You are on page 1of 1

‫جابتن ڤالجرن نڬري سابه‬

JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH


SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN
UNIT LATIHAN DAN KEMAJUAN STAF
TINGKAT 4, 5 & 7 RUMAH PERSEKUTUAN
88604 KOTA KINABALU
SABAH
____________________________________________________________________________________________________
Ruj. Kami: JP(SB)/900(02)/100/07/01 Jld IV ( )
Tarikh : 3 Mei 2011

SEPERTI SENARAI EDARAN

Melalui :
Pengetua / Guru Besar

Tuan,

TAKLIMAT UNTUK GURU-GURU YANG BELUM MENGIKUTI KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA (KISSM)

Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan Kursus
Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) menggunakan modul baharu berasaskan pembelajaran kendiri khusus untuk guru-
guru yang belum mengikuti KISSM.

3. Bagi melancarkan urusan pendaftaran dan pengedaran bahan kursus kepada guru-guru berkenaan, Jabatan Pelajaran
Negeri Sabah akan mengadakan majlis taklimat pada ketetapan berikut :

Tarikh : 5 Mei 2011 (Khamis)


Masa : 9.00 pagi – 1.30 petang
Tempat : SK Sung Siew, Sandakan

4. Peserta taklimat diwajibkan mengesahkan kehadiran kepada En. Darryanto Mohd. Perhan di talian 088-252361 / 088-
513424 atau emel : ulkssbh@gmail.com sebelum atau pada 2 Mei 2011.

5. Atas perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini diucapkan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(SAIBEH ABD. SANI, ASDK.,AMN.,BSK.)


Penolong Pengarah
Unit Latihan dan Kemajuan Staf
b.p. Pengarah Pelajaran Negeri Sabah

You might also like