You are on page 1of 30

Penyalahgunaan Dadah

DEFINISI Istilah 'Drug' dalam bahawa Inggeris diertikan sebagai ubat-ubatan menurut Kamus Dewan. Untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada 'drug', perkataan 'use', 'misuse' atau 'abuse' perlu digunakan bersamasama dengan perkataan drug. Manakala dalam Bahasa Malaysia, dadah merupakan istilah khusus yang dicipta untuk memberi pengertian penyalahgunaan. Ini bermakna perkataan 'penyalahgunaan' atau 'salahguna' tidak boleh diikuti dengan perkataan dadah. Perkataan 'dadah' sudah menunjukkan ia telah disalahgunakan. Dalam hal ini, perkataan 'penggunaan' atau 'penagihan' adalah perkataan yang sesuai digunakan bagi menggambarkan penggunaan dan juga masalah-masalah yang berkaitan dadah.

DADAH DAN CIRI-CIRINYA

'Dadah' ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
(a) Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang); (b) Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaanya adalah dilarang; (c) Diperolehi secara haram; (d) Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah; dan (e) Mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial.

JENIS-JENIS DADAH
Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut : (a) Opiat - Candu,morfin,heroin dan kodein (b) Canabinoid - Ganja,kanabis dan hashish (c) Stimulan - Methamphetamine (syabu),dadah sintetik (ecstacy) dan kokain (d) Depresen - Sedatif-hipnotik jenis barbiturat dan bukan barbiturat serta tranquilizer (e) Halusinogen - Lysergic acid diethylamide (LSD) meskalin, psilosibin Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut (gam dan petrol), alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya.

SEBAB-SEBAB PENGAMBILAN DADAH

Profil Penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15 25 tahun. Sebahagian besarnya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan, swasta ataupun di pusatpusat pengajian tinggi. Di antara faktor-faktor yang mendorongkan mereka mengguna dadah ialah kerana : (1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) Keseronokan; Perasaan ingin tahu; Pengaruh rakan sebaya; Meningkatkan keseronokan seksual; Secara tidak langsung selepas menerima rawatan perubatan; Secara tidak sengaja; dan Mengatasi tekanan jiwa.

Kesan dadah boleh dilihat dari 4 sudut iaitu :


(1) Akibat ke atas penagih Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri. Si penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah, penjenayah serta penipu. Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya. Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengasan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana menambil dadah berlebihan. Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya. (2) Akibat ke atas keluarga penagih Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat. Diri penagih boleh Diri penagih boleh menjadi bebanan kepada keluarganya kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah menjadi musnah. Rumah tangga akan menjadi porak peranda. Perpisahan dan penceraian di antara ahli keluarga mungkin berlaku.

(3) Akibat ke atas masyarakat Suasana hidup di dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompak dan lain-lain yang dilakukan oelh penagih-penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah. Didapati 40% daripada banduan penjara adalah pesalah dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu mengganggu keamanan, ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara. Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan dadah. Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan dadah. 4) Akibat ke atas negara Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat, dari segi kos nyata (tangible) dan kos tidak nyata (intangible). Kos nyata termasuklah : (a) Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi; (b) Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan penagih dadah; (c) Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan; (d) Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan; dan (e) Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambahkan bilangan anggota polis,kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.

TANDA-TANDA PENAGIHAN DADAH


Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti rupa, sikap, tabiat dan tingkahlaku. Beberapa tanda umum yang boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah adalah : - Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja; - Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya; - Mengelakkan diri daripada tanggungjawab; - Kemerosotan rupa paras dan kebersihan diri; - Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau yang dimiliki; - Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu; - Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja; - Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah; - Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga; - Suka meminjam wang daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga; - Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab, seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah;

Bunga Dan Buah Popi Bes Morpin

JENIS-JENIS DADAH Dadah Opiat

Candu Mentah

Heroin

Dadah Opiat
NAMA/ BENTUK Asli - CANDU - Candu mentah - Candu masak - Tahi candu MORFIN - White powder - White stuff - Morfin mentah - Base morfin - Pil morfin HEROIN NO.3 HEROIN NO.4 BROWN HEROIN HEROIN BLACK TAR KODEIN CARA PENGAMBILAN Dihisap dengan paip,telan, makan TANDA PENGAMBILAN Khayal- halusinasi, Euforia kesugulan, pemikiran/ pertimbangan berkurangan KESAN PENGAMBILAN JANGKA PENDEK Mengantuk, badan menjadi lemah, mengalami gangguan jiwa JANGKA PANJANG Ketagihan, kelemahan fizikal dan mental

Dicairkan, Disuntik kedalam pembuluh darah dengan jarum suntikan.

Pergerakan tidak seimbang, tindakbalas lambat, mata hitam mengecil, hidung berair, mual/muntah, hilang selera makan

Rasa resah, cirit birit, sakit perut, rasa sejuk, berpeluh

HIV/AIDS, gangguan jiwa, lebih dose, mati

Masuk dalam rokok, dihisap,chasing the dragon, disuntik, dicair

Diminum dlm ubat batuk

Muka jadi merah, mata hitam menjadi kecil, tiada pertimbangan, hilang selera makan, bersifat hyperaktif, bertambah risau dan terlalu sensitif, tekanan darah, suhu badan, diameter anak mata mengalami perubahan, keseluruhan penagih mengalami emosi yang negatif.

Tanggapan Menjadi kurang terang, tidak dapat menumpukan perhatian penuh dan pengguna akan menjadi tidak sedar, bingung/ berkelakuan seperti orang mabuk, Ambil berlebihan kekejangan, tiada wujud muforia, menjadi ketagih, berlebihan kepada dadah pengurusan diri lebih mudah

Hepatitis, Kancing gigi, Keracunan darah, HIV / AIDS. Mati

Daun Ganja

Tembakau Ganja

JENIS-JENIS DADAH

Dadah Kanabis

Ganja Kering

Minyak Hasish

KESAN PENGAMBILAN NAMA/ BENTUK GANJA HASHISH MARIJUANA Dikenali sebagai ganja, marijuana atau kanabis. Ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok kanabis yang di jadikan dalam bentuk blok atau sate. Ia menyerupai tembakau . CARA PENGAMBILAN Dihisap dalam rokok dan dikunyah, dicampur dalam makanan seperti nasi dan biskut TANDA PENGAMBILAN Khayal, sugul/kecewa, tindakbalas kelakuan berubah macam mabuk, bila berdepan dengan rasa cemas dan takut, mata merah, tidak boleh tidur, sakit perut, hilang selera makan JANGKA PENDEK Pergantungan, ketagihan, tekanan jiwa, halusinasi, bertambah selera makan, pergerakan tidak agresif JANGKA PANJANG Peribadi merosot dan kadang kala sakit otak akan menyerang sekiranya penyalahgunaannya berpanjangan, kerosakan dibahagian paru-paru, jantung, otak Lelaki Pengeluaran hormon merosot, kurang bilangan sperma, mati pucuk PEREMPUAN Kedatangan haid tidak menentu, kurang bilangan telur dalam ovari, melemahkan daya penyusuan kepada bayi.

Dadah Depresen

NAMA/ BENTUK - Methaqualone - Traquliser

CARA PENGAMBILAN Dimakan dalam bentuk tablet/kapsul, kapsul barbiturat dipecah, dilarut ke dalam air dan disuntik, dicampur dengan heroin, dimakan dalam bentuk/kapsul.

TANDA PENGAMBILAN Pertuturan kurang jelas, berjalan terhuyunghayang, hilang pertimbangan, hilang daya ransangan

KESAN PENGAMBILAN JANGKA PENDEK Tidak boleh tidur, lemah /lesu, suhu badan meningkat, tekanan darah rendah, muntahmuntah, tidak sedar diri JANGKA PANJANG Mengurangkan kegiatan urat saraf / otot / jantung, penafasan. Menurunkan tekanan darah, tidak sedar diri, anak mata membesar, tekanan darah meningkat , mati.

- Rohypnol

Pil / Kapsul

Muntah, susah tidur, ketakutan, perasaan sensitif

Bimbang, ketakutan, susah tidur

Mati apabila bahan itu dicampur dengan alkhohol

JENIS-JENIS DADAH Dadah Stimulan

KESAN PENGAMBILAN NAMA/BENTUK Kokain juga dikenali sebagai kokain rock adalah nama untuk sejenis kokain tulen (freebase) yang dihisap. Crack kokain adalah campuran kokain dengan powder yang hasilnya berbentuk granules. Crack yang mempunyai ketulenan sehingga 90% adalah sangat berbahaya kerana ia mendatangkan ketagihan teruk selepas penggunaan yang agak singkat.. CARA PENGAMBILAN Disuntik, dimakan, dihidu, dihisap TANDA PENGAMBILAN Depresi, ketagihan teruk, keletihan mental, fizikal, keresahan dan fikiran sering terganggu JANGKA PENDEK Kurang selera makan, degupan jantung yang laju, suhu badan yang tinggi, tidak dapat tidur, halusinasi, paranoia, tidak menghiraukan kesihatan dan kebersihan diri JANGKA PANJANG Boleh berjaga tanpa tidur 2-3 hari, penurunan berat badan, tingkahlaku yang agresif, kesan psikologi halusinasi dan paranoid, kesan pada otak, kematian

Halusinogen Pengenalan Dadah asli dan sintatik, mengubah pandangan visual - susah untuk membezakan yang benar atau tidak

KESAN PENGAMBILAN NAMA/BENTUK HALLUCENOGENIC MUSHROME LYSERGIC ACID DIETTHYLAMID E (LSD) DIYMETHYLTRY PTAMINE (DMT) PHENLYCLIDIN E (PCP) KETAMINE CARA PENGAMBILAN Di makan dalam bentuk tablet/kapsul, dicampurkan dalam minuman TANDA PENGAMBILAN JANGKA PENDEK Anak mata membesar, tekanan darah meningkat, penerapan deria yang berubah, pengalaman psikik menyeronokan dan menakutkan. Pencerapan deria yang berubah, menyeronokan, menakutkan, keadaan 'flashback' dimana penagih masih dipengaruhi oleh hallucinogen. JANGKA PANJANG Tidak dapat mengawal diri, tidak dapat membezakan antara yang benar atau tidak, panik, paranoia, psikosis

Pil Ectasy
Psikotrapik Pengenalan Adalah dadah yang bertindak kepada otak dan merangsang fizikal

Syabu
NAMA/BENTUK METHAMPHETAMI NE Dikenali sebagai syabu, ice, batu kristal, kaca diamond. AMPHETAMINE Tujuan asal untuk perubatan perangsang kepada sistem saraf pusat. Menahan rasa mengantuk dan keletihan . MDMA (METHYLENE DIOXYMETHAMPH E TAMINE) PIL ECSTASY (XTC) Pink lady, playboy
CARA PENGAMBILAN

Amphetamin
KESAN PENGAMBILAN JANGKA PENDEK Perasaan yakin pada diri sendiri boleh berjaga tanpa tidur 2-3 hari. JANGKA PANJANG Penurunan berat badan, penyakit saraf, jarang tidur, hilang selera makan, bimbang berpanjangan, kulit kering dan gatal-gatal, hilang daya ingatan stroke/mati.

TANDA PENGAMBILAN Tingkahlaku yang agresif, tekanan darah tinggi.

Pil/kapsul chasing the dragon.

Pil/kapsul dimakan

Keletihan, tidor berlebihan, reaksi psikolik, lapar, despresi, sentiasa resah, kemurungan.

Perasaan yakin pada diri sendiri boleh berjaga tanpa tidur 2-3 hari.

Penurunan berat badan, penyakit saraf, jarang tidur, hilang selera makan, bimbang berpanjangan, kulit kering dan gatal-gatal, hilang daya ingatan stroke/mati.

Pil , kapsul (makan)

Menggeletar,resah gelisah,tidak boleh tidur, paranoia.

Resah, tidak boleh tidur, tidak rasa lapar, bercakap berlebihan.

Penurunan berat badan, penyakit saraf, jarang tidur, hilang selera makan, bimbang berpanjangan, kulit kering dan gatal-gatal, hilang daya ingatan, pendarahan dalaman, stroke/mati

PROFIL PENAGIH MENGIKUT UMUR MULA MENAGIH (2005) BARU BERULANG JUMLAH

< 13 tahun 13-15 tahun 16-17 tahun 18-19 tahun 20-24 tahun 25-29 tahun 30-34 tahun 35-39 tahun 40-44 tahun 45-49 tahun 50-54 tahun 55-60 tahun > 60 Tiada Maklumat

1802 288 643 1375 3941 2572 1396 709 360 175 82 27 12 2007
15389

1310 594 1034 1596 4348 3180 1908 1061 600 314 157 31 11 1275
17419

3112 882 1677 2971 8289 5752 3304 1770 960 489 239 58 23 3282
32808

Akta & Undang-undang Dadah

Bil 1.

UNDANG-UNDANG DADAH AKTA DADAH BERBAHAYA 1952

TUJUAN AKTA Suatu akta bagi membuat peruntukan selanjutnya yang lebih baik untuk mengawal pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan penggunaan candu dan beberapa bahan dan dadah merbahaya tertentu. Membuat peruntukkan khas berhubung dengan bidang kuasa Mahkamah terhadap kesalahan-kesalahan yang tertakhluk dibawahnya dan perbicaraan Mahkamah. Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 (Pindaan) 1998 digubal bertujuan untuk memberi rawatan dan pemulihan kepada penagih-penagih dadah. Selain merupakan proses rawatan lanjutan yang menitik beratkan mengawasan keatas penagih-penagih bertujuan memastikan mereka tidak mengulangi pengagihan mereka.

2.

AKTA PENAGIH DADAH. (RAWATAN DAN PEMULIHAN) 1983 - (PINDAAN) 1998 AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAHLANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985 AKTA DADAH BERBAHAYA (PERLUCUTHAKAN HARTA) 1988 AKTA RACUN 1952

3.

Suatu akta bagi membuat peruntukan mengenai tahanan pencegahan orang-orang yang ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubung dengan atau yang membuat pengedaran dadah berbahaya.

4.

Suatu akta bagi membuat peruntukan-peruntukan mengenai kesalahan-kesalahan berhubung dengan harta dan mengenai penyitaan dan perlucuthakan harta yang berkaitan dengan aktivit yang ada hubungan dengan kesalahan-kesalahan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Suatu akta untuk mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan dan penggunaan racun. "Racun" bermaksud bahan-bahan yang dinamakan dan disenaraikan di dalam Senarai Racun dan termasuk apa-apa campuran, penyediaan, solusi atau yang asli yang mengandungi bahan-bahan tersebut apa-apa penyediaan atau bahan-bahan yang terkandung di dalam Jadual Kedua Akta ini.

5.

AKTA DADAH BERBAHAYA 1952


SEKSYEN 39B Memiliki 15 gm atau lebih dan/atau morfin Memiliki 1000 gm atau lebih candu masak atau mentah Memiliki 40 gm kokain atau lebih Memiliki 200 gm atau lebih ganja Memiliki 2000 gm daun koka atau lebih Memiliki 50 gm atau lebih Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh; syabu atau pil ecstasy 39(A)(2) Memiliki 5-15 gm heroin atau morfin Memiliki 250-1000 gm candu Memiliki 50-200 gm ganja Memiliki lebih 15-40 gm kokain Memiliki lebih 750 gm daun koka Memiliki 30-50 gm Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh; syabu atau pil ecstasy 39(A)(1) Memiliki 2-5 gm heroin atau morfin Memiliki 100-250 gm candu Memiliki 20-50 gm ganja Memiliki 5-15 gm kokain Memiliki 250-750 gm daun koka Memiliki 5-30 gm Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh; syabu atau pil ecstasy Tidak kurang lima tahun penjara atau dipenjara seumur hidup dan diwajibkan tidak kurang 10 rotan sebatan KESALAHAN/JENIS DADAH Mati Mandatori HUKUMAN

Tidak kurang dua tahun penjara tetapi tidak lebih 5 tahun dan diwajibkan sebatan rotan antara 3 hingga 9 kali -sama-

Kesan Dadah Sintetik : Dua kesudahan, gila atau mati 04/06/2006 Harian Metro
KUALA LUMPUR: Penagih dadah jenis sintetik, terutama syabu, ecstasy dan pil kuda, mungkin tidak menyangka mereka hanya berdepan dua kesudahan gila atau mati. Malah, kesan penagihan dadah yang turut digelar sebagai dadah gelombang keempat (selepas candu, ganja dan heroin) itu tidak mengenal mangsa kerana mereka yang mengambilnya secara berkala turut berdepan dua kesudahan itu. Ketua Penerangan Persatuan Alumni Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia (Pendamai), Raja Azizan Suhaimi Raja Abd Latiff, berkata untuk melihat kesan yang bakal diterima akibat pengambilan dadah itu tidak lama kerana dalam tempoh dua tahun saja penagih dadah berkenaan akan mengalami perubahan drastik. Katanya, antara perubahan yang kerap dikesan ialah penagih menjadi orang gila, sekali gus mendorong mereka melakukan perbuatan yang boleh membawa kepada kematian.Lebih membimbangkan, katanya, sehingga hari ini belum ada alternatif atau penawar untuk membantu penagih.Jika dihantar ke pusat serenti, pusat pemulihan atau hospital, tiada rawatan khusus boleh diberi kerana kesan pengambilan dadah jenis sintetik sangat berbahaya berikutan ia merosakkan otak sehingga mengganggu pemikiran. Melihat keadaan otak penagih dadah jenis syabu sangat menyedihkan kerana banyak kesan lubang. Akibatnya, penagih sukar berfikir seperti manusia normal dan pada waktu tertentu berkelakuan seperti orang tidak siuman. Bayangkan apa akan berlaku kepada penagih berkenaan. Jika usaha membantu penagih dadah seperti heroin hanya dapat dilaksanakan selepas berpuluh tahun dengan pengenalan terapi gantian dadah menerusi penggunaan metadon, bagaimana pula penagih dadah sintetik seperti syabu? katanya. Raja Azizan berkata, berdasarkan pengalamannya yang pernah mengambil dadah jenis heroin yang dianggap sebagai dadah tradisional lebih 20 tahun, dadah jenis sintetik lebih berbahaya dan kini di tahap kritikal.Dadah tradisional seperti heroin dan ganja ada ramuan daripada tumbuhan, tetapi bagi dadah jenis sintetik seperti syabu, ramuannya hanya bahan kimia. Ia memang berisiko tinggi. Lebih menakutkan, penagih akan menjadi lebih agresif dan berisiko tinggi untuk mencetuskan suasana tegang seperti pergaduhan yang boleh membawa kepada kematian, katanya.Katanya, semua golongan terutama dalam usia muda, termasuk profesional dan berpendidikan tinggi, tidak terlepas daripada menagih dadah itu. Golongan muda profesional dan berpendidikan tinggi bermula dengan mengambil dadah secara suka-suka atau sekadar mencuba sambil meletakkan keyakinan tidak akan ketagih.Namun mereka tidak sedar, meskipun mengambilnya secara berkala, lama-kelamaan akan muncul pelbagai kesan kronik sehingga membawa kepada ketagihan, katanya.

Dadah Depresen

Syabu

Pil Ectasy

Penyalahgunaan Ubat Batuk


Ubat batuk yang mengandungi drug kodein adalah jenis yang popular di kalangan penyalah guna. Ubat batuk jenis ini jika diminum berlebihan akan memberikan kesan narkotik. Drug jenis ini disenarai dalam Akta Racun 1957 dan penjual ubat harus mempunyai lesen dan pesakit perlu mendapat preskripsi doktor terlebih dahulu sebelum mengambilnya. Walau bagaimanapun, terdapat penjualan secara haram kepada penyalah guna dan penagih ubat batuk tersebut. Selain harganya yang murah, warna sediaan ubat ini juga merupakan ciri utama yang tidak dapat dibezakan dengan warna minuman ringan yang terdapat di pasaran. Warna perang gelap ubat ini serupa dengan warna kopi `O' atau minuman cola. Kebanyakan ubat batuk yang dijual secara haram biasanya dimasukan ke dalam peket plastik minuman biasa, bekas-bekas atau botol minuman ringan berkarbonat. Golongan yang dikesan terlibat dengan penyalahgunaan ubat batuk terdiri daripada remaja yang bermasalah (pelajar merokok, yang pernah menghisap ganja dan pernah menghidu gam), individu yang tertekan, bekas penagih dan penagih yang tidak mendapat bekalan dadah. Kebiasaannya, penyalah guna ubat batuk meminum lebih daripada dos yang disyorkan untuk mendapatkan kesan serta merta drug kodein.

Bahaya Ubat Batuk Mengandungi Kodeine


Kodein adalah sejenis drug penahan sakit. Ia lebih berkesan apabila berubah menjadi morfin di dalam tubuh. Kombinasi kodein dan aspirin atau asetaminofen menghasilkan kesan yang lebih hebat. Bagaimanapun, pengambilan ubat batuk mengandungi kodein berlebihan akan memberi kesan mengantuk serta mengurangkan tahap aktiviti mental, rasa pening, mual dan seterusnya muntah. Apabila ia diambil berulang kali, ia boleh menyebabkan seseorang itu bergantung kepadanya dan memerlukannya setiap hari. Kesan pergantungan ini dipanggil tolerans. Sukatan drug terpaksa ditingkatkan dari semasa ke semasa bagi mendapatkan kesan seperti yang pernah dialaminya. Lamakelamaan lebih banyak drug diperlukan setiap kali. Ini membuatkan seseorang terikat kepada drug tersebut dan menjadi ketagih. Pengambilan berterusan dengan kuantiti yang berlebihan sesuatu drug akan memberi kesan sampingan yang berbahaya. Kesan pengambilan drug berlebihan melalui mulut akan menunjukkan kesan ketagih dalam bentuk pergantungan fizikal, mental dan emosi. Penagih akan mengalami kerosakan paru-paru, hati, sistem penghadaman (zat makanan tidak mencukupi) dan buah pinggang. Otot-otot badan mengecut (badan lesu dan tidak bermaya) dan berat badan menurun. Penagih selalunya akan sentiasa berada dalam keadaan lalai, lali dan hanya berminat untuk tidur. Ramai di antara mereka menemui ajal semasa tidur. Kesimpulannya, penyalahgunaan ubat batuk yang mengandungi kodein boleh menjadi penagih dan akan menghadapi risiko yang besar. Oleh itu, pesakit harus berhati- hati apabila mengambil ubat dan ikut peraturan sepertimana yang disarankan. Cegah sebelum parah kerana kecuaian boleh membawa padah.

You might also like