You are on page 1of 2

Pendekatan komunikatif

Dalam pengajaran bahasa, terdapat pelbagai pendekatan seperti pendekatan


komunikatif, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan
dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori
pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita
mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adalah
seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris, maka
pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi.

Pendekatan Komunikatif dibentuk berdasarkan teori fungsi bahasa yang diutarakan


oleh M.A.K Halliday (1970). Berdasarkan eksperimennya dengan kanak-kanak,
Halliday telah membuktikan bahawa bahasa memainkan beberapa peranan penting
dalam kehidupan manusia. Menurut Halliday, peranan bahasa itu ialah seperti yang
berikut:

 Bahasa digunakan sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu.

 Bahasa digunakan untuk mengawal tingkah laku orang lain.

 Bahasa digunakan untuk berinteraksi dan berhubung dengan orang lain.

 Bahasa digunakan untuk menyampaikan maksud.

 Bahasa digunakan untuk meluahkan perasaan.

 Bahasa digunakan untuk menyampaikan maklumat.

 Bahasa digunakan untuk mencipta sesuatu secara kreatif dan imaginatif.

Sungguhpun Halliday yang mengutarakan teori ini, dia sendiri tidak membina
pendekatan pengajaran bahasa. Ahli-ahli lain yang merupakan ahli pedagogi bahasa
seperti Keith Morror, H.G. Widdowson, Keith Johson, D. Hymes, Christopher Brumfit
dan lain-lain telah cuba membina satu pendekatan pengajaran bahasa berdasarkan
teori Halliday.

Ciri-ciri penting dalam pendekatan komunikatif yang pertama ialah aspek makna
sangat diutamakan. Kedua, sekiranya dialog digunakan dalam pengajaran, fungsi
atau peranan komunikatif dialog itu hendaklah diutamakan dan bukan dilakukan
untuk dihafaz. Ketiga, konteks dan situasi penggunaan bahasa amat dipentingkan.
Keempat, pembelajaran bahasa merupakan pembelajaran untuk berhubung dan
kemahiran bahasa dianggap sebagai kemahiran sosial. Kelima, bahan-bahan
pembelajaran yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan situasia atau simulasi
dalam aktiviti pengajaran. Keenam, stimulus atau aktiviti pembelajaran hendaklah
menggalakkan atau memberangsangkan murid-murid bercakap dan berkomunikasi,
ataupun menggunakan bahasa dalam pelbagai keperluan berkomunikasi. Ketujuh,
keupayaan berkomunikasi dengan menggunakan bahasa secara betul dan berkesan
ialah matlamat pendekatan komunikatif.

Menurut ahli-ahli yang telah menyokong pendekatan ini, terdapat beberapa perkara
penting yang perlu dipraktikkan sekiranya kaedah pengajaran hendak dibina
berdasarkan pendekatan komunikatif. Prinsip-prinsip tersebut meliputi tujuh perkara.

Pertama, semua latihan dan aktiviti bahasa hendaklah bersesuaian dengan umur,
pengalaman, latar belakang, minat dan keperluan pelajar.

Kedua, semua latihan dan aktiviti bahasa hendaklah bercorak realistik dan pragmatik
dan menggambarkan keperluan sebenar penggunaan bahasa untuk berkomunikasi
dalam dunia yang sebenarnya, iaitu sama ada dalam alam persekolahan, pekerjaan
atau pergaulan.

Ketiga, kemahiran berkomunikasi yang dimaksudkan ialah penggunaan bahasa


sebagai alat untuk berkomunikasi, sama ada secara lisan atau tulisan.

Keempat, semasa mengajar pula pelajar perlu dilibatkan secara aktif iaitu wujudnya
komunikasi dua hala. Dengan kata lain, ada pihak yang memainkan peranan
berbahasa yang bersifat produktif dan ada pihak yang memainkan peranan
berbahasa yang bersifat reseptif.

Kelima, guru haruslah kreatif dan hendaklah sentiasa mencuba menghidupkan


situasi pembelajaran di bilik darjah agar dapat menarik minat dan menyeronokkan
murid-murid.

Keenam, aspek tatabahasa sangat penting dan tidak boleh diabaikan. Kseilapan
perlu dibetulkan serta-merta apabila berlaku dan tidak boleh dibiarkan berterusan.

Ketujuh, dalam sesuatu aktiviti bahasa yang diadakan di dalam bilik darjah, guru
seharusnya bertindak sebagai pengawas, penasihat atau pemerhati sahaja di mana
penglibatan guru amat minimum iaitu masa yang diambil olehnya untuk
menerangkan sesuatu aktiviti yang dijalankan itu haruslah seringkas mungkin.
http://notapismp.blogspot.com/2010/09/pendekatan-komunikatif.html

You might also like