You are on page 1of 5

MODEL 9

1. Setelah orang-orang Melayu menentang dengan hebatnya cadangan pemerintahan


British untuk mewujudkan Malayan Union , orang-orang Melayu telah mengadakan
persidangan kongres Melayu se Malaya dalam tahun 1946. Keputusan utama yang
dicapai dalam persidangan tersebut ialah

Menubuhkan sebuah parti politik yang menggabungkan parti-parti politik Melayu

2. Gagasan Malaysia yang dicadangkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman telah
ditentang oleh beberapa pihak. Salah satu daripada pihak yang menentang ialah

Parti Rakyat Brunei

3. Cadangan penubuhan Malayan Union telah ditentang oleh orang-orang Melayu atas
sebab-sebab berikut:

Penghapusan kedaulatan raja-raja Melayu


Pemberian hak kerakyatan melaui prinsip jus soli
Mac Michael telah membuat ugutan terhadap raja-raja Melayu dalam mendapatkan
tandatangan mereka

4. Dalam usaha untuk menubuhkan Malaysia, beberapa rundingan di antara ahli-ahli


parti politik di Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak,Sabah,Singapura dan Brunei
telah diadakan. Rundingan ini adalah melalui

Jawatankuasa perundingan perpaduan Malaysia

5. Disamping mengamalkan taktik perang gerila, Parti Komunis Malaya turut


mempunyai sebuah unit bekalan dan pengintipan awamnya sendiri yang dikenali
sebagai

Min Yuen

6. Dasar campurtangan British di dalam pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu


adalah bermula pada akhir abad ke-19 setelah termeterainya

Perjanjian Pangkor

7. Tugas-tugas berikut merupakan di antara tugas-tugas penting Majlis Raja-raja

Memberi persetujuan tentang adapt istiadat agama Islam bagi seluruh negara
Membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan dasar-dasar negara
Memilih dan memecat Yang di-Pertuan Agong dan Timbalannya.

8. Mengikut perlembagaan persekutuan di bawah perkara ‘Hak Kebebasan asasi’


seseorang warganegara boleh dikenakan tindakan-tindakan berikut, kecuali

Dibuang negeri
9. Pengerusi dan ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya adalah dilantik oleh

YDA setelah berunding dengan majlis Raja-Raja

10. Salah satu daripada kenyataan-kenyataan erikut mengenai Dewan Rakyat adalah
salah

Seseorang ahli Dewan Rakyat yang telah dipecat keahliannya daripada partinya
adalah secara automatic hilang keanggotaan dalam Dewan Rakyat.

11. Sebuah agensi kerajaan yang memainkan peranan utama dalam menyediakan
Rancangan Lima Tahun bagi pembangunan Malaysia ialah

Unit Perancangan Ekonomi, JPM

12. Satu daripada agensi-agensi berikut adalah menjalankan peranan agensi pusat di
peringkat negeri

Pejabat kewangan negeri

13. Anugerah Inovasi perkhidmatan Awam telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi
menghargai mana-mana agensi ataupun anggota perkhidmatan awam yang nerjaya
memperkenalkan sesuatu inovasi. Urusetia bagi anugerah ini ialah

Unit Pemodenan Tadbiran Malaysia (MAMPU), JPM

14. Proses Q sangat penting disediakan oleh agensi-agensi kerajaan, khususnya agensi
yang

Memberi perkhidmatan kaunter

15. Satu daripada criteria-kriteria berikut tidak diambilkira dalam penilaian hasil sesuatu
inovasi. Kriteria tersebut ialah

Penggunaan teknologi yang canggih

16. Di dalam system cadangan Q, tugas menilai semua cadangan yang dikemukakan oleh
kakitangan dan memilih cadangan yang sesuai untuk dilaksanakan adalah dibuat oleh

Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi mentadbir perjalanan system ini.

17. Di antara prinsip-prinsip yang menyokong pengurusan kualiti menyeluruh(TQM)


adalah seperti berikut , kecuali

Memastikan tahap kepuasan hati pelanggan berada di paras maksimum

18. Sesebuah agensi yang hendak melaksanakan pemulihan perkhidmatan mestilah


mematuhi tiga prinsip penting. Satu daripada prinsip tersebut ialah
Bersesuaian dengan kemampuan agensi tersebut

19. Proses kerja di dalam fail meja adalah merupakan rangkaian tindakan yang perlu
diambil secara berturutan mengikut peraturan yang ditetapkan bagi menjalankan
sesuatu aktiviti. Sesuatu proses kerja yang jelas itu akan dapat menentukan perkara-
perkara berikut, kecuali

Menentukan beban tugas seseorang pekerja itu.

20. Dalam usaha meningkatkan kualiti kerja, carta dan gambarajah yang menggambarkan
rangkaian tindakan lengkap bagi menjalankan sesuatu kerja adalah dikenali sebagai

Proses Q

21. Fasilitator bagi sesuatu kumpulan meningkat mutu kerja (KMK) bisanya adalah
dilantik oleh pihak pengurusan. Peranan fasilitator ini adalah seperti berikut, kecuali

Menentukan projek-projek yang perlu dikaji oleh KMK

22. Urusetia mesyuarat hendaklah menentukan bahawa kertas kerja yang disediakan oleh
Kementerian/jabatan/agensi untuk dibentangkan di dalam sesuatu mesyuarat diterima
oleh urusetia dalam tempoh sekurang-kurangnya

15 hari sebelum tarikh mesyuarat

23. Cik Lela seorang penolong pengarah di jabatan pengangkutan jalan baru balik
daripada menghadiri kursus di Afrika Selatan. Setibanya di Malaysia , beliau telah
ditahan selama 5 hari untuk rawatan kerana beliau disyaki mengidap satu penyakit
berjangkit. Tempoh penahanan beliau ini dikira sebagai

Cuti bergaji penuh / cuti kaurantina

24. Pegawai dalam perkhidmatan Pendidikan yang berkhidmat di sekolah tidak layak
memohon

Cuti rehat

25. Syarat-syarat kerja yang melayakkan seseorang itu mendapat bayaran lebih masa
adalah kerja-kerja yang

Dikehendaki dibuat oleh anggota melebihi daripada bidang tugas biasanya.

26. En. Manaf seorang PP di jabatan penbangunan persekutuan Sabah telah menerima
sepucuk surat yang dihantar oleh Unit Perancangan Ekonomi, JPM.Jawapan kepada
surat ini tidak dapat diberikan segera memandangkan perkara tersebut masih dalam
peringkat perancangan .Dengan itu En. Manaf hendaklah
Menghantar surat yang menyatakan bahawa jawapan akan diberi dalam jangka masa
yang ditetapkan.

27. Cik Amelia seorang jururawat di Hospital Kajang, adalah seorang warga negara
Myanmar. Beliau telah berkhidmat secara kontrak dengan kerajaan Malaysia selama
3 tahun. Sekiranya beliau ingin menyambung kontraknya lagi, maka beliau perlu
memberitahu ketua jabatannya selewat-lewatnya

6 bulan sebelum tamat kontrak

28. En. Yasmin yang telah disahkan dalam perkhidmatan bercadang untuk meletakkan
jawatan untuk membuka suatu perniagaan. Dalam keadaan ini beliau boleh

Membayar sebulan gaji atau tiga bulan notis


29. Anggota perkhidmatan awam perlu memiliki sifat amanah dalam dirinya. Tindakan-
tindakan berikut jika dilakukan akan menggambarkan anggota itu tidak amanah

Cuai dalam menjalankan tugas


Menyalahgunakan kuasa dan kedudukan
Melakukan tugas peribadi dengan berselindung di sebalik tugas easmi
Melakukan pembaziran terhadap harta awam

30. Konsep keseronokan bekerja di bawah tonggak 12 adalah meliputi amalan-amalan


positif seperti berikut, kecuali

Melakukan kerja apabila diarah

31. Satu daripada yang di bawah ini bukan merupakan Teras perkhidmatan sebagaimana
yang di dalam buku panduan perkhidmatan cemerlang, iaitu

Berkhidmat untuk negara

32. Dasar penswastaan yang diamalkan oleh negara kita adalah bermaksud

Pemindahan kepada sector swasta aktiviti dan fungsi yang pada tradisinya merupakan
tanggungjawab sector awam

33. Satu daripada kenyataan berikut bukan merupakan aspek kritikal yang disentuh di
bawah Dasar Pembagunan Nasional (DPN)

Memperluaskan Pendidikan vokasional dan teknik melalui penyusunan semua


kurikulum sekolah vokasional

34. Suatu resit rasmi hendaklah dikeluarkan bagi mengaku terimaan wang awam yang
dibayar kepada seseorang pegawai kerajaan yang bertanggungjawab memungutnya.
Sekiranya boring resit itu rosak atas sebab-sebab tertentu, ianya mestilah

Dibatalkan dan disimpan untuk diaudit dan resit baru dikeluarkan


35. Selaras dengan strategi mengutamakan pembagunan sains dan teknologi , kerajaan
telah mengumumkan dasar sains dan teknologi negara pada April 1986 yang memberi
focus kepada

Usaha-usaha meningkatkan keupayaan berdikari dalam saintifik dan teknologi dengan


cara megujudkan suasana yang baik untuk menggalakkan penciptaan saintifik.

36. Mana-mana cek yang tidak ditunaikan pada akhir tempoh sah lakunya hendaklah
disifatkan sebagai terbatal dan amaunnya hendaklah diselaraskan dengan mendebit
daripada

Akaun tunai

37. Cukai langsung merupakan cukai yang dikenakan secara terus ke atas pendapatan dan
kekayaan. Di antara contoh cukai langsung adalah seperti berikut, kecuali

Cukai jualan

38. Perbelanjaan yang dipertanggungkan terus kepada Kumpulan Wang Disatukan oleh
perlembagaan seperti gaji Ketau Audit Negara,bayaran pencen,ganjaran dan elaun
bersara adalah tergolong sebagai

Perbelanjaan tanggungan

39. Di bawah Sistem Belanjawan Diubahsuai , jumlah peruntukan sebenar yang akan
diberikan oleh perbendaharaan kepada sesuatu agensi ialah

Nilai batas perbelanjaan setelah diambilkira peruntukan bagi dasar baru serta
penjimatan daripada pengubahsuaian

40. Pembelian secara tender adalah terbahagi kepada tender terbuka dan tender terhad.
Tender terhad boleh dilaksanakan apabila memenuhi cirri-ciri berikut, kecuali

Nilai tawaran kerja yang ditenderkan lebih RM100 juta

You might also like