You are on page 1of 20

SULIT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI PUSU


23/1 KM 11 JALAN GOMBAK, 53100 KUALA LUMPUR.
Geografi
Kertas 1
Mei
2009
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2009
1¼ jam
GEOGRAFI
TINGKATAN 2

Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 60 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawab dengan menghitamkan ruangan yang betul pada kertas jawapan.

4. Hitamkan satu ruangan sahaja bagi setiap soalan.

5. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

6. Anda dibenarkan menggunakan alat geometri


SULIT 2 23/1

Soalan 1 hingga 6 berdasarkan peta di bawah.

1 Kawasan tanah tinggi di dalam peta terdapat di sebelah

A Utara C Selatan
B Timur laut D Barat laut

2 Bearing sudutan jambatan dari kilang ialah

A 13 º C 103 º
B 77 º D 257 º

3 Manakah antara berikut benar tentang kawasan penanaman padi di kawasan


peta

I Padi merupakan tanaman utama


II Padi ditanam dengan bantuan pengairan
III Terdapat petempatan berjajar di kawasan sawah padi
IV Benteng dibina di kawasan penanaman padi

A I dan II C III dan IV


B II dan III D I dan IV

23/1 ©2009 Hak cipta SMK Sungai SULIT


Pusu
SULIT 3 23/1

4 Jarak jalan raya dari titik A ke titik B ialah

A 2.5 km C 7.5 km
B 5 km D 10 km

5 Skala yang digunakan di dalam peta ialah

A Skala lurus B Skala pecahan wakilan


C Skala penyata D Skala pecahan pengimbang

6 Antara berikut, yang manakah merupakan simbol budaya yang terdapat di atas
peta?

I sawah padi
II paya
III hutan
IV jambatan

A I dan II C III dan IV


B II dan III D I dan IV

Soalan 7 dan 8 berdasarkan rajah di bawah

7 Latitud 23½ºU dikenali sebagai …..

A Garisan Jadi C Garisan Artik


B Garisan Sartan D Garisan Antartik

23/1 ©2009 Hak cipta SMK Sungai SULIT


Pusu
SULIT 4 23/1

8 Antara berikut,pernyataan yang manakah benar tentang garisan X dalam rajah di


atas ?

I Dikenal sebagai Garisan Meridian Pangkal.


II Merupakan lalitud yang terpanjang.
III Membahagikan bumi kepada 2 hemisfera.
IV Digunakan untuk mengira waktu tempatan.

A I dan II C III dan IV


B II dan III D I dan IV

Soalan 9 berdasarkan rajah di bawah

9 Kedudukan K dalam rajah di atas ialah

A 36º U C 36 º U 22 º T
B 22 º T D 36 º U 39 º B

10 Antara berikut, pernyataan yang manakah menerangkan Garisan Tarikh


Antarabangsa?

A Merupakan longitud 180ºT/B


B Membahagikan bumi kepada 2 hemisfera
C Merupakan longitud yang paling panjang
D Digunakan untuk menentukan waktu piawai

23/1 ©2009 Hak cipta SMK Sungai SULIT


Pusu
SULIT 5 23/1

Soalan 11 berdasarkan rajah di bawah.

45º B 15º B

Bandar X Bandar Y
(?) ( 1.00 pagi)

11 Pukul berapakah waktu di bandar X sekiranya waktu di bandar Y ialah pukul


1.00 pagi?

A 11.00 malam C 2.00 pagi


B 12.00 malam D 3.00 pagi

Soalan 12 berdasarkan jadual di bawah.

Bandar Kedudukan Waktu


Greenwich 0° 3.00 petang
P 30°B 1.00 petang
Q 30°T ?

12 Berdasarkan jadual di atas, waktu tempatan di bandar Q mungkin sekali ialah

A 12.00 tengah hari C 4.00 petang


B 2.00 petang D 5.00 petang

13 Berapakah zon waktu piawai yang terdapat di seluruh dunia ?

A 14 C 24
B 20 D 36

· Diukur dari arah utara mengikut pusingan jam


· Nilai sudut antara 0º hingga 360º

14 Pernyataan di atas menerangkan tentang

A Skala C Bearing sukuan


B Kedudukan D Bearing sudutan

23/1 ©2009 Hak cipta SMK Sungai SULIT


Pusu
SULIT 6 23/1

Soalan 15 berdasarkan rajah di bawah.

U
Q
B T
35º
P
S
15 Berapakah bearing sudutan titik P dari titik Q ?

A 35º C 180º
B 70 º D 215 º

16 Apakah antara alat yang sesuai digunakan untuk mengukur jarak melengkung?

I tali
II benang
III pembaris
IV jalur kertas

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

· Jarak sebenar rumah Anis ke perpustakaan ialah 18 km

17 Sekiranya skala lurus ialah 1 cm mewakili 2 km, Apakah jarak pada peta antara
rumah Anis dengan perpustakaan?

A 9 cm C 12 cm
B 10 cm D 18 cm

18 Graf yang lengkap mesti mempunyai


I tajuk
II petunjuk
III ton warna
IV arah mata angin

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

23/1 ©2009 Hak cipta SMK Sungai SULIT


Pusu
SULIT 7 23/1

Soalan 19 dan 20 berdasarkan graf di bawah.

19 Berapakah jumlah keseluruhan murid lelaki yang menyertai pasukan rumah sukan?

A 40 orang C 60 orang
B 50 orang D 90 orang

20 Berapakah perbezaan jumlah murid perempuan antara pasukan rumah kuning dan rumah
biru.

A 5 orang C 15 orang
B 10 orang D 25 orang

23/1 ©2009 Hak cipta SMK Sungai SULIT


Pusu
SULIT 8 23/1

Soalan 21 dan 22 berdasarkan graf di bawah.

21 Negara X mengalami penurunan dalam pengeluaran getah antara tahun 2000 ke tahun
2001 sebanyak ...

A 5 ribu tan metrik C 45 ribu tan metrik


B 35 ribu tan metrik D 50 ribu tan metrik

22 Negara Z mengalami peningkatan dalam pengeluaran getah antara tahun ...

A 2000 - 2001 C 2000 - 2002


B 2001 - 2002 D 2002 – 2003

Soalan 23 dan 24 berdasarkan rajah di bawah.

23 Jenis tanih yang mungkin dapat dikaitkan dengan rajah di atas ialah

A tanih pasir C tanih aluvium


B tanih gambut D tanih berlumpur

23/1 ©2009 Hak cipta SMK Sungai SULIT


Pusu
SULIT 9 23/1

24 Manakah antara berikut benar berkenaan pokok di atas

I tumbuh di kawasan paya air tawar


II tumbuh di kawasan paya air masin
III penting untuk industri kraf tangan
IV penting dalam industri pembinaan

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

25 Berdasarkan rajah di atas, apakah kesan pengaliran air kumbahan ke sungai?

I hidupan sungai terjejas


II pencemaran air berlaku
III hujan kerap berlaku
IV hasil kebun sayur meningkat

A I dan II C II dan IV B
I dan III D III dan IV

26 Apakah jenis hujan yang mungkin turun di kawasan tersebut?

A hujan asid C hujan bukit


B hujan panas D hujan perolakan

23/1 ©2009 Hak cipta SMK Sungai SULIT


Pusu
SULIT 10 23/1

Soalan 27 dan 28 berdasarkan peta di bawah.

27 Tempat penyu bertelur boleh didapati di sebelah ....

A utara C barat
B timur D tenggara

28 Ciri fizikal tanah tinggi yang terdapat dalam peta di atas ialah

I Gua Niah
II Gua Gomantong
III Taman Negara Bako
IV Taman Negara Crocker

A I dan II C II dan IV B
I dan III D III dan IV

23/1 ©2009 Hak cipta SMK Sungai SULIT


Pusu
SULIT 11 23/1

Soalan 29 dan 30 berdasarkan peta di bawah.

29 Ciri budaya yang dibina untuk kemudahan berimadat dalam peta di atas ialah ...

I masjid
II tokong
III gereja
IV kuil

A I, II dan III C I, III dan IV


B I, II dan IV D II, III dan IV

30 Bagi pelancong yang berminat untuk memancing, mereka perlu menuju ke ...

A Teluk Belanga C Teluk Dalam


B Kg. Teluk Gedong D Kg. Teluk Kecil

23/1 ©2009 Hak cipta SMK Sungai SULIT


Pusu
SULIT 12 23/1

Soalan 31 berdasarkan rajah di bawah.

31 Faktor yang menggalakkan perkembangan awal bandar-bandar di atas ialah …

A perlombongan bijih besi C penanaman getah dan kelapa sawit


B perlombongan bijih timah D menjadi pusat pentadbiran negeri

Tasik Chini, Pahang

32 Antara berikut yang manakah menerangkan tentang kawasan di atas?

I kawasan berpaya
II kawasan berbukit bukau
III kawasan berpenduduk sederhana
IV kawasan berpenduduk jarang

A I dan II C III dan IV


B II dan III D I dan IV

33 Negeri yang mempunyai jumlah penduduk yang paling tinggi di Malaysia ialah

A Perak C Selangor
B Sabah D Sarawak

34 Faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia ialah

I cuaca dan iklim


II sumber mineral
III bentuk muka bumi
IV pengangkutan dan perhubungan

A I, II dan III C I, III dan IV


B I, II dan IV D II, III dan IV

23/1 ©2009 Hak cipta SMK Sungai SULIT


Pusu
SULIT 13 23/1

· Dasar Perindustrian Negara


· Dasar Pertanian Negara

35 Antara tujuan utama kerajaan memperkenalkan dasar-dasar di atas ialah

A menggalakkan pertumbuhan penduduk di sesuatu kawasan


B meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara
C menarik pelabur-pelabur asing
D memberi peluang pekerjaan kepada penduduk

· Tanah Tinggi Kundasang


· Tanah Tinggi Cameron

36 Apakah faktor yang menyebabkan kawasan di atas menjadi tumpuan


penduduk?

A kaya dengan sumber mineral


B merupakan kawasan perindustrian
C terdapat kemudahan pengangkutan moden
D kawasan pertanian tanaman hawa sederhana

· Sepang
· Senai
· Subang

37 Apakah faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di kawasan yang disenaraikan di


atas?
A bentuk muka bumi C dasar kerajaan
B sumber mineral D pengangkutan dan perhubungan

38 Berdasarkam jadual di bawah, kombinasi manakah yang benar menunjukkan faktor


kepadatan penduduk di kawasan tersebut?

Kawasan Faktor
I Dataran Kelantan Pertanian
II Kuala Lumpur Perdagangan
III Lembah Kinta Pembalakan
IV Kuantan Perikanan

A I dan II C III dan IV


B II dan III D I dan IV

23/1 ©2009 Hak cipta SMK Sungai SULIT


Pusu
SULIT 14 23/1

39 Mengapakah kepadatan penduduk adalah jarang di kawasan pedalaman Sabah dan


Sarawak?

A kos sara hidup tinggi


B kadar kelahiran yang rendah
C bentuk muka bumi bergunung- ganang
D tiada kemudahan asas

40 Encik Mansor telah berhijrah ke Wilayah Persekutuan Labuan. Penghijrahan tersebut


dikenali sebagai

A transmigrasi C migrasi berkelompok


B migrasi dalaman D migrasi antarabangsa

41 Antara berikut, manakah yang tidak mempengaruhi perubahan penduduk?

A migrasi
B kadar kelahiran
C kadar kematian
D taburan penduduk

42 Antara berikut, manakah yang menyebabkan pertambahan semula jadi


penduduk Malaysia?

I imigrasi
II emigrasi
III kadar kelahiran
IV kadar kematian

A I dan II C III dan IV


B II dan III D I dan IV

43 Antara berikut, faktor manakah yang menarik penduduk negara luar untuk
berhijrah ke negara Malaysia?

I melanjutkan pelajaran
II kurang kemudahan asas
III keadaan politik tidak stabil
IV peluang pekerjaan yang baik

A I dan II C III dan IV


B II dan III D I dan IV

23/1 ©2009 Hak cipta SMK Sungai SULIT


Pusu
SULIT 15 23/1

Soalan 44 berdasarkan rajah di bawah.

MALAYSIA KOREA

44 Pergerakan penduduk Malaysia dalam rajah di atas dikenali sebagai

A imigrasi C transmigrasi
B emigrasi D migrasi dalaman

45 Shah Alam di Selangor dan bayan Lepas di Pulau Pinang menjadi tarikan penduduk
untuk bekerja dalam sektor

A awam C pelancongan
B pertanian D perindustrian

46 Dasar Kependudukan Negara di Malaysia meletakkan sasaran untuk mencapai jumlah


penduduk ......

A 50 juta C 70 juta
B 60 juta D 80 juta

47 Faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran yang rendah di Malaysia ialah ...

I taraf pendidikan
II wanita berkahwin awal
III kejaya dan status wanita
IV amalan perancangan keluarga

A I , II dan III C I, III dan IV


B I, II dan IV D II, III dan IV

23/1 ©2009 Hak cipta SMK Sungai SULIT


Pusu
SULIT 16 23/1

Soalan 48 dan 49 berdasarkan peta di bawah.

48 Jenis migrasi penduduk dalam peta di atas dikenal sebagai ...

A bandar ke bandar
B bandar ke luar bandar
C luar bandar ke bandar
D luar bandar ke luar bandar

49 Kesan migrasi yang berlaku di kawasan X ialah ...

A bandar besar wujud


B wujud peluang pekerjaan
C jumlah penduduk bertambah
D pembinaan jaringan pengangkutan

50 Pernyataan yang manakah benar berkenaan faktor- faktor migrasi luar bandar ke bandar

I peluang pekerjaan di bandar


II kadar upah yang tinggi di bandar
III kos hidup yang tinggi di luar bandar
IV sistem perhubungan dan pengangkutan yang cekap di bandar

A I , II dan III C I, III dan IV


B I, II dan IV D II, III dan IV

23/1 ©2009 Hak cipta SMK Sungai SULIT


Pusu
SULIT 17 23/1

Soalan 51 berdasarkan rajah di bawah.

51 Apakah tujuan utama teknik penanaman seperti yang ditunjukkan dalam rajah di
atas?

A mencegah banjir C mengekalkan kebuburan tanih


B mengelakkan hakisan D memudahkan pergerakan tanih

· Mahkota Parade, Melaka


· Pengkalan Kontena, Butterworth

52 Kedua-dua tempat di atas dibina di kawasan …

A paya yang ditambak C pinggir laut yang ditambak


B cerun bukit yang diteres D bekas lombong yang ditebusguna

Soalan 53 berdasarkan rajah di bawah.

53 Apakah tujuan utama penggunaan teknik pertanian moden seperti yang


diamalkan dalam rajah di atas?

A menambahkan hasil tanaman


B mengawal penyakit berjangkit
C mengurangkan kos penanaman

23/1 ©2009 Hak cipta SMK Sungai SULIT


Pusu
SULIT 18 23/1

D mengatasi masalah kesuburan tanih

· Empangan Klang Gate


· Empangan Semenyih

54 Pembinaan empangan seperti di atas adalah bertujuan untuk …

A mengairi kawasan pertanian


B membekalkan tenaga elektrik
C membekalkan sumber air domestik
D mengelakkan berlakunya banjir

55 Penerokaan hutan secara tidak terkawal dan berleluasa akan menyebabkan berlakunya

I banjir
II hakisan tanih
III kepupusan sumber hutan
IV pertambahan kawasan habitat hidupan liar

A I , II dan III C I, III dan IV


B I, II dan IV D II, III dan IV

56 Antara yang berikut, manakah merupakan usaha untuk menjamin bekalan kayu pada
masa depan?

I ladang hutan
II rawatan silvikultur
III penghutanan semula
IV mewartakan kawasan hutan simpan

A I , II dan III C I, III dan IV


B I, II dan IV D II, III dan IV

57 Antara yang berikut, agensi manakah menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan
dengan hutan di Malaysia?

A FRIM
B PERHILITAN
C Majlis Perhutanan Malaysia
D Jabatan Perhutanan Malaysia

23/1 ©2009 Hak cipta SMK Sungai SULIT


Pusu
SULIT 19 23/1

58 Antara berikut, yang manakah langkah yang boleh diambil untuk menampung
permintaan penduduk terhadap sayur-sayuran?

I hidroponik
II tanaman campur
III mempelbagaikan tanaman
IV menebusguna kawasan bekas lombong

A I dan II C III dan IV


B II dan III D I dan IV

59 Antara yang berikut, spesis fauna yang diancam kepupusan akibat penerokaan sumber
hutan ialah ...

I gajah
II harimau
III monyet
IV badak sumatera

A I , II dan III C I, III dan IV


B I, II dan IV D II, III dan IV

60 Penerokaan sumber hutan di Malaysia adalah bertujuan untuk

I bahan api
II pembalakan
III petempatan
IV pelancongan

A I , II dan III C I, III dan IV


B I, II dan IV D II, III dan IV

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh Disemak oleh

IBRAHIM BIN YAACOB PN. ZALIZAN BT ZAKARIA

23/1 ©2009 Hak cipta SMK Sungai SULIT


Pusu
SULIT 20 23/1

23/1 ©2009 Hak cipta SMK Sungai SULIT


Pusu

You might also like