafakatan antara kaum
yang mewarnai Perlembagaan Persekutuan dan persepakatan yang diterjemahkan ke
dalam Perlembagaan.

Perlembagaan Persekutuan diwujudkan hasil daripada kontrak sosial yang


dilahirkan daripada permuafakatan pelbagai kaum di negara ini. Perlembagaan itulah
juga yang mentakrifkan negara Malaysia serta menentukan sifat bangsa dan negara
Malaysia. Malaysia adalah negara berbilang kaum yang wujud daripada konsep Malay
polity atau sistem kenegaraan Melayu. Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957
memberikan kewarganegaraan terbuka kepada bukan Melayu, sebahagiannya imigran
dan diterima secara automatis sebagai warganegara dan diberikan jus soli.

Inilah antara sifat negara dan bangsa Malaysia yang harus difahami iaitu
berbilang kaum tetapi berakar umbi dalam sistem kenegaraan Melayu. Perlembagaan
juga mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama
rasmi tetapi agama lain bebas diamalkan dan sistem pemerintahan beraja.

Kesimpulannya, setiap rakyat Malaysia perlu dan wajar membudayakan


semangat perpaduan dan integrasi demi kesinambungan perpaduan yang sedia wujud.
Kontrak sosial telah diterima oleh majoriti rakyat Malaysia dan para pemimpinnya
sebagai satu kenyataan sejarah. Justeru, penerimaan kontrak sosial adalah penting
dalam menjaga hubungan etnik di Malaysia kerana Malaysia merupakan sebuah
negara yang bersifat majmuk. Selain itu, perlembagaan juga merupakan satu tunjang
utama kepada keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia. Perlembagaan menjadi
dasar kepada pembentukan demokrasi berparlimen di Malaysia. Melalui perlembagaan
juga, setiap warganegara sama ada pemerintah atau rakyat mendapat hak masing-
masing dan pembelaan yang sewajarnya.

Page | 18
HUBUNGAN ETNIK 2009

SOALAN 5

PENGENALAN

Page | 19
HUBUNGAN ETNIK 2009

Negara kita merupakan negara yang terdapat pelbagai kaum atau etnik yang hidup
harmoni. Ia adalah unik kerana walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang etnik
namun konflik antara kaum jarang berlaku. Jika berlaku tidaklah sehingga
menghancurkan negara.

Di antara masalah utama ke arah kemerdekaan ialah masalah perpaduan. Ia berkait


rapat dengan kepelbagaian keturunan, budaya, bahasa dan agama. Setiap kaum
mahukan bahasa ibundanya dijadikan bahasa kebangsaan. Di samping itu, kaum-kaum
lain berasa bimbang apabila orang Melayu mahukan agama Islam dijadikan agama
rasmi. Sementara itu orang bukan Melayu menuntut supaya mereka diberikan
kerakyatan.

Sebaliknya orang Melayu mempersoalkannya. Masalah ini bukan disebabkan oleh


sikap kaum-kaum yang ada di tanah Melayu tetap hasil daripada dasar pecah dan
perintah Inggeris yang mengasingkan mereka dari segi tempat tinggal dan bidang
ekonomi. Ini menyebabkan mereka kurang berinteraksi, akhirnya mewujudkan jurang
perbezaan dan menjejaskan perpaduan.

APA ITU KONTRAK SOSIAL?

Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas
Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu
perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya.Kontrak ini bererti
individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah
diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.

Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat-
syarat tertentu antara dua pihak atau lebih.Ia juga boleh bermaksud dokumen yg
mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yg berkaitan dgn

Page | 20
HUBUNGAN ETNIK 2009

kontrakSosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yg berkaitan dgn masyarakat,


perihal masyarakat dan kemasyarakatan Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan
boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan
ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang melibatkan semua masyarakat di
sesebuah negara. Oleh itu, perbincangan kontrak sosial bagi penulisan ini akan
ditumpukan kepada skop perlaksanaannya di Malaysia.

Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang
dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin
yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga
turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan
MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi
dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan
permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya
menentukan sifat negara.

Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara.
Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal
keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu,
kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk
menegakkan keadilan sosial di negara ini.Pengajaran utama yang harus dipelajari oleh
kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1960 kerana mencabar kedudukan
orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Page | 21
HUBUNGAN ETNIK 2009

ELEMEN-ELEMEN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERLEMBAGAAN


PERSEKUTUAN

Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai antara


penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Perlembagaan
Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontrak sosial dan
perjanjian perdamaian. Perlembagaan Malaysia merupakan suatu bentuk tolak ansur
yang ulung dengan setiap kumpulan memberi sesuatu dan kembali mendapat sesuatu
(yang lain).

Ini seperti yang ditegaskan oleh Tunku Abdul Rahman:

“Orang Melayu sedia memberikan hak-hak munasabah dan patut kepada orang-
orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu
banyak kepada bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak
negeri yang berbudi sebegitu tinggi seperti yang diperbua oleh orang Melayu.
Sesungguhnya ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam perjanjian
persekutuan tetapi ia tidak sekali-kali mencegah dan menyekat bangsa-bangsa
yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kejayaan, dan lagi
sehingga sekarang hak-hak istimewa Melayu itu masih belum lagi menghasilkan
keadaan yang setaraf di antara orang Melayu dengan bukan Melayu.”

Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa


elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para
penggubal mengangap elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang
dimainkan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara
Malaysia yang berbilang kaum. Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar
pada asasnya merupakan semangat perjanjian di sebalik pembentukan perlembagaan
tahun 1957. Seperti yang diterangkan oleh Mohamed Suffian.

“Sebagai balasan kerana mengendurkan syarat kerana memberi


kewarganegaraan kepada orang-orang Melayu, hak-hak dan keistimewaan orang
Melayu sebagai peribumi negara ini hendaklah ditulis di dalam perlembagaan dan

Page | 22
HUBUNGAN ETNIK 2009

terdapat juga peruntukan lain yang juga dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin


bukan Melayu”

Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia
dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak
sebahagian komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat bernegara.
Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah
unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua pihak.

Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada perkembangan


sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu merangkumi nilai
tradisi, politik dan kebudayaan. Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu
selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu memasukkannya ke dalam
Perlembagaan bagi mengekalkan keistimewaan mereka. Di antaranya ialah:

1. KEDUDUKAN RAJA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Beberapa abad lamanya orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan beraja.


Mereka diperintah oleh sultan dan kepadanya diberikan sepenuh taat setia. Kesultanan
Melayu merupakan elemen penting dalam masyarakat Melayu. Ianya mengekalkan
simbol penting bagi survival orang-orang Melayu. Semasa pemerintahan British pun
raja-raja masih dianggap sebagai raja yang berdaulat dan masih lagi mempunyai kuasa
bagi hal-hal tertentu bagi negeri masing-masing meskipun mereka dipaksa menerima
beberapa triti dengan British untuk menerima penasihat British.

Apabila akhirnya kemerdekaan diberikan kepeda Semenanjung Tanah Melayu, institusi


beraja diteruskan tetapi dengan beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan
konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaan.

Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia. Ia melambangkan


kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Sebagai
sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satu identiti yang berbeza dan unik. Inilah

Page | 23
HUBUNGAN ETNIK 2009

yang mendasari bentuk dan menyediakan isi kepada upacara rasmi negara. Kewujudan
sistem beraja dengan sendirinya menekankan ciri-ciri kemelayuan.

Hasil penerimaan sistem raja berperlembagaan, Yang Dipertuan Agong diberi kuasa
memerintah Persekutuan tetapi sebagai raja berperlembagaan baginda dikehendaki
mengikut nasihat jemaah menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh jemaah menteri.
Baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan dan
merupakan salah satu unsur utama daripada tiga unsur utama badan perundangan
persekutuan iaitu parlimen.

Disamping itu, Perkara 71 Perlembagaan Persekutun membuat peruntukan bagi


menjamin hak seseorang raja untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan
hak-hak keistimewaan di sisi Perlembagaan bagi seseorang raja dalam negeri itu.
Institusi kesultanan dilindungi oleh Perlembagaan dengan cara bahawa tiada pindaan
boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan
keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masing-masing
tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Malah tiada undang-undang yang secara langsung
menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran mereka boleh
diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu hendaklah orang Melayu dan oleh kerana
itu ianya orang Islam. Yang Di pertuan Agong (yang dipilih daripada kalangan Raja-
Raja Melayu) yang mempunyai kuasa pemerintah bagi persekutuan juga adalah
seorang Melayu dan Muslim. Perbincangan tentang pemerintahan berja tidak akan
lengkap tanpa menyebutkan kedaulatan dan kekebalan (imunity) raja. Perlembagaan
memperuntukan bahawa Yang Dipertuan Agong tidak boleh didakwa dalam apa-apa
jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah.

Negara ini masih bernasib baik dengan mewarisi sistem raja-raja yang melambangkan
kuasa Islam. Pada masa ini Perkara 3(2) merujuk kepada tiap-tiap negeri dalam
persekutuan, Raja atau Sultan adalah ketua agama Islam kecuali Melaka, Pulau
Pinang, Sabah dan Sarawak.

Page | 24
HUBUNGAN ETNIK 2009

2. HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU

Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153


bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Peruntukan-
peruntukan berkaitan juga terdapat di bawah Perkara 161(A) dan dalam beberapa
perlembagaan negeri.

Di sisi undang-undang perlembagaan, erti ”Melayu” ialah seseorang yang memenuhi


tiga syarat asas; (i) menganuti agama Islam, (ii) secara lazim bercakap Melayu, dan
(iii) menurut adat istiadat Melayu (Perkara 160). Dengan hanya mempunyai sifat-sifat (i)
hingga (iii) belum sempurna lagi ke Melayuan seseorang itu di sisi Perlembagaan.
Seseorang yang mendakwa dirinya Melayu hendaklah membuktikan juga bahawa dia
lahir sama ada di Persekutuan atau di Singapura sebelum hari Merdeka atau dapat
membuktikan bahawa dia adalah anak kepada ibu atau bapanya yang lahir di
Persekutuan atau di Singapura sebelum Merdeka.

Setelah mengimbas kembali siapa itu Melayu, perlu kini kita amati Perkara 153 yang
menjamin kedudukan istimewa orang Melayu yang bumiputera yang termaktub di
bawah klausa (2) Perkara 153. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-Pertuan
Agong, atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan
kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan
menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau
pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan
termasuk permit atau lesen perniagaan. Peruntukan Perkara 153 adalah seperti berikut;

Perkara 153 (I): Perezaban quota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya
untuk orang Melayu.

Page | 25
HUBUNGAN ETNIK 2009

(1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara


kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo
dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara
ini.

(2) Walau apapun yang terkandung dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk
kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan
Agong hendaklah menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini dan di
bawah undang-undang Persekutuan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang
perlu untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera
mana-mana Negeri Borneo dan juga untuk menentukan perezapan bagi orang
Melayu dan bumiputera mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak suatu
kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai jawatan dalam
perkhidmatan awam (lain daripada perkhidmatan awam sesuatu negeri) dan
mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan
yang seumpamanya atau lain-lain kemudahan khas yang diberi atau diadakan
oleh Kerajaan Persekutuan dan suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-
Pertuan Agong mengenai permit atau lesen bagi menjalankan apa-apa trade atau
perniagaan, dan perezapan permit dan lesen itu adalah tertakluk kepada
peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini.

Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan
90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang
yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan
oleh orang bukan Melayu. Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar
Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh
Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang
Melayu.

Walaupun dari satu sudut peruntukan khas ini seolah-olah bercanggah dengan
kesamarataan layanan perlembagaan ke atas semua warganegara persekutuan,
namun ia satu pertimbangan untuk menyamakan taraf kaum bumiputera dengan kaum-

Page | 26
HUBUNGAN ETNIK 2009

kaum yang lain khususnya Cina di tanah air bagi menjamin mewujudkan
keseimbangan, khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan agihan kekayaan
khususnya kepada kaum yang masih lemah dan ketinggalan menjelang kemerdekaan.

Kedudukan istimewa orang Melayu ini tidak mutlak. Ia diseimbangkan dengan


kepentingan sah kaum lain yang secara amnya termasuklah hak mendapat
kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan kewarganegaraan dalam
perlembagaan, hak menganut dan mengamalkan agama masing-masing, hak untuk
menggunakan bahasa ibunda dan yang paling penting hak untuk mendapat layanan
yang sama rata. Seperti juga kedudukan istimewa orang Melayu, hak-hak ini juga
dibatasi oleh beberapa peruntukan dalam Perlembagaan.

3. KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI

Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting
kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan iktikad majoroti penduduk (orang
Melayu) di Malaysia.

Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan:

“Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”

Menurut Tun Salleh Abbas, Melayu dan Islam adalah dua unsur yang bercantum dan
tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan perlembagaan. Maka adalah
menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agong untuk melindungi orang Melayu seperti
yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana Islam dan
Melayu merupakan dua entiti yang tidak boleh dipisahkan, maka tugas menjaga orang
Melayu termasuk juga melindungi dan menjaga agama Islam.

Page | 27
HUBUNGAN ETNIK 2009

Orang Melayu sebagaimana yang telah dijelaskan oleh penulis sebelum ini ditakrifkan
dalam Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan iaitu sebagai seorang yang menganut
agama Islam, yang lazim bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat
Melayu.

Maka dengan ini, peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang


mengisytiharkan bahawa “Islam adalah agama bagi persekutuan” membayangkan apa
yang telah dipertahankan oleh orang Melayu sepanjang masa, malah sebelum kuasa
British masuk ke Malaysia lagi. Semasa penjajahan British, mereka membawa masuk
agama Kristian sementara kaum pendatang membawa masuk agama lain seperti Hindu
dan Buddha. Oleh yang demikian, menjadikan agama Islam sebagai agama bagi
Persekutuan mestilah juga memberikan pertimbangan kepada kepercayaan kaum lain.

Oleh itu, Perkara 3 memperuntukan satu fasal imbangan yang menyebut “tetapi agama
lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan“.
Malah setiap kumpulan agama juga mempunyai hak untuk:

a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri

b) Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi bagi maksud-maksud agama atau


khairat, dan

c) Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirkannya


mengikut undang-undang

Berikutan dengan Islam diterima sebagai agama bagi persekutuan, maka kerajaan
Persekutuan dan negeri mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk
menubuhkan atau menyelenggara atau membantu penubuhan atau penyelenggaraan
institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam
agama Islam dan untuk mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan itu.
Oleh itu, kerajaan persekutuan dan negeri melalui akta dan enakmen perbekalan
tahunan, diberi kuasa untuk membelanjakan wang untuk pentadbiran agama Islam dan
undang-undangnya. Peruntukan seumpama itu jelas disahkan oleh Perkara 12(2).

Page | 28
HUBUNGAN ETNIK 2009

4.  BAHASA MELAYU

Bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah negara.
Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi
kebangsaan disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang
masing-masing dengan bahasa pertuturannya.

Isu bahasa merupakan salah satu perkara yang dibincangkan semasa perundingan
perlembagaan dan proses pembentukannya. Namun isu ini dapat diselesaikan dengan
permuafakatan antara kaum. Tan Siew Sin telah menerangkan bagaimana isu bahasa
telah dapat diselesaikan:

“Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan besar kebudayaan dan bahasa


mereka. Biar saya nyatakan sebagai contoh, perlembaagaan Reid sebagaimana
rangka awalnya tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan menegmbangkan
bahasa Cina dan Tamil atau bahasa-bahasa lain.Apabila dicadangkan kepada
pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya dengan eksplisit
menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan Tamil
hendaklah digalak dan dipelihara, mereka bersetuju”.

Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan
bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaaan
Persekutuan yang menyebut:

(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang
diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:

Dengan syarat bahawa-

(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan
(selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa
bahasa lain; dan

Page | 29
HUBUNGAN ETNIK 2009

(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan
Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan
meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam
Persekutuan.

Hipotesis utama disebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan


adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai kaum ke arah
menjadi sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama iaitu bahasa
Melayu yang telah menjadi bahasa pengantar negara ini sejak dahulu lagi.

Syarat-syarat kontrak

Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada sebuah "kontrak sosial" (dari segi hak
kewarganegaraan dan hak istimewa) secara ketara, dan tidak terdapat sebarang
undang-undang atau dokumen yang pernah menjelaskan syarat-syarat kontrak sosial
secara penuh. Pembela-pembelanya sering merujuk kepada Perlembagaan sebagai
mengemukakan kontrak sosial, dan bapa-bapa kemerdekaaan juga bersetuju
dengannya, walaupun rujukan kepada kontrak sosial tidak dibuat dalam Perlembagaan.
Sebaliknya, kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang
memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang
asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk
pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk
secara kolektif sebagai Bumiputera). Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan
tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: "Oleh sebab pemimpin-
pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan,
pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa
Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan
istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan
Sarawak."

Perlembagaan secara ketara memberikan tanah rizab Bumiputera, kuota dalam


perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, kuota untuk lesen perniagaan,

Page | 30
HUBUNGAN ETNIK 2009

dan kebenaran untuk memonopoli industri-industri yang tertentu, jika kerajaan


membenarkan. Bagaimanapun pada hakikatnya, khususunya selepas pengenalan
Dasar Ekonomi Baru Malaysia (NEP), akibat rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ketika
kaum Melayu hanya memiliki 4% daripada ekonomi Malaysia, hak-hak istimewa
Bumiputera diperluas kepada bidang-bidang yang lain; kuota-kuota ditentukan untuk
ekuiti Bumiputera dalam perbadanan awam, dan diskaun-diskaun sebanyak 5% hingga
15% untuk membeli kereta dan harta tanah diberikan.

Setengah-setengah orang mengatakan bahawa kecondongan terhadap orang-orang


Melayu dalam pendidikan dan politik sebahagiannya merupakan tindak balas terhadap
keupayaan orang-orang Malaysia Cina untuk memperoleh kebanyakan kekayaan
negara itu. Bagaimanapaun, orang-orang Malaysia India boleh mengemukakan hujah
bahawa merekalah yang mengalami kerugian yang paling banyak, walaupun ini boleh
dipertikaikan.

Kerajaan ada mengundurkan sistem kuota untuk kemasukan ke universiti-universiti


awam pada 2003 dan memperkenalkan dasar "meritokrasi". Bagaimanapun, sistem
baru ini dikritik secara meluas oleh orang-orang bukan Bumiputera kerana hanya
memanfaatkan kaum Bumiputera yang ditempatkan dalam rancangan matrikulasi yang
menonjolkan kerja kursus yang agak mudah sedangkan orang-orang bukan Bumiputera
terpaksa mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Walaupun secara
teori, orang-orang bukan Bumiputra boleh masuk aliran matrikulasi, ini jarang berlaku
pada hakikatnya. Meritokrasi juga dikritik oleh sebilangan pihak dalam UMNO sebagai
berdiskriminasi kerana ia mengakibatkan orang-orang Melayu luar bandar
terkebelakang dalam kadar kemasukan universiti.

Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan dalam


laporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang kontrak sosial, adalah bersifat
sementara, dan menyesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepas
kemerdekaan. Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukan-
peruntukannya hanya diperlukan untuk mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak
menguntungkan kepada orang-orang Melayu dalam persaingan dengan ahli-ahli

Page | 31
HUBUNGAN ETNIK 2009

masyarakat Malaysia yang lain, dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang-
orang Melayu oleh perkara itu harus dikurangkan secara beransur-ansur dan akhirnya
dihapuskan. Bagaimanapun, disebabkan Peristiwa 13 Mei yang menyebabkan
pengisytiharan darurat, tahun 1972 yang merupakan tahun kajian semula Perkara 153
berlangsung tanpa sebarang peristiwa.

Menurut penyokong-penyokong kontrak sosial, sebagai balasan untuk enakmen


peruntukan-peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara, orang-orang Malaysia
bukan Melayu diberikan kewarganegaraan di bawah Bab I Bahagian III dalam
Perlembagaan. Kecuali hak-haki istimewa Bumiputera, orang-orang bukan Bumiputera
dianggap sebagai sama saja dengan orang-orang Bumiputera dan diberikan semua hak
kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam Perlembagaan. Pada tahun-tahun
kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara-
warganegara Melayu dengan lebih banyak hak politik menurut falsafah ketuanan
Melayu. Kebanyakan penyokong ketuanan Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak
tambahan ini telah ditulis dalam undang-undang dan hanya perlu dipertahankan
daripada pembangkang-pembangkang.

Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman (kemudian
menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama) menyatakan bahawa "...apabila kami
(orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan hak-
hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka
mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka.
Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara
asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan
bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang
Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka
masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada masa
hadapan." Bagaimanapun, dia menambah bahawa "Bagai mereka yang mencintai dan
berasi bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut
mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar,

Page | 32
HUBUNGAN ETNIK 2009

dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan
orang-orang Melayu."

KONTRAK SOSIAL DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA:

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang memperlihatkan perkembangan


politik yang diwarnai oleh politik komunal. Ia merupakan sebahagian daripada warisan
penjajah yang telah meninggalkan impak yang begitu besar dalam kehidupan
masyarakat kita. Dasar kolonialisasi oleh kuasa-kuasa Barat bukan sekadar membawa
kepada kewujudan masyarakat pluralisme malah mencorak dan mempengaruhi
perkembangan sejarah kita. Ia dilihat sebagai satu bentuk hubungan yang bersifat
dominasi dan eksploitatif kerana kolonialisme bukan sekadar melibatkan penguasaan
ekonomi dan politik malah ia turut cenderung menguasai minda penduduk.

Malaysia mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957 melalui amalan


kompromi dan permuafakatan pelbagai kaum. Proses permuafakatan itu bermula
sebelum kemerdekaan lagi. Ia begitu jelas selepas Perang Dunia Kedua, di mana
semangat nasionalisma dan dasar dekolonialisasi oleh kuasa Barat mendorong kepada
kerjasama parti-parti politik berbilang kaum. Perkembangan itu dilihat sebagai satu titik
tolak kepada politik permuafakatan di negara kita dan berjaya merencanakan satu
perkembangan politik yang begitu menarik.

Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah mengambil


kira pebagai aspek. Perkara yang paling mustahak di sini ialah toleransi dan tolak ansur
di antara penduduk berbilang kaum telah berjaya membentuk satu pakatan murni dan
menerima satu kontrak sosial dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Di
mana pada dasarnya, kontrak sosial terdiri daripada dua elemen iaitu pertama,
penerimaan orang Melayu terhadap sebilangan besar penduduk bukan Melayu sebagai
rakyat ‘jus soli’ bagi negara yang baru merdeka. Kedua, penerimaan penduduk bukan
Melayu terhadap pengiktirafan hak istimewa serta kepentingan kaum Melayu dalam
negara.bagai aspek yang melibatkan kepentingan kaum yang berbeza. Suruhanjaya
Reid telah dipertanggungjawabkan dalam merangka sebuah perlembagaan baru untuk
Tanah Melayu menerima pelbagai pandangan, cadangan serta bantahan dari pelbagai

Page | 33
HUBUNGAN ETNIK 2009

pihak. Ia telah memberi penekanan kepada beberapa aspek yang penting termasuklah
soal kewarganegaraan, kedaulatan sultan Melayu, kedudukan agama Islam, Bahasa
Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu.

Isu kontrak sosial merupakan satu persoalan yang sering dibahaskan oleh ahli-
ahli politik mahupun golongan akademik. Persoalan yang sering timbul ialah sejauh
manakah ia masih relevan dan kepentingan perjanjian itu dalam usaha pembentukan
sebuah negara bangsa di Malaysia. Idea kontrak sosial bermula di Eropah pada abad
ke-17 dan ke-18 dan di pelopori oleh tokoh-tokoh seperti Jaque Rousseau, John Locke
and Thomas Hobbes. Pada dasarnya, ia merujuk kepada persetujuan bersama di
kalangan rakyat sesebuah negara berkaitan dengan hak dan tanggungjawab mereka.
Di mana manusia dikatakan mempunyai nafsu yang tinggi terhadap kekuasaan,
kekayaan, kehormatan dan pengetahuan dan ia disifatkan sebagai tidak terbatas.
Lantaran itu, perlu wujudnya satu mekanisme bagi mengawal keinginan manusia
tersebut dalam usha mewujudkan keselamatan serta kestabilan dalam negara ( B.
Harian, 5 Nov. 2008).

Menurut John Locke (1632-1704) dalam tulisannya An Eassy Concerning the


True Original, Extent and End of Civil Government dalam Sosial Contract ( Oxford
University Press, 1960) , beliau menjelaskan bahawa wujudnya tiga pihak dalam proses
kontrak sosial iaitu orang yang mencipta kepercayaan (the trustor), orang yang diberi
kepercayaan ( the trustee) dan mereka yang memperoleh manfaat daripada pemberian
kepercayaan itu ( the beneficiary). Hubungan tersebut bakal mewujudkan satu situasi
saling mempercayai antara satu sama lain dan ia amat penting dalam mengekalkan
keselamatan sesebuah negara. Ini kerana sekiranya hubungan kepercayaan tersebut
terhakis maka pemerintah akan kehilangan kuasa untuk melaksanakan dasar yang
ingin dilakukannya.

Istilah kontrak sosial mula mewarnai politik negara pada tahun 1986 dan ia
digunakan buat kali pertama oleh ahli parlimen UMNO, Abdullah Ahmad yang
menegaskan bahawa kemerdekaan negara serta kesinambungan politik Malaysia
berdasarkan kepada system politik yang didominasi orang Melayu. Oleh itu kedudukan
orang Melayu dalam politik Malaysia perlu dipelihara dan sebarang usaha untuk

Page | 34
HUBUNGAN ETNIK 2009

menghapuskannya mahupun mempertikaikannya bakal mengugat kestabilan negara


( The Star, 31.August.1986 ). Sejak diperkenalkan, kontrak sosial dikaitkan dengan
konsep dominasi Melayu atau ketuanan Melayu. Di mana ia dilihat sebagai penerus
kepada kesinambungan kuasa politik orang Melayu dan turut memberi jaminan
terhadap kedudukan serta keistimewaan orang Melayu di Malaysia. Malahan kontrak
sosial dilihat semakin ‘rigid’ dibawah dominasi UMNO yang sering menjadikan isu
tersebut sebagai modal untuk kepentingan politik masing-masing. Ia jelas apabila isu
kontrak sosial mahupun ketuanan Melayu sering menjadi tumpuan dalam setiap
Perhimpunan Agung UMNO di mana para perwakilan mengambil kesempatan untuk
menonjolkan diri dengan memanipulasikan isu kontrak sosial mahupun hak-hak orang
Melayu. Dalam Perhimpunan UMNO tahun 2006, perwakilan Melaka Hasnoor Sidang
Hussein dengan lantang menegaskan bahawa UMNO sanggup berkorban dan
bermandi darah untuk pertahankan bangsa dan agama mereka. Manakala perwakilan
dari Terengganu pula member amaran bahawa hak orang Malayu tidak harus
dipertikaikan dan jika ia berlaku orang Melayu bakal mengamuk dan peristiwa 13 Mei
1969 bakal berulang ( Malaysiakini, 22.November 2006).

Perkembangan dalam kontrak sosial itu selaras dengan tanggapan Rousseau


(1712-1778) yang berpendapat bahawa manusia pada dasarnya adalah sama tetapi
faktor moral mencipta ketidaksamaan maka timbullah hak-hak istimewa yang dimiliki
oleh golongan tertentu dan ia bakal dipergunakan untuk menindas yang lain ( B. Harian,
5 Nov. 2008 ). Oleh yang demikian, konsep ketuanan Melayu yang dianggap sebagai
pelindung orang Melayu dan dikaitkan dengan hak raja-raja Melayu sebagai pemerintah
negara sering menimbulkan perasaan kurang senang kaum lain ( B. Harian, 9 Mei.
2008). Di mana ia seolah-olah meletakkan kaum lain di satu kelas yang lebih rendah
daripada orang Melayu. Ia jelas bercanggah dengan perlembagaan negara yang
menekankan persamaan hak bagi semua warganegara tanpa diskriminasi terhadap
mana-mana bangsa mahupun agama. Malahan konsep ketuanan Melayu dilihat
sebagai satu elemen yang berunsur negatif yang melemahkan orang Melayu dan ia
bersifat perkauman. Di mana menurut Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan
Perdana Menteri ia mencerminkan orang Melayu hanya mahu menjadi ‘tuan’ tanpa
mahu berusaha dan bertanggungjawab kepada diri sendiri ( Utusan Malaysia, 4

Page | 35
HUBUNGAN ETNIK 2009

November. 2008 ). Ini jelas memberi satu gambaran negatif kepada orang Melayu yang
dianggap hanya mahu hak-hak tertentu dan penghormatan serta pengiktirafan tetapi
tidak mahu berusaha. Pada masa yang sama mereka tidak mampu membuktikan
kemampuan diri serta mengelak daripada persaingan secara global dan terus
bergantung kepada kerajaan.

Isu kontrak sosial menjadi semakin panas selepas Pilihan Raya Umum ke-12
pada 8 Mac 2008 berikutan perubahan landskap politik negara. Ia menyaksikan
kehadiran lebih ramai ahli parlimen bukan Melayu yang dipelopori oleh PKR dan DAP.
Pada masa yang sama wujud kecenderungan komponen parti dalam Barisan Nasional
yang mula menyuarakan ketidakpuasan mereka dalam formula Barisan Nasional yang
dilihat terlalu dikongkong oleh UMNO yang bersikap terlalu angkuh dan menafikan
peranan komponen yang lain. Lantaran itu timbulnya keresahan di kalangan ahli-ahli
UMNO tentang hak serta kedudukan orang Melayu terutamanya di negeri-negeri yang
dikuasai parti pembangkang khususnya di Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Pelbagai
polemik serta kontroversi yang tercetus dalam membicarakan kontrak sosial jelas
menggambarkan ketidakmatangan politik negara yang masih diselubungi oleh politik
perkauman yang begitu sempit. Keadaan diperburukkan lagi apabila berlaku
perbalahan secara terbuka di kalangan pemimpin-pemimpin dalam Barisan Nasional
yang terkena tempias pilihan raya 2008. Di samping itu, ia turut menyaksikan tindakan
segelintir pemimpin yang senjaga mengeluarkan kenyataan yang berbau perkauman
yang tindakan tersebut dilihat mencurah minyak ke atas api yang marak. Dalam usaha
untuk mengawal situasi yang semakin genting, kerajaan telah bertindak dengan
menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA) bagi menahan aktivis-aktivis
mahupun wartawan yang terlibat dalam forum mahupun penghasilan artikel yang
dikatakan menyentuh sentimen perkauman. Di samping itu, penyeliaan yang lebih ketat
ke atas bloggers turut diambil. Tindakan tersebut jelas mengundang bantahan ramai
dan dilihat sebagai satu langkah menutup kelemahan kerajaan dan merencatkan
kesuburan demokrasi negara. Ia jelas tidak menggambarkan hasrat kerajaan ke arah
pembentukan sebuah negara bangsa Malaysia yang bersatu dan adil.

Page | 36
HUBUNGAN ETNIK 2009

Tindakan sesetengah pihak yang secara berterusan mempertikaikan kontrak


sossial mendapat perhatian serius Majlis-Majlis Raja-Raja Melayu yang meminta semua
pihak menghormati perlembagaan negara serta tidak menguji mahupun mencabar
kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh pemimpin terdahulu ( Utusan Malaysia 17
Oktober 2008 ) . Ini kerana ia menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan
rakyat. Walaupun peringatan tersebut disambit baik oleh semua pihak namun begitu,
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan rakyat berhak
persoalkan sosial kontrak jika hak mereka dinafikan kerana Majlis Raja-Raja telah pun
memberi jaminan bahawa hak semua kaum akan dilindungi kerana ia mendapat
jaminan Perlembagaan Persekutuan. Lantaran itu, beliau menyarankan supaya semua
kaum menghormati kebudayaan serta tatasusila antara satu sama lain.

Kontrak sosial merupakan satu persetujuan bersama di kalangan pemimpin-


pemimpin berbilang kaum dalam menentukan hala tuju negara ketika era kemerdekaan.
Ia dilihat sebagai satu pakatan murni yang libatkan toleransi antara kaum. Namun
begitu kontrak sosial sering dimanipulasi oleh ahli-ahli politik demi kelansungan politik
masing-masing. Tindakan sedemikian telah menimbulkan pelbagai permasalahan yang
begitu kompleks dan sering mengakibatkan ketegangan hubungan antara kaum.
Lantaran itu kontrak sosial terus diselubungi pelbagai kontroversi akibat daripada corak
politik perkauman yang terlalu sempit. Ia sering menjadi percaturan politik oleh
sesetengah ahli politik yang ingin menonjolkan diri sebagai jaguh kaum tertentu.
Walaupun perbincangan tentang soal kontrak sosial kerap dielakkan demi perpaduan
kaum tetapi Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin beranggapan tindakan menghalang
sebarang perbincangan tentang isu-isu yang dianggap sensitif tidak mampu
menyelesaikan masalah sebaliknya ia akan menjadikannya lebih serius. Sebaliknya
perbincangan secara terbuka yang dilakukannya secara terkawal dan professional
mampu menyelesaikan pelbagai permasalahan yang telah merenggangkan hubungan
antara kaum ( New Sunday Times, 23 . Disember 2007 ).

Page | 37
HUBUNGAN ETNIK 2009

BIBLIOGRAFI

1. Shamsul Amri Baharuddin 2008 “Modul Hubungan Etnik” Kuala Lumpur:


UPENA.

Page | 38
HUBUNGAN ETNIK 2009

2. Fauziah Shafiee dan Ruslan Zainuddin. 2000. Sejarah Malaysia. Kuala


Lumpur: Fajar Bakti.

3. Mohamed Suffian Hashim. 1987. Mengenal Perlembagaan Malaysia. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. http://syafiqe.wordpress.com/2008/03/22/memahami-kontrak-sosial-dan-
kedudukannya- menurut-perlembagaan-malaysia/
5. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kontrak_Sosial_di_Malaysia
6. http://www.scribd.com/doc/9646192/Kontrak-Sosial-Dalam-Perlembagaan-
Malaysia
7. http://islamhadhari.net/?p=27

Page | 39

You might also like