You are on page 1of 5

TATACARA PEMBAYARAN PEMBERIAN FAEDAH PEMINDAHAN GAJI BERSAMAAN

DENGAN AMAUN SATU (1) KENAIKAN GAJI TAHUNAN (KGT) BERKUATKUASA PADA
1 JULAI 2016.

1.0 Tujuan
1.1

Tatacara ini bertujuan untuk memberi garis panduan kepada Pusat Pembayar bagi
pelaksanaan pembayaran pemberian faedah pemindahan gaji bersamaan dengan
amaun satu (1) KGT berkuatkuasa 1 Julai 2016.

1.2

Tatacara ini selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016


(PP 1/2016) mengenai rasionalisasi skim perkhidmatan bagi Perkhidmatan Awam
Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).

2.0 Latar belakang


2.1

Selaras dengan langkah-langkah rasionalisasi skim perkhidmatan ini, Kerajaan turut


bersetuju menetapkan Gaji Permulaan Terendah (GPT) dalam Perkhidmatan Awam
pada RM1,200 sebulan dan penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimum
(JGMM). Pegawai awam turut menerima faedah pemindahan gaji bersamaan satu
(1) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kecuali yang terlibat dalam pemindahan ke gaji
permulaan yang baharu di JGMM baharu.

2.2

Proses pengemaskinian data gaji pada bulan Julai 2016 beserta 1 KGT akan
dilaksanakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM) JANM secara
batch.

3.0 Template Gaji Satu (1) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT)


3.1

Template Gaji Satu (1) KGT (Microsft Excel) akan diedarkan kepada semua Pusat
Pembayar pada 14 Jun 2016 (Selasa) untuk tujuan pengemaskinian data gaji bagi
pelaksanaan 1 KGT.

3.2

Template ini mengandungi formula kiraan gaji dan elaun mengikut kelayakan setiap
pegawai berdasarkan faedah pemindahan gaji bersamaan satu (1) Kenaikan Gaji
Tahunan (KGT) dan yang terlibat dalam pemindahan ke gaji permulaan yang baharu
di JGMM baharu.

4.0 PERANAN PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ)/ PUSAT PEMBAYAR GAJI


4.1

Untuk makluman, data ini adalah berdasarkan gaji bulan Jun 2016. Data ini juga
tidak termasuk gaji bagi gred jawatan PDRM, Pengurusan Tertinggi (JUSA), ATM,
APMM dan SPRM kerana data adalah SULIT.

4.2

PTJ perlu menyemak dan mengesahkan template 1 KGT maklumat gaji dan elaun
pegawai yang layak mengikut kelayakan masing-masing setelah mengambil kira 1
KGT.
4.2.1 Pembayaran pemberian pemindahan gaji 1 KGT adalah tanggungan Jabatan
di mana pegawai menerima gaji pada bulan pembayaran.
4.2.2 Amaun gaji dan elaun yang berwarna merah dalam Laporan Gaji 1 KGT
hendaklah diberi perhatian dan disemak dengan sewajarnya. PTJ dipohon
untuk menyemak dengan terperinci terhadap maklumat di kolum T hingga
AA kerana maklumat tersebut yang akan dimuatnaik di dalam sistem untuk
pelaksanaan faedah 1KGT.
4.2.3 PTJ diingatkan untuk TIDAK MEMBUAT SEBARANG
TERHADAP FORMAT excel yang dikemukakan ini.

PINDAAN

4.2.4 PTJ perlu memastikan semua pegawai diberi Pergerakan Gaji Tahunan
(PGT) 2016 (Jan, Apr, Jul dan Okt). Mengenalpasti samada pegawai yang
disenaraikan layak ataupun tidak menerima faedah pemindahan gaji 1KGT
berdasarkan kepada Pekeliling Pekhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016. Semua
pegawai akan menerima faedah pemindahan gaji 1KGT kecuali yang terlibat
dalam pemindahan ke gaji permulaan yang baharu di JGMM baharu.
4.2.5 Tindakan yang perlu diambil jika pegawai terlibat dalam pemindahan ke gaji
permulaan yang baharu di JGMM baharu:
4.2.5.1 Banding dengan gaji permulaaan JGMM baharu;
4.2.5.2 Jika gaji KURANG dari gaji permulaan baharu;
4.2.5.2.1 Beza sama atau lebih dari 1KGT Gaji di pindah ke JGMM baharu
4.2.5.2.2 Beza kurang dari 1KGT beri faedah pemindahan 1KGT
4.2.5.3 Jika gaji LEBIH dari gaji permulaan baharu;
4.2.5.3.1

Beri faedah pemindahan 1KGT

4.2.6 Mengenalpasti bulan PGT 2016 berdasarkan kepada kolum Next Increase
Date.
4.2.6.1

PGT bulan Januari dan April 2016

4.2.6.1.1

Semak samada PGT bulan Januari dan April 2016 telah


dilaksanakan ataupun belum. Sekiranya telah dilaksanakan, sila
semak ketepatan maklumat gaji pegawai.

4.2.6.1.2

Manakala sekiranya belum dilaksanakan, sila lakukan pindaaan


dengan membuat tambahan HANYA satu (1) PGT bagi tahun 2016
(kolum yang perlu dipinda adalah Gaji, Next Increase Date dan
Elaun-elaun sekiranya berkaitan). Diingatkan bahawa Faedah
1KGT akan dikira secara auto di kolum T - AA). Walau
bagaimanapun PTJ adalah bertanggungjawab untuk menyemak
dan mengesahkan amaun tersebut. Pastikan Kew.8 disediakan
untuk simpanan Jabatan dan tidak perlu dikemukakan kepada Unit
Gaji JANM Pahang.

4.2.6.1.3

Tunggakan gaji bagi PGT bulan Januari dan April 2016 juga akan
dilaksanakan secara batch, walau bagaimanapun PTJ dipohon
untuk mengisi maklumat tunggakan tersebut
pada Excel
Tunggakan Gaji PGT Januari dan April mengikut format Excel yang
akan diedarkan bersekali dengan Laporan Gaji 1 KGT ( bagi kes
PGT belum dilaksanakan.

4.2.7 Dimaklumkan juga data 1KGT ini tidak mengambilkira SG20 bulan Julai 2016.
Oleh yang demikian, sekiranya PGT bulan Januari dan April 2016 dihantar
pada bulan Julai 2016 maka ia belum diambilkira dan PTJ perlu melakukan
pindaan dengan membuat tambahan HANYA satu (1) PGT bagi tahun 2016
(kolum yang perlu dipinda adalah Gaji, Next Increase Date dan Elaun-elaun
sekiranya berkaitan). Diingatkan bahawa Faedah 1KGT akan dikira secara
auto di column T - AA). Walau bagaimanapun PTJ adalah bertanggungjawab
untuk menyemak dan mengesahkan amaun tersebut.
4.2.8 PGT bulan Julai dan Oktober 2016
4.2.8.1 PTJ dipohon untuk membuat pindaan dengan membuat tambahan
HANYA satu (1) PGT bagi tahun 2016 (kolum yang perlu dipinda adalah
Gaji, Next Increase Date dan Elaun-elaun sekiranya berkaitan).
Diingatkan bahawa Faedah 1KGT akan dikira secara auto di kolum T AA). Walau bagaimanapun PTJ adalah bertanggungjawab untuk
menyemak dan mengesahkan amaun tersebut. Pastikan Borang Kew 8
disediakan untuk simpanan Jabatan dan Kew.8 tersebut tidak perlu
dikemukakan kepada Unit Gaji JANM Pahang.

4.2.9 PS Type 06 mesti digunakan jika gaji minimum atau maksimum pegawai
berubah mengikut Pekeliling Pekhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016.
4.2.10 Formula pada column K, L dan T hingga AA akan dikeluarkan apabila data
dimasukkan pada column B hingga J dan M hingga R.
4.2.11 PTJ perlu mengembalikan laporan yang telah disahkan secara softcopy
melalui emel kepada Unit Gaji JANM Pahang selewatnya-lewatnya pada 18
Jun 2016 (Sabtu). Pengesahan maklumat adalah secara emel sahaja
manakala salinan hardcopy yang disahkan boleh disimpan di pejabat
masing-masing.

5.0 Perubahan Gaji Kew.320 (SG20) bulan Julai 2016


5.1

PTJ TIDAK DIBENARKAN untuk membuat sebarang perubahan gaji (SG20)


kecuali bagi:
5.1.1 Pegawai bertukar masuk (Tindakan 01,02 dan 05)
5.1.2 Pertukaran Pelantikan Pegawai dari Gred 17/22/26 ke Gred 29
5.1.3 Penamatan.

5.2

PTJ bertanggungjawab untuk memastikan SG20 tersebut mengambil kira kenaikan


1 KGT.

5.3

Bagi pegawai yang tidak tersenarai dalam Laporan Gaji 1 KGT (pegawai yang
berpindah keluar - Tindakan T42 pada 1 Julai 2016), bayaran pemberian pindahan
gaji 1 KGT hendaklah ditanggung oleh Jabatan di mana pegawai menerima gaji
pada bulan Julai 2016 dengan menggunakan Baucar Bayaran.

5.4

Sijil Gaji Akhir (LPC) yang dikeluarkan sebelum 1 Julai 2016 tidak mengambil kira
bayaran pemindahan gaji 1 KGT.

5.5

PTJ lama bertanggungjawab untuk memaklumkan PTJ baru di mana 1 KGT


pegawai telah dibayar untuk mengelakkan bayaran berganda.

5.6

PTJ (Baharu) hendaklah menyediakan SG20 gaji baharu (gaji pokok seperti di
LPC + 1 KGT) pegawai berkenaan bagi Tindakan B02 mulai bulan gaji aktif di
Pejabat Perakaunan baru.

5.7

Tarikh akhir penghantaran SG20 tersebut perlu dikemukakan kepada Pejabat


Perakaunan selewat-lewatnya pada 20 Jun 2016 (Isnin) jam 5.00 petang. Borang
SG20 yang dihantar selepas tempoh tersebut tidak akan diproses.

6.0 PENYATA PERUBAHAN MENGENAI PENDAPATAN SESEORANG PEGAWAI


(Kew. 8 Pin 10/96)
6.1

PTJ perlu sediakan Penyata Perubahan Mengenai Pendapatan Seseorang


Pegawai (Kew. 8 Pin 10/96) bertujuan untuk rekod di Buku Perkhidmatan dan
simpanan fail peribadi pegawai.

6.2

Kew. 8 Pin 10/96 boleh dibuat bersekali dengan pemberian 1 KGT (tahun 2016)
bagi pegawai yang mana pergerakan gaji tahunannya jatuh pada bulan Julai dan
Oktober 2016.

6.3

Borang Perubahan Gaji (SG20 / Kew.320) tidak perlu disediakan bagi perubahan
gaji dan perubahan elaun berkaitan gaji yang dilaksanakan secara batch (melalui
format Excel Laporan Gaji 1 KGT) .

7.0 PENUTUP
Semua Pusat Pembayar hendaklah mematuhi tatacara ini agar pembayaran pemberian
faedah pemindahan gaji bersamaan dengan amaun satu (1) KGT berkuatkuasa 1 Julai
2016 dapat dilaksanakan dengan sempurna mengikut jadual yang telah ditetapkan.

You might also like