You are on page 1of 2

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA NEGERI SABAH

Department of Statistics Malaysia Sabah


Kementerian Ekonomi
Ministry of Economy
Pejabat Operasi Sandakan, Tel : 089-674330/331/332/339
Tingkat 2, Wisma Persekutuan, 089-666906/907/909
Jalan Labuk, Beg Berkunci No. 1, Faks : 089-672652/667679
90500 Sandakan, Portal : www.dosm.gov.my
__________________________________________________________________
SABAH. e-mel : jpsabah@stats.gov.my

JP/SBHS/430/2 (10)
09 September 2023
24 Safar 1445H
Kepada yang berkenaan
i) Ketua Kampung Sogo-Sogo
ii)JKKK Kampung Sogo-Sogo

Tongod,
Sabah,

Tuan,

Perkara : MAKLUMAN BERKENAAN KAKITANGAN BERTUGAS DI KAMPUNG SOGO-


SOGO BAGI TUJUAN BANCIAN KURANG LIPUTAN KELAHIRAN DAN KEMATIAN
2023 DENGAN USAHASAMA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) DAN
JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN).

Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian YBhg. pihak tuan berkenaan perkara
seperti yang tersebut di atas dan ianya adalah dirujuk.

02. Untuk makluman YBhg. tuan, Jabatan Perangkaan Malaysia Sabah, Pejabat
Operasi Sandakan pada masa ini akan menjalankan Banci Kurang Liputan Kelahiran
dan Kematian dengan usahasama bersama agensi lain seperti Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) dan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) dan dijalankan
dibawah kuasa Akta Jabatan Perangkaan 1965 (Disemak 1989) serta Akta Banci 1960.
Terdapat 15 kawasan atau Blok Penghitungan (BP) terpilih bagi Bahagian Sandakan
meliputi 5 daerah iaitu Sandakan (3BP), Kinabatangan (3BP), Beluran (3BP), Tongod
(3BP) dan Telupid (3BP). Semua kawasan penempatan perumahan (tempat kediaman –
TK) bagi 15BP tersebut akan diliputi selaras dengan terma banci bagi kajian tersebut.

03. Justeru, pejabat ini ingin memaklumkan kepada pihak YBhg. tuan bahawa akan
terdapat kakitangan jabatan yang melaksanakan tugasan tersebut di Kampung Sogo-
Sogo. Maklumat kakitangan dan tempoh tugasan adalah seperti berikut :

Nama No. KP Gred No. Telefon

En. Mohamad Alif Bin Mohamad Asli 980411-12-5825 E29 MySTEP 013 - 552 4064

Cik. Cristshila Fedelis 000327-12-1956 E29 MySTEP 013 - 247 5019

Cik. Suhaidah Binti Oto 961221-12-6014 E29 MySTEP 011 - 1604 5929

Tempoh : Bermula 18hb September 2023


Masa Operasi : 8.00 am – 5.00 pm

STATISTIK NADI KEHIDUPAN


Statistics is the Essence of Life
04. Dengan makluman ini, besarlah harapan pejabat ini agar kiranya pihak YBhg. tuan
dapat memberikan kerjasama dan kemudahan kepada kakitangan tersebut untuk
kelancaran semasa kajian seterusnya bagi memenuhi objektif dan keberkesanan kajian.

05. Perhatian, pertimbangan dan kerjasama oleh YBhg. pihak tuan amatlah diharapkan
dan didahului dengan setinggi-tinggi penghargaan.

Sekian terima kasih,

"MALAYSIA MADANI",
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA",
Saya yang menjalankan amanah,

(IMRAN BIN TITING)


Ketua Pejabat,
Pejabat Operasi Sandakan,
Jabatan Perangkaan Malaysia,
Negeri Sabah.

emel : imran@dosm.gov.my
No. Tel : 089 674330/019 853 6257
No. Faks : 089 672 652

STATISTIK NADI KEHIDUPAN


Statistics is the Essence of Life

You might also like