You are on page 1of 3

MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAH

PEMBERITAHU JAWATAN
KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan akan diberikan
kepada RAKYAT NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM untuk mengisi jawatan berikut di Majlis
Perbandaran Johor Bahru Tengah :-

JAWATAN KOSONG

SKIM PERKHIDMATAN : PEMBANTU PENGUATKUASA


(TEMPAT LETAK KERETA)
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN
SOKONGAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : SOKONGAN

GRED JADUAL GAJI MATRIKS


N17 P1 T1 RM 820.38 - P1 T24 RM 2,151.35

A. SYARAT LANTIKAN
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan; atau

1
(ii) bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera
Malaysia yang berpangkat Koperal ke atas dan telah disahkan
dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan
yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis
dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
(iii) mempunyai lesen menunggang motosikal yang sah;
(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang
berikut:
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg;
(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm;
(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji
berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin
mata;
(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vi) diakui sihat dan sesuai oleh Pegawai Perubatan kerajaan.
dan (e) calon yang memiliki kelayakan perenggan 1(c) (i) atau (ii) di atas
hendaklah lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

PENETAPAN GAJI PERMULAAN

Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred N17 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa
Melantik berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

B. TARAF JAWATAN : KONTRAK

C. PEMBERIAN ELAUN DAN KEMUDAHAN


i) Imbuhan Tetap Perumahan
ii) Imbuhan Tetap Khidmat Awam
iii) Bantuan Sara Hidup

2
D. CARA MEMOHON

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan


Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah yang mana boleh didapati dengan
menggunakan sampul surat berukuran 10 cm x 23 cm yang beralamat sendiri dan
bersetem 40 sen atau mengambilnya sendiri di JABATAN KHIDMAT
PENGURUSAN, MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAH, 81300
SKUDAI, JOHOR BAHRU. Borang permohonan juga boleh diperolehi dengan
memuat turun melalui laman web Majlis www.mpjbt.gov.my Sila nyatakan
jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat berkenaan semasa
memohon dan mengembalikan borang-borang permohonan.

Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan


Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui
Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘ A ’ Bil. 21.

E. ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAH,
81300 SKUDAI, JOHOR BAHRU.

29 APRIL 2011
Sebelum atau pada ____________________

H. Hanya calon-calon yang ditapis untuk ditemuduga sahaja akan dihubungi. Mereka yang
tidak dihubungi adalah tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga
adalah tertanggung atas calon-calon sendiri. Pemohon yang tidak menerima jawapan
selepas 2 minggu dari tarikh temuduga dianggap tidak berjaya.

HAJI MD. FUZI BIN HAJI AHMAD SHAHIMI


Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.

HMFHAS/nar2011….jawatan

You might also like