You are on page 1of 30

Pengenalan Entiti Perniagaan

Tiada usahawan dapat menafikan bahawa cabaran perniagaan semakin


bertambah di alaf baru ini. Perniagaan merangkumi semua aktiviti dan
usaha yang menyediakan barangan dan perkhidmatan yang perlu untuk
sesuatu sistem ekonomi (M.B. Muda et. al., m.s 3)

Kejayaan sesuatu perniagaan amat dipengaruhi oleh jenis entiti yang dipilih
oleh seseorang peniaga. Malangnya, kebanyakan peniaga tidak begitu sedar
dan faham tentang kepentingan entiti perniagaan yang tepat atau betul.

(a )      Pengertian Entiti Perniagaan


Entiti perniagaan merupakan satu badan perniagaan yang mempunyai fungsi
tersendiri (M.B. Muda et.al., m.s 28). Oleh itu, perniagaan boleh dikelaskan
berdasarkan bentuk pemilikan perniagaan, aktiviti perniagaan yang
dijalankan, sektor industri di mana perniagaan itu beroperasi, jenis keluaran
yang diterbit dan dipasarkan dan juga peringkat perniagaan dalam aliran
industri.

Sebelum bentuk-bentuk perniagaan diterangkan dengan lebih lanjut, lebih


baik beberapa konsep asas perniagaan difahami dahulu. Antaranya ialah :-

i.          Konsep Liabiliti Perniagaan


Usahawan-usahawan yang menceburi diri dalam bidang perniagaan sering
menghadapi pelbagai risiko terutamanya syarikat perniagaan yang
mempunyai liabiliti tidak terhad. Liabiliti perniagaan adalah tanggungan dan
tanggungjawab yang perlu dipikul oleh perniagaan mulai sekarang (tempoh
semasa) hingga pada masa hadapan sebelum liabiliti tersebut dijelaskan
pada jangka masa yang telah ditetapkan (Zumilah Zainalaludin, m.s 31).
Pada dasarnya, liabilti perniagaan dibahagikan kepada dua jenis yang utama
iaitu liabiliti terhad dan liabiliti tidak terhad.

Liabiliti terhad merupakan tanggungan perniagaan yang terhad kepada


jumlah pelaburan yang telah dilaburkan dalam perniagaan yang berkenaan.
Sekiranya pemilik perniagaan tidak mampu menjelaskan segala tanggungan
perniagaan apabila perniagaannya gulung tikar (gagal), maka aset peribadi
pemilik perniagaan tidak akan terlibat langsung dalam melunaskan
tanggungan perniagaannya. Ini bermaksud pemilik perniagaan yang
berliabiliti terhad hanya akan kehilangan jumlah modal yang dilaburkan
dalam perniagaan sahaja bagi tujuan melunaskan liabititi perniagaan tadi.
Perniagaan sendirian, perniagaan awam ataupun perniagaan perkongsian
boleh didaftarkan sebagai perniagaan berliabiliti terhad. Nama perniagaan
sendirian dan perniagaan perkongsian yang berliabiliti terhad perlu diakhiri
dengan perkataan “Sdn. Bhd.” atau “Bhd.” Contoh: Addison Wesley
Longman Bhd. Perniagaan awam pula perlu menunjukkan perkataan “PLC”
pada hujung nama perniagaan. Contoh : Olympia Plc., Tanjong Plc.

Pemilik perniagaan yang  berliabiliti tidak terhad perlu melibatkan asset


peribadi dalam melunaskan tanggungan perniagaan sekiranya
perniagaannya mengalami sesuatu yang malang. Ini bermakna tanggungan
perniagaan tidak terhad kepada jumlah pelaburan yang pemilik laburkan
pada perniagaan yang berkenaan. Contoh: Syarikat Hazami, Kedai Runcit
Cheong Fatt.

ii.         Konsep Sendirian dan Awam


Negara-negara yang mengamalkan system ekonomi campuran seperti
Malaysia dan Britain mempunyai perniagaan sendirian dan juga perniagaan
awam.

Perniagaan sendirian (private enterprise) merujuk kepada perniagaan yang


dimiliki dan diusahakan oleh individu-individu tertentu (some of the public)
yang biasanya bermatlamatkan keuntungan. Entiti perniagaan sendirian
menjalankan berbagai-bagai aktiviti perniagaan. Syarikat-syarikat
perniagaan dan korporat adalah entiti perniagaan yang tergolong dalam
kategori ini. Contoh : Kedai Gunting XYZ, Public Bank Berhad.

Perniagaan awam (public enterprise) pula merujuk kepada entiti perniagaan


yang dimiliki oleh Negara (all of the public). Perniagaan awam ditadbir oleh
kerajaan pusat ataupun kerajaan tempatan. Perniagaan awam lazimnya
berfungsi sebagai agen pelaksana dasar-dasar awam kerajaan dan
matlamatnya ialah semata-mata matlamat sosial. Contoh: Jabatan
Pengangkutan Jalan, Perbadanan Kemajuan Negeri.

2.2       Bentuk-bentuk Pemilikan Perniagaan


Salah satu asas untuk mengelaskan sesuatu perniagaan ialah pemilikan
perniagaan itu sendiri. Pemilikan perniagaan melihat perspektif pemilik atau
tuan punya perniagaan. Terdapat empat bentuk pemilikan perniagaan iaitu
pemilikan tunggal (sole proprietor), perkongsian (partnerships), syarikat /
korporat dan koperasi. Setiap bentuk pemilikan perniagaan yang tersebut
tadi mempunyai ciri-ciri, kelebihan dan kelemahan tersendiri.
(a)       Pemilikan Tunggal (Sole Proprietor / Trader)
Bentuk perniagaan ini seperti kedai runcit, pasar mini, warung paling banyak
terdapat di Negara kita, Malaysia. Ciri-ciri utama bentuk perniagaan ini
ialah:

i.          Dimiliki oleh seorang pemilik sahaja. Pemilik berperanan sebagai


pengurus dan pekerja perniagaan. Kadang-kala pemilik perniagaan dibantu
oleh ahli keluarga ataupun satu atau dua orang pembantu yang digaji.

ii.         Modal perniagaan disumbangkan oleh pemilik sendiri daripada hasil


tabungan atau pinjaman daripada keluarga.

iii.        Pemilik perniagaan ini mesti mendaftarkan perniagaannya dengan


Pejabat Pendaftar Perniagaan. Pendaftaran perniagaan boleh dibuat dengan
menggunakan nama pemilik seperti Kedai Runcit Ahmad Kamal ataupun
nama perniagaan seperti Pasar Mini Pongsu Seribu.

iv.        Pemilikan tunggal merupakan sejenis perniagaan yang menjual satu


jenis produk atau perkhidmatan yang tidak memerlukan modal yang besar.

Kelebihan Pemilikan Tunggal


i.          mudah ditubuhkan, dikembangkan dan dibubarkan.

ii.         kos penubuhan dan  kos overhed perniagaan rendah.

iii.        pemilik perniagaan bebas untuk mengurus, mengawal dan membuat


keputusan perniagaan

iv.        pemilik perniagaan mendapat kepuasan yang lebih kerana segala


untung dan rugi menjadi tanggungannya, memberi layanan secara peribadi
kepada pelanggan.

v.         cukai pendapatan secara perseorangan dan akaun perniagaan tidak


perlu diaudit semasa dilaporkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDN).

Kelemahan Pemilikan Tunggal


Perniagaan pemilikan tunggal juga mempunyai beberapa kelemahan. Antara
kelemahan-kelemahannya ialah :

i.          aset peribadi pemilik perniagaan berisiko tinggi kerana bentuk


perniagaan ini berliabiliti tidak terhad.
ii.         modal, idea dan kemahiran pengurusan pemilik perniagaan yang
terhad menyukarkan pengembangan perniagaan.

iii.        masa kerja pemilik perniagaan panjang dan tidak bebas untuk
bercuti panjang.

(b)       Perkongsian (Partnerships)
Perniagaan perkongsian merupakan lanjutan daripada perniagaan tunggal.
Bentuk perniagaan ini dibentuk secara gabungan dan diusahakan oleh dua
orang atau lebih dengan matlamat memperoleh keuntungan. Pemilik-
pemiliknya dikenali sebagai rakan kongsi perniagaan. Terdapat beberapa
jenis rakan kongsi perniagaan. Antaranya ialah:
i.          Rakan Kongsi Umum
 mempunyai liabiliti yang tidak terhad
 sangat aktif dalam aktiviti operasi perniagaan
 menyumbangkan modal
ii.         Rakan Kongsi Terhad
 mempunyai liabiliti terhad
 tidak aktif dalam aktiviti operasi perniagaan
 menyumbangkan modal
iii.        Rakan Kongsi Lelap / Tidur (Sleeping Partners)
 menyumbangkan modal
 berhak menerima keuntungan
 tidak aktif dalam aktiviti operasi perniagaan
iv.        Rakan Kongsi Nominal
 tidak menyumbangkan modal
 membenarkan nama digunakan
 orang yang berpengaruh / mempunyai tahap kredibiliti yang tinggi
 turut menanggung segala liabiliti perkongsian
Ciri-ciri Bentuk Perniagaan Perkongsian
i.          Jumlah modal yang disumbangkan oleh rakan-rakan kongsi
berasaskan syarat-syarat / persetujuan yang termaktub dalam perjanjian
bertulis yang dikenali sebagai Artikel Perkongsian (Articles of Partnership).

ii.         Jumlah keuntungan diagihkan kepada semua rakan kongsi


perniagaan berdasarkan syarat-syarat / modal yang telah dinyatakan dalam
Artikel Perkongsian.
iii.        Sekurang-kurangnya dua orang pemilik tetapi tidak melebihi 20
orang bagi perniagaan biasa, 10 orang bagi bank, bilangan rakan kongsi
tidak terhad bagi bidang professional.

iv.        Didaftarkan dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB). Boleh


mendaftarkan perniagaan perkongsian dengan menggunakan nama
perniagaan atau nama rakan-rakan kongsi.

v.         Liabiliti perniagaan tidak terhad kecuali bagi pekongsi berhad.

vi.        Aktiviti operasian perniagaan diuruskan oleh rakan kongsi yang aktif.
Sebagai balasan, rakan kongsi berkenaan dibayar gaji / elaun mengikut
syarat-syarat perjanjian.

vii.       Perniagaan perkongsian tidak dikenakan cukai perniagaan. Rakan-


rakan kongsi perlu membayar cukai pendapatan perseorangan.

Kelebihan Perniagaan Perkongsian


i.          Mudah ditubuhkan. Perniagaan perkongsian merupakan lanjutan
daripada perniagaan secara pemilikan tunggal. Oleh itu, prosedur untuk
menubuhkan perniagaan perkongsian tidak banyak perbezaannya
berbanding dengan perniagaan secara pemilikan tunggal.

ii.         Penggabungan banyak idea terutamanya pada peringkat awal


penubuhan perniagaan perkongsian. Keupayaan berfikir daripada idea rakan
kongsi yang banyak dapat memberi kelebihan keyakinan kepada perniagaan
perkongsian untuk berhadapan dengan pesaing-pesaing yang sedia ada
dalam pasaran.

iii.        Dapat menggemblengkan tenaga, kemahiran dan kepakaran yang


berlainan. Perbincangan dan pengkhususan boleh dilakukan antara rakan-
rakan kongsi.

iv.        Mudah mendapatkan sumber kewangan terutamanya daripada


institusi kewangan. Pihak bank atau syarikat kewangan (Finance)
mempercayai bahawa rakan kongsi yang ramai memudahkan perniagaan
perkongsian untuk melangsaikan obligasinya.

v.         Dapat mengembangkan kemampuan perniagaan. Dengan modal


yang mencukupi hasil daripada sumbangan ekuiti rakan kongsi, perniagaan
perkongsian dapat merebut peluang perniagaan serta memajukan
perniagaannya dengan mudah.

vi.        Perniagaan perkongsian tidak dikenakan cukai perniagaan.


Berdasarkan keuntungan yang diterima, rakan kongsi perniagaan
perkongsian masing-masing diwajibkan oleh undang-undang untuk
menjelaskan cukai pendapatan perseorangan kepada Lembaga Hasil Dalam
Negeri.

Kelemahan Perniagaan Perkongsian


i.          Liabiliti / Tanggungan yang tidak terhad. Semua rakan kongsi
perniagaan perkongsian berliabiliti tidak terhad kecuali pekongsi-pekongsi
berhad. Ini bermakna sekiranya perniagaan perkongsian itu terpaksa
menggulung tikar, pihak pemiutang boleh menuntut hutangnya daripada
aset peribadi rakan kongsi perniagaan itu.

ii.         Mudah berlaku konflik atau salah faham. Rakan kongsi yang ramai
mudah mempengaruhi pembuatan keputusan. Pendapat dan karenah rakan
kongsi yang berbeza-beza sering kali menjadi punca perselisihan faham atau
pertelingkahan. Masalah ini akan menjejaskan keharmonian di kalangan
rakan kongsi perniagaan itu.

iii.        Kewujudan perniagaan perkongsian tidak kekal. Sekiranya seorang


rakan kongsi menarik diri daripada perniagaan perkongsian, meninggal
dunia, tidak siuman atau diisytiharkan sebagai muflis, maka perkongsian itu
dengan sendirinya terbubar. Jika rakan-rakan kongsi yang lain ingin
meneruskan perniagaan perkongsian itu, mereka perlu mendaftarkan
semula perniagaan perkongsian itu dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan
(ROB).

iv.        Pemilikan perniagaan sukar untuk dipindahkan. Berdasarkan


undang-undang perniagaan, hasrat seseorang rakan kongsi untuk
memindahkan pemilikan perniagaannya perlu, terlebih dahulu, mendapatkan
persetujuan daripada rakan-rakan kongsi perniagaan yang lain. Jika tidak,
pemindahan pemilikan perniagaan itu adalah tidak sah.

(c)       Perbadanan Korporat


Perbadanan korporat merupakan suatu bentuk perniagaan yang ditubuhkan
dibawah kuasa undang-undang (Akta Syarikat) dan didaftarkan melalui
Pendaftar Syarikat. Ini bermakna perbadanan korporat yang berdaftar boleh
menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan, memiliki atau menjual harta,
meminjam wang, mengambil dan diambil tindakan oleh mahkamah dan
membuat sebarang perjanjian dengan sebarang organisasi (Zumilah
Zainalaludin, 1999, m.s 40).

Ciri-ciri Bentuk Perbadanan Korporat


Terdapat tiga jenis perniagaan secara perbadanan korporat iaitu syarikat
sendirian (swasta), syarikat awam, dan badan berkanun. Selain itu,
perbadanan korporat juga boleh dikelaskan kepada syarikat berhad atau
syarikat tidak berhad. Syarikat berhad, tidak kira syarikat sendirian (swasta)
atau syarikat awam, dibahagikan kepada syarikat berhad dengan jaminan,
syarikat berhad dengan saham dan syarikat berhad dengan jaminan dan
saham.

i.          Syarikat Sendirian Berhad (Swasta)


 Syarikat-syarikat sendirian berhad boleh dikenali dengan mudah. Tiap-
tiap nama syarikat sendirian berhad diakhiri dengan perkataan sendirian
berhad atau Sdn. Bhd.
 Pemilik atau pemegang saham syarikat sendirian berhad terdiri
daripada 2 hingga 50 orang. Semua pemilik perniagaan berliabiliti terhad.
 Pemilik / pemegang saham syarikat sendirian berhad yang
menyumbang modal perniagaan. Mereka dilarang sama sekali untuk
mengutip modal daripada orang awam.
 Saham syarikat sendirian berhad boleh dijual beli tetapi tidak
dilakukan secara terbuka di pasaran.
 Pemegang saham yang memiliki 51% atau lebih daripada jumlah
saham biasa syarikat sendirian berhad, berhak untuk mengawal syarikat
sendirian berkenaan.
ii.         Syarikat Awam Berhad
 Syarikat awam berhad boleh dikenali melalui perkataan “Berhad” /
Bhd. Di hujung nama syarikat berkenaan. Terdapat dua jenis syarikat awam
berhad iaitu yang tersenarai di bursa saham seperti Bursa Saham Kuala
Lumpur (BSKL) dan syarikat awam tidak tersenarai.
 Modal syarikat awam berhad dikumpulkan melalui penjualan saham
dan bon kepada orang awam.
 Pemegang saham syarikat awam berhad bebas menjual dan membeli
saham di pasaran saham (BSKL). Ini bermakna pemindahan saham syarikat
tidak perlu mendapat persetujuan pemegang-pemegang saham lain dalam
syarikat.
 Bilangan minimum pemegang saham adalah 2 orang dan boleh
melebihi 50 orang. Jumlah pemegang saham itu bergantung kepada jumlah
saham yang dipegang oleh ahli-ahli syarikat dan jenis saham yang
diterbitkan.
 Pemilik perniagaan ini berliabiliti terhad terhadap jumlah modal yang
dilaburkan dalam perniagaan.
iii.        Syarikat Awam Berhad Dengan Jaminan
 Dimiliki oleh ramai pemilik seperti persatuan-persatuan.
 Tidak bermotifkan keuntungan, hanya bertujuan untuk menjaga
kebajikan para pelabur perniagaan.
 Dijamin oleh kerajaan atau agensi kerajaan.
iv.        Badan-badan Berkanun
 Ditubuhkan oleh pihak kerajaan yang bertujuan untuk membangunkan
sesuatu industri atau menjaga kepentingan rakyat jelata.
 Dibentuk di bawah Akta Parlimen.
 Badan-badan berkanun yang menjalankan perniagaan seperti
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, FELDA, Lembaga Pertubuhan Ladang
dikenali sebagai perusahaan awam.
 Beberapa badan berkanun di Malaysia telah diswastakan melalui Dasar
Penswastaan dan Persyarikatan mulai tahun-tahun 1980-an. Antaranya,
Sistem Telekom Malaysia, MAS, Tenaga Elektrik Nasional, Perkhidmatan Pos,
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Universiti Malaya (UM) dan
sebagainya. Saham-saham badan-badan berkanun berkenaaan telah dijual
kepada masyarakat umum.
Kelebihan Perniagaan Perbadanan Korporat
 Liabiliti pemilik terhad kepada jumlah modal yang dilaburkan.
 Status perundangan jelas dan perlu dipatuhi dengan tepat. Pemegang-
pemegang saham dilindungi oleh undang-undang.
 Modal yang besar memudahkan perniagaan berkembang.
 Bentuk perniagaan secara perbadanan korporat lebih stabil kerana ia
entiti berasingan dengan pemilik perniagaan.
 Pengurusan perniagaan secara perbadanan korporat lebih efisyen
kerana ia duruskan oleh kumpulan pengurusan professional.
Kelemahan Perniagaan Perbadanan Korporat
 Operasi perbadanan korporat dikawal oleh undang-undang yang ketat.
 Pengurusan perbadanan korporat dikawal oleh lembaga pengarah dan
bukan pemilik perniagaan. Pengurusan dan pemilik perniagaan khususnya
syarikat awam dipisahkan. Pembaziran dan salah guna kuasa mungkin dan
mudah berlaku.
 Cukai yang dikenakan ke atas perbadanan korporat adalah lebih tinggi
berbanding dengan lain-lain bentuk perniagaan. Cukai-cukai itu terdiri
daripada cukai ke atas keuntungan syarikat yang belum diagihkan dan cukai
ke atas dividen yang diperolehi oleh tiap-tiap pemegang saham.
 Laporan kewangan syarikat perlu diaudit oleh juruaudit bertauliah
sebelum diedarkan kepada pemegang-pemegang saham.
 Laporan tahunan perbadanan korporat perlu dikemukakan kepada
Pendaftar Syarikat dan pemegang-pemegang saham
 Proses penubuhan dan pendaftaran perbadanan korporat lebih sukar
dan kompleks berbanding perniagaan secara pemilikan tunggal dan
perkongsian.
(d)       Koperasi
Koperasi merupakan suatu entiti perniagaan yang ditubuhkan secara
sukarela untuk menjaga kebajikan ahli-ahlinya berdasarkan konsep
kerjasama dan semangat tolong-menolong. Terdapat dua bentuk koperasi,
iaitu koperasi yang keahliannya terhad kepada sesuatu jenis pekerjaan,
kawasan dan latar belakang seperti Koperasi Guru-guru Semenanjung
Malaysia, Koperasi Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK)
dan koperasi yang keahliannya adalah bebas seperti Koperasi Perumahan,
Koperasi Pengguna.

Ciri-ciri Koperasi
i.          Modal koperasi diperolehi melalui yuran sama ada yuran bulanan
ataupun yuran tahunan yang dibayar dan saham-saham yang dibeli oleh
ahli-ahlinya.

ii.         Tiap-tiap ahli koperasi diwajibkan membeli sekurang-kurangnya 100


unit saham tetapi tidak melebihi satu perlima daripada jumlah modal
koperasi.

iii.        Tiap-tiap ahli koperasi mempunyai hanya satu undi dalam sebarang
perlantikan jawatan  koperasi.

iv.        Koperasi diurus dan ditadbirkan oleh ahli lembaga pengarah yang
dilantik oleh ahli-ahli koperasi semasa Mesyuarat Agung Tahunan.
v.         Pengurusan harian koperasi dikendalikan oleh jawatankuasa
pengurusan yang dilantik oleh Lembaga Pengarah Koperasi.

vi.        Koperasi wajib didaftarkan dengan Jabatan Pembangunan Koperasi.

vii.       Keuntungan koperasi diagihkan kepada ahli, sama ada satu kali atau
dua kali setahun, dalam bentuk dividen atau bonus atau kedua-duanya.

Kelebihan Koperasi
i.          Mengutamakan kebajikan dan kepentingan ahli dan bukan hanya
mencari keuntungan.

ii.         Menggemblengkan tenaga, modal dan mengumpul orang yang


berminat untuk meningkatkan kedudukan ekonomi masing-masing melalui
konsep kerjasama.

Kelemahan Koperasi
i.          Aktiviti koperasi dikuasai oleh ahli-ahli lembaga pengarah kerana
ahli-ahli koperasi kurang aktif.

ii.         Operasi koperasi dikawal rapi oleh Jabatan Pembangunan Koperasi.


Jika koperasi tidak mematuhi peraturan operasi, pihak pendaftar Jabatan
Pembangunan Koperasi (JPK) berhak untuk menutup operasi koperasi
berasaskan kuasa yang ada padanya.

iii.        Laporan kewangan koperasi perlu diaudit oleh juruaudit dalaman dan
juga juruaudit luaran yang bertauliah.

iv.        Mesyuarat agung tahunan yang dihadiri oleh ramai ahli mungkin
boleh menggugat sistem pengurusan koperasi.

(e)       Usahasama (Joint Venture)


Usahasama merupakan suatu jenis perniagaan perkongsian yang bersifat
sementara untuk tujuan menyempurnakan sesuatu kerja, projek atau tugas
khas dalam jangka masa tertentu seperti musim perayaan.

Apabila kerja, projek atau tugas khas itu selesai, maka jenis perniagaan
perkongsian ini akan dibubarkan. Ini bermakna bahawa jangka hayat
perniagaan secara usahasama bergantung kepada pelaksanaan sesuatu
kerja, projek atau tugas khas.

(f)        Sindiket
Sindiket adalah pertubuhan dua atau lebih jenis perniagaan yang
mengutamakan keuntungan atau sebarang faedah. Sindiket juga berperanan
sebagai persatuan untuk memberi perlindungan ke atas hak dan
kepentingan ahli-ahlinya.

2.3       Industri Kecil dan Sederhana (IKS)


(a)       Pengenalan
Negara kita, Malaysia, merupakan sebuah Negara yang amat bertuah kerana
kaya dengan sumber bahan mentah. Penerokaan terhadap sumber bahan
mentah telah banyak membantu pembangunan Malaysia, baik dari segi
infrastruktur, tahap ekonomi ataupun kualiti hidup rakyat Malaysia.

Proses transformasi sumber bahan mentah ternyata melibatkan peningkatan


mendadak sektor ekonomi Malaysia, khususnya pada bidang pembuatan dan
pengeluaran barangan. Pertumbuhan dan perkembangan ekonomi Malaysia
yang pesat telah memberi peluang yang lebih meluas kepada pembangunan
industri kecil dan sederhana (IKS). Penglibatan industri kecil dan sederhana
yang meluas yakin dapat memperkukuhkan struktur asas pembangunan
bidang perindustrian negara. Pada masa yang sama, keseimbangan antara
penglibatan syarikat-syarikat asing dengan usahawan tempatan tercapai.

(b)       Definisi Industri Kecil dan Sederhana (IKS)


Banyak definisi tentang industri kecil dan sederhana telah dikemukakan oleh
individu, penyelidik, ahli akademik, penggubal dasar, agensi dan institusi.
Walau bagaimanapun, di Malaysia, tidak ada satu definisi yang khusus,
rasmi, sah dan diterima secara umum. Menurut Moha Asri Abdullah (1997),
kelemahan ini tidak harus dijadikan halangan kepada usaha untuk
memperakukan definisi industri kecil dan sederhana.

Maka, industri kecil dan sederhana dirujuk sebagai industri yang beroperasi
dengan saiz pekerja yang kurang daripada 200 orang secara penuh masa
(Moha Asri Abdullah, 1997, m.s. 9)

(c )      Kepentingan Perniagaan Kecil dan Sederhana Kepada Negara


Data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa
peratusan daripada jumlah pertumbuhan kilang dalam sektor perkilangan
telah merosot pada pertengahan 90-an. (Misalnya, kadar pertumbuhan
sektor perkilangan pada 1975 ialah 92.4 %, manakala pada 1995, sektor ini
hanya menujukkan pertumbuhan sebanyak 88.9% ).
Namun, penurunan peratusan ini tidak bermaksud bahawa sumbangan dan
peranan industri kecil dan sederhana kepada pembangunan ekonomi
Malaysia telah kurang penting. Penurunan peratusan  ini, sebenarnya,
disebabkan oleh sebahagian besar daripada industri kecil dan sederhana
telah berkembang besar dan tidak layak lagi dikategorikan sebagai industri
kecil dan sederhana. Di samping itu, terdapat juga industri kecil dan
sederhana yang terletak di kawasan terpencil dan pedalaman tidak diambil
kira dalam system pembancian.

Sumbangan dan kepentingan industri kecil dan sederhana di Malaysia secara


keseluruhannya dapat dibincangkan dalam beberapa aspek. Antaranya ialah:

i.          Membuka Peluang Pekerjaan


Penggunaan tenaga buruh secara intensif dalam teknik pengeluaran industri
kecil dan sederhana terus dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan
dalam beberapa fungsi pengeluaran dan operasinya. Industri kecil dan
sederhana lebih cenderung untuk menggunakan tenaga buruh secara
intensif untuk menandingi kos pengeluaran. Masalah modal, teknik dan
teknologi yang canggih untuk barangan tertentu secara kecilan tidak mudah
diperolehi serta kuasa beli yang kecil industri kecil dan sederhana tidak
menggalakkannya mengamalkan modal / kapital secara intensif.

ii.         Tabungan Dalam Ekonomi


Penglibatan industri kecil dan sederhana dalam ekonomi banyak membantu
dalam meningkat tabungan modal negara. Dapatan kajian tentang operasi
industri kecil dan sederhana menunjukkan bahawa sebahagian besar sumber
modal datangnya daripada usahawan sendiri, keluarga atau rakan. Oleh itu,
industri kecil dan sederhana menjadi sumber penting kepada jumlah
tabungan dan simpanan negara. Pada masa yang sama, industri kecil dan
sederhana turut membantu dalam mengurangkan kadar perbelanjaan
penduduk dan seterusnya kadar inflasi.

Seterusnya, industri kecil dan sederhana juga membeli dan menggunakan


mesin peralatan yang mudah atau yang terpakai dalam usaha menjimatkan
aset tetap mereka. Dari segi ekonomi, penggunaan mesin dan peralatan
seperti ini oleh industri kecil dan sederhana dapat membantu mengurangkan
modal dan kos mereka.

Di samping itu, industri kecil dan sederhana jarang melibatkan penggunaan


bahan-bahan mentah impot berbanding dengan firma-firma besar. Hal ini
pula membantu Negara menjimatkan pertukaran wang asing dan seterusnya
dapat menggalakkan pertumbuhan sektor-sektor ekonomi yang lain.

iii.        Pengagihan Pendapatan


Kepentingan industri kecil dan sederhana yang seterusnya dapat dilihat dari
aspek pengagihan semula pendapatan di kalangan penduduk. Industri kecil
dan sederhana lebih cenderung membayar gaji, faedah dan menawarkan
pekerjaan kepada pekerja-pekerja yang bukan daripada kalangan yang
mahir dan profesional. Penglibatan pengusaha, pemilik dan pekerja dalam
industri kecil dan sederhana boleh membantu merapatkan jurang
pendapatan di kalangan penduduk. Dengan perkataan lain, penglibatan
mereka meningkatkan pendapatan yang lebih ketara di kalangan penduduk.

iv.        Latihan Kepada Pekerja dan Pengusaha


Industri kecil dan sederhana juga memainkan peranan yang penting dalam
melatih pekerja, pengusaha dan bakal pengusaha. Peningkatan mereka
dalam kemahiran dan pengetahuan secara langsung membantu
mengendalikan selok-belok operasi perniagaan dengan lebih berkesan dan
terus bergantung hidup kepada perniagaan yang berkenaan.

v.         Memperkukuhkan Struktur Asas Industri Negara


Di samping itu, industri kecil dan sederhana banyak membantu dalam
mengembang dan memperkukuhkan struktur asas ekonomi dan industri
negara yang sedia ada. Industri kecil dan sederhana, sebenarnya,
merupakan industri pelengkap kepada keperluan dan pembangunan
kebanyakan syarikat gergasi antarabangsa (MNCs). Penglibatan industri
kecil dan sederhana yang giat dan dalam pelbagai sector membolehkan asas
industri yang mantap dan kukuh dan tidak akan tergugat dan terjejas
apabila syarikat gergasi antarabangsa yang beroperasi di sesuatu negara itu
menarik diri daripada operasi dan pelaburan mereka.

vi.        Memenuhi Citarasa dan Keperluan Penduduk Tempatan


Industri kecil dan sederhana amat penting dari segi memenuhi citarasa dan
keperluan barangan sebahagian besar penduduk tempatan yang
berpendapatan rendah. Industri kecil dan sederhana dengan penyesuaian
mereka kepada intensif tenaga buruh, banyak mengeluar dan menghasilkan
barangan dan perkhidmatan yang tidak dapat dihasilkan oleh syarikat
bersaiz besar termasuk syarikat gergasi antarabangsa. Contohnya
pengeluaran dan pembuatan barangan makanan, pakaian, perabot, logam,
peralatan getah dan plastik.

(d)       Galakan Kerajaan Untuk Industri Kecil dan Sederhana


Sejak kebelakangan ini, industri kecil dan sederhana seringkali mendapat
perhatian dan galakan yang meluas daripada banyak pihak terutamanya
kerajaan.
Dalam usaha untuk menggalakkan lebih ramai penduduk terutamanya
usahawan Bumiputera berkecimpung dalam industri kecil dan sederhana,
kerajaan Malaysia menerusi agensi-agensinya telah menyediakan pelbagai
galakan dan program sokongan kepada mereka yang berpotensi dan
berminat dalam bidang industri kecil dan sederhana. Antara galakan dan
sokongan yang disediakan oleh kerajaan dapat dibahagikan kepada lima
kategori yang utama, iaitu

i.          bantuan kewangan dan kemudahan kredit

Misalnya, pinjaman daripada Syarikat Jaminan Kredit (CGC), pinjaman dan


kemudahan kredit MARA, pinjaman daripada Tabung Usahawan Baru,
pinjaman daripada Tabung Pemulihan Usahawan, pinjaman dan kemudahan
kredit daripada bank, bank perdagangan, bank saudagar, syarikat kewangan
berlesen dan institusi pembangunan, kemudahan kredit Skim Pembayaran
Kredit Eksport.

ii.         bantuan latihan teknik dan pelajaran vokasional

Perbadanan Daya Produktiviti Negara (NPC) dan Pusat Pembangunan


Usahawan Malaysia (MEDEC) menyediakan program pembangunan
usahawan dan pengurusan perniagaan.

SMIDEC, Institut Piawai dan Penyelidikan Industri Malaysia (SIRIM), Institut


Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Pusat Instruktor dan Latihan
Kemahiran Lanjutan (CIAST), Institut-institut Latihan perindustrian (ILP),
Institut kemahiran MARA (IKM), GIAT MARA menawarkan kursus-kursus
teknikal dan kemahiran pekerja jangka pendek.

iii.        bantuan khidmat nasihat dan konsultasi lanjutan

NPC, SMIDEC, institusi kewangan, SIRIM, MARDI, MEDEC menawarkan


bantuan khidmat nasihat pengurusan dan peningkatan kawalan kualiti dan
perkembangan reka bentuk kepada industri kecil dan sederhana di Malaysia.
iv.        bantuan pemasaran dan penyelidikan pasaran

MEDEC, NPC, Bank Pembangunan, SMIDEC, MARA, FAMA menyediakan


bantuan pengurusan asas pemasaran yang bertujuan untuk meningkatkan
pasaran barangan keluaran industri kecil dan sederhana.

v.         penyediaan kemudahan infrastruktur

UDA membantu industri kecil dan sederhana untuk mendapatkan tapak,


bangunan dan ruang pejabat yang sesuai di kawasan Bandar, MARA
menyediakan tapak-tapak kilang dan perniagaan kepada usahawan dan
peniaga Bumiputera di Malaysia, MIEL bertanggungjawab untuk
membangunkan estet perindustrian di Malaysia, Taman Teknologi Malaysia,
Zon Perdagangan Bebas (FTZ).

Sehingga ke hari ini hamper 13 kementerian dan hamper 30 agensi kerajaan


yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menawarkan
pelbagai jenis program bantuan dan galakan kerajaan dalam pembangunan
industri kecil dan sederhana di Malaysia.

(e)       Perniagaan Huluan dan Hiliran


Entiti perniagaan adalah sesuatu organisasi yang amat dinamik. Ia sentiasa
mengalami perkembangan dan pertumbuhan. Pertumbuhan entiti
perniagaan boleh diukur mengikut peringkat penggunaan input. Antaranya
ialah:

i.          Perniagaan Huluan (Up-stream Business)


Perniagaan pada peringkat huluan bererti bahawa perniagaan berkenaan
melibatkan aktiviti yang berasaskan sumber-sumber asli / semula jadi
seperti bahan galian, tanaman, ternakan dan sebagainya. Contoh: Syarikat
Ayamas yang membekalkan ayam sebagai input untuk ayam goreng
restoran KFC dikatakan menjalankan perniagaan pada peringkat huluan.

ii.         Perniagaan Hiliran (Down-stream Business)


Perniagaan pada peringkat hiliran bererti bahawa perniagaan berkenaan
melibatkan aktiviti-aktiviti perniagaan yang dikembangkan daripada
perniagaan lain seperti pemprosesan, pembuatan, pengilangan,
perkhidmatan dan sebagainya. Contoh: Restoran KFC, ayam goreng KFC
yang dijual adalah hasil pemprosesan ayam segar yang dibekalkan oleh
Syarikat Ayamas.
Entiti perniagaan juga boleh dikenalpasti melalui fokus pasaran dan aktiviti
pembuatannya iaitu sama ada domestik (tempatan) ataupun antarabangsa.

iii.        Perniagaan Domestik (Tempatan)


Perniagaan ini hanya beroperasi di dalam sesebuah negara, bermula dengan
pengeluaran dan diikuti dengan pemasaran dan jualan. Keluaran perniagaan
domestik bertujuan untuk memenuhi keperluan penduduk tempatan.
Perniagaan domestik pula banyak menyumbang kepada pembangunan
ekonomi negara dan memperkukuhkan lagi struktur asas industri negara.

iv.        Perniagaan Antarabangsa


Perniagaan antarabangsa merupakan perniagaan yang menjalankan operasi
perniagaannya di dua atau lebih negara asing. Operasi perniagaan itu
berbentuk sama ada satu hala, dua hala ataupun pelbagai hala. Perniagaan
antarabangsa lazimnya berkembang daripada perniagaan domestik yang
menjalankan aktiviti eksport sama ada di peringkat serantau atau di
peringkat global.

(f)        Tahap Perniagaan Primer, Sekunder dan Tertiar


Perniagaan juga boleh dikategorikan kepada tahap primer, sekunder atau
tertiar.

i.          Tahap Primer


Perniagaan yang menjalankan aktiviti mengeluarkan barang-barang yang
akan digunakan sebagai input untuk pengeluaran yang seterusnya atau
mengeluarkan barang-barang yang boleh digunakan terus oleh pengguna
dikenali sebagai perniagaan tahap primer. Contoh: Industri yang berasaskan
pertanian atau ekstraktif seperti perlombongan galian dan bahan api.

ii.         Tahap Sekunder


Perniagaan tahap sekunder merupakan perniagaan yang menjalankan
aktiviti mengeluarkan barang-barang yang diterbitkan pada tahap primer
kepada barangan siap atau separuh siap yang diperlukan oleh aktiviti
pemprosesan seterusnya. Contoh: Bijih besi ditukarkan kepada kepingan
besi, paip besi dan sebagainya.

iii.        Tahap Tertiar


Perniagaan tahap tertiar terdiri daripada perniagaan yang menghasilkan
barangan yang tidak ketara. Perniagaan pada peringkat ini lebih tertumpu
kepada pemberian perkhidmatan yang terbaik. Contoh: Perkhidmatan yang
ditawarkan oleh doktor, akauntan, bank dan sebagainya.

2.4       Perniagaan  Francais


Perniagaan francais merupakan suatu pendekatan yang membuka jalan
termudah bagi seseorang individu atau syarikat untuk menceburi dalam
bidang perniagaan. Perniagaan francais meliputi semua jenis perniagaan
berangkaian yang memenuhi ciri asas 3S iaitu sistem (system),
pengkhususan (specialization) dan piawaian (standardization). Perniagaan
francais, sebenarnya, telah lama wujud di negara kita, Malaysia. Namun,
amalan perniagaan Malaysia yang berasaskan konsep francais masih tidak
menggalakkan. Ini bermakna peluang untuk maju serta berkembang dalam
bidang perniagaan francais di Malaysia adalah cerah; banyak lagi yang boleh
diterokai. Kerajaan Malaysia telah memainkan peranan yang aktif serta
memberi sokongan padu kepada pembangunan perniagaan ini.

(a)       Definisi Perniagaan Francais


Perniagaan francais boleh ditakrifkan sebagai suatu pendekatan perniagaan
di mana syarikat induk (francaisor) memberi lesen atau hak kepada individu
atau syarikat lain (francaisi) untuk menjalankan aktiviti perniagaan yang
berlandaskan suatu kaedah tertentu, di lokasi atau kawasan yang ditetapkan
dan dalam jangka masa yang ditentukan.

Dengan perkataan lain, perniagaan francais merupakan suatu bentuk


perniagaan yang berkontrak di antara francaisor dan francaisi yang
menggariskan tanggungjawab dan tugas kedua-dua pihak, yang
membenarkan fungsi-fungsi pemasaran produk dipiawai dan diselaraskan
tanpa penduaan dan peniruan (duplication).

(b)       Francaisor dan Francaisi, Hubungan Antara Kedua Pihak


Syarikat perniagaan / Pemilik francais yang memberi lessen / kebenaran dan
hak kepada individu atau syarikat lain untuk mengeluar dan menjual
produknya, menggunakan jenama atau simbolnya, mengamalkan kaedahnya
dan lain-lain yang berkaitan dengan perniagaan dikenali sebagai francaisor.
Francaisi pula merupakan syarikat atau individu yang mendapat lesen /
kebenaran dan hak untuk mengeluar dan menjual produk, menggunakan
jenama atau simbol, mengamalkan kaedah dan lain-lain yang berkaitan
dengan perniagaan francaisor.
Pihak francaisor dan pihak francaisi diikat oleh kontrak / perjanjian francais
yang telah dipersetujui bersama. Dengan itu, francaisor mengizinkan
francaisi menjalankan perniagaan yang serupa dengannya dari semua
aspek. Sebagai balasan, francaisi perlu membayar royalti setiap tahun
kepada francaisor.

(c )      Kelebihan dan Kelemahan Perniagaan Francais


Seperti bentuk-bentuk perniagaan yang telah dibincangkan terlebih dahulu,
perniagaan francais tentu sekali memberi kelebihan dan juga kelemahan
kepada kedua-dua pihak yang terlibat iaitu francaisor dan francaisi.
Antaranya:

i.          Kelebihan Perniagaan Francais Kepada Francaisor


Perniagaan francaisor dapat berkembang serta bertumbuh dengan pesat
kerana sistem pengurusan dan modal perniagaan cawangan diurus di atas
tanggungjawab francaisi. Ini secara tidak langsung memudahkan pihak
francaisor memperluaskan pasaran untuk produknya. Tambahan bayaran
royalti yang tetap, bayaran asas, caj perkhidmatan pengurusan dan
sebagainya akan menambahkan keuntungan perniagaan francaisor.

ii.         Kelebihan Perniagaan Francais Kepada Francaisi


Francaisi dapat memulakan perniagaan dengan risiko perniagaan yang
rendah. Francaisi berpeluang memperdagangkan produknya berdasarkan
suatu sistem yang lengkap dan terbukti berdaya maju / keberkesanannya.
Contoh: Pihak francaisi akan menggunakan jenama produk, bahan mentah
untuk mengeluarkan produk serta prosedur pengurusan perniagaan
sebagaimana yang telah ditetap dan diamalkan oleh francaisor.

Selain itu, francaisi juga mendapat bantuan kewangan, khidmat sokongan


dan latihan daripada francaisor untuk tujuan membangunkan struktur
pengurusan dan premis perniagaan francaisi.

Disebalik kebaikan tentunya juga kedapatan kelemahan perniagaan francais


yang terpaksa dihadapi oleh pihak francaisor dan francaisi. Antaranya:

i.          Kelemahan Perniagaan Francais Kepada Francaisor


Francaisor adalah bertanggungjawab ke atas kewujudan, perkembangan dan
daya saing perniagaan francaisi. Francaisor perlu memberikan bantuan
kewangan dan khidmat sokongan kepada pihak francaisi bukan sekadar di
peringkat awal tempoh francaisi memulakan perniagaan, bahkan untuk
seumur hidup perniagaan francais itu dikendalikan oleh francaisi.

Apabila francaisi gagal untuk mematuhi segala prosedur perniagaan


sebagaimana yang telah ditetapkan oleh francaisor seperti garis panduan
mengenai mutu produk, tentu sekali nilai nama atau reputasi francaisor akan
terjejas.

Pihak francaisor pula mungkin akan menghadapi kesukaran untuk


menangani masalah penipuan seperti bayaran royalti, bayaran caj
perkhidmatan, peniruan dan kebocoran formula produk dan sebagainya
apabila cawangan francais pihak francaisor bertambah dan berkembang
pesat. Kegagalan francaisor menangani masalah sedemikian boleh
mengakibatkan kemusnahan ikatan pemfrancaisan.

ii.         Kelemahan Perniagaan Francais Kepada Francaisi


Penglibatan serta penerusan pihak francaisi dalam perniagaan francais
adalah tertakluk kepada peraturan dan sistem pengoperasian perniagaan
yang telah ditetapkan oleh pihak francaisor. Ini secara tidak langsung akan
menyekat tahap daya kreativiti dan innovasi francaisi terutamanya dalam
aspek pengendalian perniagaannya.

Tambahan, pelaburan modal permulaan perniagaan francais yang besar


menjadikan bentuk perniagaan ini lebih eksklusif dan sukar untuk bakal
usahawan menceburi dan memasuki pasaran seperti ini.

Francaisi juga mudah dikhianati oleh pihak francaisor yang tidak jujur dan
tamak. Misalnya, pada peringkat permulaan, pihak francaisor memberi
kebenaran dan hak pengoperasian perniagaan francais kepada francaisi
terutamanya pengoperasian perniagaan itu berjalan di kawasan yang kurang
membangun. Apabila perniagaan francais berkenaan di kawasan itu
meningkat maju dan terkenal, pihak francaisor mengambil balik hak
berniaga dan beroperasi sendiri. Tindakan pihak francaisor sedemikian tentu
sekali merugikan francaisi yang telah bertungkus lumus untuk
membangunkan perniagaannya.

CIRI-CIRIENTITI TUNGGAL  1 org, Pendaftar


PERNIAGAAN perniagaan, modal
sendiri/keluarga, kawalan
sendiri, cukai individu,
liabiliti tdk terhad
PKONGSI  2-20, Pendaftar
AN perniagaan, modal rakan
kongsi, diurus rakan kongsi
aktif, cukai individu shj,
liabiliti tdk terhad
SDN BHD  2-50, Pendaftar sykt
(Akta Sykt 1965), syer dr
keluarga/rakan rapat, jual
syer mesti minta
kebenaran, diurus oleh ahli
lembaga pengarah yg
dipilih, cukai sykt, liabiliti
terhad setakat modal
dilabur.
AWAM  2-tiada had,
BHD Pendaftar sykt (Akta Sykt
1965), syer kpd org awam,
bebas jual beli saham,
diurus oleh ahli lembaga
pengarah yg dipilih, cukai
sykt, liabiliti terhad setakat
modal dilabur.
KOPERASI  Min 100, Ketua
Pendaftar Koperatif
Malaysia, syer kpd ahli,
syer tdk boleh tukar milik,
diurus oleh ahli lembaga
pengarah yg dipilih, tiada
cukai, liabiliti terhad.
KEBAIKAN DAN JENIS KEBAIKAN KEBUR
KELEMAHANENTITI ENTITI UKAN
PERNIAGAAN
MILIKAN 1. Muda 1. L
TUNGGAL h iabiliti
ditubuhkan– tdk
hanya perlu terhad-
isi Borang A pemilik
dan yuran yg bertangg
rendah ungjawa
2. Muda b atas
h diuruskan- semua
bebas hutang
membuat perniaga
keputusan an dan
sendiri harta
3. Beban peribadi
cukai yg akan
rendah-cukai terlibat
individu shj jika rugi
bukan cukai 2. M
perniagaan odal
4. Pemili terhad-
k menikmati sukar
semua mendapa
keuntungan t modal
besar
dari bank
3. K
eterusan
perniag
aan tdk
terjamin
-
bergantu
ng kpd
hayat
pemilik
4. T
erpaksa
mengur
uskan
sendiri s
emua
kerja2
berkaitan
perniaga
an
5. P
asaran
terhad-
sukar
dikemba
ngkan
PERKONG 1. Muda
SIAN h
ditubuhkan-
hanya perlu
isi Borang A
dan yuran yg
rendah
2. Beban
cukai yg
rendah-
tertakluk kpd
cukai
perorangan
3. Moda
l lebih byk
dari milikan
tunggalkeran
a sumbangan
modal
pekongsi2.
4. Tangg
ungan risiko
perniagaan
bersamapeko
ngsi
5. Pengk
hususan dpt
dilaksanakan
6. Liabli
titi tdk
tehadbagi
pekongsi
biasa
7. Keter
usan
perniagaan
tdk terjanim-
dibubarkan
bila ada
pekongsi
muflis, mati,
tidak siuman
8. Perko
ngsian
untung-
terpaksa
bahagikan
keuntungan
9. Perca
nggahan
pendapat-
perniagaan
terjejas bila
ada konflik
antara
pekongsi
KOPERASI 1. Meme
ntingkan
kebajikan
sosial ahli-
Beli brg
murah dan
pinjaman dgn
faedah rendah
2. Tidak
wujud
monopoli
kuasa-
pengurusan
demokrasi
dgn satu ahli
satu undi
3. Beban
cukai yg
rendah-cukai
individu
4. Moda
l boleh
ditingkatkan 
tanpa had
maksimum-
tdk tertakluk
kpd modal
berdaftar
5. Opera
si kurang
agresif-
kurang usaha
utk cari
keuntungan
lebih sebab
hanya jaga
kebajikan shj
6. Pengu
rusan
kewangan
terikat dgn
akta-
kewangan
dikawal ketat
oleh
jab.pembangu
nan koperasi
utk jaga
kepentingan
ahli
7. Sukar
ditubuhkan-
mimimum
100 org ahli
sukar dicari
8. Moda
l terhad-ahli
biasanya
golongan
pendapatan
rendah spt
nelayan,
petani dll dan
sukar
bersaing sgn
entiti lain.
SYARIKA 1. Muda 1. B
T h mendapat eban
modal-drp cukai yg
ramai tinggi-
pemegang cukai
syer dan sykt
perniagaan sebanyak
mudah 28% ke
berkembang atas
2. Liabli untung
ti terhad- sykt
pemegang 2. K
syer rugi awalan
setakat modal undang2
dilaburkan shj dan
3. Berter peratur
usan dan tdk an yg
mudah ketat-
dibubarkan- dikawal
perniagaan akta sykt
tdk terjejas 1965
walaupun 3. P
berlaku emisaha
kematian, tdk n
siuman, pemilika
bankrap dan n dan
pindah milik penguru
dikalangan san-
pemegang kecekapa
syer/saham n
4. Pengk bergantu
hususan dpt ng kpd
dilaksanakan keboleha
-kerja n
mengikut lembaga
kepakaran pengarah
5. Pengu bukanny
rusan sykt a
lebih pemegan
berkesan dan g saham,
cekap- risiko
berupaya salah
upah guna
pengurus yg kuasa
profesional mungkin
dlm bidang berlaku
ttt. 4. K
urang
kerahsia
an bagi
sykt
awam
berhad-
perlu
kemukak
an
laporan
kewanga
n
tahunan
5. K
esukara
n
memind
ahkan
syer
bagi sdn
bhd-
perlu
persetuju
an
pemegan
g saham
yg lain.
AKTIVITI PENGELU Def: ialah aktiviti yg
PERNIAGAAN ARAN/ melibatkan pengeluaran
INDUSTRI iaitu menggunakan tenaga
buruh untuk  mengeluarkan
bahan mentah dan
memprosesnya kepada
sesuatu barang lain
1. Ekstraktif
 Meliputi
penghasilan dan
pemprosesan untuk
mendapatkan sesuatu bahan
mentah
 Dijadikan input
kepada pengeluaran lain
 Cth:Pelombongan
bijih timah, petani hasil tani
dan nelayan mendapat ikan.
1. Perkilangan
 Barang konsumer
 Melibatkan proses
mengeluarkan barang-
barang terus boleh
digunakan oleh pengguna
 Proses
mengeluarkan barang-
barang siap dan melibatkan
beberapa peringkat
 Cth: Barang
makanan (gula, minyak
masak), barang eletrik
 Barang industri
 Melibatkan
pengeluaran barang-barang
yang digunakan untuk
proses pengeluaran
seterusnya
 Cth: pengeluaran
cip komputer, tayar kereta,
barangan elektronik
 Pembuatan
 Aktiviti
menggunakan bahan
mentah untuk
menghasilkan barang siap
atau barang separuh siap.
 Cth: Menggunakan
getah untuk menghasilkan
tayar dan sarung tangan,
menggunakan kayu balak
untuk menghasilkan
perabot seperti kerusi dan
meja
 Pemasangan
 Aktiviti memasang
komponen-komponen
untuk menghasilkan barang
siap.
 Cth: Komponen
elektronik dipasang untuk
menghasilkan televisyen,
radio dan perakam video.
PERKHID 1. Perdagangan
MATAN  adalah aktiviti
menyediakan barangan
supaya mudah didapati oleh
pembeli apabila diperlukan
 mereka terlibat
merupakan penghubung
antara pengeluar dan
pengguna spt
peruncitandan
pemborongan
1. Kewangan
 aktivitinya adalah
sperti bank perdagangan,
syarikat pelaburan, syarikat
insurans dan syarikat
kewangan
 terlibat dalam
bidang pengumpulan
modal, pelaburan
ekuiti,penyediaan
kemudahan kredit dan
urusniaga pasaran wang.
1. Perkhidmatan
 merangkumi
perkhidmatan profesional
dan perkhidmatan
perdagangan
-contoh: syarikat peguan,
doktor agen pelancongan
dll

SEKTOR 1. Sekt  Mewujudkan


or Swasta peluang pekerjaan kepada
rakyat dengan membuka
kilang/perniagaan
 Tingkatkan hasil
negara melalui cukai
 Memberi kemahiran
dan pengalaman untuk
meningkatkan
produktiviti/pembangunan
sumber manusia kepada
masyarakat.
 Sumbangan kepada
negara seperti derma dll
 Menyediakan
infrastruktur/prasarana spt
jalanraya dll
 Memindah
teknologi ke dalam negara
 Menjalankan r & d
1. Sekt  Menjadi penyokong
or Awam & pendorong kepada sektor
swasra
 Memberi
kemudahan dan panduan
,insentif dll dalam
pengeluaran,pertanian dll
 Membantu
mengurangkan lapisan
birokrasi
 Cth: kelulusan
lesen/permit dapat
diselesaikan bawah satu
bumbung
1. Bad  Mengawal selia
an aktiviti perniagaan sektor
Berkanun swasta supaya tidak
melanggar peraturan dan
 Perundangan yg
telah ditetapkan.
 Dapat menjaga
kewibawaan sektor swasta
& kepentingan pihak
pengguna supaya tidak
ditindas
 Pihak tidak
bertanggungjawab
 Menyediakan
sumber manusia contoh
universiti
 Melaksanakan dasar
berkaitan dengan pihak
swasta
TAHAP PENGEL PRIMER  Tahap pertama
PERNIA UARAN dalam proses pengeluaran
GAAN  Pengeluaran bahan
mentah pada peringkat asas
 Contoh: penoreh
pengeluaran susu getah dari
pokoknya
SEKUNDE  Tahap kedua dalam
R proses pengeluaran
 Pemprosesan bahan
mentah untuk
menghasilkan barang
separuh siap
Dan barang siap

 Contoh : susu getah


digunakan untuk
menghasilkan keluaran
getah lain
Seperti sarung tangan getah

TERTIER  Tahap terakhir


dalam proses pengeluaran
 Pemasaran produk
kepada pengguna akhir
 Lebih tertumpu
kepada sektor
perkhidmatan
 Contoh : sarung
tangan getah akan
diedarkan kepada pengguna
melalui rangkaian
pengedaran yang sesuai.
INDUST HULUAN  Peringkat industri
RI yang membekalkan bahan
mentah, barang separuh
siap atau
 Barang siap yang
akan digunakan dalam
aktiviti pengeluaran lain
 Contoh: Industri
yang mengeluarkan susu
getah
HILIRAN  Tahap perniagaan
yang berlaku selepas tahap
huluan
 Contoh: Perniagaan
yang menghasilkan tayar
getad daripada susu getah
PASARA DOMESTI  Melibatkan
N K penjualan produk pada
peringkat pasaran dalam
Negara/tempatan
 Cth: tayar getah
yang dihasilkan pengeluar
malaysia dijual kepada
 Pengguna dalam
pasaran malaysia sahaja
ANTARAB  Penjualan produk
ANGSA kepada pengguna asing di
luar negara
 Cth: pengeluar tayar
getah di malaysia
mengeksport tayar getah ke
Negara lain.

You might also like