You are on page 1of 13

Faktor yang Mempengaruhi

Pertuturan
Dapat dibahagikan kepada tiga faktor :
a) Faktor fisiologi
b) Faktor fizikal
c) Faktor persekitaran
1. Faktor Fisiologi
Faktor ini merujuk kepada :
 Jantina
 Penyakit
 Kecergasan
a) Jantina

 Pada peringkat awal kanak-kanak, faktor


jantina berperanan dalam mempengaruhi
pertuturan.

 Kanak-kanak perempuan dapat bertutur


lebih awal daripada kanak-kanak lelaki.
b) Penyakit

 Terdapat beberapa jenis penyakit biologikal


yang memberikan kesan kepada keupayaan
bertutur seseorang.

 Sebagaicontoh, kecacatan pada pita suara


boleh menyebabkan seseorang itu tidak
boleh mengeluarkan bunyi bersuara dan
kesannya mereka tidak boleh bertutur.
c) Kecerdasan
 Kecerdasanberkaitan dengan otak yang sihat
dan dapat berfungsi dengansempurna dalam
memproduksi bahasa.

 Merekayang cerdas dapat bertutur dengan


mudah dan lancar serta dapat melibatkan diri
dalam pelbagai aktiviti pertuturan yang
merangsang kecerdasan mereka seperti
berpidato, bersyarah dan berdebat.
2. Faktor Fizikal
Faktor ini merujuk kepada :
 Alat pendengaran
 Alat pertuturan
a) Alat pendengaran

 Merujuk kepada ketidakupayaan alat


pendengaran, iaitu telinga untuk mendengar
sebarang bunyi atau dalam istilah lain disebut
sebagai pekak.
 Penyakit pekak berlaku kerana kerosakan
pada gegendang telinga yang berperanan
penting dalam menerima dan menyerap
sebarang bunyi luaran.

 Kanak-kanak yang pekak sejak kecil lagi


menyebabkan mereka tidak boleh bertutur
kerana mereka tidak pernah mendengar
bunyi bahasa.
b) Alat pertuturan
 Merujuk kepada ketidakupayaan alat
artikulasi seseorang berfungsi dengan baik
bagi menuturkan ujaran.

 Kerosakan pada artikulasi menyebabkan


seseorang itu bisu atau gagap.

 Ia termasuklah keadaan bibir yang sumbing


dan rekahan pada lelangit. Keadaan ini
memberikan kesan kepada aktiviti bertutur
kanak-kanak tersebut.
3. Faktor Persekitaran
Faktor persekitaran merujuk kepada :
 Keluarga
 Sosioekonomi
a) Keluarga
 Keluarga turut berperanan dalam penguasaan
kemahiran bertutur dalam kalangan kanak-
kanak.

 Ibu bapa yang kerap bertutur dan berbual


dengan anak-anak mereka sejak kecil lagi
dapat mempertingkat keupayaan bertutur
kanak-kanak.

 Pada masa yang sama, mereka dapat


menambah perbendaharaan kata, di samping
mempelajari struktur bahasa dan tatabahasa
yang betul.
b) Sosioekonomi
 Tahap sosioekonomi secara tidak
langsungturut mempengaruhi keupayaan
bertutur.

 Hal ini kerana ibu bapa yang mempunyai


tahap sosioekonomi yang tinggi dapat
menyediakan segala kemudahan
pembelajaran bahasa kepada anak-anak
mereka.
 Sebagai contoh, mereka mampu untuk
menyediakan kemudahan internet, televisyen,
buku-buku dan perisian pembelajaran
bahasa untuk mempertingkat keupayaan
bertutur anak-anak mereka.

You might also like