You are on page 1of 17

DASAR SOSIAL

Di Tanah Melayu ketika zaman penjajahan, dasar segregasi yang dijalankan


oleh pihak British semasa penjajahan mereka di Tanah Melayu dapat dilihat
dari aspek sosial.

Dasar yang paling ketara yang dilaksanakan berkaitan dengan aspek sosial
adalah dasar pendidikan.

Dasar pendidikan Inggeris dikatakan tunggak utama dalam pembentukan


masyarakat majmuk ketika itu. Walau bagaimanapun, dasar ini tidak membawa
kepada penyelesaian masalah kemajmukan kaum malahan menyebabkan
pengasingan dan jurang antara kaum terbesar di Tanah Melayu iaitu Melayu,
Cina dan India.

Sikap pihak British yang hanya melihat kepada kepentingan mereka dan untuk
memudahkan urusan pentadbiran tanpa sebarang halangan.
Pihak British ini tidak mengambil kira mengenai kepentingan masyarakat
tempatan dalam polisi pendidikan mereka. Bagi mereka, tujuan memberikan
pendidikan kepada segolongan rakyat adalah untuk memenuhi keperluan
tenaga atau ekonomi ataupun kepentingan perniagaan.

Pihak British telah menjalankan dasar pendidikan untuk ketiga-tiga kaum iaitu
Melayu, Cina dan India termasuklah bangsa Inggeris sebenarnya untuk
menarik kemasukan orang asing ke Tanah Melayu bagi tujuan menjaga
kebajikan mereka dan kepentingan ekonomi mereka di Tanah Melayu.

Kemasukan orang Cina dan India ke Tanah Melayu secara beramai-ramai pada
zaman penjajahan British disebabkan sistem ekonomi bebas yang
dilaksanakan oleh pihak British menyebabkan golongan imigran ini tidak mahu
melepaskan peluang

Hal inilah menyebabkan berlakunya masyarakat majmuk di Tanah Melayu.


Disebabkan situasi yang berbilang kaum di Tanah Melayu serta dasar terbuka
British ini menyebabkan wujudnya empat sistem persekolahan ketika itu iaitu
Sekolah Vernakular Melayu, Sekolah Vernakular Cina, Sekolah Vernakular Tamil
dan Sekolah Inggeris di bawah kelolaan British. Keempat-empat jenis
persekolahan ini ternyata terasing sama sekali di antara satu sama lain.

Pihak Inggeris memastikan tujuan pendidikan untuk ketiga-tiga kaum ini adalah
supaya kaum Cina terus menjadi pelombong dan peniaga, kaum India menjadi
penoreh getah di estet dan kaum Melayu kekal menjadi petani dan nelayan.
Selaras dengan cita-cita British dalam merealisasikan dasar pendidikan ini yang
mahukan anak-anak tempatan di Tanah Melayu lebih pandai sedikit daripada ibu
bapa mereka.
Sebelum campurtangan pihak Inggeris di negeri-negeri Melayu, perkhidmatan
pendidikan telah wujud ketika itu. Sekolah-sekolah ketika itu tidak memberi
penumpuan terhadap aspek 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Malahan, tidak
diberi penekanan terhadap melengkapkan diri dalam kemahiran pekerjaan.
Pendidikan masyarakat Melayu adalah tertumpu kepada pengajaran agama.

Pengajaran mengutamakan Kitab Al-Quran. Kanak-kanak diajar mengenali huruf jawi


dan mukadam. Tenaga pengajar adalah terdiri daripada para ulama tempatan
mahupun luar dari Tanah Melayu. Institusi pengajaran dan pembelajaran yang wujud
ketika itu adalah masjid, surau, rumah guru dan istana. Sistem pendidikan pondok
juga wujud setelah berlakunya perkembangan dalam bidang pendidikan pada kurun
ke -19 misalnya di negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu.
SEKOLAH VERNAKULAR MELAYU
Pendidikan masyarakat Melayu mula berubah daripada tumpuan pengajaran agama
Islam kepada duniawi dengan kedatangan British ke Tanah Melayu
Perkembangan pendidikan ini bermula di Negeri-negeri Selat kemudiannya
berkembang ke seluruh Tanah Melayu.

Perkembangan sekolah vernakular Melayu bermula dengan penubuhan sekolah Free


school di Gelugor. Kemudiaannya, pada tahun 1855 ditubuhkan sekolah Melayu di
Bayan Lepas, Pulau Pinang. Di Teluk Belanga dan di Kampung Gelam setahun
berikutnya. Sekolah di Teluk Belanga dijadikan maktab perguruan bagi guru-guru
Melayu dan di Kampung Gelam pula berubah menjadi sekolah Quran yang telah
disusun semula. Pada tahun 1863, tiga buah sekolah Melayu lagi dibina di Seberang
Perai iaitu di Penaga, Permatang Pauh dan Bukit Tambun. Walau bagaimanapun, tahun
1868 sekolah di Penaga dan Permatang Pauh ditutup dan di Bukit Tambun pula ditukar
menjadi sekolah Inggeris
Pada peringkat awal, sekolah Vernakular yang didirikan oleh pihak British ini kurang
mendapat sambutan dan lebih gemar menghantar anak-anak Melayu ini ke sekolah
agama. Namun, penekanan 3M yang dijalankan oleh pihak British menarik perhatian
golongan ibu bapa Melayu. sehinggakan pada tahun 1891, Kerajaan British di Selangor
telah menetapkan kewajiban menghantar anak-anak mereka dan gagal berbuat
demikian mereka akan didenda.

Secara umumnya, perkembangan pendidikan Melayu adalah menggalakkan


Hal ini sejajar dengan niat pihak penjajah yang hanya mahu menjadikan anak-anak
Melayu lebih pandai daripada ibu bapa mereka dan tidak ada hasrat Inggeris untuk
meningkatkan mutu intelek orang Melayu yang hanya akan mengancam kepada dasar
mereka.
Sekolah Vernakular yang didirikan dan dikembangkan oleh pihak British adalah
terbatas dan hal ini dapat dilihat melalui tempoh pembelajaran yang singkat
iaitu sehingga darjah empat kecuali di tahap latihan perguruan.

Seterusnya, dilihat dari segi mata pelajaran yang disediakan untuk anak-anak
Melayu. orang Melayu juga tidak digalakkan ke bandar dan dasar yang
dilakukan oleh British ini adalah cuba memisahkan orang Melayu daripada
kemajuan di bandar dan kekalkan mereka di desa.

Dasar pendidikan seperti ini akan menimbulkan pelbagai masalah


sosioekonomi sehingga terdapat jurang antara golongan yang berada dan tidak
berada. Buktinya, pembinaan sekolah Melayu yang dikhaskan untuk anak-anak
Raja.
Kerajaan British sebenarnya tidak mengambil berat tentang taraf pendidikan yang
mereka sediakan bagi rakyat Melayu di Tanah Melayu. Mereka hanya menjalankan
tanggungjawab dengan menyediakan pendidikan Melayu dan tidak mahu
dipersalahkan. Niat sebenar mereka hanyalah sekadar untuk menyediakan tenaga
manusia di peringkat buruh atau setakat menjadi petani.

Pihak Inggeris sebenarnya takut atau bimbang jika anak-anak Melayu berpendidikan
Inggeris bakal mengubah mentaliti mereka mengenai kesedaran politik dan bangkit
menentang pihak British. Hal ini akan mengugat kedudukan mereka di Tanah Melayu.

Dasar segregasi yang dijalankan oleh pihak British dalam aspek pendidikan telah
menyebabkan orang Melayu di Tanah Melayu ketika itu mengalami kemunduran dan
mereka tidak dapat meningkatkan taraf hidup mereka dan kaum Melayu tidak dapat
bergaul bersama dengan kaum yang lain
SEKOLAH VERNAKULAR CINA

Seperti sekolah Vernakular Melayu, sekolah Vernakular Cina juga bermula di Negeri-
negeri Selat kemudian berkembang ke Negeri-negeri Melayu.

Menurut rekod sejarah, kelas vernakular Cina pertama yang dibuka ialah di Melaka
pada tahun 1815. Sekolah ini dibuka oleh sekumpulan mubaligh dari Persatuan
Mubaligh London. Kemudian, sekolah Cina pertama ialah Institut Wu Fu yang
didirikan oleh orang tempatan di Pulau Pinang pada 1819. Selain itu, pengajaran
bahasa Cina juga diadakan di Free Schools di Negeri-negeri Selat. Walau
bagaimanapun, sekolah-sekolah ini didapati tidak berjaya.

Kebanyakan sekolah Cina di Tanah Melayu telah dibuka oleh individu cina, persatuan
cina daerah, persatuan-persatuan suku kaum dan jabatan pentadbir. Individu dan
persatuan-persatuan ini memberikan derma bulanan.
Pada awalnya, pihak British mengambil langkah lepas tangan atau mengamalkan polisi
liberal terhadap pembinaan sekolah Cina di Tanah Melayu.

Apabila Republik Rakyat Cina diperkenalkan pada tahun 1911, Kerajaan China
memberi biayaan kewangan dan memperkenalkan ideologi Republik Rakyat China
kepada orang Cina di Tanah Melayu. sekolah-sekolah Cina dijadikan tempat
penyebaran dan perkembangan pengaruh politik Kuomintang iaitu Parti Nasionalis di
China. Dengan ini, sekolah-sekolah Cina semakin berkembang.

Kerajaan British di Tanah Melayu mulai sedar mengenai sekolah-sekolah Cina yang
dibina dijadikan tempat-tempat penyebaran ideologi Kerajaan China. Malahan,
sekolah-sekolah tersebut juga dijadikan tempat menyebarkan sentimen anti-British.
Hal ini mengundang kebimbangan kepada pihak British sekiranya perkara ini tidak
dikawal.
Pada tahun 1920, Kerajaan British telah meluluskan Enakmen Pendaftaran
Sekolah di Tanah Melayu. Tujuan enakmen ini ditubuhkan adalah untuk
memberikan kuasa undang-undang kepada jabatan Pelajaran terhadap semua
sekolah dan guru.

Walaupun telah dikawal oleh British, kurikulum, guru-guru dan buku teks
masih berteraskan negara China. Jadi orang Cina di Tanah Melayu langsung
tidak mempelajari tentang Tanah Melayu. Situasi ini dikekalkan oleh British
untuk mengelakkan orang Cina daripada berinteraksi dengan kaum-kaum yang
lain. Orang Cina hidup dalam kelompok masing-masing dan mengamalkan
budaya masing-masing.
SEKOLAH VERNAKULAR TAMIL
Sekolah vernakular Tamil bermula semasa perkembangan ladang kopi, gula, kelapa
dan getah iaitu tempat kebanyakan buruh India tertumpu. Sekolah Tamil yang terulung
ketika itu ialah Sekolah St. Francis Xavier Malabar yang didirikan di Singapura, 1895
oleh Kumpulan Mubaligh Kristian dengan mendapatkan bantuan kerajaan.

Masyarakat India seperti juga masyarakat Cina ketika itu tidak berminat untuk pergi ke
sekolah-sekolah Melayu yang telah sedia ada. Sebilangan besar penduduk keturunan
India yang bekerja di ladang-ladang sangat memerlukan sekolah vernakular kerana
kanak-kanak India dalam lingkungan umur di bawah 15 tahun besar bilangannya.

Pada tahun 1870, sekolah-sekolah kecil mula didirikan di ladang-ladang getah


terutama di Seberang Prai, Melaka dan Johor Utara.
Masyarakat India tidak mempunyai kemampuan seperti masyarakat Cina. Kaum ini
mengharapkan majikan menyediakan keperluan pendidikan.

Pihak Inggeris sebenarnya tidak mengambil kisah mengenai pendidikan oran India.
Tujuan mereka mendirikan sekolah-sekolah vernakular Tamil hanyalah untuk menarik
minat mereka untuk menjadi buruh di Tanah Melayu.

Pada tahun 1925, Kod Buruh dikuatkuasakan di Negeri-negeri Bersekutu. Dalam kod ini,
setiap ladang yang mempunyai 10 orang kanak-kanak di dalam umur persekolahan
diwajibkan menyediakan sekolah dan guru untuk kanak-kanak tersebut.

Pada 1905, Pentadbiran Inggeris membuat keputusan untuk mendirikan sekolah Tamil
dengan tujuan menjadikan Negeri-negeri Bersekutu pada pandangan orang India sebagai
wilayah India seperti Selon (Ceylon).
Pendidikan yang disediakan di sekolah Tamil terbatas kepada peringkat dasar.
Kurikulumnya bergantung kepada buku-buku teks yang diperolehi dari India dan
bergantung juga kepada inisiatif guru.

Terdapat juga sekolah-sekolah Tamil yang menggunakan bahasa pengantar lain


seperti Telegu, Punjabi, Hindi dan Malayam. Sekolah Tamil hanya setakat darjah 4
sahaja. Pelajar-pelajar diajar perkara asas sahaja seperti menulis, mengira dan
membaca. Guru-guru tidak berkelayakan dan biasanya terdiri daripada mandur,
kangani atau kerani di ladang.

Sama seperti sekolah vernakular Cina, sekolah vernakular Tamil juga menumpukan
tenaga untuk membentuk identiti kaum dan kebudayaan India.

British memang ingin mengekalkan cara hidup masing-masing tanpa berinteraksi


dengan kaum-kaum lain di Tanah Melayu.
SEKOLAH INGGERIS
Kerajaan British juga telah menubuhkan sekolah Inggeris. Sekolah Inggeris
juga dikendalikan oleh mubaligh-mubaligh Kristian. Sekolah Ingeris didirikan
di bandar-bandar dan dihadiri oleh pelajar-pelajar Cina dan sekumpulan kecil
orang India.

Orang Melayu yang majoritinya tinggal di kampung tidak menghantar anak-


anak mereka kerana tidak mampu. Hanya anak-anak raja dan pembesar
Melayu sahaja menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris.

Sekolah Inggeris menggunakan sukatan pelajaran, guru-guru, dan buku teks


yang dibawa dari England. Apa yang dipelajari semuanya berkaitan dengan
England dan tiada kaitan dengan Tanah Melayu.
Sekolah Inggeris menyediakan pendidikan hingga ke peringkat kolej dan
universiti. Lulusan sekolah Inggeris berpeluang untuk menjawat jawatan
dalam perkhidmatan kerajaan.

Lulusan sekolah Inggeris yang menjawat jawatan-jawatan yang penting dalam


kerajaan menganggap kedudukan mereka lebih tinggi daripada lulusan
sekolah Melayu. Ini menyebabkan wujud jurang yang luas antara orang
Melayu atau orang India di bandar dan luar bandar.

Tujuan utama disebalik pembinaan Sekolah Inggeris lebih kepada


perancangan jangka panjang mereka untuk melahirkan anak Melayu
berpendidikan Inggeris yang akan membawa kemerdekaan dan mewarisi
pemikiran mereka
Kesetiaan kepada negara asal melebarkan jurang pengasingan kaum. Justeru
British membiarkan pengusaha lombong membina Sekolah Cina dengan guru,
buku dan sukatannya berpaksikan negara China. Majikan estet dibenarkan
membina Sekolah Tamil dengan guru, buku dan sukatannya berpaksikan
negara India. Pengasingan ini menyebabkan wujud perasaan tidak
menghiraukan kaum lain. British mudah memerintah kerana tidak wujud
perpaduan kaum dan penentangan terhadap British secara bersama.

You might also like