You are on page 1of 25

TUGASAN GERKO

BOLA BALING

NOR HALIZA BINTI MD THAIB


121898
890321-06-5874
PPISMP BM/PJ/KS
YM. TG. NORFAIZUL BIN TG. EMBONG

2|Page
Bismillahirrahmanirrahim…..

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T Yang


Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang kerana dengan
limpah dan kurniaNya dapat saya menyempurnakan
tugasan Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO) Bola
Baling ini. Sejuta kesyukuran dipanjatkan kerana
akhirnya berjaya menyiapkan tugasan ini dalam waktu
yang ditetapkan. Ucapan jutaan terima kasih diucapkan
kepada YM En. Tg. Norfaizul bin Tg. Embong selaku
pensyarah penasihat GERKO Bola Baling yang banyak
memberi panduan dan tunjuk ajar dalam proses
menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-
rakan seperjuangan yang sering memberi galakan dan
sokongan moral untuk saya terus gigih menyiapkan
tugasan ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang

3|Page
sentiasa mendoakan saya dari kejauhan. Jasa kalian
semua amat bermakna.

Sekian Wassalam.

Permainan bola baling (handball) berasal dari Eropah. Permainan ini

merupakan satu permainan yang telah diubahsuai daripada permainan-

permainan yang asal seperti Czeska Hasenka di Czechoslovakia, Handbold di

Denmark dan Korball serta Raffbold di Jerman. Semasa Perang Dunia Pertama,

permainan ii melibatkan tujuh orang pemain dalam satu pasukan dikenali

sebagai Torball. Pada tahun 1917, bilangan pemain dalam pertandingan ini

diubah menjadi 11 orang sepasukan dan dimainkan di padang bola sepak.

Orang yang memperkenalkan permainan ini di Jerman ialah Heizer dan

permainan ini mula disebut sebagai handball. Pihak Rusia mengatakan bahawa

permainan ini (7 orang pemain sepasukan) adalah dimajukan oleh Edward Maly

pada 1909 di Kharkov.

Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah

menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menyelaraskan undang-undang


4|Page
permainan ini. Pada tahun 1928 Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF)

telah ditubuhkan di Amsterdam dan Avery Brudge yang kemudiannya merupakan

Residen Majlis Olimpik Antarabangsa (OIC) menjadi ahli piagam kesatuan yang baru

ditubuhkan itu. Bilangan ahli kesatuan itu bertambah daripada 11 buah negara pada

tahun 1928 kepada 23 buah negara pada tahun 1936 apabila bola baling buat pertama

kalinya dipertandingkan dalam Sukan Olimpik di Berlin. Enam buah negara telah

mengambil bahagian dalam sukan itu dan negara Jerman telah memenangi pingat

emas. Pada tahun 1938, Jerman sekali lagi menjadi johan dalam Kejohanan Bola

Baling Sedunia di mana 10 buah negara telah mengambil bahagian.

Pada tahun 1946, kesatuan yang lama itu telah digantikan dengan sebuah

pertubuhan baru, iaitu Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan

tersebutmasih menerajui sukan ini. Kesatuan ini menggalakkan permainan

menggunakan tujuh orang pemain sepasukan yang boleh dimainkan di padang atau di

gelanggang. Seperti permainan bola keranjang. Perubahan dan perkembangan

kemudiannya menjadikan permainan bola baling ini sejenis permainan yang menonjol

dan menarik.

Kejohanan Bola Baling Sedunia telah diadakan pada tahun 1954 dan Sweden

telah muncul sebagai johan. Pada tahun 1957, Czechoslovakia telah memenangi

Kejohanan Bola Baling Sedunia bagi bahagian wanita. Pada tahun 1956, undang-

5|Page
undang permainan ini telah diubahsuai supaya membentuk undang-undang yang lebih

lengkap dan sebahagian besarnya masih digunakan pada hari ini.

Pada tahun 1972, permainan bola baling sekali lagi dipertandingkan dalam

Sukan Olimpik di Munich., setelah diketepikan dalam beberapa Sukan Olimpik

sebelumnya. Selepas itu, permainan bola baling dipertandingkan pada tiap-tiap kali

Sukan Olimpik. Di peringkat antarabangsa, pasukan-pasukan yang menguasai

permainan ini adalah Jerman, Yugoslavia,Rusia, Romania, Czechoslovakia, Hungary

dan Poland. Di peringkat Asia pula,Jepun, China dan Korea adalah tiga buah negara

yang terhandal di mana pasukan wanita Korea Selatan telah memenangi pingat emas

dan pasukan lelakinya telah memenangi pingat perak dalam Sukan Olimpik 1988.

Sehingga hari ini, terdapat lebih daripada 68 buah negara, lebih daripada

200,000 pasukan dan lebih daripada tiga juta pemain telah berdaftar dengan IHF.

Kesatuan Bola Baling Asia pula telah ditubuhkan pada tahun 1974 semasa sukan Asia

di Teheran. Ibu pejabat kesatuan itu adalah Kuwait.

6|Page
PERKEMBANGAN BOLA BALING DI MALAYSIA

Permainan bola baling boleh dianggap sebagai satu permainan baru di

Malaysia.ia mula diperkenalkan pada tahun 1976 oleh En. Lim Hock Han, ketika itu

bertugas sebagai Pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor dan

kemudiannya di Universiti Malaya kepada sekumpulan guru dan pelajar dari negeri

Selangor. Satu jawatankuasa kerja bola baling yang dipengerusikan oleh En. Cheah

Hai Su dari Unit Pendidikan Jasmani dan Sukan, Kementerian Pendidikan telah

ditubuhkan pada tahun 1978. Sejak itu, kursus-kursus dalam aspek pengenalan

permainan, pengadilan dan kejurulatihan bola baling untuk guru-guru telah dijalankan

dengan tujuan supaya permainan ini dapat dikembangkan dan dipopularkan dalam

kalangan pelajar-pelajar sekolah.

Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan yang

pertama bagi lelaki dan wanita telah diadakan pada 2 Jun 1982. Sebanyak 12 pasukan

dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pahang dan Universiti Malaya telah

mengambil bahagian.

Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan telah secara

rasminya didaftarkan pada 11 September 1982. Persekutuan Bola Baling Malaysia pula
7|Page
secara rasminya didaftarkan pada tahun 1985 dan En. Cheah Hai Su telah dipilih

sebagai Presiden yang pertama, En. Lian Chin Nam sebagai Naib Presiden, En. Kan

Tong Leong sebagai Setiausaha Agung dan En. Ahmad Omar sebagai Bendahari

Kehormat.

3.0 SISTEM PERTANDINGAN

Permainan Bola Baling merupakan sejenis permainan berpasukan yang

melibatkan 14 orang pemain dengan tujuh orang sepasukan. Kebiasaanya sesuatu

pasukan mengandungi 12 orang pemain termasuk lima orang pemain simpanan.

Daripada tujuh orang pemain, seorang akan menjadi penjaga manakala yang lain

menjadi pemain padang. Bola baling boleh dimainkan oleh lelaki dan perempuan dari

pelbagai peringkat umur. Sesuatu perlawanan bola baling diadili oleh dua orang

pengadil.

MEMULAKAN PERMAINAN

Sesuatu pertandingan hanya boleh dimulakan apabila sekurang-kurangnya lima

orang pemain dari kedua-dua pasukan berada di padang.sekiranya bilangan kurang

daripada lima mak pertandingan terpaksa ditangguhkan atau dibatalkan.

Ketua pasukan kedua-dua kumpulan akan dipanggil oleh pengadil untuk

membuat pengundian bagi menentukan pasukan mankah yang akan memulakan

pertandingan.ketua pasukan yang memenangi undian secara lambungan duit syiling

berhaksama ada membuat lontaran mula atau memilih salah sebelah kawasan

permainan. Lontaran mula mesti dilakukan dalam tempoh tiga saat dari tengah-tengah

gelanggang setelah pengadil meniupkan wisel.


8|Page
Semasa pertandingan dimulakan, setiap pemain hendaklah berada di kawasan

gelanggang atau padang sendiri dan pemain dari pasukan lawan hendaklah berada

sekurang-kurangnya 3 meter dari pemain yang membuat lontaran sehingga bola

dilepaskan dari tangannya.

TEMPOH PERMAINAN

Bola baling dimainkan dalam dua tempoh permainan. Tempoh permainannya adalah

seperti berikut :-

1. Untuk lelaki dan perempuan dewasa atau mereka yang berumur lebih daripada

18 tahun, tempoh permainan adalah 30 minit tiap-tiap satu tempoh atau separuh

masa dengan 10 minit masa diberikan antara dua tempoh tersebut. Ssebarabg

masa gangguan atau masa kecederaan akan ditambah selepas setiap tempoh

berakhir.

2. Untuk lelaki dan perempuan dari peringkat umur atau kategori lain, tempoh

permainan adalah 20 minit tiap-tiap separuh masa dengan tiap-tiap separuh

masa permainan dengan 10 minit masa rehat diberikan antara kedua-dua

tempoh.

3. Untuk pertandingan peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM),

tempoh permainan ialah ;

 Secara liga, 10 minit diberikanuntuk tiap-tiap separuh masa tanpa masa

rehat.

 Secara kalah mati, 20 minit diberikan untuk tiap-tiap separuh masa

dengan 10 minit masa rehat diberikan antara kedua-dua tempoh tersebut.

9|Page
Kedua-dua pasukan akan menukar kawasan permainan semasa separuh masa

kedua permainan bermula. Permainan akan berakhir dengan kemenangan dan

kekalahan kepada salah satu pasukan ataupun seri. Jika peraturan permainan

memerlukan satu pasukan sebagai pemenang, dan jika permainan berakhir dengan

seri, maka masa tambahan selama lima minit tiap-tiap separuh masa tanpa rehat

diberikan. Permainan dalam masa tambahan ini dimulakan dengan undian sekali lagi,

iaitu dengan lambungan duit syiling oleh pengadil. Jika keputusan masih lagi seri,

tambahan masa seperti yang dinyatakan diberikan setelah lima minit masa rehat yang

diberikan kepada kedua-dua pasukan. Jika keputusan masih lagi seri, undang-undang

pertandingan boleh diamalkan dan biasanya lontaran penalti diadakan untuk

menentukan pasukan pemenang.

10 | P a g e
4.0 UKURAN GELANGGANG

Kawasan Permainan ( padang / gelanggang )

 Kawasan permainan adalah berbentuk segi empat bujur, panjangnya 40 meter di

garisan tepi dan lebarnya 20 meter di garisan gol. Kawasan ini di bahagikan

kepada dua kawasan gol dari garisan tengah.

 Gol hendaklah didirikan di tengah-tengah garisan gol kedua-dua bahagian

permainan. Gol mengandungi dua batang tiang tegak sama jarak dari dua

penjuru kawasan permainan, 3 meter (10 kaki) jarak dan 2 meter (6 kaki) tinggi,

disambung oleh sebatang palang empat persegi tepat 8cm x 8cm, (3 in x 3 in).

Bahagian belakang tiang gol hendaklah selari dengan tepi garisan bahagian luar

garisan gol. Tiang gol hendaklah diperbuat daripada kayu ayau bahan sintetik

yang serupa dan di cat dewngan dua warna yang terang. Gol hendaklah

dipasang jaring.

 Kawasan gol mengandungi satu garisan selari jarak 6 meter dari gol dan

disambung dengan dua suku bulatan di kedua-dua hujung garisan selari dengan

garisan gol.

 Garisan balingan percuma adalah ditanda dengan garisan putus-putus berjarak 3

meter dari garisan kawasan gol. Garisan putus-putus dan jarak antaranya ialah

15 cm tiap-tiap satu.

 Garisan penalti ditanda dengan satu garisan 1 meter panjang selari dengan jarak

7 meter dari tengah-tengah garisan gol.

 Semua garisan hendaklah mudah dilihat dan berukuran 5 cm lebar.

11 | P a g e
 Satu garisan 15 cm panjangnya dan selari dengan lapisan garisan gol, diukur 4

meter dari tengah garisan gol, dan terdapat di dalam kawasan gol, disebut

garisan penjaga gol.

 Dari garisan tepi, dua garisan 15cm panjang diukur kedalam kawasan permainan

dan 4.5 meter dari garisan tengah. Kawasan ini ialah kawasan pemain keluar

dan masuk., disebut kawasan pertukaran pemain.

12 | P a g e
Bola

 Kawasan gol mengandungi satu garisan selari jarak 6 meter dari gol dan

disambung dengan dua suku bulatan di kedua-dua hujung garisan selari dengan

garisan gol.

 Garisan balingan percuma adalah ditanda dengan garisan putus-putus berjarak 3

meter dari garisan kawasan gol. Garisan putus-putus dan jarak antaranya ialah

15 cm tiap-tiap satu.

 Garisan penalti ditanda dengan satu garisan 1 meter panjang selari dengan jarak

7 meter dari tengah-tengah garisan gol.

 Semua garisan hendaklah mudah dilihat dan berukuran 5 cm lebar.

 Satu garisan 15 cm panjangnya dan selari dengan lapisan garisan gol, diukur 4

meter dari tengah garisan gol, dan terdapat di dalam kawasan gol, disebut

garisan penjaga gol.

 Dari garisan tepi, dua garisan 15cm panjang diukur kedalam kawasan permainan

dan 4.5 meter dari garisan tengah. Kawasan ini ialah kawasan pemain keluar

dan masuk., disebut kawasan pertukaran pemain..

13 | P a g e
Gol

 Hendaklah diletakkan di tengah-tengah garisan gol.

 Gol mengandungi dua batang tiang tegak yang panjangnya 3 meter dan

tingginya 2 meter dan disambung oleh sebatang palang empat persegi yang

panjangnya 3.16meter.

 Tiang gol hendaklah diperbuat daripada hanya kayu atau bahan sintetikyang

serupa dan di cat dengan dua warna yang terang.

 Penjuru pertemuan antara tiang gold an palang hendaklah dicat dengan warna

yang sama dengan ukuran 28cm.

 Di bahagian lain tiang gol dan palangnya, panjang warna yang sama adalah

20cm. Gol hendaklah dipasangkan dengan jaring.

 Lebar kayu tiang gol dan palang adala 8cm.

14 | P a g e
5.0 PERATURAN PERMAINAN

KAWASAN PERMAINAN

1. Kawasan permainan adalah berbentuk segi empat bujur, panjangnya 40 meter di

garisan tepi dan lebarnya 20 meter di garisan gol. Kawasan ini di bahagikan

kepada dua kawasan gol dari garisan tengah.

2. Gol hendaklah didirikan di tengah-tengah garisan gol kedua-dua bahagian

permainan. Gol mengandungi dua batang tiang tegak sama jarak dari dua

penjuru kawasan permainan, 3 meter (10 kaki) jarak dan 2 meter (6 kaki) tinggi,

disambung oleh sebatang palang empat persegi tepat 8cm x 8cm, (3 in x 3 in).

Bahagian belakang tiang gol hendaklah selari dengan tepi garisan bahagian luar

garisan gol. Tiang gol hendaklah diperbuat daripada kayu ayau bahan sintetik

yang serupa dan di cat dewngan dua warna yang terang. Gol hendaklah

dipasang jaring.

3. Kawasan gol mengandungi satu garisan selari jarak 6 meter dari gol dan

disambung dengan dua suku bulatan di kedua-dua hujung garisan selari dengan

garisan gol.

4. Garisan balingan percuma adalah ditanda dengan garisan putus-putus berjarak 3

meter dari garisan kawasan gol. Garisan putus-putus dan jarak antaranya ialah

15 cm tiap-tiap satu.

5. Garisan penalti ditanda dengan satu garisan 1 meter panjang selari dengan jarak

7 meter dari tengah-tengah garisan gol.

6. Semua garisan hendaklah mudah dilihat dan berukuran 5 cm lebar.

15 | P a g e
7. Satu garisan 15 cm panjangnya dan selari dengan lapisan garisan gol, diukur 4

meter dari tengah garisan gol, dan terdapat di dalam kawasan gol, disebut

garisan penjaga gol.

8. Dari garisan tepi, dua garisan 15cm panjang diukur kedalam kawasan permainan

dan 4.5 meter dari garisan tengah. Kawasan ini ialah kawasan pemain keluar

dan masuk., disebut kawasan pertukaran pemain.

BOLA

1. Kawasan gol mengandungi satu garisan selari jarak 6 meter dari gol dan

disambung dengan dua suku bulatan di kedua-dua hujung garisan selari dengan

garisan gol.

2. Garisan balingan percuma adalah ditanda dengan garisan putus-putus berjarak 3

meter dari garisan kawasan gol. Garisan putus-putus dan jarak antaranya ialah

15 cm tiap-tiap satu.

3. Garisan penalti ditanda dengan satu garisan 1 meter panjang selari dengan jarak

7 meter dari tengah-tengah garisan gol.

4. Semua garisan hendaklah mudah dilihat dan berukuran 5 cm lebar.

5. Satu garisan 15 cm panjangnya dan selari dengan lapisan garisan gol, diukur 4

meter dari tengah garisan gol, dan terdapat di dalam kawasan gol, disebut

garisan penjaga gol.

6. Dari garisan tepi, dua garisan 15cm panjang diukur kedalam kawasan permainan

dan 4.5 meter dari garisan tengah. Kawasan ini ialah kawasan pemain keluar

dan masuk., disebut kawasan pertukaran pemain.

PEMAIN-PEMAIN
16 | P a g e
1. Satu pasukan biasanya mengandungi 12 orang pemain ( sepuluh orang pemain

gelanggang dan dua orang penjaga gol ). Bilangan maksimum, iaitu tujuh orang

pemain hendaklah berada di daalm gelanggang ( enam orang pemain

gelanggang dan seorang penjaga gol). Lima orang pemain lain ialah pemain

pengganti. Penjaga gol tidak dibenarkan beramain sebagai pemain gelanggang.

Tetapi pemai-pemain gelanggang boleh mengambil tempat sebagai penjaga gol.

2. Sekurang-kurangnya lima orang pemain dari sesebuah pasukan hendaklah

berada di kawasan permainan pada permulaan perlawanan. Bilangan pemain

boleh ditambah hingga ke tujuh orang, semasa perlawanan.

3. Seseorang pemain dibenarkan memasuki gelanggang hanya dari tempat

pengganti.

Tempat duduk pemain-pemain pengganti hendaklah berdekatan dengan

meja penjaga masa. Pemain yang akan memasuki gelanggang hendaklah

terlebih dahulu memberitahu penjaga masa dan pengadil.

4. Jika seseorang didapati, dalam masa bermain, menyeberangi atau melangkah

salah satu daripada garisan-garisan sempadan/kawasan, tetapi dengan serta-

merta memasuki semula ke dalam gelanggang, maka ia tidak dianggap sebagai

meninggalkan gelaanggang.

MASA PERMAINAN

17 | P a g e
Bola baling dimainkan dalam dua tempoh permainan. Tempoh permainannya adalah

seperti berikut :-

4. Untuk lelaki dan perempuan dewasa atau mereka yang berumur lebih daripada

18 tahun, tempoh permainan adalah 30 minit tiap-tiap satu tempoh atau separuh

masa dengan 10 minit masa diberikan antara dua tempoh tersebut. Ssebarabg

masa gangguan atau masa kecederaan akan ditambah selepas setiap tempoh

berakhir.

5. Untuk lelaki dan perempuan dari peringkat umur atau kategori lain, tempoh

permainan adalah 20 minit tiap-tiap separuh masa dengan tiap-tiap separuh

masa permainan dengan 10 minit masa rehat diberikan antara kedua-dua

tempoh.

6. Di hadapan kedua-dua pasukan, pengadil akan membuat undian dengan

melambung duit syiling dan pasukan menang berhak memilih sama ada

kawasan permainan atau memulakan permainan.

7. Apabila pengadil telah memulakan permainan dengan meniup wisel, balingan

mula (balingan percuma) hendaklah dilakukan dalam tempoh tiga saat dari

tengah-tengah gelanggang.

8. Semasa pertandingan dimulakan, setiap pemain hendaklah berada di kawasan

gelanggang atau padang sendiri dan pemain dari pasukan lawan hendaklah

berada sekurang-kurangnya 3 meter dari pemain yang membuat lontaran

sehingga bola dilepaskan dari tangannya.

18 | P a g e
9. Sesudah rehat, kedua-dua pasukan bertukar kawasan dan permainan dimulakan

oleh seorang pemain dari pasukan yang menentang di awal permainan (separuh

masa pertama).

10. Tambahan masa akan diganti untuk masa-masa yang hilang dan ini ditentukan

oleh pengadil. Pengadil akan memberitahu penjaga masa pengadil kedua dan

kedua-dua ketua pasukan tentang tambahan masa.

11. Jika perlawanan berkeputusan seri, maka 5 minit masa rehat akan diberikan

sebelum tambahan dua separuh masa. Pengadil akan melambung duit syiling

untuk menentukan pasukan sama ada memilih kawasan atau memulakan

permainan.

12. Hanya pemain-pemain dalam pasukan dibenarkan bermain dalam pertandingan

tambahan masa.

19 | P a g e
MEMAINKAN BOLA

i. Pemain dibenarkan menahan, menangkap, membaling, melantun atau memukul

bola dengan apa cara sahaja dengan tangan (sama ada genggam atau tapak

tangan), lengan, kepala, paha dan lutut.

ii. Pemain dibenarkan menyimpan bola selama 3 saat maksimum termasuk ketika

bola di atas tanah.

iii. Pemain dibenarkan mengambil 3 langkah maksimum sewaktu memegang bola.

iv. Pemain dibenarkan (a) melantun bola sekali dan menangkapnya semula dengan

satu atau dua belah tangan sama ada semasa berlari atau berdiri ; (b)

menangkap, melantun dan menangkap bola itu semula apabila terkena pemain

lain sama ada telah terekna pemain lain atau tiang gol ; (c) berulang kali

melantun bola dengan tangan sama ada semasa berlari atau berdiri.

Seorang pemain boleh melakukan seberapa banyak langkah ketika

melantun dan menangkap bola semula. Pemain juga di benarkan menggolek

bola berulang kali di tanah dengan sebelah tangan.

v. Pemain dibenarkan membuat hantaran dari tangan ke tangan dengan syarat

tindakannya itu tidak terggangu oleh perbuatan lain.

vi. Pemain dibenarkan Manahan bola dengan satu atau dua belah tangan kemudian

menangkapnya tanpa bergerak.

vii. Pemain dibenarkan menahan bola dengan keadaan berlutut, duduk, atau

berbaring di tanah.

viii. Pemaian dibenarkan menepis bola sekali kea rah tanah dan menyambutnya

balik dengan satu atau dua tangan.

20 | P a g e
ix. Pemain tidak dibenarkan menyentuh bola lebih daraipada sekali kecuali bola

telah terkena tanah, pemain atau kedua-duanya.

x. Pemain tidak dibenarkan mengenakan bola dengan bahagian kaki di bawah lutut

atau dengan kaki.

xi. Pemain tidak dibenarkan menjatuhkan diri untuk menangkap bola yang sedang

menggolek atau terletak di tanah, kecuali penjaga gol di kawasannya sendiri.

xii. Pemain tidak diberikan sengaja melintas garisan tepi atau garisan gol di luar gol

dengan bola.

xiii. Permainan tidak terganggu jika bola terkena pengadil.

xiv. Pasukan yang menyimpan bola dibenarkan mengambil sebarang langkah untuk

menyeberang atau mencuba menjaringkan gol.

MENENTANG LAWAN

Adalah dibenarkan:

1. Menggunakan tangan dan lengan untuk mendapatkan bola.

2. Untuk memainkan bola daripada pihak pihak lawan dari semua arah hendaklah

menggunakan tapak tangan.

3. Menghalang pihak lawan dengan badan.

Adalah tidak dibenarkan:

1. Sama ada sebelah atau kedua-dua tangan meragut atau memukul bola dari

tangan pihak lawan.

2. Menghalang pihak lawan dengan lengan, tangan atau kaki tanpa bola.

21 | P a g e
3. Memegang pihak lawan dengan sebelah atau dua tangan dan memukul,

menolak, membentes atau menjatuhkan diri dengan lawan atau mengancamnya

dengan apa jua cara sekalipun.

4. Memaksa pihak lawan memasuki kawasan gol.

5. Membaling bola dengan sengaja kepada pihak lawan atau mengacah bola

dengan keadaan merbahaya.

6. Untuk kesalahan-kesalahan berat dalam peraturan-peraturan 4-8, dilakukan

dalam kawasan lawan, dan untuk kesalahan dalam peraturan-peraturan 4-7,

dilakukan di mana-mana sahaja baik dalam gelanggang, dengan peluang

menjaring gol baik dimusnahkan, maka balingan penalti akan di beri.

7. Jika seorang pemain jatuh dengan keadaan bola terperangkap di bawah

badannya, ini akan melambatkan permainan, pengadil hendaklah

memberhentikan permainan dan memulakan dengan balingan pengadil, kecuali

menghukum salah satu daripada pasukan itu.

8. Tindakan yang membahayakan penjaga gol juga tidak dibenarkan.

6.0 POSISI PERMAINAN


22 | P a g e
Posisi pemain boleh dibahagikan kepada dua iaitu posisi semasa serangan dan posisi

semasa pertahanan.

POSISI SEMASA SERANGAN

Keadaan pasukan yang bertahan banyak menentukan formula dan sistem menyerang dalam permainan

bola baling.

Posisi pemain

Pemain sayap Sayap kiri ( SKr)

Sayap kanan (SKn)

Pertahanan Pertahanan belakang kiri (PBKr)

belakang
Pertahanan belakang tengah (PBT)

Pertahan belakang kanan (PBKn)

Penyerang
Penyerang kiri (PKr)

Penyerang tengah (PT)

Penyerang kanan (PKn)

Peringkat Permainan Menyerang

Terdapat tiga peringkat permainan menyerang iaitu:


23 | P a g e
a) Serangan kilat ( fast break)

b) Sistem menyerang (attack)

c) Teknik permainan ( set pieces)

POSISI SEMASA PERTAHANAN

Posisi pemain
Pemain sayap Sayap kiri (SKr)

24 | P a g e
Sayap kanan (SKn)

Bek tengah Bek tengah kiri (BTKr)

Bek tengah kanan (BTKn)

Pertahanan Pertahanan belakang kiri (PBKr)

belakang
Pertahanan belakang tengah (PBT)

Pertahanan belakang kanan ( PBKn)

penyerang
Penyerang kiri (PKr)

Penyerang tengah ( PT)

Penyerang kanan (PKn)

25 | P a g e
26 | P a g e

You might also like