You are on page 1of 45

PERKEMBANGAN KENDIRI

PERSONALITI
NABILA HUDA BT ABDUL RAZAK NOOR HAKIMAH AINI BT ABDUL AZIZ HANIS ZHAFIRAH BT ABDUL JAAFAR

APA ITU PERSONALITI?

PENGERTIAN PERSONALITI
Pada umumnya bermaksud sahsiah, keperibadian atau perwatakan. Berasal daripada perkataan Latin, iaitu persona (topeng muka yg dipakai oleh pelakon Yunani pada zaman dahulu untuk mewakili sesuatu perwatakan orang di pentas).

KONSEP PERSONALITI

Konsep personaliti ditaksirkan dengan pelbagai definisi yg berbeza: Alder (1948) : personaliti merupakan gaya hidup seseorang individu. Gordon Allport (1961) : personaliti sebagai organisasi sistem psikologikal yang dinamik di dalam jiwa individu. Sistem ini akan menentukan ciri-ciri tingkah laku dan penyesuaiannya dengan alam persekitaran.

Mischel (1981) : personaliti sebagai susunan pola-pola tingkah laku manusia yang diaplikasikan dalam situasi kehidupannya. Crow dan Crow (1983) : personaliti seseorang adalah perwatakan fizikal, corak pertuturan dan daya penarik yang dimilikinya.

Gage dan Berliner (1984) : personaliti merangkumi segala aspek tingkah laku manusia kerana ia merupakan integrasi traittrait, keupayaan, motif, sikap, pendapat, kepercayaan, pemikiran kognitif, emosi dan ciri-ciri seseorang. Kita boleh merumuskan bahawa personaliti ialah ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap pada seseorang individu, tetapi berlainan dengan orang lain.

PENGKELASAN PERSONALITI & CIRI-CIRINYA

KLASIFIKASI PERSONALITI DAN CIRICIRINYA


Menurut Carl Jung (1875 1961): personaliti individu boleh diklasifikasikan kepada tiga kumpulan yang besar seperti berikut : Ekstrovert Introvert Ambivert

Ekstrovert
Individu yang digolongkan ke dalam kumpulan ini biasanya menonjolkan ciri-ciri seperti: relaks gemar kepada keseronokan suka bercampur gaul aktif inovatif atau gemar kepada perubahan gemar akan aktiviti-aktiviti luar mudah bercakap cepat bertindak balas tidak mudah bimbang mempunyai ciri-ciri kepimpinan

Introvert
Individu yang disifatkan sebagai introvert pula menonjolkan ciri-ciri seperti : pasif gemar berseorangan pemalu sensitif cermat reflektif atau sentiasa berfikir terlebih dahulu sebelum menjalankan sesuatu boleh dipercayai tenang/ tingkah laku yang terkawal kurang bersedia untuk menanggung risiko.

Ambivert
Bagi individu-individu yang mempunyai traittrait personaliti yang sukar digolongkan sebagai introvert atau ekstrovert, maka mereka boleh disifatkan sebagai ambivert. Ambivert mempunyai trait-trait seorang ekstrovert dan introvert.

Menurut Eduard Spranger : perkembangan personaliti boleh dikelaskan kepada enam jenis dengan menghubungkan keenam-enam jenis personaliti ini dengan enam lapangan kebudayaan iaitu : Kognitif individu jenis ini merupakan seorang yang intelek, sentiasa menaakul dan menganalisa masalah-masalah yang dihadapinya. Mereka seorang yang suka bertanya dan berperaturan serta mempunyai falsafah hidup sendiri.

Berekonomi Cenderung kepada aspek hidup yang praktik. Mereka sering memelihara keselamatan diri sendiri terutamanya dari segi ekonomi. Keindahan Mempunyai kecenderungan untuk menghayati kehidupan, mencapai keharmonian dan kepuasan dalam hidup. Bermasyarakat Suka berkawan, mempunyai sikap simpati, bertimbang rasa dan berperikemanusiaan. Seorang yang baik hati, pemurah, tidak tamak dan suka menolong orang.

Berkuasa politik Menunjukkan kemahuan menguasai orang lain. Cita-cita utamanya ialah menguasai orang lain dan suka menjadi pemimpin. Beragama Seorang yang serius dalam kehidupan dan mencari perpaduan di antara manusia dan alam. Mereka mencari kebenaran dan keharmonian dalam diri.

TEORI- TEORI PERSONALITI

TEORI PSIKOANALISIS TEORI TRAIT TEORI TRAIT GORDON ALLPORT


- TEORI TRAIT RAYMOND CATELL

TEORI HUMANISTIK TEORI BEHAVIOURISME

TEORI PSIKOANALISIS
Diasaskan oleh Sigmund Freud. Beliau percaya manusia dibentuk semenjak manusia dilahirkan sehingga berumur lima tahun.

ASAS KEPADA ASPEK MENTAL Sigmund Freud membahagikan asas kepada aspek mental kepada tiga bahagian: Alam sedar : Individu dalam keadaan sedar. Alam Prasedar : Pengalaman di bawah sedar tetapi boleh menjadi sedar dengan mengingat semula. Alam bawah sedar : Mempunyai pengalaman dan memori yang mana individu tidak menyedari kewujudannya.

KOMPONEN PERSONALITI Menurut Freud, terdapat 3 komponen personaliti yang sering mempengaruhi antara satu sama lain dalam mengawal perlakuan manusia. Id : personaliti bawah sedar yang tidak dapat membuat penilaian dan tidak mementingkan logik, nilai, moral dan etika. Ego : terbentuk melalui pengalaman sejak tahun pertama kehidupan individu di mana kanak-kanak mengetahui tidak semua yang diperlukan id dapat dipenuhi dengan segera.

Superego : menggabungkan moral dan nilai masyarakat. Mengawal kehendak id dan mempengaruhi ego dalam mencari jalan terbaik.

PERKEMBANGAN PERSONALITI BERDASARKAN TEORI PSIKOANALISIS


Peringkat Oral (lahir 1 tahun) Peringkat ini tertumpu kepada bayi yang berusia antara 0 hingga 18 bulan. Kepuasan dan keseronokan bayi itu boleh dicapai melalui mulut. Peringkat Dubur ( 1 tahun 3 tahun) Pada peringkat ini sudah mampu menguasai fungsi biologi iaitu membuang najis. Rangsangan pada peringkat ini lebih melalui dubur.

Peringkat Kubul (3 6 tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak lebih kepada organ jantinanya. Ini dapat dibuktikan dengan kanak-kanak pada usia ini suka memegang organ jantinanya. Peringkat Latency (6 tahun hingga baligh) Pada peringkat ini pemikiran seksual mula berkembang. Maksudnya kanak-kanak mula mengalihkan kasih sayangnya kepada orang lain selain ibu bapanya.

Peringkat Genital (selepas baligh hingga dewasa) Lebih banyak tentang orientasi seksual. Remaja mula menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina. Mereka juga mula memikirkan isu berpasangan, perkahwinan dan masa depan.

TEORI TRAIT GORDON ALLPORT


Trait merupakan sifat semulajadi yang mengawal tingkah laku. Beliau telah mengkalasifikasikan trait manusia kepada 3 jenis iaitu : Trait Kardinal Trait Pusat Trait Sekunder

Trait Kardinal Individu yang mengorganisasikan dirinya kepada satu pengaruh yang kuat. Trait Pusat Kesabaran, kejujuran, kemurungan dan ketegasan berpengaruh pada situasi yang terhad. Trait ini tidaklah kuat pengaruhnya berbanding trait kardinal. Trait Sekunder Sifat yang mengawal manusia secara spesifik dan tidak ketara.

TEORI TRAIT RAYMOND CATELL


Menyifatkan personaliti sebagai gabungan beberapa trait. Menyatakan personaliti merupakan sesuatu yang membenarkan kita membuat ramalan tentang apa yang akan dilakukan seseorang dalam sesuatu situasi. Menghasilkan 16 PF (Personal Faktor)/ Trait sumber: merupakan sifat yang tidak dapat dilihat dengan jelas tetapi boleh dikenal pasti melalui analisis faktor.

Trait-trait ini saling berinteraksi antara satu sama lain untuk menghasilkan tingkah laku yang dapat diperhatikan (trait permukaan). Trait permukaan : sifat yang dapat dikenal pasti daripada tingkah laku manusia secara langsung. Contohnya, trait pemarah dapat dilihat berdasarkan kepada tingkah laku yang panas baran, mudah melenting, suka mengeluarkan kata-kata kesat dan tidak sabar.

TEORI HUMANISTIK
Melihat manusia sebagai insan yang baik dan murni. Roger 1959 : Pengalaman individu berperanan menentukan personaliti seseorang. Ia turut melibatkan konsep kendiri seseorang yang merupakan kepercayaan dan sikap yang individu ada terhadap dirinya. Rogers percaya individu yang mempunyai konsep kendiri yang stabil akan mempunyai motivasi yang kuat untuk mencapai potensi ke arah penyempurnaan diri.

Maslow 1968 : Personaliti manusia dipengaruhi oleh kehendak dan keinginan seseorang individu. Menurut Maslow, selagi keperluan kekurangan belum dipenuhi, individu kurang bermotivasi untuk mencapai keperluan di bahagian atas hierarki. Selepas manusia mencapai keperluan tersebut, mereka akan mencari keperluan keselamatan hidup.

TEORI BEHAVIOURISME
Pakar behaviourisme mengandaikan:  Tingkah laku manusia dipelajari melalui proses berkaitan.  Manusia pada asasnya akan cenderung ke arah sesuatu yang membawa kepada keseronokan.  Tingkah laku manusia pada asasnya ditentukan oleh persekitaran.

Pakar dalam bidang ini percaya tingkah laku manusia berpunca daripada interaksi manusia dengan persekitarannya. Pengalaman masa lampau dan masa kini juga mempengaruhi personaliti manusia.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSONALITI

FAKTOR BAKA/ GENETIK


Faktor genetik merujuk kepada faktor baka. Secara umumnya baka ibu bapa akan mempengaruhi personaliti anak-anak mereka terutamanya dari segi bentuk badan, keadaan fizikal, kecerdasan dan emosi anaknya. Menurut Sheldon (1985) : ciri personaliti seseorang adalah berkaitan rapat dengan bentuk tubuh badannya.

Beliau telah menggolongkan bentuk badan manusia kepada tiga kategori : endomorf mesomorf ektomorf

Jenis bentuk badan


Endomorf

Rupa bentuk badan


Bulat dan lembut

Ciri-ciri personaliti
Trait Viscerotinia: Suka bergaul, cepat mesra, berlega, mengandur.

Mesomorf

Otot-otot kuat, berkemahiran psikomotor

Trait Somatotonia: Tegas, agresif, suka riadah, sedia menghadapi cabaran.

Ektomorf

Kurus dan tinggi

Trait Cerebrotonia: Tidak suka bergaul, introvert, tidak suka aktiviti fizikal.

FAKTOR PERSEKITARAN
Sesungguhnya pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang bermula dalam keluarga. Ia bermula dengan keadaan ataupun suasana di dalam rumah : Suasana yang mesra dan harmonis. Perhubungan ibu bapa yang baik

Ia juga berlaku dengan keadaan atau suasana di sekolah: Guru yang bersifat penyayang. Persepsi individu dan rakan sebaya dalam kumpulannya. Iklim sekolah yang kondusif Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum.

Dan ia juga dipengaruhi oleh nilai-nilai dan budaya masyarakat: Pengaruhnya amat bergantung kepada pengalaman-pengalaman yang dialami individu sendiri.

FAKTOR PENGALAMAN AWAL


Latar Belakang Sekolah Pengaruh Keluarga Peranan Media Pemakanan Pengaruh Sosiobudaya

APA PERANAN GURU UNTUK MEMBENTUK PERKEMBANGAN PERSONALITI MURID?

PERANAN GURU DALAM MEMBENTUK PERKEMBANGAN PERSONALITI MURID


Memahami tingkah laku murid. Sensitif dengan potensi murid. Menerima hakikat bahawa setiap individu berbeza dan unik. Memahami keperluan murid mengikut peringkat umur. Membina imej kendiri yang positif.

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like