You are on page 1of 15

KEKELUARGAAN

Sesebuah keluarga terbentuk hasil daripada perkahwinan antara lelaki dan wanita.

Perkahwinan amat penting dan bermakna kepada setiap individu kerana perkahwinan merupakan asas kepada pembentukkan sesebuah keluarga.

Keluarga yang bahagia menjadi asas kepada sesebuah masyarakat yang sejahtera.

Kekeluargaan merupakan kewujudan sebuah


rumah tangga yang sentiasa mengekalkan kedamaian, kerukunan dan saling hormatmenghormati antara ahli-ahlinya iaitu bapa, ibu dan anak-anak.

INSTITUSI KEKELUARGAAN
Kecemerlangan institusi keluarga dipengaruhi oleh peranan yang dimainkan oleh setiap ahli keluarga itu sendiri. Antara ciri-ciri keluarga yang cemerlang ialah ikatan kekeluargaan yang akrab dan saling membantu antara satu sama lain, bekerjasama, rasa tanggungjawab yang mendalam terhadap keluarga dan sentiasa bersikap positif dalam membina keluarga bahagia.

Oleh itu kita harus sedar bahawa institusi kekeluargaan memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan sesebuah negara.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB AHLI KELUARGA


Bagi membentuk sebuah keluarga bahagia,
setiap anggota keluarga hendaklah mengetahui peranan masing-masing.

Bapa, ibu dan anak hendaklah mengetahui


dan memainkan peranan masing-masing dengan jujur dan ikhlas.

Apabila semua ahli dalam keluarga dapat


memahami tugas dan tanggungjawab, sudah tentu ini akan dapat memudahkan pentadbiran sebuah keluarga.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB BAPA & SUAMI


A. BAPA Bapa sebagai ketua keluarga hendaklah mencurahkan kasih sayang, belas kasihan dan bersedia untuk berkorban. Memberikan bimbingan, didikan dan pelajaran kepada setiap anggota keluarga. Melindungi keluarga daripada segala bentuk ancaman.

Menyara kehidupan keluarga mengikut kemampuannya seperti makan, minum, pakaian, perubatan dan tempat tinggal yang sesuai. Berlaku adil. Menyelesaikan masalah yang wujud dalam keluarganya. Mewujudkan integrasi di kalangan ahli keluarganya.

SUAMI
Menyediakan tempat perlindungan untuk isteri dan anak-anak. Memberikan nafkah yang selayaknya kepada isteri. Memberikan sepenuh kasih sayang kepada isteri. Menghormati hak isteri dalam mengendalikan hartanya.

Sentiasa mengamalkan nilai-nilai kasih sayang. Menjaga kebersihan diri dan keluarga. Mendidik dan mengasuh anak-anak supaya
sempurna.

Menguruskan hal ehwal rumah tangga. Melayan anak-anak dan suami. Membantu menyelesaikan masalah anak-anak.

Patuh, taat dan menghormati suami. Jujur, ikhlas, dan amanah memikul tanggungjawab
sebagai isteri.

Sentiasa menjaga harta suami. Memberikan sepenuh kasih sayang kepada suami. Menjaga keperibadian diri.

Menghormati ibu bapa dan anggota keluarga yang lain. Membantu ibu bapa menyelesaikan tugas-tugas harian di
rumah.

Taat dan patuh kepada suruhan ibu bapa selagi suruhan itu
tidak melanggar peraturan, undang-undang, nilai-nilai agama dan masyarakat.

Sentiasa menggembirakan hati ibu bapa. Menjaga kebajikan ibu bapa setelah mereka tua. Mencurahkan kasih sayang kepada ibu bapa.

Menggantikan tugas ibu bapa semasa ketiadaan


mereka.

Bertolak ansur antara adik beradik. Menghormati hak adik-adik dan anggota
keluarga yang lain.

Sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa dan


keluarga.

Menghormati ibu bapa, abang, kakak, serta orang yang lebih tua. Meminta bantuan abang atau kakak dengan cara yang baik. Berdikari dalam pengurusan diri.

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like