You are on page 1of 1

Pada 21 Mac 2011, saya telah menghadiri Mesyuarat Penataran Dokumen Standard Prestasi

(DSP) Tahun 1 KSSR (Zon Tengah) anjuran Lembaga Peperiksaan KPM. Berikut adalah Minit
Curai yang telah saya sediakan untuk GPK Kurikulum sekolah saya:

1) Mesyuarat ini bertujuan bagi memberi pendedahan tentang pelaksanaan Pentaksiran


Berasaskan Sekolah (PBS) dalam KSSR berdasarkan Dokumen Standard Prestasi (DSP) kepada
para wakil guru setiap daerah bagi setiap mata pelajaran.

2) Para wakil guru ini dilantik oleh Lembaga Peperiksaan (LP) sebagai Jurulatih Utama
Pentaksiran (JUP) bagi memberi kursus pendedahan tentang perkara ini di daerah dan sekolah
mengikut mata pelajaran masing-masing.

3) Beberapa slot taklimat telah disampaikan oleh para pegawai LP iaitu:


3.1 Dasar Pelaksanaan PBS
3.2 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
3.3 Pentaksiran Rujukan Standard dalam konteks PBS
3.4 Sistem Aplikasi Pengurusan PBS (SPPBS)
3.5 Pengoperasian PBS
3.6 Penjaminan Kualiti dalam pelaksanaan PBS
3.7 Dokumen Standard Prestasi (DSP) Pendidikan Jasmani Tahun 1 KSSR

4) Instrumen PBS KSSR yang akan dilaksanakan nanti mestilah merujuk kepada Dokumen
Standard Prestasi (DSP) sepertimana P&P KSSR merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum
(DSK).

5) Sistem Fail PBS KSSR:


5.1 Fail Evidens: 1 fail bagi setiap murid untuk memuatkan segala hasil kerja murid (evidens)
yang telah ditaksir oleh guru bagi semua mata pelajaran.
5.2 Fail Showcase: Guru memilih 1 evidens terbaik untuk dimuatkan dalam fail ini.
Terpulang kepada pihak sekolah untuk mengadakan 1 fail untuk setiap tahun, setiap kelas atau
setiap mata pelajaran. Ia juga tidak semestinya didokumentasikan dalam bentuk fail.

6) Sistem Aplikasi Pengurusan PBS (SPPBS) telah dibangunkan yang membolehkan guru
mengisi data PBS secara online. Pihak LP akan memberi kursus pendedahan tentang sistem ini
kepada wakil guru data/ICT daerah masing-masing.

7) Satu Surat Pekeliling Ikhtisas akan dikeluarkan oleh pihak LP bagi memaklumkan tentang
pelaksanaan PBS KSSR berdasarkan DSP ini.

You might also like