You are on page 1of 5

MODEL 14

1. Sebab utama British memansuhkan Malayan Union pada tahun 1945 ialah kerana

Wujudnya tentangan hebat daripada orang Melayu

2. Dua tokoh tempatan yang dilantik untuk menganggotai suruhanjaya Cobbold ialah

Tan Sri Ghazali Shafie dan Dato’ Wong Pow Nee

3. Ciri-ciri utama di dalam Perlembagaan Malayan Union adalah seperti berikut,


kecuali

Semua negeri termasuk Singapura disatukan di bawah satu pemerintahan pusat.

4. Pada tahun 1896, nageri-negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada beberapa
buah negeri Melayu telah dibentuk. Negeri-negeri Melayu tersebut ialah

Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.

5. Salah satu langkah yang telah diambil oleh pihak British di bawah Rancangan Briggs
bagi menyekat pergerakan komunis ialah

Menempatkan semula setinggan-setinggan di pinggir hutan ke kampong-kampung


baru.

6. Di bawah Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan, di antara perkara-perkara yang


tidak boleh dilakukan terhadap tanah rizab orang Melayu ialah

Memindah milikan tanah kepada bukan Melayu.

7. Di antara cirri-ciri sebuah negara yang mengamalkan system demokrasi dalam


pemerintahannya ialah seperti berikut, kecuali

Badan perundangan mempunyai wakil-wakil yang dipilih oleh parti pemerintah.

8. Kuasa mengampun bagi sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh seseorang di dalam
Wilayah Persekutuan Labuan adalah

Yang di-Pertuan Agong


9. Di bawah perlembagaan persekutuan khususnya perkara 75, jika terdapat undang-
undang negeri yang berlawanan dengan sesuatu undang-undang persekutuan , maka

Undang-undang negeri hendaklah dipakai.

10. Majlis Gerakan Negara(MAGERAN) yang telah ditubuhkan bagi mengambil alih
pemerintahan negara selepas peristiwa 13 Mei 1969 adalah mempunyai fungsi-fungsi
berikut:
Mengembalikan keamanan dan undang-undang negara
Menentukan pentadbiran yang licin dan teratur
Mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum

11. Sistem kerajaan Malaysia mengandungi komponen-komponen berikut:

Badan perundangan
Badan pemerintah
Badan kehakiman

12. Dalam perlembagaan persekutuan mengenai hak kebebasan asasi, kerja paksa boleh
dilaksanakan bagi perkhidmatan kerahan tenaga untuk negara dengan kebenaran

Parlimen

13. Melalui pelaksanaan piagam pelanggan , agensi kerajaan akan memperolehi manfaat-
manfaat berikut, kecuali

Meyumbangkan kepada perkhidmatan awam yang lebih telus

14. Pelaksanaan piagam pelanggan adalah melibatkan beberapa peringkat. Peringkat-


peringkat tersebut adalah seprti berikut, kecuali

Penentuan standard kualiti piagam.

15. Dasar persyarikatan Malaysia telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk mencapai
objektif berikut:

Supaya wujud kerjasama antara sector awam dan swasta bagi memesatkan lagi
pertumbuhan ekonomi negara.

16. Sistem perakauanan mikra(SPM) merupakan sebahagian daripada system pengurusan,


perakauanan yang diperkenalkan di peringkat jabatan. Ianya bertujuan

Mendapatkan maklumat dan memberi gambaran kepada pihak pengurusan sesebuah


agensi kerajaan mengenai kos sebenar output yang dikeluarkan.

17. Maksud rantaian perintah dalam manual prosuder kerja ialah

Rangkaian tindakan yang perlu diambil secara berturutan mengikut peraturan yang
ditetapkan.

18. Ciri-ciri perkhidmatan kaunter yang mementingkan pelanggan adalah seperti berikut,
kecuali

Perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak pihak pengurusan.

19. Penggubalan objektif kualiti dalam proses perancangan strategic kualiti seharusnya
merangkumi unsure-unsur berikut:
Kuantiti, kualiti, spesifik dan realistic.

20. Perkara-perkara yang perlu dimuatkan di dalam Manual Prosuder kerja

Objektif jabatan/pejabat
Carta jabatan/pejabat
Proses kerja aktiviti-aktiviti
Carta aliran kerja aktiviti-aktiviti utama

21. Semua calon untuk lantikan ke dalam perkhidmatan kerajaan sama ada bagi jawatan
tetap, sementara atau kontrak mestilah warganegara Malaysia. Calon-calon bukan
warganegara hanya boleh dilantik secara kontrak atau sementara apabila memenuhi
syarat-syarat berikut kecuali

Perkhidmatannya diperlukan oleh sebab ketiadaan calon-calon warganegara sendiri


yang berkelayakan dalam tugas-tugas tertentu atau dalam jawatan-jawatan tertentu di
seberang laut.

22. Slogan Q yang hendak dirangka oleh sesebuah organisasi hendaklah berdasarkan
kepada

Standard kualiti sesuatu output yang ingin dicapai

23. Amalan-amalan positif yang memperlihatkan pengalaman nilai menghargai masa


ialah seperti berikut, kecuali

Meyegerakan tugas

24. Ketua-ketua jabatan adalah bertanggungjawab menentukan bahawa kenyataan-


kenyataan perkhidmatan pegawai-pegawai di bawah mereka direkodkan dengan
penuh dan lengkap di dalam dakwat yang kekal. Di bawah ini adalah di antara
perkara-perkara yang perlu direkodkan kecuali

Pinjaman perumahan dari koperasi pegawai-pegawai kerajaan.

25. Mesyuarat pagi merupakan satu forum setempat anatar jabatan yang dapat membuat
keputusan dengan kadar yang segera terhadap masalah-masalah yang timbul
mengenai pelaksanaan program dan projek pembangunan . Selain daripada itu,
mesyaurat ini juga adalah untuk tujuan berikut, kecuali

Mengkaji keberkesanan pelaksanaan tugas seseorang pegawai awam yang


menyebabkan kelewatan sesuatu projek pembagunan.

26. Selaku ketua jabatan , En. Zaini boleh meluluskan cuti sakit berdasarkan sijil sakit
daripada doctor swasta tidak melebihi 2 hari kepada kakitangan bawahannya. Walau
bagaimanapun, dalam tempoh setahun kelulusan hanya boleh diberikan sebanyak

15 hari.
27. Satu dari perkara berikut tidak semestinya dimuatkan dalam penyediaan sesuatu minit
mesyuarat

Semua perkara yang dikemukakan dalam mesyuarat.

28. Puan Madiah telah mendapat panggilan telefon daripada ibunya supaya balik segera
ke kampungnya untuk menguruskan pembahagian harta pusaka peninggalan ayahnya.
Cuti rehatnya telah habis. Untuk tujuan ini beliau boleh memohon cuti

Tanpa gaji.

29. Semua surat-surat yang dikeluarkan oleh mana-mana Kementerian/jabatan/agensi


perlu diberi pengkelasan keselamatan mengikut

Peringkat keselamatan fail surat-surat itu.

30. Kementerian Dalam Negeri (KDN) bercadang untuk mengadakan satu persidangan
bagi membincangkan kegiatan anasir subversive yang menjadi ancaman kepada
keselamatan negara. Oleh kerana persidangan ini dijangka meliputi perbincangan
serta tayangan filem dan dokumen yang melibatkan perkara terperingkat, nyatakan
pihak yang perlu dirujuk oleh KDN

Majlis Keselamatan Negara

31. Seseorang pegawai awam yang ditamatkan perkhidmatan dalam perkhidmatan


kerajaan atas sebab berikut boleh dilantik semula ke dalam perkhidmatan awam

Tidak lulus peperiksaan

32. Satu daripada perkara di bawah ini bukan merupakan Teras Perkhidmatan
sebagaimana yang terkandung di dalam buku panduan perkhidmatan cemerlang iaitu

Berkhidmat untuk negara

33. Matlamat akhir kerajaan bagi rancangan-rancangan pembangunannya ialah untuk

Mencapai perpaduan negara.

34. Undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan di sesebuah negeri dikenali
sebagai

Enakmen

35. Tujuan utama penggunaan boring-borang baru bagi pengurusan harta m,odal,
inventori dan bekalan pejabat ialah untuk

Meyeragamkan penggunaan daftar dan memudahkan pengesanan sesuatu harta


modal, inventori dan bekalan pejabat.
36. Pengurusan kewangan Malaysia adalah berdasarkan kepada prinsip legality dan
akauntabiliti. Legaliti bermaksud:

Pengurusan kewangan mestilah mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang


digubal untuknya.

37. Terdapat 3 akaun perasingan dalam Kumpulanwang Disatukan. Akaun-akaun tersebut


adalah:

Akaun pinjaman disatukan


Akaun hasil disatukan
Akaun amanah disatukan.

38. Peranan belanjawan sebagai alat dasar fiscal adalah untuk memenuhi fungsi-fungsi
berikut:

Fungsi peruntukan dan agihan


Fungsi agihan dan pestabilan ekonomi.

39. Cek-cek kerajaan yang dikeluarkan oleh mana-mana jabatan hendaklah dicatatkan
tempoh sah laku bagi jangka masa

3 bulan dari tarikh cek.

40. Pembelian secara sebutharga ialah pembelian yang melibatkan perbelanjaan tahunan
bagi satu-satu jenis item

Lebih daripada RM20,000.00 tetapi kurang daripada RM 50,000.00

You might also like