You are on page 1of 2

PINJAMAN KOMPUTER

1. Siapakah yang boleh memohon pinjaman komputer?

Pegawai-pegawai perkhidmatan awam yang bertaraf tetap. Anggota yang bertaraf sementara,
kontrak dan sambilan tidak layak untuk dipertimbangkan.

2. Apakah yang dimaksudkan membeli/pembelian komputer di bawah pembiayaan


pinjaman komputer?

Membeli/pembelian komputer bererti pembelian komputer baru termasuk perkakasan dan


perisiannya atau pembelian perkakasan dan perisian bagi tujuan peningkatan komputer pada
masa pembelian itu dibuat.
Amaun pembiayaan ini boleh digunakan untuk membeli komputer baru iaitu komputer peribadi,
komputer riba termasuk pembelian pencetak dan pengimbas.

3. Apakah syarat asas bagi melayakkan pegawai membuat pinjaman komputer?

1. Jumlah ansuran potongan bulanan tidak melebihi 1/3 dari gaji pokok
2. Jumlah potongan termasuk potongan bagi pembiayaan komputer tidak melebihi 60% dari
jumlah gaji pokok dan elaun bulanan

4. Berapakah had kelayakan maksimum bagi pinjaman komputer ?

Amaun pembiayaan maksimum adalah sebanyak RM5,000.00 dan akan dikira kepada angka
ratusan ringgit yang kurang.
Misalnya, harga komputer :-
1. Jika RM4,888 - pinjaman yang boleh diluluskan ialah RM4,800.
2. Jika RM5,199 - pinjaman yang boleh diluluskan ialah RM5,000.

5. Berapa lamakah tempoh bayaran balik maksima yang dibenarkan?

Tempoh bayaran balik maksima yang dibenarkan adalah 48 bulan.

6. Bolehkah pegawai membuat pinjaman komputer kali kedua?

Boleh, dibenarkan membuat pinjaman komputer setiap tiga (3) tahun sekali. Permohonan baru
hanya boleh diluluskan selepas tiga (3) tahun dikira mulai tarikh kelulusan sebelumnya dengan
syarat pinjaman yang ada telah diselesaikan.
(SPP 10/2009 berkuatkuasa mulai 1 Januari 2010)
7. Apakah tindakan yang sepatutnya diambil bagi mengelakkan terlebih potongan gaji
peminjam apabila tempoh pinjaman komputer telah tamat?

Peminjam perlu mengemukakan permohonan pertanyaan baki melalui jabatan peminjam untuk
penamatan potongan kepada JMS(a)/BPOPA(b) (yang mana berkenaan). Disarankan untuk
mengemukakan pertanyaan baki 3 bulan sebelum tempoh tamat. Ini membolehkan jabatan pegawai
yang meminjam dapat membuat perubahan gaji tepat pada masanya.

Nota:
1. JMS (Jabatan Mengakaun Sendiri) terdiri daripada Jabatan/Kementerian berikut:
1. Jabatan Perdana Menteri
2. Kementerian Pertahanan
3. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
4. Kementerian Pelajaran
5. Kementerian Kesihatan
6. Kementerian Dalam Negeri
7. Kementerian Kerja Raya
8. Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan
9. Kementerian Pengangkutan
10. Kementerian Pengajian Tinggi

2. BPOPA (Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat dan Agensi di Jabatan Akauntan Negara)
untuk Jabatan/Kementerian yang bukan di bawah JMS.

8. Bagaimana prosedur untuk membuat penyelesaian awal baki pinjaman komputer?

8.1 Dapatkan pengesahan baki pinjaman melalui proses pertanyaan baki untuk penyelesaian
sekaligus/ tamat potongan samada melalui :-
I. Secara bersurat, peminjam perlu mengisi format surat pertanyaan baki dan dihantar
kepada JMS/BPOPA(yang mana berkenaan) melalui jabatan peminjam. Maklumbalas
kepada pertanyaan baki ini akan dikemukakan melalui Ibu Pejabat jabatan peminjam;

Atau

II. Perkhidmatan online: Maklumat Pinjaman Komputer, di laman web rasmi


www.anm.gov.my di mana peminjam boleh mengunci masuk butir-butir pinjaman
sendiri. Tidak perlu melalui Ibu Pejabat jabatan peminjam. Walau bagaimanapun
maklumbalas kepada pertanyaan baki ini akan dikemukakan melalui Ibu Pejabat
jabatan peminjam.

8.2 Peminjam seterusnya perlu membuat pembayaran berdasarkan baki yang disahkan dan
mematuhi tempoh tarikh yang ditetapkan dengan tunai atau bank deraf atas nama
"Akauntan Negara Malaysia", melalui Bahagian Kewangan jabatan peminjam.

You might also like