You are on page 1of 2

Puan,

MEMOHON KERJASAMA JABATAN/PTJ MENGEMASKINI DATA

Dengan hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas dan surat kami bernombor rujukan
COD/COL/GOM/GENERAL/05-2011 (86) bertarikh 03 Mei 2011.

Untuk makluman, pihak MAS sedang dalam proses menggantikan sistem kewangan yang sedia
ada kepada ”Enterprise Resource Planning” (ERP) menggunakan sistem SAP. Oleh kerana
terdapat beberapa perubahan ke atas proses semasa, pihak kami memohon kerjasama daripada
pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)/ Pejabat Perakaunan untuk mengedarkan
lampiran yang disediakan kepada Jabatan/ Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah kelolaan
pejabat tuan/puan untuk mengemaskini data-data berikut selewat-lewatnya pada 16 Mei
2011.

1. Nama Jabatan/PTJ
2. Alamat
3. Nombor telefon/fax
4. Nombor kod jabatan/PTJ
5. Nombor kod yang dipertanggungkan
6. Nombor kod program aktiviti
7. Nombor Vot
8. Mengenal pasti nombor akaun aktif/ tidak aktif

Bagi akaun yang tidak aktif, pihak Jabatan/PTJ haruslah mengemukakan borang KEW310 untuk
pembatalan akaun kepada MAS melalui pihak JANM / Pejabat Perakaunan. Borang tersebut
hendaklah sampai kepada kami selewat-lewatnya pada 31 Mei 2011. Sekiranya pihak kami
tidak menerima borang tersebut selepas tarikh yang diberikan, pihak MAS beranggapan pihak
Jabatan/PTJ bersetuju untuk membatalkan akaun tersebut.

Sekiranya, pihak Jabatan/ PTJ ingin menggunakan kembali akaun yang tidak aktif setelah ERP
berkuatkuasa, pihak puan bolehlah menghantar borang KEW 310 kepada pihak MAS untuk
mengwujudkan akaun tersebut.

Segala kerjasama yang diberikan pihak puan amatlah kami hargai. Sebarang pertanyaan
bolehlah menghubungi Puan Nooraida Hassan di talian 03-78633912 (atau email :
nooraida@malaysiaairlines.com) dan Cik Shyda Nuzlia Samsudin di talian 03-78633264 (email :
shydanuzlia.samsudin@malaysiaairlines.com).

Sekian, terima kasih.

Nooraida Hassan
Malaysia Airlines System
Jabatan Operasi Kredit - GOM Pukal
Tel : 03 7863 3912
Fax : 03 7846 4111
e-mail : nooraida@malaysiaairlines.com

You might also like