You are on page 1of 6

KONSONAN

Konsonan asli bahasa Melayu

Dalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi


konsonan asli sembilan konsonan pinjaman.

Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal,


tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, m, n, /ng/, s,
h, r dan l.

Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir


perkataan pinjaman seperti bab, had, beg, koc
dan kolej. Huruf konosnan /ny/, w dan y tidak
pernah terdapat pada akhir perkataan.
Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran
udara yang tersekat atau terhalang oleh salah satu
alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut, 
dan sebagainya dan udara dilepaskan melalui
rongga mulut atau rongga hidung.

[p], [b], [t], [d], [k], [g], [q], [c], [j], [m], [n], [], [],
[f], [v], [], [], [s], [z], [], [x], [], [h], [r], [l], [w], [y]
Bunyi Konsonan

•Terdapat tujuh jenis konsonan dalam bahasa Melayu


iaitu letupan/hentian, geseran, letusan, getaran, sisian,
sengauan dan separuh vokal.

• Konsonan letupan terdiri daripada konsonan letupan


dua bibir [p] dan [b], konsonan letupan gusi [t] dan [d],
konsonan letupan lelangit lembut [k] dan [g], konsonan
letupan pita suara [?] dan konsonan letusan [c] dan [j].
Seterusnya, konsonan sengauan.

•Terdapat empat bunyi konsonan sengau dalam bahasa


Melayu, iaitu sengau dua bibir bersuara [m], sengau
gusi bersuara [n], sengau lelangit keras gusi bersuara
[   ] dan sengau lelangit lembut bersuara [h].
• Konsonan geseran pula terdiri daripada sembilan jenis.
Empat bersuara dan empat lagi tak bersuara. Manakala
satu bunyi lagi adalah geseran pita suara yang tidak
dapat dikatakan bersuara atau tak bersuara, dan
dilambangkan dengan [  ]. Konsonan geseran bibir ialah
geseran gigi bibir [f] dan [v], geseran gusi [s] dan [z],
geseran lelangit keras [s] dan [z], geseran lelangit
lembut [x] dan [Y] dan geseran pita suara [h].


• Seterusnya, terdapat hanya satu bunyi konsonan getaran
dan konsonan sisian. Bagi konsonan getaran ialah [r] dan

konsonan sisian adalah [l]. Bagi bunyi separuh vokal pula


terdiri daripada dua jenis iaitu bunyi separuh vokal dua
bibir [w] dan bunyi separuh vokal lelangit keras [y]. Bunyi
Ini dinamakan separuh vokal kerana bunyi vokal ini tidak
dihasilkan dalam keadaan yang sempurna.

You might also like